bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah. hari ni hari guru. insyaAllah saya sentiasa mendoakan para guru yang terbaik lah dalam mendidik saya. =)
cikgu2 kat sekolah saya..
- ABIM Pandan Jaya
- Tadika Sri Angkasa
- Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak II
- Sekolah Kebangsaan Taman Midah II
- Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri
- SMK Bandar Damai Perdana
- SMK Abdul Jalil
- SM Sains Kuala Selangor
- CFS IIUM PJ
- recently UIAM Kuantan Campus
Jazakumullahu khairan kathir :)
[banyak kan sekolah saya?=.=']
kebetulan. saya rasa, trait nak jadi seorang guru ni, first and foremost, of course lah kene PENYABAR.
kalau tak kerana kesabaran yang tinggi, nahaslah para pelajar dorang kan?
well, itu adalah kelemahan terbesar saya setakat ni. sabar.
insyaAllah masih dalam pembelajaran nak menghabiskan silibus sabar dalam diri ni. mungkin kerana terlalu banyak mewarisi gen sebelah ayah, saya akui ini kelemahan utama saya.
saya tidak macam ibu saya. yang SANGAT penyabar dalam segala aspek.
beberapa hari sebelum, saya diuji dengan perihal kesabaran, gara-gara di appointed menjadi penyelaras sebuah program.
program lah sangat. bukan program kot, tapi majlis.
saya akui, agak 'lemah' kalau bab2 menyelaras ni. sebab saya lebih selesa bertindak di belakang tabir shj. tapi kalau dah masuk menyelaras, kita kena berhadapan dengan semua orang.
dan baru saya tahu, kerja menyelaras ni, tidak SEMESTINYA mendengar pendapat, keluhan, kritikan semua pihak. we are not going to please everybody. we are just going to plan, and coordinate and THAT'S IT.
di sinilah bermula, pendapatan idea dengan ayat, "kalau tak kerana sabar...".

honest speaking, kalau bukan kerana seseorang yang sangat eager nak jalankan majlis tu, dengan recommend itu ini, dan juga seorang lagi yang berusaha untuk habiskan 'budget' yang ada, saya tak akan sekali2 take part dalam majlis ni.
bukan saya nak [ok lah, nak sikit] pun jumpa2 balik nih. kalau saya nak pun, saya nak gather balik dengan orang yang saya dah jumpa hari2 kat UIAM Kuantan [dan sekarang tak jumpa sebab cuti] dan beberapa kerat muka-muka WAJIB JUMPA di Gombak. itu sahaja. yang lain, kalau saya nak jumpa dorang, saya akan contact, dan meets up kat mana2. but most of the time, TAK pun.
tapi disebabkan nak habiskan duit yang ada, dan tak nak biarkan ianya 'hang' macam tu je, maka majlis ni diadakan. dan seperti biasa, walaupun ni majlis biasa, dan bukanlah TAARUF WEEK UIAM yang melibatkan ribuan students, still, mesti lah kene ada rencah sikit kan? rencah2 masalah2 manja nih mestilah ada. dan itu pun boleh membuatkan cuti kat rumah ni, jadi macam panas je.
tapi, tagline kita, "kalau bukan kerana sabar", maka saya pun amik jalan untuk berlapang dada, seluas padang bola, dan bersabar. heiii, sabor je lah.
alhamdulillah, sejak mengenali seorang sahabat di tahun 2009, saya belajar untuk mendalami pekerti indah ni.
saya tak tau kenapa, saya sangat mengagumi [kagum je eh] beliau kerana sifat beliau yang satu ni. sangat sabar, tenang. hampir dalam segala aspek.
saya pernah bertanya dengan beliau, sedang tengah leka di dalam kereta, dia yang memandu. by chance :D
"_____ tak pernah marah ke?"
"err.." [speechless]
"takdela. tak pernah tgk ___________ marah. hehe" saya habiskan ayat dengan satu ketawa kecil yang kedengaran macam whatever.
dia kata dia jarang marah.
pernah sekali tyme sekolah.
sekali lagi, dia tak marah lansung kat muka orang yang dia marah. tapi dia luahkan kat sorang lagi kawan saya. dan dia BETUL2 marah!
"tinggi jugak lah suara saya.." katanya.
tapi betul lah. saya tak boleh nak bayang macam mana rupa muka dia kalau dia marah. nak tengok jugak garis muka mana yang bertemu di mana.
dia kata dia jarang marah, dan mungkin sebab itulah dirinya sering difitnah O.o
difitnah kerana terlalu popular dan disanjungi ramai? oh my. sangat budak2.
kekaguman saya tak pernah pudar. dan saya jadikan dirinya sebagai wadah dan pengajaran, Allah beri untuk saya contohi. bukan sekadar mengagumi :D
ibu mula menegur, sifat dan sikap saya yang satu ni. kata ibu, kalau nak jadi muslimah, biarlah SEIRING dengan akhlak.
setakat tahu berhujah, mana boleh.
dalam hati, dipersetujui akal, "betul jugak..."
so saya tekad. hurm, nak belajar cara bersabar. bukan belajar lah, praktikkan sabar.
bukan mudah ok, so doakan :)