Showing posts with label jaulah. Show all posts
Showing posts with label jaulah. Show all posts

Monday, April 1, 2013

620. Contengan Jalanan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Setelah air mata gugur, sesi convincing berlalu, pujukan dan seruan semangat oleh ahli usrati Precious yang lainnya, doa meminta petunjuk supaya dipermudahkan urusan, akhirnya dengan izin dah rahmat Allah, saya diberi peluang untuk merentasi awan biru buat kali ketiga. Alhamdulillah thumma alhamdulillah ya Allah :')

Tak pernah terbayang dek fikiran, untuk berjaulah jauh-jauh sampai ke negara sebarang. Serius. Tapi dah namanya, percaturan Allah, maka siapa yang mampu menolak. 

Sewaktu agenda convincing bermula, saya bertawakkal sepenuhnya. Jikalau pergi ke Indonesia itu baik bagi saya, dan semuanya, maka permudahkanlah ya Allah.
Dan ternyata, itu hal yang baik bagi saya. Ayah mudah untuk melepaskan, walaupun agak sukar untuk menyatakan objektif utama saya ke sana.

:)

Kalau ditanya, apakah perasaan saya tatkala mahu berjaulah, bersama ahli-ahli usrah, tanpa ibu bapa/family di sisi, tentunya ada satu perasaan yang tak tahu macam mana nak diungkapkan dengan kata-kata. Bukan perasaan takut, tidak sama sekali kerana semua ahli Precious ada kethiqahannya, untuk diri saya :)

Tidak juga begitu selesa sampai mahu meminggirkan keluarga. Tidak. Tapi mungkin kerana yakin dengan janji Allah, dan objektif utama jaulah Indonesia ini diadakan. Bukan untuk liburan (holiday) tapi lebih kepada mencari inspirasi dalam medan dakah yang terlampau luas. Ya. Itulah objektifnya, selain daripada mengenal latar belakang dan budaya Indonesia yang terlalu unik! 

Apa yang lebih diakui, ternyata dakwah di sana sangat melaju! Deras! Seolah-olah tak memikirkan sangat kata orang, dunia yang penuh ranjau. Just do it!

'Ala kulli hal, rasa sangat bersyukur kerana Islam sebagai panduan hidup, Allah sebagai Tuhan yang Satu, seorang rakyat Malaysia, seorang pelajar jurusan ipak (Sains), pelajar UIAM, dan antara manusia yang dipilih Allah untuk memahami keperluan tarbiyyah.

Semoga kami terus tsabat. Ameen.




Di Bekasi, pinggir Jakarta.



Dalam bis pariwisata (pelancong)

Perjalanan menuju Bandung. Ini merupakan trek keretapi.

Lion Air megah di awangan

Doa dari pelbagai agama, ada dalam ni :)

Di Politeknik Bandung.

Awan again :)

Usai take off. Bye Malaysia!

Di pustaka al-i'tishom. Serius murah buku kat sini -.-

Anak-anak pemulung di Bantar Gebang.

Sekolah Alam Bantar Gebang




End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...