Wednesday, October 1, 2014

681. Cantik.

Bismillah.

Semakin menghampiri hari-hari akhir di UIAM, semakin-lah saya menyedari bahawasanya akhawat ni ya Allah special betul.

Kenapa eh dulu macam 'kurang' perasan? Eh, bukan nak cakap mereka tak special. Tidak. Tapi penghargaan saya tak 'sekuat' ini, dahulunya. Aiceh.

Entahlah. Mungkin sebab tiba-tiba rasa nak appreciate and embrace all the moments kot.

Well, alhamdulillah lately ni saya diberi peluang yang ter-sangat banyak oleh Allah untuk bermu'ayasyah lebih dengan hadek-hadek (well, there's no more kakak senior. I'm the most senior ere muahaha zzz) ni. Dan saya dapati subhanallah mereka ni sangatlah, qowiy.

Of course Anis dan segala sifat sentimen-tel nya itu terus jog down memory lane waktu dulu-dulu di sapa mak cik T. Mak cik T je baru. Pak cik D waktu tu tak kenal lagi. Hehs.

Oh yes, dan waktu liqo' first haritu, bertaaruf semula dengan usrahmates baru, saya ditanya macam mana mula-mula kenal mak cik T dulu. Amek. Tiba-tiba rasa soalan tu macam sangat..... Eh, bagusnya awak tanya sekarang sebab saya dah nak grad UIAM pun. Grad universiti je eh. Tak lebih.

Dan teringat lah semula, waktu dulu-dulu jadi hadek-hadek. Itu tak tau. Ini tak tau. Semua tak tau. Harapkan semangat lelebih je. Pastu 'suapan' dan 'belaian' mama usrah. Tapi saya tak pernah salahkan diri saya dan semangat saya tu, sebab kalau tak kerana semangat, saya takdela nak reveal satu-persatu qawaid-qawaid nya ni.

Amboi ayat.

Selain daripada semangat, dan doa tak putus-putus para akhawat fillah, usrahmates, sahabat baik chomel, ibu ayah yang setia mendoakan kebaikan dan saya jadi baik, maka Allah tunjukkan jalanNya. Menyingkap apakah itu yang dinamakan gerabak D dan T. 

Dan saya sangat perasan, hamasah yakni semangat saya kini, kalau tak di-in'asy kan, memang mudahlah untuk turun. Merudum. Pudar. Dan semua lah adjektif yang sepadan. Wahai T_T

Kadang-kadang terlintas juga, kenapa macam cepat sangat nak 'down' kini? 
Kenapa tak macam dulu sentiasa semangat, waktu cuti pun dengan muka tak malu pergi register program itu ini sampai mama usrah tanya, "Ada eh prog tu?". 

Mungkin kerana tanggungjawab yang semakin berat. 
Nampak nak update blog pun tangguh dari hari ke sehari. Bukan sebab busy sangat pun. Sebab entah. Rasa macam eh baik baca dari update heh. Kalau baca sendiri dapat ilmu kalau update blog entah siapa nak baca heh.

Berbalik kepada akhawat, hadek-hadek yang cantik. Saya kagum dengan semangat mereka. Dengan buah idea yang tak putus-putus. Dengan hamasah mereka. Dengan sifat ingin belajar. Dan selalu tanya, "Kak Anis free tak malam ni?" atau yang paling best tahap moksya, "Kak jom mengopi petang esok? Esok free tak?" Subhanallah subhanallah, another reason to appreciate the akhawats hehehehe :P

Kenapa sweet sangat ni?

Dan disebabkan ada akhawat cechomels ni lah, saya tak rasa apa pun berada kat semester akhir ni. Tak rasa inferior sebab tak convo tahun ni whatnot, walaupun tentatively saya memang patut convo tahun depan pun heh. Tapi haritu ada rasa touching sikit sebab kalau konvo tahun ni best jugak sebab tahun ni 30th IIUM Convocation. Saya sangat terikat dengan angka 30, 3. Tapi takpelah, mungkin 31st IIUM Convocation bakal bersejarah untuk saya. Who knows? Allah knows better :)

Dan bagi saya (selalu nak distract bila typing), inilah kecantikan sebenar seorang ukht. Saya tak nampak kecantikan tudung, lilitan shawl, jubah princess cut dengan flowy flare sebagai sesuatu yang cantik dan patut/perlu dipuji. Tidak semestinya. Kalau pun ada lesung pipit di pipi kanan atau punya kulit sehalus bayi secerah mentari pun, semua pujian harus dikembalikan kepada Allah SWT.

Tapi kecantikan seorang ukhti adalah bila mana dia tetap dengan pendiriannya. Dengan prinsipnya. Dengan manhaj hidupnya. Dengan fikrahnya. Dia tetap yakin, inilah jalannya. Jalan seorang hamba. Jalan seorang penyeru. Segala-galanya perlu dipantulkan kembali kepada Allah. Eh, indah sangat.

Saya sangat menghargai hadek-hadek yang terus-terusan ajak berdiskusi, sharing caring masalah mutarabbi, plan itu ini untuk wadah, dan sebagainya, walaupun saya ni tak hebat mana. And they know that. Well informed. Tapi tetap nak tanya jugak. Nangis terharu.

Inilah cantik, definisi saya.
Jadi diri sendiri. Tetap tenang dan teguh dengan pendirian sendiri.
Lalu, pancarkan keyakinan kepada orang lain, bukan semata untuk diri sendiri.
Wahai........

Jadikan kami orang yang cantik pada pandangan-Mu, ya Allah.
Semoga hadek-hadek akhawat UIAM Kuantan terus terusan bersemangat hingga ke akhirnya.
Akhir mana? 
Kat Sana nanti. Biiznillah


Kakak AN.

P.S "but i have seen the best of you and the worst of you, and i choose both."- sarah kay


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...