Wednesday, July 4, 2012

522. خروج


= Keluar.


“M, tau bahasa Arab tak?” tanyaku, sambil berkerut-kerut dahi. M yang sibuk mengumpulkan duit syiling, duduk berhadapan saya terus memandang.

“Kenapa?” sudah menjadi kebiasaannya untuk membalas soalan saya dengan soalan dari pihaknya.

“Ni haa. Akak tak tau lah macam mana nak exit game ni. Adik akak la ni, sudah main tak tahu nak exit properly..” ujarku macam masalah besar sahaja, lalu menghulurkan handphone saya kepadanya. Malunya saya waktu itu, sebab handphone saya tiada application Games yang banyak. Hanya ada satu itu sahaja. Game mengenai permainan gitar. Err.

“Ohh خروج la. خروج kan keluar dalam bahasa Arab.” Katanya sambil menekan-nekan skrin handphone.

Itu pun saya tak tau, ayat basic bahasa Arab.

Tapi kerana satu pengajarannya, sampai saya masih ingat macam mana saya belajar perkataan خروج itu. Dan setiap kali saya melihat atau mendengar perkataan yang bermaksud keluar itu, saya pasti teringat sejarah saya mempelajarinya, hanya dari seorang sahabat.

Yup, sahabat. Saya harap dia tidak akan ‘keluar’ dari hidup saya, sampai bila-bila, biiznillah =)



......................................................................................................

P.S It is never late to learn! =)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...