Wednesday, March 30, 2011

untuk awak yang dah 21 tahun :)

bismillahirrahmanirrahim.


1st impression : "ya Allah. kesiannya. wish kat diri sendiri :)"

2nd impression : "mestilah ! kerana diriku begitu berharga :)"


heh :p


~sila jaga solat anda.

~islah diri anda. kalau al-Fateh boleh takhluk Konstantinopel, apa yang anda dah buat sepanjang umur 21? =.="

~perbaiki dan perbaiki bacaan al-Qur'an anda.

~berusaha. berusaha. study smart !

~jaga hubungan dengan rakan anda. :|




to all sahabat dunia wal akhirat, jazakumullahu khairan kathira !

thanks for brighten my day, today, March 30th !

seronok sangat. can't help myself from smiling throughout the day. [tanya Amal]

walaupun exam sangat dekat.

semoga DIPERMUDAHKAN segala urusan esp while answering your examination.



thanks. again :)









p/s : ada dua orang hamba Allah yang 'bertuah', yang saya sangat nanti2 kan 'ucapan' dari mereka. oh, jangan mengharap. takut "menyesal ku akui" pulak nanti :')

Tuesday, March 29, 2011

:)



bismillahirrahmanirrahim :)


*let those pitca talk*

:)







ucapan nakal dari adik bongsu >_^






















Monday, March 28, 2011

tiada yang lebih bermakna daripada..... ;)





bismillahirrahmanirrahim.



tiada yang lebih bermakna daripada.....

kita mendapat sokong P.A.D.U

dari individu yang kita sayang


dalam usaha menyebarkan dakwah Islam.



tiada yang lebih bermakna jika....

kita mendapat galakan

yang mungkin soothing

yang mungkin relieved

yang mungkin, kita tak rasa apa-apa

bila kita tak perlukan ia ketika senang.





tiada yang lebih bermakna daripada...

di doakan oleh seseorang

yang sentiasa bersama kita tatkala susah dan senang





tiada yang lebih relieved daripada...

mendapat sms pencetus semangat

tatkala diri dirundung musibah

dan kepenatan yang tak.. terkata.





tiada yang lebih baik daripada,

menoleh kebelakang sekejap,

menghayati gambar-gambar kenangan,

yang suatu masa dahulu pernah dipinggirkan

dan dilupakan,

mari 'pusing masa' semula

tapi jangan biarkan diri di ulit rasa binasa

menyesal tak terkira

hanya ambil ibrah daripadanya

semoga mendapat manfaat untuk masa hadapan kita :)





tiada yang lebih baik

daripada memeriahkan sisa-sisa hidup

bersama orang yang tercinta

yang dapat memakna erti hidup,

yang sayang kita,

yang sefikrah dengan kita,

yang tenang,

yang bijak,

yang matang,

yang petah berkata-kata,

kerana sesungguhnya,

"dakwah memerlukan qudwah hasanah, demi membina thiqah"

dengan sifat qudwah, kita membina thiqah, menerajui kehidupan dakwah.
















hargailah orang-orang yang tersayang di sekeliling kita.





















what more can or NEED I ask for?


:')






pandai-pandai lah korang mentafsir gambar ni. ada motif. yes offence. :)





























p/s : sorry entry kali ni dah macam orang nak kahwin pulak. tapi saya tak reti nak menzahirkan ucapan kasih sayang saya penuh tulus ikhlas verbally dan secara diary. biarlah ianya berlapik lapik, tersirat tersurat di sebalik kalam puisi dan gambar. human doesn't make no mistakes. ;)

Thursday, March 24, 2011

mujahidah.

bismillahirrahmanirrahim..






doakan.

semoga kita sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah.

sentiasa di permudahkan urusan.

umat Islam sentiasa diberikan ketabahan hidup, walau kat mana pun kita berada.








semoga dipermudahkan urusan kita.

semoga diberi kesihatan yang sempurna.

semoga iman kita sentiasa TEGUH.


1 April : UNGS 2030K

4 April : Physiology I

6 April : Molecular Biology

7 April : Management

14 April : General and Systemic Anatomy

amin. :)

Wednesday, March 23, 2011

imtihan.

bismillah.


wah. begitu lah penangan EXAM setiap kali ia tiba. peh ayat ;)

kecuakan mula terasa.

walaupun hanya 6 subjek [termasuk Study Circle I], tapi still. cuak. cuak.

bila fikir2 balik, rilek sudah [bukan bermakna TAK belajar]. tapi exam dunia je. betul lah cakap Liesa, kalau Allah tak nak bagi ilmu kat kita, tak boleh nak buat apa2. mari berdoa supaya kita tak fell blanked time exam.





walaupun exam saya TAK menggunakan calculator, tapi saya pasti ianya SAMA mencabar dengan subjek yang guna calculator.

oh, ada satu subjek guna calc. Molecular Biology. heh.

tapi sikit je kot. hurm.

sebab kalau guna calculator, atleast psychology takdelah strained sangat. "oh, ada calculator. kalau tak boleh jawab tak tahulah". tapi kalau subjek tak guna calculator? yang memang menggunakan daya ingatan? dahlah guna daya ingatan, di uji nya kita dengan minus-marking? true false? pergh. sama je mana-mana pun.

ikut kadar kemampuan. kalau nak mengeluh sangat, pergi tukaq kos. :)









semalam, ada orang heboh-heboh pasal Biomedical dengan Medical field. kenapa orang tak suka related kan kami? kenapa nak sibuk berhujah kami ni berbeza la, tak sama lah, etc etc. kenapalah tak puas hati sangat ni. haih.

fyi, secara root nya, kami sama ja. biomedicine, belajar pasal health science tu sendiri. punca. cara rawatan. knowledge lah senang cakap. medical? of course lah diorang dalam bidang nak mengapply2 nih. yang korang dok beriya nak jumpa time sakit tu kan. so nak cakap kami SAMA ja. even saya sendiri pun, bertukar2 notes dengan student Medic, my ex-roommate. so apa masalahnya. dah memang silibus kami sama. cuma kami takde PBL, takde Clinical. tapi posting tetap kat hospital. bahagian pathology [kaji penyakit]. dan of course, student Medic memang belajar dan menghafal lah semua jenis penyakit dan cara mendiagnosis.

even, cara marking pun sama. minus-marking. bentuk soalan true or false. kenapa? katanya nak ajar kami YAKIN dengan pilihan jawapan. takkan depan patient2 kat hospital nanti nak main hentam je. atau nak "err.. er.." or ".... kot!" kot.

bidang pengajian saya, punyalah related into health science, even so, bila nak further master nanti, boleh je buat medic ke, pharmacy ke etc etc.








wallahu'alam.

insyaAllah nak berusaha LEBIH kali ni. doakan saya dan rakan-rakan yang lain. takut lah. cuak. tensi. stress. semua ada. tapi bila mengenangkan cuti 5 BULAN yang bakal menjelma, saya macam nak PULUN je rasanya.

permudahkan urusan kami ya Allah.

Allahuma Ameen :)






salam imtihan. bitaufiq wannajah fil imtihan nihai'e :)

Monday, March 21, 2011

better than the best.

salam.

alhamdulillah. Allah bagi peluang jejakkan kaki balik kat bumi Kuantan ni. setelah balis sorang2 all the way dari KL. bukan mudah ok. nak GAGAHKAN hati balik sorang. hurm. kecoh la nis, bukan balik ovc pun. :|

hari terasa AMAT CEPAT kalau duduk rumah. pergh, tak menyempat2 nak hari Isnin, supaya saya boleh balik Kuantan balik. isy. tapi kan, balik kali ni, macam sayu sangat rasa. mungkin sebab stress nak exam kan. family pulak seolah-olah meletakkan harapan yang tinggi. waduh, lagi tensen.

insyaAllah, kalau dah rezeki tak ke mana.

ibu pulak tak habis2 support saya. macam tau2 je saya sayu nak balik Kuantan balik.


banyak ayat beliau bagitau. cuti. lama. nanti. jumpa. dia. macam tu lah. :)

kembali mengukir senyuman.

itulah. bila fikir balik cuti 5 bulan lepas ni, rasa macam nak PULUN je, tak nak tido boleh? :p

5 bulan kot. lama gel.

itulah. harapannya saya memanfaatkan masa sekarang ni, boleh pulak update blog yang usang ni.

semoga ALLAH bagi nikmat barakah masa. amin!!


well, sekarang ada motif baru untuk buka FB. kadang2 tak tengok recent post kat Home pun. tapi terus ke Group family FSCC. so sweet :)

masing2, dalam mood teruja nak reunion. harapannya, menjadilah kali ni. bukan sekadar manis di bibir.


apa lagi ye nak share. kenapa macam banyak sangat nak share, sampai tak ter'link' lansung pulak bila menaip? motif la.

'ala kulli hal, hidup kat Kuantan menjadi pack utk minggu ni. presentation. booth. revision classES. QUIZ. TERM PAPER. dush2! padan muka. delay lagi.

tapi takpe, ayat relieved dia, "lepas ni cuti 5 bulan!".

insyaAllah, ada jalannya. :)


Friday, March 18, 2011

woah!

salam.




pesaing tak kenal erti KALAH!

3.73

>3.6














macam mana nih????

takkan nak angkat BENDERA PUTIH pulak?






tidak2!

Thursday, March 17, 2011

hidup.

salam.

pernah tak dalam kehidupan sehari-hari kita, kita rasa ibadah kita macam, "Allah terima ke?".

"Aku ni, baca Qur'an, baca doa, betul ke sebutan aku?"

hmm.

pernah jugak tak, kita pergi kelas, Dr. Tarique pnye kelas esp, rasa macam, "Why do we need to learn all this? Apa remarkable nya dalam kehidupan kita as a Muslim?"

isy, gerunnya bila baca balik soalan2 ni, macam berkaitan Aqidah pulak.

saya rasa perasaan ni normal. atau pun, kita perlu ada kesedaran ni. jangan rasa semua ibadah kita diterima sepenuhnya. kena ada rasa 'merendah' sikit. tapi keyakinan itu penting. hmm.

kenapa tiba-tiba timbul persoalan ni?

sebab tadi Dr. Tarique extend kelas setengah jam kot. ramai yang berdebat pasal Genetically Modified foods and such.

bila kelas Molec [short form] habis lambat, semua pakat dah buat bunyi. biasalah, kelas ni kan 'susah', semua dah panas punggung nak habis cepat.

tapi, kelas tu pun, menyedarkan. perlu ke kita modified segala macam, genetically, for the purpose of continuing life?

mengikut pendapat Dr. Tarique sendiri, Allah has created everything in balance. so kenapa kita perlu kepada mewujudkan 'imbalanced' in our life?

yang paling terketuk, bila Dr. cakap, "If human said that we are improving our life, then why at the end, Allah will send Prophet Isa to this world?"

bukan ke, seorang nabi akan diutuskan untuk guide people?

fikir2 kan.










attitude. lain org lain attitude nya. jangan samakan semua orang, sama je attitude. walaupun rambut sama hitam. [kalau hitam lah rambut tuh]

pernah tak, kadang2, bila kita kenal orang-orang yang baik [wallahu'alam, tapi secara zahirnya baik], kita rasa macam, nak jadi macam dia.

kalau dia tudung labuh, ahh, nak tudung labuh jugak.

kalau dia, pakai handsock, nak pakai jugak.

kalau dia pegang Qur'an setiap masa, nak pegang jugak [pastikan baca sekali la]

pernah? pernah kan. contagious betul kalau bab2 benda baik nih.

tapi, kalau ditanya pada mereka yang 'proud of being themselves'..

"tak pa aihh. yang penting ikut diri kita. takyah hipokrit sangat.."

memanglah. saya tak suruh pun kita HIPOKRITAS. kenapa nak hipokrit? tak penat ke? =.="

tapi, boleh je berubah kan? berubah ke arah yang lebih baik. tak salah, malah macam di wajibkan je..

saya rasa topik penghijrahan ni pernah Ust Hasrizal kupas dalam blog dia, Saifulislam.com.

dia kata, kaum Hawa lagi nampak cara penghijrahan nya. ye lah, daripada tak bertudung, jadi bertudung. dari bawal saiz 38, jadi saiz 60.

dari bersifat keanak-anakan, jadi matang dalam berfikir.

perlu kan?

so, takyah HIPOKRIT. just be yourself. but to be yourself, alangkah indahnya kalau diri kita ni, baik sebenarnya. implement good things and positive in our life.

insyaAllah, it will be contagious to the others.






lagi satu term yang saya belajar, "Shout kind words, you will be hear kind words echoes to you back!".

hidup ni tak leh lari jauh sangat dari term 'selfish' kadang2. tak? tipulah.

satu contoh mudah, bila awak dapat gambar kelas [yang kita dok beriya amik setiap tahun]. bila dapat je gambar tu, muka sape yang awak tengok dulu?

besfren?

boypren? [wek!]

or, diri sendiri?

konfem la diri kita sendiri kan? pastu, mulalah cakap, "hodoh gila aku!". Allah S.W.T sebut "Kun!" kang, baru tau!

bila kita selfish, mulalah nak lupakan orang lain. "aahhh! hidup aku!". contohnya.

kalau selfish jugak, kita nak orang je yang buat baik kat kita. kita? buat tahi pun takpa!

mana aci beb.

kene fair la.

ingat satu ja, kalau nak buat apa2 pn, yang melibatkan orang, "Cuba kalau dia buat camni kat aku? aku suka tak?".

tak kesah lah, nak implement time nak marah ka, nak pukul ka [peh] etc.

kadang-kadang, lupa pulak kan hidup ni, boleh kat atas, boleh kat bawah. hmm.


itu je lah slot motivasi utk hari ni [sekadar nak update blog]. semua nasihat untuk saya sebenarnya. kalau rasa nak kena kat diri, minta maaf ya. :)


Tuesday, March 15, 2011

cadaver, acid rain dan sahabat.

salam.


semalam, dapat banyak mesej [tak tau berantai atau tak] via sms. bagi warning, DO NOT GO INTO THE RAIN FOR TODAY OR NEXT FEW DAYS.. pergh. warning habis. dalam pada dah diberi warning. tak pulak saya bawak payung [payung pun takde], sebab pagi tadi macam cerah je.

tapi betullah kata pepatah melayu. ku sangka panas ke petang. tapi hujan di tengah hari.

ha sudah.

hari ni last lecture untuk subjek Anatomy. bermakna hari ni kami akan ke Cadaver Room kat Kuliyyah of Medicine, untuk bedah mayat. woah.

macam hebat je bunyinya kan.

oh ye. cerita pasal acid rain, tetibe je hujan semasa kelas UNGS berlansung. dalam hati dah cuak dah. bukan cuak menggedik. tapi cuak sebab ramai kot hantar mesej, jgn serbu hujan. takut kena CANCER, BURNS dan etc. serius betul bunyinya.

tapi nak buat lagu mana. nak tak nak , kena lah redah jugak hujan so called acid nih. dah la KOM dgn Kuliyyah of Science jauh.

tawakal je la.

habis cerita hujan. psiko jugak, bila kena setitis kat kulit, rasa 'lain macam'. hehe.

pukul 2, kami masuk pula Cadaver Room untuk dissect mayat. well, formalined corpse. so, tak perlu takut sangatlah. nak tangkap gambar, not allowed. so boleh cerita je lah.

seriusly, sebelum masuk tu kan, dengan tak pakai gloves and mask nya, rasa berdebar jugak. sebab selsema tengah teruk. runny nose. kadang2 hidung block. ha sudah. bau formaline pulak kuat bebeno. takut tu lah, takut sesak nafas.

alhamdulillah. Allah permudahkan kot. tak ghasa apa pun! takut dak. cuak pun dak. sesak nafas, adalah awal2 masuk tuh. sebab chemical tu kuat sangat. yang lain, biasa ja.

siap boleh belek2 mayat lagi.

[passion tu ada ye..]


bercerita bab sahabat. semalam, saya spilt abeh [tak habis sgt, ada saki baki sket lagi :p] dengan Amal and Syida.

sebenarnya, hidup ni mudah. buat apa yang Dia suruh. tinggal apa yang Dia larang. malah jauhkan. jangan rapat2 kan diri. even for a try.

tapi, biasalah. takde masalah sebagai 'perencah' memang tak sah. kalau hidup smooth je macam hero citer Hindustan, atau citer Korea, memang tak syiok la kan.

tiba-tiba lah, suka betul sahabat buat perangai itu ini. tak tegur lah. merajuk la. nak terasa lah. etc etc. guys, banyak benda lagi kita nak buat kan? banyak lagi tanggungjawab kita nak buat nak pikul, nak pikir. kenapa nak habiskan masa nak buat benda2 remeh semata-mata for an ATTENTION? duh.

penat lah. ok. penat.

saya nak BERLAPANG DADA. malas nak fikir bukan-bukan. nak tegur, tegur. tak nak tegur SUDAH. nak merajuk, suka hati. macam tak kenal saya yang tak reti memujuk ni. memang silap org.

semoga Allah rahmati anda dan saya. amin.





enuf being childish. kita dah bedah mayat, supposedly dah MATANG dalam berfikir.

Monday, March 14, 2011

siapa di hatinya?

bismillah.


saya rasa, ini macam kali kedua saya menaip entri untuk isi yang sama.


perihal saya di add di FB, kemudian saya di tanya mengenai seseorang.

perasan motif di situ?

hmm.



ini merupakan kali kedua juga saya di tanya, ok fine, ini kali kedua di FB. verbally, tak masuk lagi. ramai kot.

tanya, macam2 cara. yang berkias2 lain, yang ambil hati lain, yang direct lagi lah lain.

motif yang sama. "siapa di hatinya?"

persoalannya, kenapa tanya saya?


=.="



saya bukanlah adik beradik kandung, apatah lagi ipar [mintak jauh!], dan tidak juga adik beradik angkat.

kami bukan di kampus yang sama.

kami takde pertalian sah, which is dia BUKAN MUHRIM saya.

kami bukan satu kos. bukan itu bukan ini.

kalau di lihat pada 'perhubungan' kami, tak lebih. saya tak rasa orang tahu pn kami berhubung, paling tidak pun, kalau mereka usha FB si brother nih.

ok fine, tolak kalau mereka tahu saya dan dia pernah bekerjasama b4 this.

tapi tak semudah itu untuk kamu meneka.


dan tidak semudah itu juga untuk awak bertanya saya, siapa di hatinya.
dalam bahasa kasar, saya bukan mak dia.


persoalan menimbulkan tanda tanya kat benak fikiran. sampai adik saya pun gelak terguling-guling.

"diorang tak boleh rasa ke kalau si ******** pun boleh je nak kawen dengan akak?"

ni satu hal.


dalam pada ramainya kaum Hawa ter'list' kat friends dia di FB, kenapa golongan sister ni berminat juga nak tanya saya? saya nak tahu, kenapa mereka yakin sangat yang saya ada jawapan kepada persoalan mereka tu?

tidak tahukah mereka yang saya juga ingin tahu jawapan itu?















biarkan siapa sahaja di hatinya. harapannya, di hatinya terukir indah nama Penciptanya :)

Sunday, March 13, 2011

peneman semasa cuti panjang :)










cuti jangan sia-siakan. KLIBF, tunggu saya dengan wishlist saya! :)

Kun!

bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah!

^_________________^

kita suka kan bila Allah penuhkan impian kita? suka. sangat suka. walaupun kita tak nampak Dia, tapi Dia sentiasa penuhkan hajat kita. hajat yang baik untuk kita ;)

sebab tu jangan lupa cakap, "Alhamdulillah!" [pesan untuk Shazlenna Puteh yang 'gembira' hari ni!] :)


seronok sangat. hari ni dan semalam. walaupun semalam rasa 'lain-macam-sikit' sebab penat, kelas Management dari pagi kot. habis je kelas, pergi usrah IKRAM. celebrate birthday Hanani [Medic 1st yr] yang ke-20. seronok. :))

lepas tu, balik je bilik, hafal untuk tasmi'. gerun woh. sebab silap ayat hafal arituh. nasib baik Allah permudahkan lagi utk saya hafal ayat2 baru. dalam masa tak sampai setengah jam, boleh hafal hadis. memang Allah permudahkan lah! Dia bagi saya masa lebih, takyah fikir pasal tasmi' dah lepas ni, boleh concentrate kat subjek untuk Final teruih. woah!~

dalam pada menghafal. dan2 tu jugaklah grup MGT nak panggil berbincang, untuk case study. biasalah kan, Allah dah bagi nikmat, Dia uji sat pastu. nak tengok kita ni lalai ke tak. nasib baik mood boleh comprehend lagi. akal masih waras lagi.

masa discuss untuk MGT, tiba-tiba rasa craving nak makan pizza pulak kan. tergedik pulak, biasalah tu. so, target. nak g makan pizza lah hari ni [Ahad]. tak gi makan pun, kirim kat orang ok jugak :)

tapi, b4 nak pekena nikmat, kene sacrifice sikit. so, pagi2 dah basuh baju. lepas tu hafal untuk tasmi' dengan kak shima satgi.

pukul 2 lebih dah habis tasmi'. yes! lepas tu msj sha, tiba2 dia dengan baik dan besar hati nak bawak saya g makan pizza. satu lagi nikmat Allah bagi!








mahu tak sedap kan? sedap. saya ni jarang update pizza2 baru. selalu makan crust biasa dengan topping super supreme tak pun aloha chicken :) tapi dengan sha, kena lah update pizza baru sikit. 3 slices sorang, tak ke heaven namanya tu? alhamdulillah.






habislah.. sha mesti mengamuk sebab letak gambar nih. biasalah. kalau dengan sha, kalau tak pegang hp dalam masa senggang seminit, memang bukan sha lah tuh. kena tengok bawah meja. [ada kaki ke tak?] :p







kek dari geng usrah, untuk adik Nani comel :)





thank you Allah.


:')




berikan saya nikmat kesihatan yang baik ya Allah! :)





schedule minggu ini : insyaAllah nak siapkan term paper Physiology. cari bahan Case Study MGT. pergi Temasya Tarbiyyah IKRAM kat masjid negeri [happy2!]. baru boleh pergi Gombak :')




ALLAHU ALLAH. permudahkanlah. amin :)

8.9 skala Richter..

salam.


terkejut dengan berita tsunami kat Jepun semalam. bertimpa-timpa ujian Allah bagi kat kita. tapi kita? [termasuk saya] situ jugak.

8.9 kot. 0.1 lagi nak mencapai tahap maksimum. sampai Google keluarkan warning alerts la.

isy, macam mana zalzalah hari Kiamat nanti ye? =.=" oh diri...


baru terkejut sebab gempa bumi, lagi terkejut sebab ada orang post pasal kahwin.













gerun.



Friday, March 11, 2011

~

mine yang sebelah kanan. sape punya yang sebelah kiri? :p























salam.


bila hujan, memang 'seronok' kalau nak outing. alhamdulillah, plan nak makan kat Johnny's dengan Diyanah menjadi. takut jugak tetiba ada lab Molecular Biology petang ni. tapi dah takde kot. tinggal test OSPE je next week. hurm. alhamdulillah.

it turned out well. mula-mula pergi Megamall sebab ada stock clearance Popular [bookstore]. lepas tu Diyanah end up beli buku sejarah and add math untuk adik dia >.<>

pastu gedik masuk Watson. tak tau nak beli apa. so, bau2 perfume yang ada tester. pastu tekan sikit tester lotion Garnier yang warna kuning and wangi tu. lepas tu kuar :|

pastu singgah Fames Ames, beli Beryl's dark choc feveret saya, lepas tu dah.

peristiwa jalan kaki ke ECM adalah yang terbaik. :D

thanks yana :)

Thursday, March 10, 2011

cukup 10.

salam.


sementelah telah berdebar, dalam pada masa saya berdebar, eloklah kiranya saya share lagi [tapi yang ni kopi pasta dari blog junior :)] 10 soalan ni. sebelum ni pernah share di FB, pastu ramai pulak cakap saya ni nak kahwin lah [maksudnya, gatal nak kahwin], tak sabar lah etc etc. saya tak mampu nak menutup mulut orang [pergh ayat]. tapi kalau jodoh saya awal, nak buat lagu mana. takkan nak suruh hold on pulak kan. kan dalam hadis ada menyebut [maaf tak sertakan perawi etc], ada 3 perkara yang kita tak boleh hold on,

  1. orang yang sudah meninggal, segerakan pengkebumiannya.
  2. dah masuk waktu solat, terus bersolat.
  3. anak gadis yang dah mencapai umur boleh kahwin, dah dirisik, segerakan pernikahannya.
hmm.

saya post ni pun, bukanlah sebab miang dan yang sewaktu dengannya. apatah lagi, merenung nasib dan attitude, siapa bakal2 kita. sekadar informasi semasa, manalah tahu korang ada bakal2 in the future, diharap 10 soalan ni mampu memberikan alasan relevan untuk anda memilihnya sebagai pasangan hidup, tanpa didasari oleh nafsi semata-mata. wallahu'alam.


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Justify FullApabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya.


'ala kulli hal, berserah pada Allah. isy, Anis, sila berserah pada Allah. jangan yakin sangat noh. :)

berdebar.

bismillahirrahmanirrahim.


Allahu Allah.

tiba-tiba saya rasa berdebar semacam.

sebab tu orang cakap,"jangan yakin sangat!". inilah padahnya.

saya tak nak guna ayat 'kalau'. tapi, kal........

sepatutnya keyakinan saya selama ni disalurkan ke Allah, bukan yakin sorang diri, Anis!

aduih. Allah Allah Allah T__T

Wednesday, March 9, 2011

age of emancipation?



bismillahirrahmanirrahim.

saya tak rasa umur 'itu' sebagai umur pembebasan. ceh. freedom la konon. ape lah yang ada pada freedom.





tak nak hadiah, cuma janji dengan saya, bawak saya pergi ke program2 under....





sebab ...








dengan express Durian Burung :)






future..... *meaningful*








em.























:D






















jom kongsi pahala. saya bagi awak peluang ber'saham' dengan saya :)













terasa kegedikannya.







sorry wan. promote hp ang :) *padahal minat dalam diam*








insyaAllah. Allahu, permudahkan urusan kami :)






Monday, March 7, 2011

dah setahun..






*ya Allah*


terasa kegedikan tatkala menaip entry nih. sangat tak masuk akal. tapi tak tau motif sebenar nak coret kat sini.

hmm.

awak dah berusia setahun. terima kasih kerana menjadi 'model' setia.








saya takde apa nak belanja. suruh 'pembeli' awak belanja.


salam.



Friday, March 4, 2011

perlu ke ingat 4 Mac nih?


bismillahirrahmanirrahim.


masih segar dalam ingatan, tatkala mengimbau tarikh ini, tahun yang lepas. tahun 2009 :p

[laa.. baru dua tahun ke?]

ceh. macam anniversary bagai pulak kan. tapi tak tau kenapa, kalau tiba je tarikh ni, mesti nak senyum :) tarikh ni takdelah kaitan ape dengan saya, tapi disebabkan satu peristiwa, tarikh ni macam kekal pulak di'tanda' dalam kalendar. bila nak tulis asbabul tanda, saya pun bingung, "nak letak apa ni?". hehe.

nak tahu kenapa, sebab tarikh ni merupakan tarikh last paper untuk second semester untuk 1st year saya di PJ dulu. ingat lagi, paper Chemistry. lepas habis je paper, sepatutnya saya balik. tapi keluar g Jaya One sat dengan Amal, makan kek kat Secret Recipe. ceh, konon2 lepas tension la tuhh. :p

tu je? ada lah lagi. tapi tak manis pulak kalau nak sebut kat sini. lebih manis kalau teringat kenangan je, dahla. ^____^

pada tarikh ini, untuk tahun lepas pulak, saya di Terengganu. menjalani program Baktisiswa. al-kebetulan, di Terengganu, cuti umum pada tarikh ini. saya pun baru tahu sebenarnya, sebab hari Keputeraan Sultan.

lagi lah. kalau tak silap saya, awal2 pagi, saya wish birthday. tak memasal kan?

entah apa-apa lah.

agaknya, penerima wish tu pun terkezut sebab saya wish via hp. selalunya [sekali je] kat FB je.

tahun ni, saya malu teramat pulak nak wish. takpelah. dah besau. masing-masing dah ada kehidupan masing-masing. masing-masing sibuk dengan program masing-masing.

:)

tapi bukan sekadar 'kagum' kot yang menyebabkan saya ingat birthday ni. saya sebenarnya hafal semua birthday orang yang lahir bulan March. hehe. berkongsi bulan kan? so macam adik beradik la pulak rasanya.

tak tahulah. hehe. hari ni pulak hari yang mulia, hari Jumaat.

takpelah, saya sedekahkan al-Fatihah pun cukup..


"Sanah helwah. sirru 'ala barakatillah~ thanks sebab perkenalkan kami dengan FSCC. semoga berjaya di dunia dan di Sana kelak.."


hehe. amin~

Thursday, March 3, 2011

2 minggu sudah.


bismillahirrahmanirrahim.

terkadang, rindu jugak nak rasa sekali.


minum sekali. secicip pun takpe.






tapi bila TERINGAT EFEK DIA...............


tak jadi teruih. T_T


kenapa lah 'awak' sedap sangat?



alhamdulillah. keluhan di atas tak mengaburkan semangat saya yang sedang berjihad melawan nafsu yang satu ni. macam nafsu apa pulak ye.

ramai, semua kawan saya terkejut bila saya cakap saya dah tak minum kopi sejak dua minggu yang lalu. usahkan minum, buat pun tidak. sebab dah tahu, bila buat [bancuh], mesti nak rasa sikit. sikit punya sikit, satu mug! so, keluarga saya semua amik peranan, tak suruh pun saya bancuhkan untuk dorang masa saya cuti kat rumah. kadang-kadang dorang bancuh pun senyap2 je. alih-alih dapat bau je :p

ya Allah, teruknya bunyi nya. macam penagih dadah pulak.

bukan ye, jangan silap paham. saya pun tak kisah mana. sebab dah kena PENANGAN nya kan. padan muka saya :p

time pergi Gombak arituh tu pun, sampai je bilik HZA, terus dia offer nescafe dalam tin. wow! dia memang tau feveret saya..

tapi..

T_T

terbuntang jugak mata. selalunya kalau orang offer main grabbed je. kali ni...

"eh.. I dah tak minumlah..."ucap saya sambil tersenyum. senyum kot. :)

"ehhhh?! seyes?????" kata HZA, terkezut.

"tu lah auntie, Ziqah pun terkejut bila Ziqah offer nescafe kat anis, dia tolak... isssyyyy, pelik! sekarang baru tau kenapa..." ucap HZA, kat mak saya tyme datang rumah hari tu. =.="


tadi, pergi Carrefour untuk beli stok makanan, bukan makanan la literally. grocery :)

pastu, Ruby pun tanya saya, waktu teman saya belek2 air perisa coklat kat bahagian tersebut.

"Kau betul ke dah tak minum kopi lagi?" tanya Ruby, berbaur kehairanan.

Farihin kat sebelah dah angguk-angguk dah. saya yang tengah pilih2 nih, terus pandang dia.

"Aah. sejak aku kena hari tu, aku dah tak minum dah. dah dua minggu kot.." kata saya, sambil tersenyum lagi.

*serius bunyi macam drug addict*

entahlah. rasa entah-apa-apa pulak bila fikir macam mana saya boleh minum kopi setiap hari. walaupun bukan bermug-mug sehari. tapi kopi tu macam pelengkap hari. tak pekena segelas macam ada something kureng je.

saya faham perasaan itu.

tapi bukan mudah ye ketika berjalan2 di luar, especially kat shopping complex yang ada Starbucks, Coffee Bean, Gloria Jean's etc etc. pergh! bau harum semerbak tu, kalau tak kuat iman, boleh buat kaki ini melangkah memesan Cafe Latte saiz Venti ok!

tadi pun, lalu sebelah Starbucks kat ECM. "alamak..". pastu selisih dengan seorang perempuan, tengah tekup hidung, tak tahan bau kopi mungkin. isy, geram betul. ada ke patut tak tahan bau kopi. ceh, marah pulak! :p

tapi tu lah. benda macam ni, nafsu yang boleh dikawal ni, selagi boleh, kawal je lah. bak kata Zubaidah,"sayang body woo!".

semalam pun, penat berhuj-ah [pronounced as 'huj-jah'] dengan Fai, Azra and Zubai kat dalam lab Physio, sementara tunggu Colour Blind Test. al-kebetulan, ni merupakan tajuk assignment term paper Physio, "Effects of Caffeine on Heart Rate". memang dorang tanya habis-habisan la kat saya!

sorry Fai, I know you loves coffee very mucho. tapi kena kawal, ok darl? :)

tiba-tiba rasa nak buat announcement kat semua, "Saya dah tak minum kopi! Saya sayang jantung saya!" ^__^


tiba-tiba teringat peristiwa dalam O.R FSCC dulu. saya ada cakap kat sorang pak cik nih, minum kopi itu macho. *sambil Hafiz buatkan se-mug Nescafe 3in1 untuk kami*

"Mana ada.. Rasulullah takde cakap pun,'minum kopi...macho!'. minum susu dengan madu lah!" kata pak cik tersebut sambil buat gaya. ceh.

dia menolak Nescafe kat orang lain.

saya terus menghirup.

sekarang. macam malu kat diri sendiri.

hehe.


semoga saya istiqamah. friends, tegur saya ok.







saya dah tak minum kopi! :D





End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...