Tuesday, December 31, 2013

650. Historeh!



"Erm.. bagi saya cendol.."

Tenung muka Amal.

"Cendol.. pulut 1?"

Riak Amal tak berubah. Aku je yang perasan.

Tetiba rasa nak makan cendol pulut, on 31st December 2013.
Akhirnya aku memilih 'pulut' dalam menu.

Sungguh, manusia berubah (Baca : People's changed)
Tunggu masa, hari, detik sahaja.

History. Boleh tukar cara perkenalkan diri (ta'aruf) sekarang.
"Tak-minat-pulut" dah tak valid.




Monday, December 30, 2013

649. Bergerak (iii)

Epilog.


“Anis..”

“Rindu nak pergi jaulah. Rindu pada suasana semua orang berpening-pening fikir pasal tarbiyyah.”

Tiba-tiba F meluahkan rasa terpendam di dinding Whatsapp.

Luahannya bukan saja-saja. Luahannya disertai kerisauan yang membungkam hatinya, sejak-sejak pulang dari jaulah yang lalu.

Dan aku, rasa perlu turut ‘tumpang’ merasai kerisauannya.
Jumlah itu kelihatan semakin kecil saban tahun. Semoga Allah ilhami dan gerakkan hati-hati manusia untuk ‘menambahnya’.

***

Babak I : Dalam Kereta.

“Dah dah. Biar saya bawak. Awak prektis je.” Ujar F, sambil menukar haluan ke arah pintu pemandu.

Sepanjang perjalanan dari Lanchang, dia melayan saya. Saya melayan kerenahnya. Tidak tidur, tidak terlelap! ‘Menemaninya’ memandu, bagi dia kopi saat dia perlu. Haha!

“Cuba tengok ayat 38, surah at-Taubah. Apa kata awak elaborate sikit daripada ayat tu bla bla bla…..” bebel yang aku rasakan arahan chomel dari seorang pemandu. Sempat lagi memberiku idea untuk ucapan. Ucapan bro! Sangat bukan aku. #nangis

“Ok tak? Ke panjang sangat?” tanyaku setelah prektis hampir 3-5 kali, ‘berucap’ dengan ayat yang sama tak habis-habis. Nervous katanya!

“Ok la. Jangan panjang sangat, nanti orang boring. Cakaplah “saya tak berhasrat untuk berucap panjang..” bla bla bla..”. Tengok tu, F sambung lagi.

Ada je nak menambah.

Apa yang sangat menterharukan aku di jalan dnt ini adalah ; aku sering dipertemukan dengan susuk2 peribadi yang haibat, tanpa aku sedari, tanpa aku pinta.

Oh mungkin, aku ingin. Tapi tak spesifik, siapa.

Terima kasih Allah, atas anugerah ini.


“Macam mana ayat panjang dia? Alamak… Aqulu qawli haza astaghfirullah…?” tanyaku lagi.

“Astaghfirullahal ‘azim li walakum!” jawab F, lagi.


Sinergistik.


Okthanksbye.


p.s credit to Ukhty F. Yang lain, dalam post seterusnya, insyaAllah! *kenyit mata*

Monday, December 23, 2013

648. Bergerak (ii)



Bismillah.

Sejujurnya, aku sendiri masih mengingati setiap detik di pejabat itu. Masih terngiang-ngiang lagi suara, masih teringat-ingat lagi wajah, akhawatifillah yang baru ke-kenali, tapi seperti sudah melalui 4 tahun bersama di kampus UIAM. Yes, kami melalui 4 tahun yang sama, di UIAM, tapi kampus berbeza.

:)

Baru aku tau kenapa jaulah itu sendiri merupakan salah satu wasilah tarbiyyah.
Berita penuh di post akan datang. Doakan.

Monday, December 16, 2013

647. Bergerak.

Bismillah.

"Kak, macam mana kita nak pastikan keluarga kita, diri kita dan anak-anak kita tak jauhkan diri dari DnT ye?"

Senyap sekejap. Pergh. 

Serius, diri sendiri pun mencari jawapan untuk soalan yang sama, sebab diri sendiri pun masih bertatih di jalan ini. Hm.

Jalan di hadapan semakin berfokus, ke stesyen minyak. Steering digenggam erat.

Saya kenal adik ini, walaupun tak mengenali 'se-dalam' emak usrahnya, tapi saya kenal dia sebab kami bekerja bersama. 

Di depan mesin ATM, otak ligat berfikir jawapan. Kalau takde jawapan exact pun, harapnya ada la klu ke arah jawapan kan. Hu.

Tiba-tiba teringat satu quotation.

"Tarbiyyah itu sifatnya menggerakkan."

Ok la kot. Pandai-pandai la elaborate dari satu frasa tu.

Berlatar belakangkan family tarbiyyah tahap QJJ pun bukan jaminan untuk keberlansungan dakwah kepada cucu cicit dan ke bawah. 

Itu mungkin bonus yang patut disyukuri, dan juga terkait sekali tanggungjawab dengannya.

'ala kulli hal, mengikut pengalaman sendiri beserta orang sekitar, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Nak garap macam mana, nak warnakan macam mana, nak bentuk apa, atas jalan dakwah ini.

Isy, macam tak layak nak elaborate lebih. Tapi, itu sedikit sebanyak jawapan saya. 

Just do the best, and leave the rest to Allah. Kita buat kerja kita.
Kalau faham tarbiyyah, mesti tak biarkan diri stagnant. 

Kalau faham tarbiyyah betul-betul, mesti reflek diri sendiri balik, 
and keluarga,
and anak-anak.

Semuanya, berbalik pada diri sendiri.

Huu. Allah, kuatkanlah!




End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...