Monday, November 28, 2011

Qawiyyul Jismi ^^

Assalamualaikum ^__^


Alhamdulillah, masih diberikan nafas untuk disedut pada hari ni, 2 Muharram 1433H.

Phew :)

Dah tahun baru rupanya [sambil memandang luar tingkap, tetiba hujan, tetiba nak 'jiwang pula' :)]

Bermakna, dah setahun lah saya berada di bumi UIAM Kuantan. alhamdulillah wa syukr lillah!

*Bajet duduk setahun, tak pernah balik rumah. Macam duduk oversea je gamaknya*

Sebenarnya, saya ingatkan hari ni [Isnin] adalah satu Muharram. Maka, saya tak prepare lah untuk mempersiapkan diri menyambut kehadiran tahun baru Sabtu lepas. Allah permudahkan urusan apabila saya 'tergerak' nak pergi ke satu perkhemahan Jumaat-Ahad lepas, jadi mereka sediakan satu slot untuk membaca Yassin dan doa akhir serta awal tahun. Segala puji bagi Allah :)

Perkhemahan. Yang tak diduga. Unplanned.

ok, berbalik kepada tajuk di atas. Apa yang anda faham tentang Qawiyyul Jismi?

Badan yang kuat? Badang? Ahli bina badan? Jisim badan yang kuat [direct translation]?

Hah, bolehlah semua tu. Ada related.

Qawiyyul Jismi adalah satu elemen terpenting dalam 10 Muwasofat Tarbiyah yang di-listkan oleh As-Syahid Imam Hassan al-Banna. Kira kalau dah ter-listed tu, penting la kot eh?

Penting woh.

Slogan-slogan yang kerap kali muncul seperti, "Badan Sihat Otak Cergas!" atau "Minda yang cerdas datang dari badan yang cergas", semuanya benar belako kan. Daripada, tadika, sampai ke besar, selalu orang kaitkan antara dua tu.

Ada logiknya juga IHAB list kan untuk kita berbadan sihat dan KUAT dalam ciri-ciri tarbiyyah tu.

Bila kita lihat dan reflect balik dengan zaman sekarang yang serba MUDAH ni, rata-rata masyarakat semakin concern dengan tahap kesihatan mereka.

Yang sedihnya juga, jumlah itu proportionally increases dengan orang yang semakin culas dengan tahap kesihatan mereka. Rilek je makan fast food sokmo kan.

Ok terasa.

Literally, tajuk di atas ni saya nak kaitkan dengan tanggungjawab kita terhadap badan kita. Tubuh kita. yang Allah bagi PINJAM sat nih.

Rasa-rasanya, kita dah memenuhkan 'hak' terhadap badan kita, atau belum?

Hurm. *awan awan berfikir menjelma sebelah kepala*

Selain daripada makan makanan yang sihat, kurangkan makanan berlemak, berminyak, minum banyak air masak, rata-rata penyakit dapat dihindari dengan segaris ayat peringatan yang naik muak nak ditatap kat mana2 poster berkaitan kesihatan.

"Bersenam selama at least 25 minit, 3 kali seminggu." [lebih kurang macam tu la]

3 kali seminggu.

TIGA KALI ok.

Pentingnya bersenam ni kan? Especially untuk menjana minda yang kreatif, idealistik, cerdas etc.


Bayangkan kalau pelajar tu asyik sakit je. Ok lah, kalau tak sakit pun, nampak pucat je. Tak habis-habis perkataan "penat.." je yang keluar daripada mulut.

Tu baru pelajar. Kalau asyik penat je, macam mana nak menyeru orang berbuat kebaikan?

Tanda soal.

So, sempena dengan tahun baru ni, jom lah letakkan azam untuk bersenam dengan lebih kerap tanpa meminggirkan study pada tahun ni! *Semangat!*

Ok, itu berkaitan senaman, untuk qawiyyul jismi.

Minggu lepas juga saya ada menyertai Interbatch Games untuk kuliyyah saya. Well, orang dah lama tak main netball, berlatih sekali je -.- terus masuk interbatch game.

Bukan motif itu yang menarik perhatian, tapi perasan atau tidak, setiap kali diadakan friendly match, interbatch game atau apa-apa perlawanan yang formal, mesti terselit dalam objektif paperwork adalah to strengthen ukhuwwah between players atau to bridge the gap between players whatsoever.

Sejauh mana games atau sukan mampu untuk strengthen the ukhuwwah bonding ni? :)

Well bagi saya, memang mengikat ukhuwwah la. insyaAllah kalau kena pada tempatnya.

I just couldn't agree more [ceh ayat]

Bayangkan eh, kalau kita pergi program motivasi ke, apa-apa program la, yang ada group lain yang kita TAK KENAL dan memerlukan ta'aruf, maka perlaksanaan game adalah cara yang terbaik nak rapatkan ukhuwwah, nak saling kenal mengenali. Sebab thru game, kita tak heran lah siapa dia, bagaimana dia, CGPA dia berapa, family background dia, asalkan grup kita menang!

Semangat. hehe.

Time bersukan juga, kita boleh lupa sekejap hal-hal 'remeh' dan duniawi dan terus fokus untuk game tu. Apatah lagi bonding senior-junior, boleh buang jauh jauh aihh :)

Semasa bermain netball hari tu juga, dapatlah mengislah diri serba sedikit. First, of courselah terISLAH dengan tahap permainan dan kesihatan sendiri :D

Second, terISLAH dengan ciptaan Allah, iaitu matahari yang banyak menguji kami pada hari tu. Sampai burnt muka dibuatnya. Tapi dengan kuasa Allah, hari Ahad tu memanglah panas yang teramat amat amat. Tapi malam nya tu, dah start hujan selama 4 hari bertutut2 sampai Khamis. Sampai tengok hujan pun dah tak lalu dah.

Hebat kuasa Allah.

Thirdly, saya rasa pertambahan umur tu semakin matang dengan pemikiran. Eh, lupa perkataan sewajarnya.

Dulu, semasa mewakili sekolah untuk main netball, asyik rasa nak menang je! Menang menang menang. Itu je yang difikir nya. Manalah tak tensen. Waktu main pun, berkerut dahi dibuatnya!

Bila kalah, memanglah mulut mengatakan "Tak pelah. Kalah menang adat permainan". Tapi dalam hati, perghhhh. Frust jugak!

Setelah lama meninggalkan arena netball *ayat tak boleh nak poyo lagi*, dan bermain lagi untuk interbatch, saya rasa semakin positif. Mungkin pertandingan ini hanyalah interbatch, dan saya pula the ONLY 21 yrs sister dalam team kami, yang lain semua 20 tahun. Jadi saya dok cakap kat dorang,"Kita main sebab suka-suka, nak keluarkan peluh. Bukan nak menang ok! Jangan stress2!".

Anis cakap macam tu wow :P

Tapi seriuslah. Saya pun berusaha untuk 'berlapang dada' dengan semua match dan sentiasa berusaha untuk tidak stress-lalu-menunjukkan-muka-masam. Oh, senyum sepanjang masa :)

Mungkin sebab peranan saya agak 'mudah' kot. Goal Keeper :P tak taulah reaksi muka kalau saya play untuk posisi Center yang kena berlari-lari tu! :P

Tapi, senyum senyum juga. Burnt tak mengenal muka anda senyum atau tak ye! -___-

Itu je nak share dengan kawan-kawan tentang sukan ni.

Saya pun jadi terharu pulak bila emcee tu baca semua objectives paperwork interbatch masa Opening game tu.

"To strenghthen the ukhuwwah between players and students."

Nampak macam simple, remeh, picisan, ayat-working-paper je kan? Tapi cuba dengar dengan hati yang lembut, mesti terasa macam, "Yeah, i need to play, need to do this, for the sake of Allah."

Dan, mana tahu, kalau kita niat betul-betul kerana Allah, lalu Allah redha? haaaaaa. untung woh! Dah buat satu ibadah pada hari ahad dan panas terik tu. Hati pun tak lah sakit sangat kalau muka burnt *tak habis2*. At least dah tajdidkan niat before main game! :)

Lepas tu, kan before kita main, kita ada sesi salam2 dengan pihak lawan kan, cuba kita buat betul2. Main sebab nak kuatkan tali silaturrahim, bukan nak menang je keje. Habis match pulak, kita 'tinggalkan' court dengan segala 'masalah dalaman dengan pihak lawan'. Buat bodo lah. Before tinggalkan match dan court, salam lagi dengan salam taubat. note : salam taubat=salam sambil meminta maaf dengan menyebutkan kesalahan.

Barulah orang pun lega nak berlapang dada dengan kita. Silap2 jadi kawan baik sambil adding2 kat Facebook lepas tu :P

Hehe.

Janganlah tinggalkan match atau court dengan dosa-dosa 'kering' yang bakal menambahkan beban dosa kat bahu kiri ni. ---> pesanan untuk diri sendiri.

:)
Team Netball Biomed 102 :)

Tersungkur di Quarter Final. Haisy takpe. practice sekali masuk quarter. Practice hari-hari mesti masuk interkuliyyah kot :D

*tak yah berangan sangatlah anis*

p/s : sila ignore muka paling burnt tu -__-





Usai interbatch, pergi berbulatan gembira di Teluk Chempedak pulak


Memanglah Allah nak uji, saya ni devoted suka suka je atau serius kan?

Habis je perlawanan netball, saya dijemput hakak bulatan gembira di Sport Complex untuk ke Teluk Chempedak, pantai femes ames kat Kuantan ni, untuk berbulatan gembira sambil celebrate birthday ahli bulatan gembira yang komitedtedted, Amalina ^____^

Penat?

HARUSLAH. tapi keletihan mula berkurang bila dapat ijlis bina nu'min sa'ah dengan ahli BG nih. so sweet sweet sweet <3




tapi bila balik bilik, hamek. minum susu suam, terus krohh krohh -__-






Jumaat lepas sampai Ahad semalam, saya ke perkhemahan pula. Malu lah nak taip tajuk perkhemahan saya ni >.< yang penting bukan Jambori Pengakap peringkat Kebangsaan ye :P

Terketuk saya tentang peranan saya sebagai Hamba dan Khalifah fil ard yang banyak GHEJA nak buat heyy =.=





Sesi presentation LDK yang paling 'digemari' saya. Hadoi.





Contoh berqawiyyul jismi di rumah. Main badminton siap pakai jersi malaysia ok.
Saya rindu ini budak :')






Kalau hujan, senam sit up kat bilik pun ok la kot. :D

Wednesday, November 23, 2011

Kita layak diuji.




Assalamualaikum.


Seperti tersangat lama tidak menghapdate blog :) Memang terasa, nak nak kalau lepas baca Angel Wears Gucci punya blog. Memang rasa macam nak menaip je.

Banyak yang berlaku sepanjang saya tak menghapdate blog ni. Alhamdulillah, diberikan peluang oleh Allah, bukan sekali dua, malah banyak juga menghadiri talk yang dianjurkan di sekitar UIAM. alhamdulillah [dengan chorus lagu 'Alhamdulillah' by Opick dan Amanda]

Tapi, hof kos yang menarik hati saya nak mencoret kali ni dalah berkaitan hari ni. Yep. Hari ketiga hujan tak berhenti-henti di Kuantan. Ada juga rasa resah gelisah pasal hujan ni. Selain daripada best, hujan jugak dapat membuatkan saya rasa macam nak banjir je. Heh. Poyo la Anis.

Oh, aah ek. Hujan pun boleh jadi nikmat dan ujian buat kita. Nikmat sebab taklah panas terik kan? Ujian sebab stokin kaki semua dah lencun dek berjalan atas jalan tar dan tanah yang berlumpur. So, nampaklah yang kita ni memang sesungguhnya LAYAK untuk diuji.

Tak mengira saiz tudung


Mungkin ada yang chuckles manja-manja bila baca caption kat atas. Eh hello Anis, perlu ke kaitkan saiz tudung dengan ujian?

Eh, hello! Of course la!

Ujian Allah, sememangnya lah tak mengira saiz tudung anda dan saya. So, jangan rasa bila dah bertudung saiz besar atau labuh, maka engkau atau aku tidak layak untuk diuji.

Tapi kerana sifat Allah yang sangat Maha Mengasihani hamba-hambaNya, Dia tidak pula menurunkan ujian itu sesuka-sukanya kepada para hambaNya itu. Dia sangatlah mengambil kira kemampuan kita ok.

maksudnya, ujian itu kadang-kadang nampak berat di mata empunya diri yang diuji, tapi pada saya, takdelah berat mana. dan vice versa.

Sememangnya bukan berat atau tidak yang menjadi MOTIF diturunkan ujian tu. Tapi, sejauh mana kita BERSABAR dan BERLAPANG DADA ketika diuji dengan mehnah yang Allah turunkan itu.

Dalam banyak beribu ujian, saya sedar, pada umur dan keadaan rakan sebaya saya sekarang, ujian mereka adalah yang fitrah. Iaitu perihal lawan jantina.

Alhamdulillah.

Walaupun saya tidak diduga dengan perihal ini, tapi saya diduga dengan bermacam lagi ujian lain. Fair la kan?

Pernah suatu ketika sedang saya dan seorang sahabat sibuk menampal poster sekeliling mahallah2 di UIAM Kuantan, kami 'galak' berbincang pasal 'benda alah' ni.

Lumrah si perempuan, bila diusik sikit mulalah nak 'melatah'. Melatah yang bukan biasa-biasa.

Kalau nak diikutkan, macam nak CEMUIH asyik dengar pasal benda ni. Tapi sebab ni problem yang 'contemporary', terpaksalah di dengar juga, kalau2 ada kawan yang meminta pandangan perihal ini.

Ucap sahabat yang sama2 menampal poster itu mudah,"Buat donno je!".

Memanglah berkata itu mudah daripada melakukan, tapi tiada yang mustahil dear.

Kadang-kadang, perempuan terlalu mudah 'perasan' sampai mengambil kira perkara ni terlalu berat. walhal, perkara ni sangatlah depend on that person yang terkena tempiasnya. kalau dibuat dhek je perkara ni, takdehal pun.

Tapi, sebab terlalu MENDENGAR KATA ORANG, yang kita tak tahu kesahihannya SEJAUH MANA.

Dan bila diuji dengan masalah yang tak besar mana ni pula, mengeluh. seolah-olah diri tidak layak untuk diuji pula. astaghfirullah.

Relax.

Kalau difikirkan semula, banyak sangat perkara yang PERLU DIFIKIRKAN DAN DIRISAUKAN tentang agama dan ummat, berbanding perkara ini yang selalunya, bermain dengan emosi sendiri.

Uruskan lah dengan bijak. Peihal hati dan perasaan ni memang sangat depend kepada diri sendiri, sejauh mana kebijaksanaan kita mengendalikannya. Saya sebagai orang luar, sahabat, kawan dan classmate ni, hanya mampu berkata yang benar dan terang untuk diri saya dan umumnya. Tapi, reluctancy, emosi yang berbolak balik sebaliknya, anda yang menentukan sendiri.

Kadang-kadang fikir, tiada guna membincangkan perkara yang kita dah tahu endingnya apa, dan resolusi nya apa. Tak perlu bicara perkara, semata-mata mahu meminta simpati kepada perkara yang tidak penting untuk orang lain dan juga diri sendiri, sebab kita pun tak tahu orang lain ada prob apa pulak kan.

Takut nanti, aib/kelemahan sendiri yang terbuka. Tak nak macam tu kan.

Apa kata kita mengadu pada Allah je. Allah kan yang tahu isi hati kita.

Biarlah orang tak tau kita ada masalah apa, yang penting Allah tahu. Itulah motif diturunkan ujian pun, supaya kita berbalik kepadaNya.


Ingatkan diri, bila nak meluahkan sesuatu, fikir juga kalau kita menjadi pendengar pada waktu itu.

Peringatan untuk diri sendiri.






Wednesday, November 16, 2011

Katak oh Katak~

Assalamualaikum.


"Kejam la budak bio nih!".

Erk.


Walaupun kata kata itu di sambut dan di sambung dengan hilaian ketawa, tapi menusuk jugak kadang kadang -__-

Itulah yang terjadi semalam. Kami, budak biomedical science, buat eksperimen terhadap katak. ye, haiwan amfibia tu [dah lama tak eja seskema ini]

Semalam eksperimen perihal Reproductive System. Kami dikehendaki meng'inject' urine atau air kencing pregnant woman dekat katak yang HIDUP.

ye HIDUP.

Dan alhamdulillah, best jugak semalam. Sebab dapat lawan 'kelemahan' diri dengan memegang katak yang BESAR dan HIDUP itu. Phew. Setelah 21 tahun.

Bukan senang ye. Bukan senang bagi perempuan untuk pegang katak, apatah lagi nak inject pulak kan. Sebab katak pun ada deria rasa ancaman. Dengan injection pun! Serius.

Waktu pegang tu, pastu nak inject, katak tu beriya2 nak melepaskan diri. Dahlah BESAR. Sabar je lah!

Macam mana perasaan pegang katak? Macam pegang belon yang berisi air.

Ok, lepas inject urine kat katak tu, kitorang kene pulak tunggu katak tu urinated. Sebab apa? Sebab nanti nak amik sample urine katak tu untuk dilihat bawah microscope.

Nampak apa?

Sperm bergerak. Kuasa ALLAH.

Walaupun dua habitat yang berbeza, spesies pun berbeza, tapi still, muncul jugak sperm2 tu. Siap bergerak2 lagi.

Hurm.

Itu eksperimen pertama. Eksperimen kedua lebih dekat di hati sikit cewah.

Bukan sekarang la, insyaAllah di masa hadapan.

Pregnancy Test. Yang orang duk bubuh urine, check air kencing.

Yang isteri dok kalut beli bila tak datang haid. Pastu check sorang2 dalam bilik air, kalau positif keluar dengan gembiranya pergi kat suami kalau negatif makin lama duduk dalam bilik air tu.

Heheh. tak dapat bayang jugak? hat ni la..






Senang. Tadah urine [tapi urine yang di gunakan dalam eksperimen ni adalah urine pregnant woman yang kami pun tak tau siapa orangnya]

Pastu, celupkan stick sampai garis maximum.

Tunggu sat, pastu boleh tengok korang positif atau tak.



"Positif!"

Ni hat klinik punya. normal ja. kalau beli kat pmacy macam gempak sikit lawa dia.

Apa yang menyebabkan dia menunjukkan garisan?

dengan adanya hormon hCG.

apakah itu hCG? ha, p tanya syeikh gugel :)









putera katak yang kami inject dengan urine. terima kasih sebab memberi kerjasama yang baik. 'awak' KATAK pertama yang saya sentuh. sila terharu :)

Thursday, November 10, 2011

Tenanglah wahai hati.



Assalamualaikum.

Most of our problems datang daripada hati kan?

Maka mintalah pada PEMEGANG HATI untuk menenangkan hati kita

:')







"Allah, tetapkan hatiku. Peganglah hatiku kuat-kuat. Jangan biarkan ia goyah dibawa nafsu."










p/s : sebab special, sweet, maka saya let go. semoga menjadi boomerang saya. amin.

Sunday, November 6, 2011

Sejauh mana?





Assalamualaikum.

Sempena hari raya haji atau eid adha kali ni, terfikir pula saya akan satu soalan ni.

"Sejauh mana saya berkorban? Ikhlas kerana ALLAH atau kerana makhluqatNya?"

When it comes to korban, saya tak membayangkan seekor lembu disembelih semata-mata. Tapi mungkin pengorbanan masa, harta, keinginan, nafsu dan segalanya.

Mungkin pengorbanan masa lebih strategik untuk dunia pelajar sekarang.

dan mujahadah li nafsi.

Saya takut. Teringat kat pengisian yang diberi oleh sahabat saya waktu sesi pencerahan via Skype Ramadhan lalu. Semuanya atas niat kita. Niat yang utama.

Kalau awal awal dah terpesong, macam mana agaknya al-hasil nya?

Kalau hasilnya baik, tapi Allah tak redha, macam tak worth it. Worthless habis lah.





Semoga pengorbanan kita, mujahadah kita, demi ALLAH, diredhai dan diterimaNya.
Ameen :)




p/s : o ALLAH, teguhkan aku untuk bermujahadah demiMu.

Wednesday, November 2, 2011

exam.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, satu paper lagi tinggal untuk imtihan versi sebelum balik ke rumah Jumaat nih! ;)

Anatomy, treat me well ok? :)

Terasa macam 4 ketul batu besar di alihkan dari bahu saya. Ye, bahu saya. Tinggal satu lagi, takpelahh. Redha dan sabar menanti [padahal study pun tak habis lagi -__-]

Teringat kata ketua Bulatan Gembira saya dalam satu sidang yang lepas.


"Sebenarnya bagus ada exam ni. Menyebabkan kita LEBIH DEKAT dengan Allah."

Betul betul! Tepat sekali! :)

Bila nak exam la selalunya sekolah berebut2 nak buat Grand Solat Hajat. Panggil mak ayah satu kampung semua. Nak nak kalau exam besar macam PMR dan SPM. hehe.

Bagi sesiapa yang tak biasa stay up, akan BERUSEHE bangun awal pagi sebelum subuh untuk qada' waktu belajar yang dihabiskan dengan tidur. Lepas tu before study, mestilah lagi indah dan elok kalau dimulakan dengan tahajud kan? :)

Lepas tu makin giat lah membaca surah Yassin setiap hari selepas Maghrib. Ini keadaan waktu exam :) selalunya lahkan. randomly said.

TAPI, ada juga yang semakin 'malas' serba serbi. Nauzubillah.

Ada yang tak nak solat jemaah, lambat katanya. Malas nak baca Qur'an, baik habiskan baca buku, nota tak sentuh lagi. Nauzubillah2 min zalik. Jauhkanlah kami dr sifat malas macam ni!

Itu baru perihal 'amalan'. Tak masuk lagi kriteria kehidupan. Affected semua jadual tidur, makan.

'Ketegangan' pun semakin terasa. -_____-"


Kita kena cakna, dalam apa jua sekali situasi yang melanda, hatta ketika exam, yang berbeza adalah KITA MENJALANI EXAM, dan yang lain kekal serupa. Contohnya, roommates kita, kawan-kawan kita yang saling bergelak, bersedih dengan kita, kelas, semuanya sama!

Kita juga terikat dengan HAK YANG PERLU KITA TUNAIKAN KEPADA MEREKA. Jangan lupa tu!

Waktu exam atau imtihan, bukanlah waktu yang sesuai untuk memberi reaksi garang, serius dan bermasam muka kepada orang di sekeliling kita. Itu motif utama saya nak kabo kat sini, sambil mengingatkan diri ini.

Kenapa dalam hari-hari selain hari menjalani exam, kita boleh bergelak sakan tak ingat dunia, tiba-tiba waktu exam, nak buat stress macam tak kenal kawan? Oh man, relax sudah.

Dalam hal ni, saya tak salahkan kalau kita cuba bertegas untuk tidak membuat sebarang perkara lagha. Tapi kalau setakat nak bertanya khabar, mengucapkan 'All The Best' pun tak boleh/diberi reaksi garang, cuba kita renungkan ke dalam diri sekejap.

Sepatutnya waktu exam ni lah kita lebih menjaga hati orang. Sebenarnya setiap masa kena berjaga-jaga.

Point yang paling penting is, sebenarnya SETIAP HARI ADALAH HARI PEPERIKSAAN. Kenapa? Sebab Allah sentiasa uji kita kan? Kalau tak diuji dengan kesusahan, diuji dengan kesenangan. Semuanya ujian. Kita je yang tak nampak. Nampak bila susah je. Bila tengah gelak sakan, sambil makan kat luar kampus, tak rasa macam diuji pulak kan -___-

Entahlah. Note untuk diri sendiri. kalau rasa selesa, teruskan lah.


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...