Monday, July 30, 2012

537. Rindu.

خلقت هواك كما خلقت هوى لها

:')

Khamis lepas, saya mengembara lagi. Eceh. Bukanlah ke tempat asing macam hari tu. Tapi ke tempat yang saya, erm, bolehlah kata selalu pergi. Sebulan sekali mungkin?

Tempat di mana............ Ok, tak perlu cerita. :D

Alhamdulillah, di beri kesempatan oleh Allah untuk berpuasa dan berbuka lalu bersolat tarawih, dan qiyam jamaie di sini.


Adoi, gambar bergoncang. Degil sangat nak juga snap gambar gelap2.
Masjid SHAS, UIAM Gombak :)

Photo taken at 00:07 hrs ^_^

Rindu sangat dengan ahli 'kedai kopi' kak ainul ni. Sangat sangat. Betul lah kata kak A, kalau kita berjumpa dengan sisters sefikrah, rasa macam ada roh melambai-lambai. Err, bunyi macam menakutkan, tapi itulah hakikatnya! :')

Kami sebenarnya sekadar merancang biasa-biasa. Tapi harapan dalam hati ini agar Allah perkenankan perancangan kami ni, alhamdulillah approved! Walaupun agak banyak 'halangan' untuk pergi, ada kuiz, presentation, dan mid semester yang bakal di jawab [waktu menaip ni dah selamat jawab, alhamdulillah], banyak perkara yang perlu dikorbankan. Berkorban di sini dalam erti kata berkorban masa. Tak boleh berehat-rehat. Kena stay up korban masa tidur. Oh, tak perlu cerita lebih kat sini. Eheh.

Yes. Semakin dewasa, saya perasan, dalam setiap perkara yang saya inginkan, saya perlu berkorban sesuatu.

Dan sesuatu itu, sangatlah bermakna untuk saya, most of the time. Sobs.

Waktu tidur tak precious mana. Ini lagi precious.


"Ya Allah, saat aku di beri pilihan, cenderungkan hatiku untuk memilih yang dapat mendekatkan diriku padaMu. ameen~"





First time masuk ke masjid SHAS gelap-gelap macam ni.





Pagi di Gombak :)

Dah lama tak merasai 'nikmat' berpagi-pagian di Gombak. Mengejar waktu. Berjalan laju.
Haih.






Hamba-hamba Allah yang dirindui dan dikasihi kerana Allah.
Jangan nakal-nakal ye! :')



We shall meet again. In person.


Saya rindu. Sekian.


.............................................................................................................................

"Bertemu tidak jemu. Berpisah tidak gelisah. Saat keberadaan hati berasa tenang. Apakah itu petanda?"

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...