saya berkesempatan dengan masa yang luang Allah bagi untuk ke talk bertajuk Youth in leadership perspective, based on surah Yusuf. macam tu lah tajuknye. :D
best. sangat. walaupun tempat nye berubah, saya expect buat kat Main Audi KOM yang besau tu, tapi akhirnya buat kat lecture hall budak2 medic je. hurm. tapi takpe. yang penting, dapatlah mendengar talk yang seolah-olah macam mengejar masa, sebab start lambat. huhu.
antara ciri-ciri leadership yang sempat untuk di-share :-
-integrity
-wisdom and knowledgeable
-staying close to God
-good looking [semua manusia adalah sebaik-baik kejadian. takde sape yang buruk/tak hensem/tak cantik (potong yang mana berkenaan :D)]
-proactive and positive [pesimis tidak diundang sama sekali]
-interpersonal skills [wajibun. atleast ada sense of humour yang bertepatan. takdelah buhsan orang dibuatnya]
-patience [segagah-gagah pemimpin [manusia umumnya] adalah mereka yang menahan sifat marah [general] ]
-never give up [bayangkan leader anda give up? apa jadi pada programme, organisasi, presentation anda?]
semua boleh dirujuk dalam sumber rujukan wa as-syifa', al-Quran al karim esp dalam surah Yusuf. :)
oh, itu hanya untuk sharing caring.
berbalik kepada tajuk.
yup, this thing always come across my mind, especially while typing for any entries in this blog.
"baik sangat ke aku nih sampai nak tulis camni?"
"macam mana kalau orang judge aku berdasarkan hasil tulisan [taip] aku dalam blog ni?"
"orang yang kenal anis naazira, mesti cakap blog ni poyo kan.."
ye ke camtu? :)
unspoken thoughts~
ini antara sebab saya tak share link blog ni kat FB :p ramai expect dan teka saya ada blog, saya senyum je. mengiyakan pun tak, menafikan pun tak. alasan nak bagi helah. saya just kata, "cari lah..". hah. kesian kat depa. kalau saya boleh stalk orang, apatah lagi anda kan? ;)
sekali tuh. dis week, kelmarin kalau tak silap, saya update profile kat FB. lepas tu, hati ni tergerak nak letak link kat 'About Me'. saya pun letak lah. saja letak. tapi ada reminder before link tu, "unspoken thoughts of mine..".
maksud unspoken thoughts itu sendiri? korang dah exempted English kan, mesti tau dan faham. most of entries dalam blog ni terkadang macam luahan yang saya rasa patut dan boleh share umumi. kalau setakat perasaan dalaman, yang saya rasa orang pun tak nak tau, sebolehnya saya MINIMIZE kan. sebab ye lah, apesal pulak orang nak tau, dan SIAPA pulak nak tau kan. boleh judge, saya taip dari hati juga la. dan saya harap sangat ada lah manfaat sikit, walaupun tak banyak. :)
bahasa saya :)
saya bukanlah dari jenis yang lemah lembut, ayu sopan, baik budi bahasa, cantik bagai perhiasan dunia. tidak. jangan cari kesempurnaan, sebab anda hanya akan temui kekecewaan. wah ayat. :)
oleh yang demikian, blog dan diri sebenar, ada 'gap' sikit kot. saya ber 'aku' 'kau' dengan kawan rapat, depends juga orang tu approach saya macam mana. kalau orang tu sopan, bersopan lah saya. kalau orang tu mengarut ,saya dah macam tukang karut. astagfirullah. itulah, antara AZAM this year. nak jadi muslimah berlembut sikit. untuk kebahagiaan masa depan, insyaAllah.
nasihat dan pedoman, semuanya untuk saya terlebih dahulu..
sebab Allah akan tanya setiap butir perkataan yang saya tuturkan, yang saya taip semua. so, menjadi harapan semua orang utk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. begitu juga saya. itu AZAM hari-hari. tapi saya sendiri yang berdosa ni, kadang2 tersilap langkah, terlajak bahasa. minta maaf kawan-kawan yang mendengar.
sebab tu lah, saya berinisiatif untuk taip setiap apa yang saya dapat, pelajari, daripada pentarbiyahan sehari-hari. saya tak baik. so kena usaha lebih sikit, untuk jadi baik. semua nasihat yang saya taip, untuk diri sendiri, peringatan. sebab khalifah Umar bin al-Khattab pernah meriwayatkan, "Don't forget yourself while preaching others.." :)
so atleast, kalau saya tulis, rasa TANGGUNGJAWAB lebih sikit. preach orang, lupa pulak kat diri sendiri. tak nak lah camtuh. biar saya pegang je prinsip diri.
bagi saya, kalau tak share kat medium hebahan ni, nanti saya yang lalai. pastu, orang pun tak dapat manfaat kan? so kalau baca blog2 or time blogwalk, amiklah sedikit sebanyak manfaat kat situ. semoga tuan punya blog dapat 'saham' sikit :)
kaitkan dengan diri saya kalau boleh. kalau tak boleh, takpe..
kalau anda jumpa saya, pastu baca blog saya, ikut anda nak judge macam mana. kalau hampeh, biarkan. kalau ada manfaat sikit, amiklah.
maksud kaitkan dengan diri saya, kalau saya buat jugak apa yang saya PREACH dalam blog, silalah tegur. konfem saya akan malu on the spot pastu thanking awak balik. silap silap hari bulan, kene belanja dengan saya :D
kalau rasa penulisan saya tak kena dengan sifat saya secara realiti, juga sila tegur. teguran anda are high and kindly appreciated. sebab kalau pembaca tak tegur, siapa lagi?
saya harap tiada sebarang perasaan 'hati' berlegar ketika baca entry2 saya. sebab itu adalah silibus saya, pelajaran saya daripada apa yang kita namakan 'pengalaman'.
♥ Allah.