Bismillah.
Seminggu yang getir bakal berlalu. Memberi laluan pada 'sinar baru' untuk terus tabah mengemudi kehidupan. Yup, next week bakal ada yang lebih menggetarkan : Memilih pemimpin, at least untuk tempoh 5 tahun akan datang. 5 tahun yang bakal berubah, atau semakin binasa, naudzubillah. Biar Allah menentukan.
5 tahun keterhadapan, saya berumur 28 tahun. Tak pasti sama ada masih hidup, atau ....
:)
Seminggu yang getir dalam membuat pilihan. Oh, boleh saya simpulkan, semester ini merupakan semester 'membuat pilihan'. Semakin jelas, membuat pilihan bukan lagi seperti dulu, main hentam sahaja, tanpa memikirkan orang lain. Hanya fikir diri sendiri. Namun tidak bila kita dah berumur 23.
Mungkin ada manusia yang berkata, "Ah, pilih je la. Apa yang susahnya?". Tak kurang yang bermanis kata seindah bahasa, "Buat istikharah." Yes, another one. Minggu lepas sahaja, kata kerja 'istikharah' itu sangat made sense. Bayangkan, kalau dahulunya istikharah dibuat tanda berada di saat genting untuk memilih, tapi pada minggu ini, itu adalah kata kerja biasa. Semua mahukan yang terbaik dalam membuat keputusan, lalu kepada Allah mereka, kami merintih. Mengadu. Minta ditunjukkan yang mana terbaik untuk kami.
Tatkala di hadapkan dengan pilihan, hati pasti berkata-kata. Akal pantas mencerna. Pasti ada yang meneka, apa yang saya dok kalut cerita pasal pilih dan pilihan ni?
Minggu memilih concentration dan title, supervisor untuk Final Year Project :)
Dalam kalangan sahabat baik, yang benar-benar baik, saya memang dikenali bukan sebagai budak lab [makmal] tegar. Walaupun saya merupakan pelajar jurusan BIOmedic. Nampak perkataan bio di-capitalized di situ? Yup.
Saya tak berapa minat untuk lab-based activity. Allah. Tak tahu mengapa, mungkin juga kerana kekangan jumlah alat-alat dalam lab yang menyebabkan kepada sharing yang melecehkan. Hurm. Bunyi mengada-ada. Tapi kadang-kadang okay je.
Disebabkan kecenderungan saya tak memihak kepada lab [makmal], saya mengharapkan Final Year Project saya bakal menyaksikan saya melakukan kerja-kerja field work atau spesies survey sepanjang dua semester sampai graduasi.
Ternyata, perancangan Allah lagi Mantap dan Agung.
Dalam list title dan supervisor, saya sudah punya 2,3 pilihan yang membuatkan saya looking forward untuk skor dalam setiap subjek dari pensyarah yang sama. Mereka juga mempunyai minat dan passion yang sama dengan saya : Occupational Safety and Health, atau lebih dikenali sebagai 'OSH'. OSH merupakan salah satu cabang, dari pelbagai cabang dalam bidang biomedical science. Dijangka menjelang 2020, industri biomedical bakal mencanak naik seiring dengan bidang biotechnology.
Kenapa OSH?
Dalam kalangan coursemates, ada yang bertanya, secara direct dan indirect kepada saya, kenapa OSH menjadi pilihan. Sehinggakan saya antara student yang tak perlu nak berebut-rebut nak daftar Clinical and Pharmaceutical Research untuk subjek concentration. Entah, itu minat masing-masing. Dan ini merupakan pilihan saya. Sounds cheesy, tapi itulah hakikat. OSH merupakan industrial-based punya concentration. Oh ya, yang paling penting, bidang ini membuatkan kami, in sha Allah bakal interact dengan manusia, dan bukan samples, microscope, chemicals semata-mata. Heh.
Ok, sambung perihal title dan supervisors. Allah nak uji kemantapan iman dan keyakinan diri, saya tidak punya peluang ampuh untuk keempat-empat pensyarah untuk title dan supervise FYP saya dek kerana mereka already fully booked!
Allahu akbar.
Serius, saya boleh dikatakan antara orang-orang yang lambat untuk memiliki title dan supervisor sendiri. Sementelah 2,3 hari sehingga Khamis lepas, baru Allah takdirkan saya dan 2 lagi sahabat untuk bertemu semula dengan seorang pensyarah, yang pada semester sebelumnya mengajar subjek Pharmacology kepada kami. Yang selalu buat saya looking forward untuk study di Australia. Yang selalu buat saya perasan sorang-sorang nak prektis to speak english. Yang selalu encourage saya untuk act and be professional all the time, yet zuhud. Eh, macam mana tu? :)
Tapi disebabkan gred Pharmacology bukan A [adoi, kantoi], saya padamkan semula hasrat nak ber-FYP dengan beliau. Ternyata, jodoh FYP tu memang dengan beliau. Dan decision itu membuatkan saya semakin looking forward dengan harapan saya terdahulu :) *wink2*
Guess what, he'll be supervised us on lab-based kott. Takpe Anis, itu yang terbaik untuk kau. :')
As for now, dah kena mula kerja-kerja groundwork untuk FYP. Literature review, read on journals, drafting research proposal. Phew. Rabbi yassir wa la tu'assir.
![]() |
| 63 : 5 |
To be honest, saya dah mula berkenalan dengan OSH since saya 1st year di Center for Foundation Studies , IIUM PJ lagi. Oh, 2008?
Yup.
Saya terlihatkan pekerjaan bapa kepada seorang hamba Allah yang saya kenali ni. Jahat juga sebenarnya cerita saya ni. Saya dan Kak Tim telah membuka student's profile yang saya ingin lihat pada waktu itu. Ya Allah, sebenarnya setiap kali saya sebut atau jumpa perkataan OSH, saya pasti rasa sedikit bersalah kepada hamba Allah tersebut. Lepas tu tetiba dapat keyakinan semula yang this career will be something to me, one day in sha Allah :)
Pekerjaan bapa-nya ialah Occupational Safety and Health Officer, Petronas Regional Office. Kat mana? Ohoi, rahasia la bro! :P
Waktu baca dulu, macam peliks. Macam "Eh, ada eh kerja macam ni?". Whatever. Serius katak bawah tempurung. Dahulunya yang tahu doktor dan engineer je. Serius whatever.
Rupanya tu salah satu daripada cabang biomedic. Eheh.
in sha Allah, doakan. semoga ini yang terbaik untuk saya. amin :)
Okay, yang ini sentap.
Sementelah saya di-reject [kind of, walaupun tak directly rejected] oleh pensyarah kegemaran untuk menjadi supervisor, saya TERlihat pula list pelajar yang dapat book dengan pensyarah kegemaran saya, iaitu Dr. S yang sangatlah passionate tentang OSH ni.
Rupa-rupanya, 5 org pelajar 'bertuah' itu adalah terdiri daripada sahabat dari the other batch.
Dan salah seorangnya, merupakan yang datang minta advice dengan saya dan Cik Y, sebab tak tau nak pilih apa untuk concentration dan title apa untuk FYP.
Whatev___.
Saya tak jealous, apatah lagi cemburu. Sebab saya teramatlah yakin, rezeki masing-masing, dan mungkin berhikmah dan saya pasti akan dapat lagi baik, in sha Allah [:D]
Cumanya, agak ter'sentak' sebab... Entah. Indescribable. Hihu.
Jom berlapang dada. Mari kita tengok siapa lagi passionate pasal OSH ni muahaha [eh, tak gelak jahat] ;)
![]() |
| This is me. Eh. |
Dalam pada meniti hari yang busy [kononnya] dan kesusahan melanda, saya masih boleh tersenyum kerana dikurniakan sahabat yang baik dan amat memahami dan sama-sama bersusah dengan saya.
Keluar seawal pagi [walaupun takde kelas pagi], pakai pakaian tertib dan kemas lagi lawa, terhias tudung dengan gantungnya matric card [tak pernah-pernah, since kat main campus, tapi rasa nak teruskan je, rasa smart pakai matric card] dan tangan ada planner, approval form dan list title and supervisors, sanggup berjalan kaki pulang ke mahallah sebab supervisor adalah Principal mahallah [walaupun sudah ke KAHS] dan banyak lagi. Subhanallah, betul-betul melatih kami dan kami seolah-olah macam job seeker pulak!
Berjumpa dan consult dengan ramai lecturer menyebabkan terasa diri begitu connected dengan orang. Bukan, maksudnya rasa sangat positif untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Tiba-tiba, dalam kesibukan mencari title untuk FYP, draft dan present proposal ke India, urusan siyasah, program Maimunah Festival, dan ber'usratuna', assignment last minute, take home quiz yang markah dabel triple, rasa sangat pertolongan Allah tu hinggap ke diri :')
Alhamdulillah.
Saya pernah di-reject oleh PPUKM untuk latihan industri. Dan betul-lah, bila Allah tarik something daripada kita, sebenarnya Dia nak bagi something yang lebih BAIK untuk kita.
In sha Allah bakal melalui latihan industri di National Institute of Occupational Safety and Health [HQ] di Seksyen 15, Bangi :)
Alhamdulillah thumma alhamdulillah ^_^
Ini pun lagi satu, tempat yang tak disangka-sangka. Ingatkan dalam mimpi dan angan-angan je. Rupanya bakal menjadi realiti.
Rezeki.
'Ibrah dari perjalanan dan pengalaman untuk minggu ini :
- Teruskan berusaha
- Selepas berusaha, sila-lah tawakkal
- Jangan mudah mengeluh, sebab nanti menyesal, lagi parah
- Jangan kedekut untuk waktu kita kepada Pemilik Waktu
You know what I mean ;)
All the best for remaining weeks towards the finale. May Allah ease everything for us. Amin.













