Sunday, May 30, 2010

Facebook with Muslim admin?

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.

have you ever heard of this? sure yes, if you are reading the newspaper.
well, me myself have registered just now. :D

read this..

Resourceful IT experts in Pakistan have launched their own version of the social networking site Facebook after the real thing was blocked for showing 'blasphemous' images of the Prophet Mohammed.

MillatFacebook, meaning Nation Facebook in Urdu, was launched on Wednesday and has already attracted some 8,000 users.

Omar Zaheer Meer, one of the six web developers, said their aim was to offer an alternative to Facebook which condemned the contest encouraging users to submit images of the Prophet Mohammed.

Millat Facebook also promises stronger privacy settings than its US counterpart.


'We are saying that we are technologically independent and that you can't make money from us and then not respect our views' said Mr Meer.

'Millatfacebook is Pakistan's very own, first social networking site. A site for Muslims by Muslims where sweet people of other religions are also welcome,' the website tells people interested in signing up.


The Facebook page 'Everybody Draw Mohammed Day!' encouraged users to submit images of the prophet on May 20.

Muslims argue that any representations of the Prophet are blasphemous. A series of cartoons of the prophet published in a Danish newspaper in 2005 sparked violent protests and death threats against the cartoonists.


'Sad and embarrassing day in the history of Pakistan. Tough times to be a Pakistani. Questionable decisions in a so-called "democracy,"' one user tweeted.

'What's common to Facebook and Lashkar-e-Taiba?' one user on Twitter wrote, referring to a Pakistani militant group that is believed to have carried out the terrorist atrocities in Mumbai.

'They are both banned in Pakistan, but Pakistanis can still find them if they want to.'

Twitter, Facebook and YouTube have all been at the forefront of anti-government protests in the last few years, most notably during last year's Iranian elections.'.

It remains to be seen how successful the government will be at keeping Pakistan's nearly 20 million Internet users from accessing the blocked sites.

Other countries, such as China, permanently ban Facebook and YouTube. But citizens often have little trouble working their way around the ban using proxy servers and other means.



Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/worldnews/article-1282495/Facebook-Muslims-launched-Pakistan.html#ixzz0pNqFRBUq



wallahu'alam.

::untitled::


in the name of Allah, ar Rahman, ar Rahim.

SAJAK SAYYID QUTUB

Ya Allah,
Jika aku jatuh Cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada–Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai–Mu

Ya … Muhaimin,
Jika aku jatuh Cinta
Jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada–Mu

Ya … Allah,
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada–Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu

Ya … Rabbana,
Jika aku jatuh Hati
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati–Mu

Ya … Rabbul Izzati,
Jika aku Rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan–Mu
Dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga–Mu

Ya … Allah, Jika aku menikmati cinta kekasih–Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir–Mu

Ya … Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih–Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia pada–Mu

Ya … Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih–Mu
Jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada–Mu

Ya … Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati–hati ini
Telah berhimpun dalam cinta pada–Mu,
Telah berjumpa pada taat pada–Mu
Telah bersatu dalam dakwah pada–Mu
Telah berpadu dalam membela syariat–Mu

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya..

Tunjukilah jalan–jalannya,
penuhilah hati–hati ini dengan Nur–Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada–dada kami dengan limpahan keimanan kepada–Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...


(Ya Allah kabulkan permintaan kami ini..)

والله أعلم بالصواب

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

p/s: maaf. agak 'sedih' dan 'pelik' sikit. sekali sekala.. amin untuk kita semua.

Saturday, May 29, 2010

everything about You ......

[attracts me in, insyaAllah] (:
*************************************

in the name of Allah..

[saya suka artikel ni. berkaitan 'cinta' by Hilal]


“Hilal, aku putus cinta. Nak buat macam mana?” Seorang sahabat memberitahu saya baru-baru ini.

“Tengah sedih ni” Tambah dia lagi, menyentuh hati saya.

Putus cinta, nak buat macam mana?

Soalan yang susah. Bukan susah untuk menjawab. Tapi susah untuk membuatkan jawapan saya itu difahami. Tapi bila dengar sahabat saya cakap macam itu, saya rasa macam ada satu tanggungjawab terpikul atas bahu saya.

“Nanti kau baca kat Langit Ilahi yek” itu yang saya cakap.

Bro, aku tak tahu tulisan ni boleh tenangkan hati kau ke tak, boleh selesaikan masalah kau atau tidak, tapi ni kira aku cuba bantu la, ni usaha aku. Aku tak publish kau siapa, sebab aku nak jadikan benda ni umum, agar orang lain boleh kongsi sekali.

Baca perlahan-lahan bro. Moga Allah permudahkan kau. Kepada pembaca sekalian, mari bersama-sama…

Kita muhasabah cinta kita.

Kenapa Bercinta?

Kenapa kita bercinta dengan orang yang kita cinta?

Sedap tak soalan tu? Kalau tak sedap pun, saya rasa, pembaca kena jadikan sedap juga la. Sebab saya rasa, itulah soalan terpenting sekali, sebelum kita masuk bab menghadapi putus cinta.

Kenapa? Kenapa kita bercinta? Kenapa jatuh cinta?

“Syok-syok”, “Dah semua orang ada couple”, “Tak macho la bro kalau tade awek”, “Dia lawa seh”, “Dia kacak”, “Sebab dia Anak orang kaya”, “Dia solehah”, “Dia alim” dan macam-macam jawapan lagi. Ada macam-macam sebab boleh menyebabkan hati kita terpaut dengan seseorang itu.

Kenapa anda bercinta? Jatuh cinta? Atas sebab apa?

Ini adalah point terpenting untuk anda perhatikan. Baik jika anda ini belum lagi pernah bercinta, mahupun sedang bercinta, ataupun sudah putus cinta. Kenapa bercinta? Sebab apa jatuh cinta?

Saya tak mahu bahas panjang fasal ni. Tapi satu perkara saya nak cakap:

“Sebab yang rapuh, tak akan mampu membuatkan cinta kita utuh. Sebab yang lemah, tak akan mampu membuatkan cinta kita gagah. Sebab yang main-main, tak akan mampu membuatkan cinta kita bertahan hingga ke syurga Rabbul ‘Alamin”

Jodoh di tangan Allah, Usaha di tangan kita

Ada orang, dia memilih untuk meninggalkan permasalahan ini.

“Jodoh tu Allah dah susun…”

Begitulah jawapannya. Pasrah, redha. Awal-awal saya kata, artikel saya taklah nak kata pada orang yang berpegangan sebegini, bahawa pegangan anda salah. Cuma, saya tidak berpegang dengan pegangan sedemikian.

Jodoh, Allah memang dah tetapkan. Usalah macam mana pun, jodoh itu tetap Allah dah sediakan. Kahwin dengan siapa, bertahan atau tidak, dapat kahwin ke atau terus bujang trang tang tang, semua itu Allah dah susun.

Tapi, kita manusia, tidak tahu Allah susun macam mana. Saya ulang, kita manusia, TIDAK TAHU, Allah susun macam mana, bagaimana, untuk kita. Sebab itu, manusia di tangannya ada usaha. Allah SWT sendiri menyuruh manusia berusaha. Rasulullah SAW sendiri menggesa manusia berusaha.

Namun persoalan di sini, bagaimanakah berusaha dalam hal ini?

Dengan bercouple kah? Dengan mengorat kah? Dengan menggoda kah? Dengan sms-sms kah? Dengan bergayut telefon sampai habis kredit kah? Dengan pergi dating kah?

Ini, satu lagi soalan penting yang perlu anda perhatikan.

Cinta itu adalah ibadah

Ya, cinta itu adalah ibadah sebenarnya. Kerana Allah SWT menyatakan bahawa kehidupan ini adalah ibadah. Cinta adalah sub kepada kehidupan kita. Maka cinta itu adalah ibadah, sekiranya cinta itu berdiri atas dua perkara:

1. Jalan untuk bercinta, merupakan jalan yang Allah SWT redha.

2. Bercinta itu ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Saya cakap awal-awal, kalau dua syarat ini tidak diambil, maka sebenarnya cintanya tadi cinta yang kosong sahaja. Bukanlah saya yang mempunyai kuasa untuk menilai sesuatu amal itu diterima atau tidak, tetapi syarat amal diterima begitulah yang ditetapkan di dalam Islam.

Kalau anda ikhlas bercinta, tetapi tidak pula bercinta atas cara yang Allah redha, maka apakah itu ibadah? Mustahil. Kalau anda bercinta ikut cara syara’, tak ikhtilat, tak bergaul bebas dan sebagainya, tapi anda tak ikhlas pun bercinta, main-main, saja syok-syok, suka-suka, atau ada niat lain hendak mempergunakan pasangan anda sebab dia kaya, dia cantik hensem, dan sebagainya, maka itu juga tidak berguna.

Cinta itu adalah ibadah.

Cuma nak menjadikannya dikira sebagai ibadah, itu kita perlu kembali merujuk kepada usaha kita.

Apakah usaha kita usaha yang Allah redha?

Di sinilah jawapannya

Bro, sinilah jawapannya pada apa yang kau tanyakan kepada aku.

“Hilal, aku putus cinta. Nak buat macam mana?”

Apabila kau sudah duduk sebentar, dan bermuhasabah, kenapa sebelum ini kau bercinta, maka aku hendak kau lihat sebab kau itu.

Banyak mana pun sebab yang ada dalam dunia ini, kita boleh bahagikan semua sebab itu kepada dua.

1. Kerana Allah.

2. Bukan kerana Allah.

Kau suka dia semata-mata sebab dia cantik, sebab dia kaya, sebab dia hensem, sebab dia macam-macamlah, termasuklah sebab dia solehah sekalipun, maka itu masuk nombor dua.

Tapi kalau kau cintakan dia, semata-mata kerana Allah. Kau cari yang lawa sebab lawa tu adalah salah satu ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berada sebab yang berada itu pun antara ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berketurunan baik-baik, sebab itu pun ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang solehah, sebab kau nak dia nanti jaga anak kau dengan baik, tarbiyyah anak kau dengan baik, jaga diri kau dengan baik agar keluarga kau membesar dalam keadaan Allah redha, maka itu semua masuk nombor satu.

Beza tau suka seseorang itu sebab dia soleh dan solehah, dengan suka seseorang yang soleh atau solehah itu dengan hajat agar dengan kesolehannya itu dia mampu membimbing kita ke jalan yang Allah redha.

Jadi sebab kau yang mana?

Kau akan menemui masalah, putus asa, kecewa, apabila kau memilih sebab-sebab di bawah kategori dua.

Tapi, kalau sebab-sebab kau bercinta itu di bawah kategori satu, maka aku rasa, tiada masalah apa-apa. Kau selamat. Kalau cinta kau berterusan, kau selamat dunia akhirat. Kalau kau putus cinta sekalipun pun, kau tetap selamat. Selamat dari kekecewaan yang mengharu birukan.

Orang kategori satu dan orang kategori dua

Orang yang cintanya, didirikan atas kategori pertama, yakni kerana Allah, maka dia tidak akan mempunyai masalah. Sedih itu biasa la. Tapi insyaAllah, sedihnya tak akan panjang. Tak sampai setengah hari pun insyaAllah.

Orang yang bercinta atas dasar kategori pertama, dia tidak akan melanggar batasan syara’. Dia tidak akan berusaha dengan cara yang Allah SWT larang. Usahanya bersih. Malah usahanya tidak termasuk dalam kategori yang orang kata sekarang, mengorat, menggoda.

Kenapa tak termasuk dalam kategori mengorat? Sebab dia yakin jodoh itu di tangan Allah SWT.

Mesti ada yang tanya: “Habis, mana usaha? Tadi kata kena usaha?”

Inilah uniknya orang yang mendirikan cintanya atas dasar iman, kerana Allah SWT semata-mata. Bukan kerana kecantikan, bukan kerana harta, bukan kerapa apa-apa yang tidak kekal. Dia usaha juga. Tapi tahukah apa usaha orang kategori pertama?

Usahanya lebih kepada peningkatan dirinya, persediaannya menjadi suami, persediaannya menjadi bapa, persediaannya untuk menghadapi kehidupan berkeluarga. Maksud persediaan-persediaan di sini, tak sikit pun dimaksudkan dengan persediaan duit ya. Duit nak tanggung anak, nak tanggung isteri, nak tanggung majlis kahwin, itu nombor 10.

Seorang pakcik pernah cakap, yang saya ini kena kahwin awal. Saya kata saya tiada duit. Dia tersengih kemudian berkata: “Duit penting tapi tak sepenting ini” Sambil meletakkan jari telunjuknya di dada saya, memaksudkan hati. “Hati ini yang kena sediakan dahulu. Siap yang ni, insyaAllah, lepas itu Allah akan permudahkan”

Persediaan yang dimaksudkan adalah persediaan untuk memikul tanggungjawab-tanggungjawab itu, tanggungjawab nak jaga akhirat isteri, tanggungjawab nak jaga akhirat anak, tanggungjawab nak menjaga hubungan mereka dengan Allah, tanggungjawab hendak membawa keluarga, hidup atas jalan yang Allah redha. Begitu juga perempuan, tanggungjawab nak jadi ibu, tanggungjawab nak jadi isteri, pendidik kepada anak, penjaga kepada suami, nak bawa keluarga kepada apa yang Allah redha.

Siapa yang sebelum dia approach pasangan dia, fikir fasal benda ni dahulu?

Atau anda fikir: “Ni semua lepas kahwin boleh fikir…”

Memang ada manusia fikir macam itu. Katanya, masa bercinta ni, masa hot, masa ni la nak bermadu asmara puas-puas. Ha… bila habis madu sepah dibuang, bila putus cinta nyawa pula terbuang. Mula kes frust menonggeng la, kelar tangan la, terjun bangunan, kunci bilik tak keluar berhari-hari la.

Apabila kita bina cinta kita atas dasar ini, kita bercinta pun atas jalan yang bersih, atas jalan yang Allah redha, cinta kita adalah semata-mata kerana Allah, nak harapkan redha Allah, maka kalau cinta kita yang macam ini punya baik putus….

Ketahuilah bahawasanya kita akan automatik redha. Percayalah cakap saya.

Sebab apa kita akan automatik redha?

Orang yang cintanya terbina atas dasar ini, cintanya tidak akan terus sampai ke pasangannya terlebih dahulu. Cintanya akan sampai kepada Allah SWT terlebih dahulu. Allah itulah sebab dia bercinta. Dengan cara yang Allah suruhlah dia bercinta. Maka apabila Allah yang merupakan matlamatnya ini, memberikan natijah bahawa dia dengan pasangannya yang disukai itu tiada jodoh, tak dapat bersama, maka dia akan redha.

“Ini tandanya, perempuan itu bukan yang terbaik untuk aku. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku”

Ya… itulah dia kekuatan orang yang mengambil kategori pertama sebagai dasar cintanya. Kekuatan keimanan, keyakinan, bahawa Allah SWT tidak akan mengecewakannya. Buat apa kita nak kecewa dengan natijah yang Allah SWT berikan kepada kita? Kita bukan tak usaha, kita bukan buat benda yang Allah larang. Kenapa nak sedih? Kenapa nak terjun bangunan? Kenapa nak frust menonggeng?

Dia tak mempersiapkan dirinya tadi, untuk perempuan atau lelaki. Dia mempersiapkan dirinya tadi, untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada Allah, nak jadi suami yang Allah redha, nak jadi bapa yang Allah redha, nak jadi isteri yang Allah redha, nak jadi ibu yang Allah redha, nak usaha bawa keluarga, ke arah yang Allah redha. Bukan kerana pasangannya. Maka bila tak dapat pasangannya itu, apa punca kesedihannya?

Tiada. Inilah dia kekuatan, kelebihan.

Sedih sikit, itu lumrah la bro. Siapa tak sedih kan? Tapi ketahuilah, kalau cinta kita terbina dari kategori pertama, sedih kita tak akan panjang. Sebab kita sedar, kita faham, kita tahu, kita rasa yang Allah SWT itulah sebab kenapa kita bercinta. Allah SWT tak akan zalim pada kita bro. Dia hendak berikan yang terbaik pada kita. Yakin dengan yang ini, kau tak akan bersedih hati lama-lama.

Orang kategori kedua, banyak la contohnya pada zaman hari ini. Serah segala-galanya pada pasangan yang di’chenta’inya. Sampai ada yang sanggup jual badan. Tak apa pegang-pegang, raba-raba sana sini. Kononnya cinta, nanti kahwin juga. Tak apa tidur sama-sama, kononnya nanti nak bersama juga. Tak apa dating-dating, kononnya nak taaruf. Serah segala benda, katanya cinta. Duit habis, itu ini tergadai, peraturan Allah langgar, kemudian tup tup cinta putus….

Siapa yang tak terjun bangunan kalau macam itu?

Penutupnya, marilah kita perbaiki cinta-cinta kita

Di sinilah pembaca, dan bro yang saya/aku(Saya sembang ngan bro ni aku kau) ‘cinta’ kerana Allah, di sinilah kita kena lihat semula.

Hari ini, masyarakat nampak bercinta itu macam mana? Apa yang masyarakat katakan sebagai cinta lelaki perempuan hari ini?

Kita, kita bercinta bagaimana?

Bila bercinta, pernahkah kita fikir apakah percintaan kita itu dikira oleh Allah SWT atau tidak?

Sebab kan, siapa lagi nak berikan keceriaan di hati kita, kelapangan, kekuatan, kebahagiaan dalam hidup kita lepas putus cinta, lepas mengharungi dugaan dan cabaran, kalau bukan Allah SWT yang menciptakan kita, yang paling dekat dengan kita?

Allah SWT, sebab itulah kita letakkan, Allah SWT lah cinta kita yang pertama, matlamat kita dalam segala-galanya. Tiada yang lebih cintakan kita daripada Allah SWT. Cuma kita sahaja yang tidak mendalami cinta-Nya kepada kita.

Mari bercinta.

Bercinta kerana Allah, dengan cara yang Allah SWT luluskan. Bersih, selamat, bebas dari kekecewaan.


p/s : sayang. kerana Allah.



dah sedia nak jabat tangan tok kadi?


in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. selesai sudah.. [boleh tak macam tu]

penat. yang amat. [describing myself]

penat 'mulut', melayan karenah 'adik-adik' ni. ya Allah. Amal, seyes mulut ceq penat.

tadi, selesai sudah g majlis perkahwinan kakak Hilmi, teammate FSCC saya kat Shah Alam. cuaca memang panas, panas do'oh. dan, dah lama saya tak ke majlis2 macam ni. busy lah katakan. bukan busy, tapi cuti UIA yang pelik tapi benar ni menyebabkan saya tak berkesempatan ke mana majlis2 yang terdekat.

so, hari ni makan nasi minyak. thanks to Hilmi and family.

bila pergi ke majlis kahwin, mestilah kita tengok pengantin. tapi, harapnya bukan dengan pandangan 'kosong' sebab insyaALLAH, kita yang belum 'berkahwin' ni pun, bakal jadi macam tu jugak satu hari nanti.

yang paling penting, pandanglah dengan motivasi perihal T.A.N.G.G.U.N.G.J.A.W.A.B yang bakal di galas, selepas majlis kahwin itu nanti. haila.

sebelum tuh, mari merenung sejenak tentang Persediaan, bagi kaum Adam, nukilan motivator muda, Akh Hilal Asyraf.. :)

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bersedia-menjadi-suami/


bangun awal untuk Subuh? tak tidur selepas Subuh, cukuplah 'harapan' nak jumpa. g masjid? wallahu'alam. kekemasan? hehe. wallahu'alam jugak. tapi, kalau kekemasan diri, ketika berjumpa tu, ada la sorang dua yang kemas. dah kemas tu, kemas sangat. tak kemas, tak kemas bebenor la pulak.

itu kalau yang saya 'selalu' jumpa la. maksudnye, mungkin sekitar kampus saya. tapi kalau kat IPTA lain, kolej2 swasta yang lain, kat jalan2 semua ni, lagi lah. sekali lagi, wallahu'alam.

"Kalau dapat yang bukan sepak terajang, dah cukup baik dah kak. doa2 je la".

itu ayat ibu saya. sampai macam tu sekali. hmm.

punyalah ibu saya suruh berdoa 'awal awal' ni. tak cukup dengan doa, ibu suruh saya 'bersedia' untuk segala kemungkinan. senang cakap, jangan 'berharap sangat', untuk bersuamikan seperti dalam novel mini, 'Pemilik Hatiku Selepas Allah dan Rasul'. hmm.

saya akui, mungkin kaum Adam sendiri berfikiran seperti saya. saya konfem lah. mesti dorang terfikir, nak cari muslimah yang solehah pun, payah juga.

apatah lagi campur dengan berita buang bayi yang amat berleluasa la ni.

salah siapa?

tak tahulah. saya rasa, ini penangan 'dunia akhir zaman'. susah nak jangka semuanya. orang yang berkopiah, yang bertudung labuh, pun susah nak di percayai, apatah lagi, golongan yang 'biasa biasa' macam saya ni?

“Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini atas jalan ketaatan kepadaMu, ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini atas agamaMu”


perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. vice versa.

so, kalau rasa rasa dah bersedia sangat dan gatal sangat nak bercinta dan kahwin, soal kat diri balik, 'dah bersedia ke nak jabat tangan tok kadi atau wali besar?'

dah cukup syarat Imam Muda kah?

wallahu'alam :)

Friday, May 28, 2010

pendapat anda? [video]

tak yah nak bangga la weh!























maaf, ayat yang sangat kurang beradab di atas.

tapi, saya maksudkannya. :p

gambar crocs di atas ni hanyalah uploaded by empunya blog, dan saya TAKDE each of them pun. hmm.

dah menjadi trend masa kini, memang di mana2 sahaja anda akan melihat orang memakai Crocs. original atau 'pirated' belakang kira. yang penting, tersangat lah popular bagi pemakai Crocs ni.

even, adik saya yang bersekolah asrama penuh pun dok 'merengek' minta di belikan Crocs, sebab Crocs dah 'dibolehkan' untuk dipakai semasa Prep malam, instead of kasut loafer yang sangatlah formal itu. haih~

memang pun, especially Crocs for women yang rekaannya sangatlah sweet. ala2 Mary Jane. dan yang versi 'Alice work' yang fofuler tuh. dengan warnanya yang... senang cakap, memang menambat hati, dengan kekemasan nya, sampai kita pun tak perlu pakai kasut formal macam Clark's atau Scholl's.

tapi, harganya? mak aihhh..

tak mampu pulak untuk ayah saya belikan setiap satu untuk family member kami. on the spot! tidak..

tu baru kasut nye sahaja, belum tambah ngan aksesori Jibbitz tuh. haila..

memang lah, dalam hati [dulu] pernah berangan2 untuk membeli Crocs ni. tapi, setelah seorang sahabat meng'tag' kan saya dalam FB [dulu], saya pun terus melumatkan harapan nak beli. [patutla tiada 'gesaan' nak beli la ni..]




hmm.. inilah gambarnya.. sebenarnya, saya pun tak pernah tatap secara dekat n up close kat branding Crocs ni. wallahu'alam..

tapi, bagi pendapat saya, kalau dah ada 'tanda2', tak kisahlah kubra atau sughra, tentang benda2 yang memusykilkan camni, baik kita jauhkan.

sebab, nanti hati tak tenang, jiwa tak tenang.

kalau betul lah lambang ni, memang camni, mungkin salah satu unsur yang sengaja Barat uar-uarkan. cara nak memesongkan akidah.. macam2 cara depa nak buat. so, kita sebagai pengguna yang boleh berfikir lagi nih, perlulah bijak dalam hal2 membeli.

especially barang yang mahal2 nih. banyak lagi benda nak beli. baik beli buku. lagi best! [directed to whom who buys the original ones!]

[nasihat daripada Executive Financial Controller :)]

Thursday, May 27, 2010

[cuti]





in the name of Allah..

[ehem]

pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Eid Milad kepada adik saya yang kedua, Ashraf Hafiz Abdul Rauf, yang usianya menginjak kepada 13 tahun hari ni. Semoga dirahmati Allah selalu, dipermudahkan urusan hidup, serta dilimpahi kejayaan dunia dan akhirat. Serta bakal menjadi Imam Muda di masa hadapan. Amin~

[fyi, beliau merupakan adik LELAKI saya yang pertama. so, hero la katakan. sekejap lagi pukul 330 bakal mengambil beliau di asramanya di SMSS kat Cheras. bakal mendengar 'permintaan hati' beliau. pheww~]

anis basuh kereta~

alhamdulillah, hari ini saya telah melakukan satu kerja yang bagi saya, 'hantar-kat-kedai-je-lah' sebelum ni. untuk kereta mini [bukan Mini Cooper] keluiarga saya yang satu itu. padahal, selalu je siram kereta ayah, pagi2 hari sebelum beliau ke kerja. tak pun, basuhkan kereta beliau. tapi, untuk kereta 'mini' nih, cam malas. pulak.

tapi, hari ni, setelah berjogging dengan ibu and mak saudara, terhingin lalu terfikir nak basuh kereta 'mini' family itu. sebelum matahari terik, baik basuh dulu. kalau tidak, alamat keringla sabun atas kereta.

sebab utama nya adalah kerana kereta putih solid itu sudah berkeladak. agak malu nak dibawa untuk amik Ariff dari sekolah agama. malu malu!

yang kedua, saya nak bawa seorang kawan, dan ingin memenuhi undangan ke Majlis Kahwin sabtu nih. kat Shah Alam, so, takkan nak bawak kereta yang berhabuk dan kotor kan? dahla kereta warna putih. sabar je lah. dah la anak gadis yang bawak. tak pasal2, saham merudum pula. [bergurau]

jadi, saya dengan semangatnya membasuh kereta hari ni. berpeluh-peluh Allah je yang Tahu. selepas membilas, saya membiarkan kering seketika, lepas tu meminta pertolongan mak cik saya yang 'expertise' dalam bidang kereta ni, utk mengajar saya cara2 nak polish kereta. wah!

so, saya POLISH kereta hari ni. benda baru. memang best! tapi, kalau rasa2 cam malas, tolonglah jangan start buat, sebab nak polish kereta ni, dua kali kerja. kalau rasa2 anda tak berMOOD, ditambah rasa MALAS yang AMAT, dengan cuaca yang memang TERIK la ni, jangan start. tunggu reda dulu. :)

tiba-tiba, saya belajar something hari ni. which is, i ponder to myself. kenapa kita nak spend kepada benda yang remeh temeh, yang kita sendiri boleh buat, dan kalau nak buat tak sampai setengah jam [which is, washing car only, polish excluded] je? kenapa rajin pulak nak hantar ke kedai basuh, padahal aktiviti membasuh kereta pun merupakan aktiviti yang menyihatkan jugak. berpeluh2. tapi, saya fikir, mungkin untuk yang 'tiada kerja' seperti saya ni, senang cakaplah ye. cuba kalau saya seorang Houseman, atau Executive Financial Controller yang busy di pejabat, tak cukup pejabat, bawak balik kerja di rumah. kan payah? logik diterima.

tapi mungkin juga, boleh dijadikan satu hobi atau rutin hujung minggu. bagi pendapat saya. daripada dok termenung atau mengadap t.v, atau bangun lambat lepas Subuh [untuk kaum Adam], baik tolong ayah basuh kereta ke, basuh motor ke. pagi2 hari, cuaca bukan panas pun. sedap je, angin pun walaupun tak sepoi2, tapi dingin.

boleh try lepas ni :D

kahwin kahwin!

next, saya ingin merungkai perihal jemputan atau undangan kepada kita, kepada saya specifically. saya amat sukakan majlis perkahwinan. sebab time majlis ni lah, kita dapat tengok muka2 orang gembira semuanya! tak pernah lagi saya tengok orang menangis, meratapi majlis perkahwinan. wallahu'alam kalau ada tragedi berlaku time perkahwinan, nauzubillah min zalik! tapi secara majornya, orang memang happy time kenduri atau walimah ni. especially, mesti lah orang yang nak kahwin. :D

jemputan saya pada hari Sabtu ni [insyaAllah, saya dan amal try pergi] adalah jemputan seorang teammate FSCC saya, kakal beliau yang kahwin. dan, al-kebetulan, kakak beliau merupakan senior saya kat KUSESS dulu. tapi kakak beliau batch '00-'04 something. saya pulak, batch '06-'07. hehe. saya masuk time form 4. so, reason makin kuat di situ. huhu. tak sedap pulak kalau tak memenuhi undangan beliau.

lagi pun, seboleh-bolehnya saya try untuk menghadirkan diri ke setiap kenduri kahwin. walaupun kenduri kahwin tu berlansung kat Johor, kalau ianya berlansung dalam keluarga saya. asbabnya, saya sendiri belum berkahwin, jadi dengan memenuhi undangan itu, sedikit sebanyak, orang lain juga akan 'terbuka hati' nak pergi majlis saya pulak nanti, insyaAllah. :) 

esok, cuti hari Wesak kat central Msia ni. masih berfikir2 nak ke mana. dah lama teringin ke Kinokuniya. insyaAllah, Allah permudahkan lah! [nak gi dengan adik]

ouh, reminder reminder!
esok berlansung pertandingan Imam Muda kat 4 saluran bahasa melayu Astro! pukul 830 mlm kalau tak silap. kalau silap, minta maaf! jangan lupa, tengok syakir! :)

wallahu'alam.


 

Wednesday, May 26, 2010

junior oh junior

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.

hari ni, masuk hari ke-3 saya deactivate FB. sangat tidak penting, tapi penting [kot] untuk saya. :)

[terkedu]

memang saya terkedu.

saya tengah blog-walking. tak tahu macam mana dan kenapa 'jodoh' saya, ter'singgah' ke satu blog, yang saya pun tak kenal tuannya. well, saya browse2 lah. takde lah baca pun, not my cup of tea. nak kata picisan, hmm..

so, di sebalik my blog list beliau, adalah satu snippets rakan blog beliau, yang AGAK menarik perhatian saya untuk baca. nak tau apa tajuk dia?

"Fuiyoo! Apa tu? Ustazah la SIAL!"

pergh!

ok fine, saya tak judge, so saya pun tekan la link kawan beliau yang berhormat ni.

[mengikut cara tulis, dah tau budak skool mana. ok. sbp-ians. girls one. hmm.]

nasib baik la tak panjang berjela entry tuh. so saya yang jenis baca lambat ni pun, sempat lah menghabiskannya. ternyata, budak girl-school ni sedang berorientasi kat kampus saya. insyaALLAH, UIA la.. mengikut umur, memang tengah orientasi. atau Taaruf Week kat cfs pj.

dan, sepanjang-panjang blog beliau, memang 'carutan' menjadi 'taruhan' la. sakit mata ni membaca!

yang paling nak 'melenting', ada ke patut, dia cakap, senior yang buat lawak bodoh dan etc etc etc yang saya pun tak sanggup nak tulis kat sini. ya Allah..

ok, saya teringat kat committee2, which are, among my friends kot!

maybe, hamba Allah yang baru mengenal 'UIA' ni tak kenal lagi [kot] sape yang dok handle budak2 junior ni. heh.

selamat lah berkenalan korang. dan saya hanya mendoakan, bila saya bukak balik [kalau jumpa blog tu lagi] blog beliau, beliau berubah sehabis-habisnya lah! menjadi MUSLIMAH yang SOLEHAH. atleast pakai tudung, dan solat cukup serta, tak mencar*t lagi dah!

amin ya Rabb..

p/s: sekali kenal committee, kalau lah saya lahir 1992. :'(

Sunday, May 23, 2010

alhamdulillah..


in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. itulah yang mampu saya katakan pada saat ini..

saya memohon petunjuk Allah, supaya apa yang saya lakukan ini, tidak menimbulkan sebarang kemusykilan di masa hadapan.. saya juga memohon, agar sentiasa dikurniakan sifat 'mujahadah' terhadap sebarang perkara, yang membuatkan saya berfikir dua kali, atau 'terfikir-fikir' buat sekalian kalinya.

dah lama..

dah lama nak deactivate akaun Facebook. malah, saya pernah deactivate sekali, sebelum meng'activate' semula akaun itu. dan, bukan mudah untuk deactivate akaun itu. banyak betul 'songeh' nak di jawab.

tapi, sejak dua tiga hari ni, hati mula memberontak. tak tahu nape perkataan 'Deactivate' tu sering bermain di fikiran. entahlah..

tadi waktu nak deactivate pun, pihak FB siarkan beberapa orang kawan yang bakal 'miss me'. salah seorang nya ialah 'bie' saya. hehe. kawanlah, Haziqah Zulaikha.. hmm..

hari ni, setelah pergi dan balik ke Muar, kampung halaman saya, dalam perjalanan, saya dok fikir. dan saya rasa dah jumpa resolusi itu. deactivate. titik.

sebab semalam, saya ada terbaca mengenai perkara ini di blog sahabat seagama saya.
dan, pandangan beliau menguatkan lagi hati supaya menutup akaun itu.

kenapa ek?

sebab saya takut. bukan takut, yang calang2 takut. tapi tak tahulah. saya makin rasa 'tak selamat'. dan makin 'tak keruan'. saya rasa, saya macam makin terlebih-lebih pulak.

selain daripada kaitannya dengan Yahudi etc.

addicted? mungkin juga. tapi takde lah sampai on9 sampai berpagi-pagian. plus, saya bukan jenis 'night person' pun.

then, makin banyak pulak gambar yang di'tagged'. nak 'remove tag', takut tuan empunya kecik hati pulak. tak remove, sakit pulak mata nak tengok. walaupun gambar sendiri, dah la saya ni hodoh dalam berposing depan camera. [am a camera-shy]

mengenai status.. mungkin seronok, sebab boleh di jadikan sebagai wasilah menyebarkan dakwah, selain peringatan utk diri sendiri. tapi, kadang2, makin menjadi-jadi pulak. kalau tak praktikkan, buat dosa kering je.

ikhtilat? [sangat setuju!]

jaga pandangan?

tak tahulah.. pendapat dan pandangan masing2. saya rasa, saya semakin kuat utk 'menolak'. ala kulli hal, masing2 jugak..

di sebalik tu, saya juga berfikir tentang kemungkinan yang bakal di hadapi.

saya mungkin akan ketinggalan sedikit tentang update kawan2.

saya kemungkinan besar 'lost contact' ngan kawan2 tadika, sk, smk. :(

geng2 saya. which is my teammates. saya akan merindui mereka. facebook-ally.

saya harap, mujahadah saya, akan di ganti dengan sesuatu yang lebih baik. insyaAllah~



[dah jadi macam cara saya Deact Friendster dulu.. sangat mengejut!]

[maaf kawan2.. saya takde Facebook lagi!] ;)

wallahu'alam..






Saturday, May 22, 2010

jangan melatah!



Bismillah..

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.. J

Lumrah rasanya, untuk setiap manusia, ‘melatah’ utk beberapa perkara. Bukan ‘melatah’ opocot itu.. tapi, mungkin melatah dek kerana marah atau tidak puas hati.

Tanggungjawab besar..

Pada pandangan saya, mungkin tertekan menjadi punca utama. Tertekan dek kerana tanggungjawab yang dipikul terlalulah besar, maka menjadi punca kemarahan melulu kepada orang sekeliling. Especially orang yang paling rapat dengan kita.

SITUASI I

Tapi, saya kagum dengan beberapa orang yang saya kenali. Masih mampu, berdiri sambil tersenyum, dan tegur, walaupun busy atas hal atau program yang dikendalikan begitu besar punya!

Semalam, saya telah menjenguk adik beradik saya, yang teramat sibuk di kampus PJ, mengendalikan acara terpenting dan terbesar di CFS, iaitu Ta’aruf Week. Bukan niat saya ingin menyibuk di sana, tapi kerana kamera rakan tersayang yang tertinggal dalam beg saya, menyebabkan saya kembali utk memulangkannya.

Setibanya saya di sana, di sambut dengan hujan yang amat cats and dogs! Sangat lebat, bagai rahmat pulak di sana. Setelah menelefon sahabat tersayang, mereka sedang mengadakan meeting ‘last minute’ barangkali, bagi menghadapi pelajar2 baru yang akan mendaftar, bermula esok.

Saya terus meminta mak sedara yang menemani, ke Al-Malik Faisal Hall, dewan kebanggaan kami.

Ternyata, mereka amat busy. Titik.

Tapi, Alhamdulillah, masuk je ke ruang legar AMF, saya terserempak dengan Assistant Programme Manager bahagian Sekretariat, yang juga, rakan seperjuangan dan sejawatan saya, dalam Student Council. Beliau terkejut melihat saya.

Amatlah malu keadaan itu. Tapi, beliau tidak memandang ‘remeh’ terhadap kehadiran saya, lantas bertanyakan tujuan saya hadir di situ, pada cuaca sebegitu. [macam jelmaan pulak!]

Saya terus kepada tujuan saya hadir, yang saya anggap sebagai brief sekejap sahaja, kerana bimbang explaination saya mengambil masa beliau yang begitu berharga, sebagai APM..

Tetapi, jelas beliau begitu cool [seperti kebiasaannya]. Dia menyatakan, jawatannya kali ini memang ‘tinggi’, tetapi tidak sesibuk yang di sangka. Mungkin tidak sesibuk memegang jawatan Setiausaha, barangkali J

Beliau kelihatan tenang, dengan beg notebook yang di galas [sekali lagi seperti kebiasaannya]. Sesejuk cuaca hujan di luar. Dari tujuan kehadiran saya yang sekejap, beliau tidak meninggalkan saya sebegitu, lalu terus menerus dengan tugas kami terdahulu, sebagai Setiausaha. Beliau bertanyakan perihal minute meetings, dan etc. Lalu membuka notebook bagai..

Impian untuk short-visit tidak kesampaian.

Beliau membuka notebook di dalam AMF. Pada mulanya, agak ‘tegar’ nak masuk dewan tersebut. Kerana terlalu ramai orang! masyaAllah.. pertama kali, malu nak masuk dewan! Tetapi, setelah di’jemput’ oleh APM tadi, saya pun menggagahkan diri masuk, utk mengambil dokumen Sekretariat.

Setibanya saya di dalam, walaupun hanya sebelah main entrance dewan, saya di sambut oleh Programme Manager nya pulak! [haila..]

Selepas bertanya keadaan sekeliling serta keadaan mainboard, saya bertanyakan, Frequently-Asked Question [FAQ], “macam mana jadi PM?”..

Beliau yang juga ‘si tenang’, hanya menjawab “biasa2 ja..”.

Ye.. biasa2 je..

Tiada lansung riak marah, tension apatah lagi bengang bengkek dan yang seumpama dengannya di wajah beliau. Ya Allah, saya kagum!

Lalu, saya bertanyakan perbandingan dengan program Baktisiswa sebelum ni, APM pula menjawab, “lebih kurang je..”.

Alhamdulillah. Program2 FSCC sebelum ni, memberi keyakinan serta pengalaman kepada ahli2nya..

“Sebab kerja kami pantau2 je..” sambung APM yang ligat mengtransfer dokumen dari notebook beliau ke dalam pendrive S/U saya.

Saya kagum dengan team di hadapan saya ni. Semuanya cool belaka!

Walaupun agak terkilan, kerana tiada seorang pun dari PJ sebagai Head-Committee [FSCC], tapi saya bersyukur kerana rakan seperjuangan dari Nilai, memback-up segala!

Saya minta maaf kerana tak dapat join. Saya memang mempunyai komitmen lain. I’m sorry~

Lalu, saya terserempak dengan seorang Assistant Committee, yang saya kenal melalui Raudhah Festival. Kami berbalas senyuman. Saya kenal beliau, sangat baik budaknya.

Saya menjenguk sahabat tersayang, sangat busy meeting seperti kebiasaannya. Kesian beliau.

Saya bertanyakan APM mengenai seorang lagi kenalan, dan beliau yang di tanyakan itu teramat busy pada waktu itu. Faham sahajalah post apa. J


SITUASI II

Kelmarin, saya sekali lagi menemani mak saudara saya, ke Maybank, cawangan Bandar Baru Ampang. Mak cik, menyuruh saya membuatkan Cash Deposit bagi membayar insuran rumah beliau di Johor. Okay, itu kali kedua setelah melangsaikan bahagian kereta di EON Bank sebentar tadi.

Hanya dua mesin deposit di sediakan di Maybank tersebut. Dan kedua-dua mesin berbaris panjang.

Kelihatan satu mesin mempunyai pelanggan berbangsa Cina, yang sibuk memasukkan cashes, atau mungkin mengtransferkannya ke dalam satu akaun. Di belakang mereka, terdapat seorang pak cik, yang saya amat yakin berbangsa Melayu, dan berkopiah. Alhamdulillah, masih tak pupus golongan berkopiah DQ nih.

Tatkala hati sejuk melihat pak cik berkopiah itu, ternyata pelanggan Cina itu mengambil masa yang amat lama utk agenda transfer itu. Al maklumlah, mesin Cash Deposit memang amat sensitive dengan duit, especially not RM50.

Tetapi pelanggan Cina terbabit, sepertinya agak ‘selfish’ pada waktu itu. Dengan keadaan bank itu yang sangat famous dengan kesibukannya, masih terdapat golongan seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri. Pelanggan Cina terbabit mengtransferkan wang RM50 yang begitu banyak.

Penting untuk kita faham dan praktikkan yang mesin Cash Deposit hanyalah untuk transfer atau mendeposit jumlah wang yang kecil, yang rasanya tak berbaloi untuk di buat di kaunter dalam bank.

Kalau dah beratus, atau mungkin beribu, sila lah berunding di kaunter. Lebih2 lagi, asbab keselamatan duit itu sendiri. Mungkin tidak selamat utk di buat di mesin.

Saya yang queue di belakang ini, hanya mampu bersabar. Sebab saya fikir, mungkin pelanggan Cina itu ada sebab lain kenapa mereka berbuat begitu. Plus, pak cik di belakang mereka itu lagi perlu bersabar berbanding saya.

Ternyata, kenyataan saya meleset.

Saya sudah beralih tempat ke mesin yang lagi satu. Dan pak cik yang berkopiah tadi masih tercegat di belakang pelanggan Cina tadi.

Saya terdengar makian demi makian daripada pak cik itu.

Sabar je la..

Saya malu sangat masa tu. Malu sebab pak cik itu seorang Melayu dan yang paling penting, beliau seorang Muslim! Yang best, masih mengekalkan ciri2 Muslim dengan memakai kopiah.

Kalau ye pun anda marah, tak perlulah sampai maki.

Lalu, agaknya dah fed-up dengan pelanggan Cina tersebut, pak cik berkopiah it uterus ke bahagian belakang barisan saya. Means, betul2 belakang saya..

Mak cik saya hanya memandang beliau. Mungkin terasa ada ‘pengikut’, pak cik tersebut terus meluahkan pendapat ‘tak rasmi’ beliau kat mak cik saya. Mak cik saya hanya mengangguk dan senyum je. Saya habis tak pandang pulak. Haila~

Ada dua situasi berlainan di sini. Kedua-dua situasi agak mencabar ‘kewibawaan’ seseorang dalam meng’handle’ situasi. Tapi sejauh manakah kita menghadapi, lalu meng’tackle’ situasi tersebut?

Tak dinafikan, saya sendiri kadang kala melatah tak tentu pasal. Tapi saya lebih suka diam, daripada marah2. Sebab saya ‘faham’ dengan diri saya, yang bakal melontarkan kemarahan melalui kata2 yang mungkin mengusutkan lagi orang. Jadi, lebih baik saya senyap je.

Sejujurnya, saya pernah mendengar khabar mengatakan untuk menilai ‘seorang lelaki’ adalah melalui kemarahannya. sekiranya seseorang mampu mengawal kemarahan, maka insyaAllah dia seorang yang baik, dan beriman.

tapi untuk kedua-dua situasi di atas, 'golongan' yang terlibat adalah dari rumpun yang sama. insyaAllah beriman dan berlatarbelakangkan agama. tapi, kenapa berbeza dari segi 'menahan kemarahan'?


..Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun...

[surah al-a'raaf, ayat 155]




anis's says: "mari islah diri kita balik.."

wallahu'alam

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...