Salam Ramadhan.
Khamis malam Jumaat lepas, saya diberi peluang olehNya untuk ke Kelantan. Atas ajakan seorang teman, dan lepas meminta izin ibu dan ayah. Sampai saat ini saya meragui motif utama saya ke sana :O Tapi, husnuzhon je inshaAllah *senyum*
Mula-mula rasa nak ke sana sebab Wan Atikah ajak kot. Lepas tu, nak rasa juga pengalaman berpuasa di negeri orang. Ok, 1st time berpuasa di Kelantan, baru perasan. Sebelum ni pernah menyambut Aidiladha je kat sana.
Lepas tu, nak pergi USM Kubang Kerian :D nak melihat-lihat keadaan persekitaran kat sana, kondusif atau tak untuk adik p belajaq. Ok, mengada. Sebenarnya akak dia yang nak tengok keadaan sekeliling, keselamatan dan kemudahan yang disediakan. Iyelah, saya dan keluarga bakal berjauhan dengan adik, macam makin jarang jumpa adik lepas ni :(
Dahlah adik bakal amik kos Medicine, memang tidaklah kalau dia nak balik setiap minggu *peh*
Kiranya untuk berjumpa dengan beliau adalah dengan pergi sendiri ke sana. Kalau rindu sangatlah. Ehehe.
So, saya yang tak familiar ni, haruslah melihat macam mana kat sini, mudah atau tak darjah ketersampaiannya. Alhamdulillah ok sangat. Malah, lebih OK sangat dari area Kuantan *akur*
Travel ke sana malam-malam, naik bas ekspres sorang-sorang, duduk sebelah yang berlainan jantina [mujur dia tidur sepanjang perjalanan. huh.], hujan pulak.. Sampai sahaja di Kota Bharu pukul 5.30 pagi, phewww~ Memang mencabar sungguh! And, yes. These are what I need to take in order to meet adik in the future. Sabau je la.
Alhamdulillah WA sudi nak amik di subuh hari.
And the day goes on :) WA bawa ke Tesco KB, HUSM Kubang Kerian [akhirnya], rumah mak cik, jumpa moyang dia, pergi pasar Siti Khadijah yang femes selalu orang tangkap gambar guna DSLR tuhh, pergi ceramah hari Jumaat yang selalunya ada Tok Guru [tapi hari tu takde sebab beliau ada appointment di IJN], bersiar-siar di wakaf che yeh. oh, banyak juga tempat saya pergi, accidentally.

Hantar adik WA di SMS Tengku Muhammad Faris Petra di Pengkalan Chepa. SBP yang mempunyai nama paling panjang tapi takde short form untuknya. Last2 panggil Faris Petra je. Haih.

Unique thing about Giant [or any other shops in KB, perhaps] kat Parkson KB ni. Saya pun tak perasan benda ni, WA yang perasan. Apa yang anda perasan? :D
Gambar ni bukan nak highlight budak MRSM pakai baju batik tu ye. Tapi signage untuk beratur di kaunter. Ada kaunter untuk lelaki sahaja, perempuan sahaja dan keluarga. Hehehe.
Serius saya tak perasan. Yet, serius bagus usaha ni! *claps*

Both pemandangan di ceramah pagi Jumaat.
Ada jumpa saya kat sini? Oh well, saya tak dapat dikenalpasti, mungkin kerana pakaian saya pada hari tu kot :)

We will meet again, inshaAllah in the end of August :)


2 comments:
jelous! series! =)
Tak payah jeles asy -.-
aku tak terkesan apa pun :D
*eh,kejam tak ayat tuh?*
Post a Comment