Thursday, July 5, 2012

523. Syukur dengan pilihan.




“Anis, berapa RM bayar untuk study kat UIAM ye?”.

Pertanyaan tu menerjah ruang senyap daripada suara 2 orang manusia yang suka berbual. Atikah dengan kak Faz dah tidur rupanya. Orang busy lah katekan =)

Rupa-rupanya hanya saya dengan kak Yan yang sedang memandu, yang masih terjaga. Saya pun tak tau kenapa tak tidur2 mata ni. Walhal malam tadi tidur pukul 3 pagi lebih kot. Dan pemandangan kat luar bukanlah ada bangunan atau mercu tanda lawa-lawa pun. Sekadar felcra dan felda ladang kelapa sawit je. Lawa, sejuk mata memandang.

“Erm. Yuran mahallah, eh eh, hostel dalam 400 lebih. Yuran study dalam 800 lebih. So altogether dalam 13++ something untuk satu sem. Akak? Bayar ikut subjek ke macam mana?” Jawab dan tanyaku mesra. Ecehh. Mestilah mesra, sebab baru ta’aruf =D

“A’ah. Kitorang bayar ikut subjek. Subjek paling murah lebih kurang 700 lebih. Yang mahal dalam [saya tak ingat berapa, tp yang pasti mencecah ribu]. So satu semester selalunya dalam 5000 lebih.”

Gulp. Big Gulp. Bukan takat Big Gulp 7 Eleven tu, tak main ah.

Ini point pertama. Tiba-tiba saya rasa Allah macam bagi petunjuk kat saya, “Sila belajar rajin-rajin, skor pukul rata sikit!” untuk short semester ni.

MasyaAllah, beruntungnya saya. Dalam hati ni tak tau nak habaq apa dah, selain daripada mengucap syukur berkali-kali. Iyelah, takkan nak sebut kat bibir pulak, “Bertuahnya saya study kat UIA!” tetiba kan. Terasa hati orang lain. Lagipun saya percaya, hikmah lain-lain. Mungkin akak tu mampu nak bayar yuran study satu semester 4 kali ganda daripada saya tuh. Saya mana mampu. Makan untuk sebulan pun, sekadarnya je. Kurang sangat daripada berlebih-lebihan, tapi Alhamdulillah =)

Kak Yan sangat baik. Hamba-hamba Allah yang saya baru kenal ni sangatlah baik, yeah at least baik sangat dengan saya. Kak Yan ini orangnya sudahlah cun. Tapi biasa-biasa sahaja merendah diri. Pelajar jurusan perakaunan [tak boleh nak skema lagi], umur setahun tua dari saya, bergaya sesuai dengan status pelajar akaun [eh?] dengan tudung lilit ala2 Hana Tajima, aktif dalam MPP pula [eh, untung dapat kenal dia], entahlah saya suka dengan akak ni. Kami saling menghormati kot =)

Saya melayan kak Yan berbual. Al-maklumlah dia sedang memandu MyVi oren doctor [ok ada sebab kenapa saya panggil myvi doctor =P] untuk pulang ke KL, melalui jalan kampung, lalu Nogoghi kot. Kalau mengantuk, memang menempah lah. Naudzubillah.

Dia bercerita tentang keluarga dia. Study dia. Dari politeknik kat Jitra nuh, sampai lah ke *Amazon kini. Kadang-kadang bertanyakan perihal saya, yang tak banyak cerita sensasi ni =D Seronok dengar cerita, pengalaman orang lain. Boleh jadi panduan untuk diri sendiri. 
Eheh.


Entahlah. Sepanjang tak sampai satu hari di sebuah kampus di *Amazon tu, serius saya rasa ‘lain’. ‘Lain’ yang dimaksudkan bukanlah bermakna tak selesa, atau benci, woisy, jauh sekali! Cumanya, saya rasa-lah yang saya bukan berada di kampus saya, which means, saya rasa yang saya bukan berada di comfort zone. Boleh jadi di wad kuning Emergency and Trauma Dept. =D

Begitulah, bila dah keluar dari kampus, baru kita rasa betapa sayang dan chentanya kita pada kampus kita, yakni perjalanan yang Allah dah tetapkan untuk kita. Bila kita kat kampus, tak habis-habis nak cakap “bila lah nak grad..” dah mula nak hitung hari nak grad sedari menjejakkan kaki di alam kampus utama. Kadang-kadang tak perlu tunggu grad, dah menghitung hari dan detik nak balik rumah. Bila sampai rumah, dan nak cuti 3 bulan, terkumat kamit cakap rindu kampus pulak. Eh.

[Saya tak tuju kat orang, islah si tukang taip =) ]

Walaupun tak sampai sehari, dan Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk saya pergi ke satu sesi pencerahan oleh ustaz yang femes dan mantop tu, rasa bersyukur yang amat memang menyelubungi. Banyak kali memberitahu Maisarah perihal yang sama, dan dia pun cakap benda yang serupa. Siap zahirkan lagi =D

Sebelum pulang ke KL, sementara menunggu kehadiran kak Faz dan kak Yan untuk fetch us up, saya dan Atikah sempat berkongsi pengalaman. Yeah, Atikah banyak tanya pendapat saya perihal kampusnya. Tiba-tiba saya rasa rendah diri.

Atikah mula berkongsi pengalaman, dan tugas beliau yang amat.berat.itu.

Serius berat. Tiba-tiba saya terkenang-kenang kakak-kakak terchenta yang sangat sibuk di UIAM. Saya? Ohh.. Masih bersuka-sukaan dalam comfort zone yang tidak kukuh mana tu?

“Entahlah kak. Entah bila saya nak pukul 4, pukul rata. Asyik nak dekat 4 je, tapi tak pernah jejak 4 pun!” keluh Atikah. Gulp lagi. Orang busy macam dia cakap macam tu woh. Saya yang tak busy ni senyap je lah sambil mendengar dengan senyuman yang bolehlah dikatakan ikhlas tu. Err.

Atikah bercerita lagi, tentang kesibukannya setiap waktu. Tapi dia tak pernah kesal. Dia sendiri yang nak further study kat Uni biasa katanya, dan bukan yang telah gah dengan nama Islam pada nama universitinya. Walhal berderet geng-geng beliau yang saya kenal sedang belajar di UIAM Gombak. Allahu. Pada saat ni, saya bersyukur lagi, again dalam hati je, senyap-senyap. Lalu terbit rasa malu yang amat.

Ok, ini point kedua. Allah bagi hint lagi.

Point ketiga. Ketika pulang ke Kuantan dari Johor Bahru. Yeah, 1st time ever naik bas dari Johor ke Kuantan weh. Dahlah bapa saudara saya yang hantar ke Terminal Larkin tuh. Fuh. Rasa amat independent [bangga terhadap diri sendiri. Ceh.]~

Perjalanan ke Kuantan dari Johor, bakal melalui Mersing,Endau-Rompin, Kuala Rompin, Pekan, dan akhirnya Kuantan. Pemandangannya, subhanallah! Lawa. Dan ini merupakan kali pertama lalu Endau-Rompin bagai ni. Saya ni nama je orang Johor, tapi hat jauh-jauh ke Pahang ni saya tak pernah jejak pun. Eh, lawa kot! Sebab tepi laut kan, tiba-tiba rasa macam kat Terengganu pulak. Tapi lagi tenang kot. Eh. =D

Ok, saya naik bas ekspres, tapi lagak pak cik driver ni asyik berhenti kat situ sini macam bas ‘lompat’ pulak. Dan of course lah orang yang minta turun sini situ tu, adalah student yang nak pulang ke kampus yang merata-rata. Baru tahu banyak kolej2 kat sini =)

Seperti biasa, kita yang juga seorang student ni mestilah terhengen nak amik tau orang-orang yang nak turun ni study kat kolej/uni apa kan. Eceh. Saya pula kebetulan duduk betul-betul di belakang driver. Sah-sah lah orang yang nak turun ni akan berdiri berdekatan dengan saya, untuk turun.

Orang pertama, di Kolej Komuniti.

Yang kedua, di Institut Kemahiran Mara [kalau tak silap].

Ada yang di IKBN.  Dan lain-lain.

Semasa menunggu bas untuk berhenti, mereka-mereka ni sempat lah berbual dengan pak cik driver yang peramah+osem ni. Saya pun apa lagi, tidak dapat tidak terpaksalah TERdengar perbualan mereka.

Saya tak tahu kenapa, saya sangat terharu tengok mereka-mereka ni. Jelas terpancar aura gigih dan bersungguh-sungguh mereka untuk pulang ke kampus dan belajar. Saya tidak memandang rendah, tidak perlu pun. Tiba-tiba saya muhasabah sikap diri saya sendiri T__T

Saya rasa banyak sangat yang Allah bagi kat saya *ok, sebak*

Saya masih ingat sewaktu bercuti selepas jerih menjawab SPM 2007 dahulu kala [eh, dah 5 tahun berlalu!], saya mula menyimpan angan untuk masuk UIAM setelah membaca buku novel tarbiyyah pertama, Tautan Hati by ukhty Fatimah Syarha. Most tebal novel saya baca, ever.

Walhal, saya tak tahu apa-apa pun pasal UIAM waktu tu. Tak tahu pula untuk masuk ke UIAM kena masuk pusat asasinya terlebih dahulu. Dan tak semua orang lah berpeluang nak masuk Pusat Asasi tu kan :’)

Bila dah keluar result SPM yang tidak-cemerlang-tapi-baik-alhamdulillah tu, tengok-tengok tak dapat pun masuk Pusat Asasi UIAM tu. Ok, saya sedar diri lah kan. Siapalah diri ini, dengan result macam ni, nak masuk tempat gah macam tu. Skulmate yang dapat pun, course Medic, Pharmacy, dan Economics. 
Ingat lagi pertanyaan saya kat Anis, “Weh, amek economics nak kerja apa weh?”. Haha. Apa punya soalan daa. Si Anis yang baik ni pun jawab, “Entahlah weh. Aku pun tak tau!”. Sekarang Alhamdulillah, Anis bakal masuk 3rd year Bachelor of Economics kat UIAM Gombak dengan jaya and gembiranya.

Saya? Alhamdulillah, setelah semua cerita-cerita yang bitter, sour, masin dan manis tu di gaul, masih berdiri, sound and safe di Biomedical Science =)

Tapi saya terpaksa akui, ujian yang melanda saban waktu dan hari memang akan membuatkan kita terlupa maksud sebenar ‘syukur’ itu sendiri. Iyelah, saya tak maksum. Iman pun turun naik.

Punyalah terlupa nak bersyukur dalam erti kata yang sebenar, usah ditanya lah rasa bersyukur bila segala impian dipenuhi. Sebagai contoh, saya dapat masuk UIAM.
Bukan mudah, dan bukanlah bermakna saya nak bangga. Tapi setiap kali melangkah keluar dari kampus, expectation orang luar sangat tinggi. Especially kepada orang asing yang tidak mengenali diri ini. Kepada yang mengenali, mungkin boleh ‘menutup mata’ kepada segala kekurangan yang ada pada diri ini.

Contoh, di situasi pertama di atas.

Dan saya rasa susahnya kalau takde rasa bersyukur dalam diri ini. Allah terlalu sayangkan hamba-hambaNya, dia curahkan peringatan demi peringatan untuk saya mengambil ibrah, mungkin.

Hai, kalau saya tak berterima kasih kepada orang yang memberi hadiah kepada saya, apa yang bakal terjadi kepada hubungan kami agaknya? Analogi mudah.

Begitulah saya dan KITA perlu untuk bersyukur. Bersyukur dengan segala jalan yang telah Allah pilih untuk kita. Walaupun jalan tu pada mulanya hitam pekat, berduri, dan bukanlah diiringi kompang atau taburan bunga, tapi lihat, kita masih bernafas dan berdiri di atas bumi ni. 

Berbalik kepada analogi yang  kononnya mudah tu, bila kita mendapat hadiah selalunya, kita hanya gembira for the present for only minutes or maybe seconds je kot. Tapi kita gembira sebab si PEMBERI hadiah, oh maii, SELAMANYA tersemat di ingatan kan! =)

Perumpamaan ni saya tak ingat saya baca di mana, tapi saya rasa paling best untuk menjadi pengajaran untuk diri ini. Kalau mendapat hadiah, kita tak selalunya ingat apa yang diberi, tapi siapa yang memberi. Adakah kita mengucapkan terima kasih, kepada hadiah yang diberi, atau kepada pemberi hadiah?

Ha.. jawab.

Untuk menghadirkan rasa syukur pula, perlulah diiringi dengan positif mencari hikmah dalam setiap keadaan. Hikmah kan barang orang Mukmin yang tertinggal? Kalau ‘terjumpa’, cepat-cepatlah ambil tanpa pandang kiri dan kanan. Sila-sila! =)

O Allah, thank You and all praises be with You for all of the blessings that You have and will give me in the future.  :’)

Bila rasa bersyukur mula menerpa, kita pasti redha dengan segala ketentuanNya kan? Semua ini hanyalah milikMu, ya Allah =(

....................................................................................................

*Amazon : Muadzam Shah. Bukan saya yang gelarkan ok, penuntut kat situ yang panggil macam tu =D

*MyVi doctor : Gara-gara peristiwa saya dan adik, dan seorang HO di Hospital Ampang. Ok, terlalu peribadi. Maaf =D

P.S  Betullah kata orang, pasti ada sebab kukuh kenapa kita dipertemukan dengan seseorang. Dan kebetulan? Kebetulan selalu buat saya fikir 2,3 kali untuk menerima kenyataan sebenar. Mungkin realiti lebih diutamakan kot. Saya tak boleh hidup dalam fantasi ciptaan sendiri kot. Hanya realiti dari Ilahi yang diyakini. Sabar sabar =)

Untuk kak Adilah, okay mulai sekarang Anis akan taip nama penuh. Elak musykilah =D

3 comments:

..nor.. said...

akak,masa lepas habis exam foundation dulu, yuni pon baca tautan hati n rasa nam masuk uia..hihihi

alhamdulillah Allah temukan yuni dengan akaks yang osem2 kt kuantan..
how i love and appreciate this support system, only He knows...

=))

selamat bershort sem..belajaq ghajin2 noh, doakan kami kat ghumah nih,,dugaan super banyakkkk..peaceeee

Unknown said...

oh. akak tau dah program ape. Ustaz Hasanuddin tu ea.. bestnye dapat pi... huhu

ada jugala nama akak kt bawah tu.haha

Tapi sori akak ada tersalah faham baca post ari tu. siyes akak ingat lelaki org tu. hoho

A.N said...

ayuni : ya Allah buku tu mmg.... kte dh la mmg lambat sikit menghabiskan novel-novel ni. kalau hat tebal, memanglah lambat.

Tapi, mmg sangat berterima kasih la kat novel tu =)

Jazakillahu khairan kathir. okeyss, kak syida pun cakap benda yang sama
-_-" doa banyak2 ok, jangan biarkan 'jatuh' terlalu lama. ecehh, macam Solusi pulak =D


Kak Adilah : ye, betullah tu =D memang nak credit kat akak pun, nama akak boleh keluar kat sini pada bila-bila masa juga ye. bukan takat dalam majalah Jom je =P

Takpe kak, it's okay. interpretasi masing-masing, it's beyond my control. eceh =D

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...