Saturday, April 23, 2011

"erk" moment :)

bismillahirrahmanirrahim =)


hihi^^


alhamdulillah. hari ni, sungguh pun busy [okay, semua orang BUSY ye anis], tapi Allah bagi 'something' petang tadi.


something. yang tak disangka sangka =)


undescribeable. rasanya hanya memori je boleh define everything =)


Mungkin sebab niat tulus ikhlas tolong ibu belikan kipas kat Carrefour kot. =)


serious, dah lama tak rasa 'seriau' sebab benda2 unexpected macam ni.

isy, macam apa pulak kan. gaya tulis macam ada orang masuk meminang je. padahal.


tak tahulah. tapi something unexpected happens to me.

orang yang paling saya nak jumpa, yang hanya saya 'stalk' via FB anak dia [amek hang], akhirnya saya jumpa, depan mata, dekat kot.

ok, sampai di situ sahaja. bye.










adik : "sweet nye ayah dia...................."

akak a.k.a saya : err. =.="

adik : "dia sangaaaaaaaaaaat ayah dia ok ! sejibik !"

akak : err... [clueless] "told ya."

mak cik : "akak pergilah tegor..."

akak : "erm.. tak kenal.." [senyum nampak gigi]









like seriously ^__________^

Friday, April 22, 2011

tarik diri.





bismillahirrahmanirrahim.










takutkan Allah. please. :'(





saya ingatkan.....

Assalamualaikum..


saya dah 21 tahun.


woah, 21 kot. zaman pembebasan bermula [oh, c*ap]


dah 21 tahun nih, banyak kesan-kesan jahiliyyah dan ketidakmatangan perlulah di ubah. selaras dengan umur. not a girl, not yet a woman lah kononnya.




pertama nya,






then, kene banyakkan, especially to strangers. [ini cita-cita sejak dulu]








banyakkan bertawakkal kepada Allah. ingat tu Anis =)







lastly, soalan cepugangsa untuk setiap anak gadis yang sedang belajar kat universiti..


saya ingatkan, mak saya je yang asyik bertanya itu ini perihal perkara ni. yang best nya, bukan dekat saya je, malahan, adik saya pun asyik di temuramah oleh beliau.





rupa-rupanya, ayah saya pun masih 'keen' mengenai status saya. kerisauan melanda kalau2 saya masih tak berkawan dengan sesiapa. [ini sangat old fashion]

sekarang latest trend [tapi juga syariat], tunggu Baitul Muslim ye yah? :)


akak tak nak berkawan sebab 'itu'. biarlah yang 'sebenar-benar' rijal datang berjabat dengan tangan ayah satu hari nanti [walaupun mujahid itu mungkin sudah berjabat tangan dengan ayah :p] dia mestilah se'fikrah' dengan akak. uisy, lama lagi kot yah. biarlah dia stable dulu. biarlah akak kaut, kutip sebanyak mana ilmu yang akak mampu dulu. :)

kenapa ayah tak tanya saya directly ek. kemusykilan melanda. tapi jika ayah bertanya, dialog di atas mungkin menjadi cliffhanger in the crisp air antara saya dan ayah :)











mode : Lirih Pembebas- ShouHar :)

Thursday, April 21, 2011

nikmat~


Assalamualaikum..


Tahu tak apa antara nikmat syurga di dunia.


makan. tidur.


nikmat lain, seolah-olah kita berada di syurga?

"berukhuwwah". fisabilillah.

sweet kan? ok.



"ust. Muhadir cakap masa talaqqi secara teorinya.."kawan yg sebenar adalah dia benar dalam perbicaraanyna dan memberitahu kita kesalahan kita walaupun pahit..' Moga Allah membesarkn hati untuk menerima teguran..jgn biarkn hati terlalu mudah terasa.".=)

"pesan ustaz..andai diri ditegur orang, janganlah kita marah, sebaliknya ucapkanlah terima kasih..' ibaratnya sesorang menegur di dalam jubahmu ada kala jengking..jika engkau menerima nasihatnya..maka terselamatlah engkau dari sengatanya..sebaliknya jika memarahi atau buat tida endah..maka akan engkau rasai betapa pedih n sakitnya sengatan itu..maka terimalah teguran dengan hati yang cukup terbuka..=)




indahnya persahabatan sebegini. be honest, Anis :)







bersyukur = tenang :)

Assalamualaikum.

"bersyukurlah dengan apa yang ada.."


sounds like a very cliche dialogue in Malay dramas. but, it's totally true, indeed.

:)

siapalah kita, nak fikir mengenai perkara yang tidak ada di depan mata?


siapalah kita nak memikirkan perihal ajal dan maut kita?


siapa juga kita, hamba yang tak tahu apa2 mengenai rahsia Penciptanya, nak menilik soal jodoh dan pertemuan?

perihal rezeki?

umur yang panjang?


semuanya autonomously happen.

jom belajar erti 'Redha'. insyaAllah, penyakit pun senang untuk kita elakkan.

dengan redha, kita redha dan pasrah dengan semua ketentuan ALLAH.

bila kita redha, kita akan berusaha untuk buat sehabis baik untuk segalanya.




ya ALLAH, jadikan kami antara hambaMu yang bersyukur :')











all the best ! ^____^














Tuesday, April 19, 2011

back to March 2010 :')

mode : Back to December








bukti kukuh ke serada :D



dengan ceksu.




kat Taman Syahbandar






Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Semalam, akhirnya sampai jugak kat rumah. Perjalanan yang.. hurm.. tough lah untuk saya. :|

Setelah ber plan2 bagai, dengan mak cik Wan Atikah and Haziqah Zulaikha, saya akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Kg. Serada, di mana, kampung kami berBAKTISISWA pada tahun lepas. Kami bertiga, beradventure, pada 15 April lepas, sampai lah hari Ahad. kerana Walid and Ummi, semua boleh! :)

seriously, tak sabar nak habis kertas Anatomy sebab nak jumpa geng kat terminal, boleh? :D

kertas Anatomy pula, memang TERBAEK dari ladang lah. kenapalah semua paper tak macam tuh. takpe2, yang lepas, biarkan lepas. :)

okeh, sebelum mood Terengganu padam dalam ingatan [wah, kenapa kejam sangat bunyi nih], baiklah saya coret kat blog nih. atleast, di masa2 tua nanti, bolehlah review balik kan? eheh.


15 April 2011


lepas jawab kertas Anatomy, melesup ke UIAM Mosque kat KOM. solat Asar semua. bukak je hp, berderet missed calls dan sms. stret Ziqah, Wan dan Sha. memang terbaek lah family FSCC ku ini! :) jam menunjukkan pukul 5. bas ke Terengganu pukul 630 ptg.

"Anis, baca je mesej ni terus kol aku ok!"

mesej Sha tak macam ugut pulak kan. so, dgn hati tenang dah habis exam, call lah Sha. rupenye dye yang so sweet tu nak hantar ke Terminal. naik Pinky dye. memang Allah permudahkan betul lah. :')

Sha pun hantar g terminal. sambil2 luahan hati heart to heart dalam kereta. memang best lah kan. [bukan mengumpat ye]

[pendekkan cerita]

sampai Kuala Terengganu pukul 1130+ malam. lama kan? macam balik Johor pun ada rasanya. Ingatke negeri sebelah2 nih, sekejap je lah. rupenya lama.

sampai2 je, ada kawan [ceh] tolong pick up kami kat terminal tu. pastu bawak kami makan sekejap, sebab TERAMAT lah lapar duduk dalam bas. dahlah baru habis exam, memang boleh bayang macam mana.

dalam pukul 12+ tgh malam, kami otw ke Serada.

sampai je Serada, singgah di rumah family angkat Wan.

perasaan tyme tu? Allah je yang Tahu.

sedih+teringat+gembira+sayu semua ada ! bercampur2 !

tiba2 rasa macam nak cakap, "eh, mana orang lain nih?" :')

tiba-tiba terbayang..... ah, semua nak bayang lah tyme tuh.

dalam pada masa yang sama, keletihan melanda. tak larat dah nak bayang2 sangat. tunggu esok pagi je la..


16 April 2011


Ok, keesokan paginya, baru sempat salam dengan tuan empunya rumah. sebab malam sebelum, hanya anak dara yang menyambut kami. kami dijamu dengan mee goreng dan keropok lekor, Terengganu delicacies kot. hehe.

lepas sarapan, kami tengok Pok wan igat [tangkap] ayam. pastu sembelih. untuk buat gula [gulai]. heh. kampung ni memang tradisi lebih tradisi kot. semua yang tradisional ada lagi. tangkap ayam, mandi air perigi semua ada lagi. lokasi kampung ni je pun dah cukup untuk define semua ini. huhu.

lepas tu, kitorang ke rumah Cek and Ceksu. family angkat saya. bertanya khabar lah kami. next, ke rumah Bak haziqah [laju betul nak cerita].

rasa macam better buat macam blog wan

banyak yang memorable kot.


  1. pergi ke Pasar Payang, segala jenis Pantai yang saya tak pulak hafal namanya [tau Gong Badak je], Mydin besar yang wajib pergi, Masjid Kristal yang bolehlah dikatakan wajib pergi untuk setiap tourist.
  2. Makan sutun kat Gong Badak
  3. Lalu kat Airport baru [saya panggil airport kayu] yang dah siap sepenuhnya
  4. dah tahu Batu 6, Mengabang Telipot, SEMENTAJ, KOSPINT [imtiyaz dungun]
  5. kedai makan nasi padang Rex kat bandar
  6. jagung kikir
  7. igat ayam
  8. beli roti keramat [hollywood bak kata walid]
  9. jalan dari O.R ke sungai melepasi rumah abang rafi kori [jauh kot!]
  10. ronda dengan wan ke rumah..... [ehem]
  11. semua penduduk kampung macam boleh detect kitorang budak UIAM. :)
  12. makan merupakan agenda utama ye.
  13. jumpa dengan makcik2 yang peramah sambil memasak kat O.R



'ala kulli hal, kepada anak2 angkat/ peserta BAKTISISWA 2010, jika ada kelapangan, jenguk2 lah family angkat. ini bukan nak bangga diri ke apa, al sebab saya dah pergi ke kan. bukan. peringatan jugak untuk saya yang mudah lupa nih. saya pun tak tau nak jawab apa, kalau dorang asyik tanya perihal anak angkat dorang je, yang mana, semuanya saya kenal dan KAWAN saya kot. kalau tanya kabar je takpe, ni siap mengadu tak balas mesej semua. tak sedap lah kan. so, apa2 pun, kerap2 lah bertanya khabar. okeh.

salam :)

Monday, April 11, 2011

kerenah orang berjaya.

bismillahirrahmanirrahim.


Allah. exam hari Khamis ni. takpe, nak coretkan something. kalau tak, tak senang hati ni. tak tido malam. :D

2,3 hari ni kan, asyik dengar cerita perihal inspiration je. kenapalah tak dengar time awal2 sem arituh ke. ni dah nak last paper kot. [ceh, tak bersyukur]

bukan sahaja cerita, malah jumpa, makan, dan beramah mesra siap.

:)


biasalah. cemburu bukan matlamat utama. tapi, aura mereka yang memberi kesan membuatkan hati ini tertanya-tanya, "Kau bila lagi Anis? Takkan nak kawan je dengan dorang, tak ter'inspira' ke?"

best kan. seronok tau jadi budak pandai. rasa macam smooth je semua benda. hehe.

itulah. ye tak ye jugak. asyik berkawan, 'beramah mesra' dengan orang yang pandai2, tipulah kalau saya tak 'rasa' perasaan yang biasa tuh.

cuma saya perasan something in common dengan dorang nih. hmm.


baik, alim dan berperwatakan peramah= satu bonus !

selalunya lah kan, kawan2 saya yang pandai dulu, mesti ada sifat2 nih. bila dah ada sifat2 nih, konfemlah disayangi dan di'sanjung'i rakan taulan. baguslah alhamdulillah. atleast dapat jadi da'i mengamalkan amar makruf nahi mungkar, di samping menjadikan diri mereka idola untuk mereka2 yang lain berbuat baik :)









mengamalkan sikap "Go with the Flow"~

rilek. sempoi je. dahi pun, takdelah berkerut 24 jam. ala2 bersyukur dan redha gituh. harapannya begitulah. apa yang zahir adalah pancaran dari batiniah nye. :) sempoi pun ada 'style'. bukan sempoi tak memasal tuh. tapi sempoi yang nampak 'kebijaksanaan'nya. eheh.





tak menggelabah. tenang. [:D]

ini pun satu ciri jugak. jaranglah saya tengok orang yang berjaya nih, kelam kelibut orangnya. mesti selalunya, tenang jeeeee memanjang. tengok muka pun tenang. dalam hati pun ada taman. hehe.


ada jugak yang jenis tak menjaga ikhtilat, suka buat maksiat etc etc. tapi itu saya kira antara dia dengan Allah je la sebab kalau tak silap, itu di namakan 'istidraj'. hmm.


pembersih, pengemas.

hehe. sape cakap kalau budak pandai ni pengotor etc etc. kalau iye sekalipun, mesti tak cukup lagi lah sifat kecemerlangan tuh. haila.








Doa-doa lah supaya saya, [awak] [kita] sama2 dapat title itu satu hari nanti. :)

insyaAllah.

apa motif gambar di atas? oh ye.marilah sama2 melalui jalan yang penuh rintangan, demi masa depan yang bercahaya [matahari kat depan nuh!] :D











  1. jumpa budak dapat scholar Khazanah. pergh. dahla budak Engine. wondering brape lah CGPA dye. :'(
  2. dengar cerita seorang kakak lulus ujian final year medic. berbekalkan SPM 5A, 3B, 2C. NOTHING IS IMPOSSIBLE!!!!!!!


:)

Saturday, April 9, 2011

appreciate small thingies~




bismillahirrahmannirrahim.



alhamdulillah permulaan hari ni baik. best. :D

'ala kulli hal, all thanks to Allah.

best best pun. kena lah study kan. so insyaAllah. nak mula dah ni. tapi sebelum tuh, nak sharing sket. [ada aku kesah?] :)


rasanya semua, diulangi SEMUA, orang suka yang detail2 nih.

mostly, perempuan. dan depa pun nak bakal suami [zauj] kalau boleh, yang suka appreciate benda2 yang orang anggap, "small matter lah! relax suda!".

mungkin sebab perempuan ada 9 nafsu kan. hehe.

sampaikan, kalau boleh, warna makanan pun biarlah berwarna warni. nak interesting kan. kalau fikir logik, makanan tu kita tgk sat ja. pastu kunyah, telan, pastu simpan lama2 sat dalam perut, pastu diexcrete keluar.










tapi tak.... nak jugak, berwarna warni.

itu baru soal makanan. belum masuk soal perhiasan rumah etc etc.

hingga sekecik-kecik nya, iaitu awesome things that always happen unconciously.

seperti tertera dalam website nih :)

lolsz. semua benda nak amek kira.

contohnya, yang paling terkesan. "Awesome Things : The other side of pillow".

:D

memang betul lah. kalau bantal side sini dah 'panas' kita tukar side kan?

pastu lebih sejuk. wahhhh~ :D

ataupun, "When the music player's shuffle reads your mind".

best kot. takyah nak browse playlist, tgk lagu mana nak pilih. kalau ada 300++ lagu, ha, jawab lah nak browse. :)

dan sebagainya. interesting jugak. [nampak sangat nak release tension, sampai website cani pun boleh bookmark]

kawan saya, Diyanah, antara yang mengajar saya benda2 camni lah. first dengan Dear Blank, Please Blank. kelakar!

so Yana, sila tengok website nih. [ke dah tau lama? =.="]









dalam menghadapi kehidupan seharian, selalu jugak lupa benda2 so called "small matts" nih. bila waktu2 senggang macam ni, baru lah nak kenang itu kenang ini. same goes kalau kita berjauhan dengan kawan baik kita kan. dulu waktu sama-sama, susah senang dengan dia, takmau pulak menghargai. bila dah jauh. susah nak call, baru lah nak touching2 rindu la, miss you lah bagai. hurm.

well, itu yang terjadi kat saya la kan. ehhe.

semenjak dua menjak nih, asyik suka stalk semua page, blogs and tumblr orang. tgk gambar. boleh?

suka lah. suka sangat orang expressing something via photos [baru nak menghargai].

dulu selalu cakap, "buat ape lah beli kamera gedabak, berat, warna hitam pulak tuh. ke hulu ke hilir bawak. gambar sama jugak. baik pakai kamera hp je!".

dulu.

sekarang, appreciate lah bagai. :)

folder kat pictures nih, penoh. gambar. amek orang punya. ya Allah. tak jaga rights reserved orang. dush2.

lepas tu, selalu cakap kat kawan, "suka lah tengok seorang ayah tangkap gambar anak dye guna DSLR! so sweet!" :D

tak pun,

"arituh aku ada tengok satu gambar, lelaki nih pakai shirt and jeans je. lepak habis. pastu dokong anak perempuan, beg sling DSLR.. alamak! sweet!".


ha sudah.


nak masuk criteria ke tak? :p

[tak2. jangan risau] :D


hehe. haih. jom lah baca Anatomy!


^_______________________________________^












what is awesome things happens to me today? oh ye. bila anda sedang giat basuh baju, sambil dengar lagu, tup tup, lagu yang keluar adalah Permata Untuk Isteri by Kopratasa. PERGH! seyes rasa nak basuh baju yang dah dibasuh. rasa macam isteri solehah kot. amin~


Friday, April 8, 2011

pandang dengan mata hati.


bismillahirrahmanirrahim.


"isy, asyik2 hati je mak cik nih..."


:p


ye lah, hati kan COMPONENT penting. takde hati, susahlah. tak jadi pun satu benda.

hehe.

cuba illustrate kan ayat nih, dalam minda masing-masing..



"Bayangkan kamu berada di dalam sebuah kotak. Kemudian pada kotak itu ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. Apakah kamu mengira dunia itu, hanya apa yg kamu lihat dari arah lubang itu sahaja? Adakah kamu merasakan kebenaran itu, hanya apa yang ditunjukkan pada lubang itu sahaja? Apakah yang kamu nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu? Di sini kamu kena nampak, betapa kita perlu meningkatkan lagi ilmu, melihat lebih banyak pandangan, mewujudkan lubang-lubang lain dalam kotak kehidupan kita.."- excerpt backcover buku Fanzuru by Hilal Asyraf :)



dapat tak maksud dia? sebenarnya ayat tu terbaca bila dapat hadiah buku Langit Ilahi 3 : Fanzuru by Hilal from my dearest siblings and ibu. hehe.

dapat je buku tuh, terus paling belakang. nampak pulak ayat 'mengetuk' nih. memang terbaik la.


kadang2 terlupa..... ;)


selalu lah, memang maksud 'insan' pun drpd perkataan Arab yang bermaksud 'lupa'. lupa itu lupa ini. lupa bawak henset, lupa kad matric. semua benda. insyaAllah, "maaf kita kerana lupa" pn akan diterima. :D

so nak ingatkanlah nih. extremely untuk diri yang sedang khusyuk menaip nih.

pandanglah semuanya dengan mata hati.

:)

bukanlah bermaksud, pandang dengan mata hati itu membawa kepada tahap 'sensitiviti' yang TERLEBIH. semua benda nak 'care', sampai pelajaran terganggu. kesihatan terganggu. sebab terlalu anxious kan. caring itu caring ini.

tapi, janganlah mudah melatah. ^^

ini tak, sikit2 nak melatah. sikit2 nak marah tak memasal. rilek la. [sekali lagi untuk diri sendiri :p]

sebab takut jugak, kalau tak pandang everything via mata hati, takut jadi fitnah untuk orang lain. selain daripada berkurangnya rasa nak 'berlapang dada' dengan orang lain.

sebagai contoh mudah, mentafsir gambar.


terang lagi nyata, bukan muslimah dalam gambar di atas [gambar sekadar hiasan]. tapi perlukah kita menganggap "ok, berdosa letak gambar lelaki. tag perempuan pulak tuh!" ?

itu ayat orang yang memandang dengan mata kasar.

cuba guna mikroskop hati.

tengok ukhuwwah [walaupun dorang omputeh] mereka. link kan dengan caption gambar.

apa yang anda nampak?

seorang rakan mengatakan farewell [mungkin] kepada sahabatnya yang lain. kalau tak di dunia, di akhirat mahupun syurga kelak. biiznillah.

lain kan? persepsi masing2.


kenapa tak positifkan je gambar tu [kalau yang diinterpret adalah gambar]? kenapa nak kena wujudkan negativity dalam kehidupan, selagi boleh menghindarinya?


positifkan diri di mana jua, insyaAllah. awet muda lah sentiasa.






kalau saya letak gambar nih, nak cakap apa?

saya gedik nak kahwin?







positifkan diri. berlapang dadalah. dan, pandanglah dengan mata hati ^______^


GBU~

Thursday, April 7, 2011

menjaga hati.

bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah. :)

Allah bagi ketenangan hati malam ni. hehe. boleh online 'sukahati' kat CF Sister. takde apa yang mengganggu. maksudnya, tiada nota yang perlu dihabiskan. wuwu.


petang tadi pun, asyik online je. melepaskan lelah la kononnya. ceh. sambil-sambil mendengar ceramah sepanjang CAMPRO [Campus Dakwah Project] last January, bermula dengan talk Let's Get Married, yang masih belum di habiskan. insyaAllah bakal menyusul ustaz Hasrizal punya pulak nanti :)


dalam pada dengar talk. sekarang tengah khutbah by Sheikh Riad, pastu petang tadi asyik berFB, terdetik satu rasa, nak 'cabar' diri sendiri. sebenarnya, al-hasil dari melawat satu page sahabat bukan di FB nih. bila buka page dia, tengok status2 dia [macam stalker], rasa macam nak buat pembaharuan sikit. tapi tak boleh lah nak terus kan. kene slow2. apatah lagi berkaitan hati. memang kene makan masa sikit. asalkan istiqamah.


saya mencari satu 'punca'. punca dan mengapa. mengapa dan sebab. hmm. pening kan? takpe, biar saya je yang tahu apa yang saya cari :)


kata nak jadi pendakwah. pendakwah 'muda'. menjadi da'i tak semestinya berniqab, duduk 24/7 di masjid, tak sambung study semua. tidak! malah, lagi bagus kalau kita update segalanya. pandai, bijak berkata-kata, peramah, friendly, baik, cantik, lemah lembut, oh, menghampiri idealistik semuanya. boleh. kita boleh aim untuk kesempurnaan. walaupun hakikat manusia tak sempurna. tapi untuk Allah, demi Allah, semua boleh! :)


nak jadi pendakwah. automatically da'i. hati mesti bersih. cakap kat orang jaga hati jaga hati, tapi hati sendiri? tak jaga. biar hitam legam. tak bolehlah!

lagipun, bukan sebab nak hati itu hitam, tapi takut AZAB ALLAH beb! takut! cuak! semua ada!



betul lah. bukan senang nak jaga hati. =.="




nak kena jaga hakikat kita. sebenarnya, tugas mendakwah [menarik orang ke arah Islam] bukan lah pilihan. tapi TANGGUNGJAWAB!

sedihnya saya. kat UIAM baru belajar benda-benda ni. baru tahu itu ini.

tapi alhamdulillah. atleast, ada wadah saya nak dapat ilmu ni. Allah tak bagi straight away kat saya since budak-budak sebab Dia tahu saya macam mana kan?

tak serious sepanjang masa. T_T









indahnya jika dapat jadi da'i yang penyabar, HATI BERSIH, bijak pandai, petah berkata-kata, friendly and warm, tegas tapi tak jumud. so sweet kan?

tapi itulah. penyebab utama KEROSAKAN AKHLAK la ni, hati tak bersih. tak tulus. tak suci.


dan yang paling menakutkan, kalau kita buat baik, benda baik, tak tajdidkan niat kerana ALLAH.

takutnya!

saya takut balasannya.

adakah kita buat sebab 'orang lain'?

atau ingin nampak baik? T_T

cuak2.








saya tahu agak payah. saya tahu siapa saya.

tapi saya kena cekalkan hati saya.

saya kena banyak bersabar. bertenang.

mencari kebahagiaan dalam keterbatasan yang ada nih.

tak semua benda kat dunia saya nak, saya akan dapat.

Allah bagi apa yang saya perlu, bukan NAK.

o Allah, give me strength.

T_T






saya nak jaga hati. tolong saya!

14 april.


bismillahirrahmanirrahim.



kadang-kadang kita mengeluh macam-macam.

especially yang tengah menghadapi musim imtihan nih.

"weh. exam aku berderet kot! sempat ke nak baca semua nih??"

pergh. cakap kan.

padahal memang dah tahu dah. tanggungjawab lagi banyak drpd masa.



[pesanan untuk diri sendiri ^___^"]

Wednesday, April 6, 2011

macam-macam la nak fikir.

subhanallah.



soalan Molecular Biology tadi macam............................................................... [speechless].

Allah test sikit je, so tak boleh nak melenting sangatlah kan.

Allah Allah.

rasa macam nak tercabut jugak jantung, bila selak muka surat pertama kertas exam tadi.

"apa nih?"

T_T




susah susah Physiology, susah lagi Molecular Biology.

dah terbayang, akan jumpa Dr. Tariq lagi pasni. aduih.


takpe2, jangan putus asa. rugi lah kamu2 yang berputus asa dari rahmat Allah.

tak nak.


mula lah nak fikir macam-macam. perempuan kan.

soalan yang paling best,

"aku ni silap pilih course ke?" T_T

astaghfirullah. sampai macam tu sekali.

kenapa lah JAUH sangat fikirnya. dekat2 sudahlah.


itu lah saya. :|






Allah, permudahkanlah Management esok.

hanya Engkau yang mengetahui kondisi hati ku ini, pada saat ini.




cekalkanlah :'(

Sunday, April 3, 2011

tak pernah begini.

salam.


Subhanallah.

sepanjang study kat Main Campus ni, saya rasa hari ni adalah hari-tahan-diri-daripada-menangis sedunia !


saya macam di'surpress' sedalam-dalam nya kedalam notes Physiology. Kidney kidney kidney je memanjang.


saya diuji :(



tak tahulah. bukan tak study. tapi rasa tense nak menghadapi hari esok nih. tak suka nak type perkataan 'str-'. ten- dan yang sewaktu dengannya.

Rabu dan Khamis, exam berderet. Molecular Biology and Management. tapi saya takde lah segementar nak jawab exam esok.

mungkin ini ujian. bukan mungkin, PASTI! sebab saya sedang rasakan sekarang.

rasa 'str-' ni bermula semalam. disebabkan dah macam nak 'meletup', saya berjalan, round by round sorang2 kat tasik depan Mahallah. err. pelik ke/kan?

pastu disebabkan dapat call 8pax within 7 days, saya call kawan baik saya semasa kat KUSESS, Sharos. sedihnya. kalau dia ada kat depan saya semalam, mesti saya menangis.

teringat nya pelbagai peristiwa saya menangis depan dia. walaupun dia lahir bulan 11, dan saya bulan 3, tapi dia umpama KAKAK saya dulu. sampai sekarang pun.

saya rasa, selain family, dia adalah orang luar yang paling banyak tengok saya menangis. dan sifat CALM dia! oh my~ serious. walaupun kadang2 tak suka dengan ketenangan pada dia, tapi bila saat2 memerlukan, dia lah orang pertama yang saya cari! :)

walaupun dia relax, cool2 jalan pun macam nak tak nak, tapi scorer kot. sekarang study Dentistry kat UiTM shah alam. walaupun jalan macam nak melayang, tapi sprinter kot![kenapa cerita perihal dia nih?]

sebab rindu. rindu nak menangis depan dia [gedik betul]. rindu nak tengok muka orang2 yang tenang. the serene soul. wah.

ada je hamba2 Allah kat UIA nih yang saya akan 'tenang' sikit bila jumpa dorang. especially Amal [woah!] :D

tak ke pelik, kenapa semua orang yang tenang mesti lahir bulan 11? :)











'ala kulli hal, doakan saya TENANG ketika menjawab paper Physiology esok. Allahu Allah. :')

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...