Thursday, August 23, 2018

You are important. Yes, you!

Picture circa 2013. I miss these important people in my life.


You are important.

Yes, you.

I can't hardly remember the last time I tell somebody that she or he, is important.

Too bad. Yes that was my bad. Suddenly I felt that I under appreciate people surrounds me which is not good at all.

It is easy to say "thank you" as an appreciation.

But, "you are important"? It takes the gut to say that even on Whatsapp. What more out loud.

.....

Faizah mengambil sachet Gaviscon dari begnya.

Aku yang ternampak, hanya memerhati aksinya. Dibuka zip perlahan, lalu mengambil dan mengoyakkan sachet berkenaan ke dalam mulut.

Hanis dan Ummu masih khusyuk menghabiskan dinner masing-masing.

"Kenapa Faizah makan Gaviscon?" tanyaku memecah sunyi. Hanis dan Ummu yang tadinya khusyuk makan, mula memandang ke arah Faizah.

Gaviscon bukanlah sejenis supplement. Tapi ubat untuk meredakan ketidakselesaan perut.

"Entahlah. Saya rasa macam angin je perut ni. Tak sedap perut" jawab Faizah selamba, cuba menghabiskan saki baki ubat berasa payau itu.

Aku sedikit pelik. 
Faizah yang aku kenali bukanlah seorang yang fast eater. 
Dia jenis orang yang makan sangat cermat dan perlahan. Agak susah untuk manusia sepertinya menghadapi gangguan perut. 

"Mungkin Faizah stress kot" ujar Hanis mencelah, sambil tangannya menguis meatball.

"Agaknya kot. Stress. Mungkin sebab saya tak happy".

Pernyataan Faizah disambut dengan diam. Sunyi.
IKEA yang riuh dengan manusia terasa sunyi seketika. At least, di meja makan kami.

Tak semena aku memandang Ummu di bahagian kiriku. 
Ummu hanya merenung wajah Faizah dihadapannya. Cuba menebak kata kata Faizah dari jauh.

Ummu dan Faizah adalah housemates.

Usai solat Maghrib, Faizah datang menghampiri aku yang bersiap untuk keluar dari musolla. Aku membetulkan tempat duduk sambil melihat ke arah Ummu yang masih bersolat.

"Sebenarnya, saya memang tak happy pun kak" tiba-tiba Faizah memberitahu.
Aku berkerut tanda terkejut dan cuba menghadam kata-katanya kali ini.

"Kenapa Faizah tak happy?" aku mula tanya soalan yang tak patut ditanya. Cuak sebenarnya.

"Entahlah. Sebenarnya bila kat kampus je rasa macam ni. Bila kat rumah, okay je. Saya dah bagitau mak saya dah", jawab Faizah seolah-olah tidak menjawab soalan.

"Habis mak awak kata apa?" Aku bertanya kembali, tak puas hati dengan jawapan tadi. Kali ini, aku serius ingin tahu apa jawapan emak Faizah, kerana emaknya seorang ahli psikologis.

"Emak kata nak buat macam mana. Kalau rumah dekat, bolehlah nak berulang alik (tak payah tinggal di kampus)", jawab Faizah selamba. Aku tahu dia juga tak puas hati dengan jawapan itu.

Fikiranku mula mencari kata-kata yang sesuai untuk dilontarkan semula.
I tried my best not to listen to reply.
Tapi aku faham benar, Faizah perlukan ayat yang soothing, at least.

"Hmm.. happy tu bermula dari dalam. Kita yang kawal dia", aku tahu ayat ini tidak sesuai, tapi aku bingung and blur at that moment.

"Tu la. Memang salah saya pun. Saya ni, susah nak buat kawan kot", jawab Faizah pendek.
"Bukan apa. Saya ni macam tak wujud dalam rumah tu. Kalau Ummu tak balik lagi, semua orang cari. Cuba kalau saya takde, takde siapa hairan pun", jawab Faizah, meluahkan.

Ok. Dah dapat sebab dan punca.

Belum sempat aku menyambung, Ummu datang ke arah kami.

Kami bingkas bangun dan mula menyusun jalan untuk keluar musolla.

.......

Aku belajar sesuatu, hari itu.

Belajar dari Faizah (bukan nama sebenar), bahawa kita mungkin terlepas pandang manusia yang paling dekat dengan kita, tapi hakikatnya berasa 'jauh' dari kita.

Aku cuba muhasabah diri aku sendiri. Did I do something wrong to anyone?

Bukanlah untuk bersikap defensif. Cuma sudahkah kita menjadi orang yang menghargai manusia di sekeliling kita?

Subhanallah. Dalam pada kita serabut, kalut dan tenggelam dengan kesibukan hidup, kita mungkin terlupa utk menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat, atau rakan serumah/sebilik..

Betapa kita disibukkan, sehingga hal-hal kecil di mata kita ini, menjadi semakin kecil dan kita mungkin tak nampak..

Memang.. Memang aku bercadang utk berjumpa dengan Faizah secara berdua. 
Dan mungkin bersama Ummu juga.

Dan yang aku pelajari lagi, sifat manusia yang inginkan dirinya berasa penting buat orang lain.

Pernah ke terlintas di fikiran, masalah masalah sosial yang berlaku banyaknya kerana mereka dahagakan perhatian.

Dan lupakah kita, bahawasanya survival dalam kehidupan itu bermula dari diri kita untuk menjadi orang yang positif dan relevan setiap masa dan ketika?


Moga kita sentiasa menjadi orang yang relevan dalam masyarakat. Dan bermanfaat untuk manusia.

Jika tiba waktu aku bertemu dengan Faizah, akan aku pesankan kalimat itu.

"Yes, Faizah. You are important".

Doakan aku diilhamkan Allah kata kata yang baik untuk menguatkan Faizah.




Anis
2300hrs
23082018

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...