So last week pergi ke sebuah bank, setelah dah lama tak ke bank.
Akaun buat 'hal'. Boleh check baki, tapi tak boleh keluarkan duit.
Waktu ni, memang rasa "Allah nak uji aku dengan apa yang aku pernah cakap lately ni. Rezeki tu Allah yang bagi, bukan bos, bukan ATM."
Fuh.
Terasa keperluan untuk kebergantungan SELALU pada Allah.
Wajib. Tak berbelah bahagi.
So yeah Amal bawak ke bank _____ berdekatan. Satu hal pulak kena susahkan orang untuk drive-kan. Takpe aku yakin Amal baik hati dan sudi menolong :)
Bila ke bank, biasalah hari Jumaat usai solat what do you expect. Penuh kot.
Tapi takpe, digigihkan jua masuk dan terus ke kaunter.
"Cik, normal je kad. Ada masalah ke?" tanya seorang teller bank.
"A'ah. Saya boleh check baki tapi tak boleh keluarkan duit. Macam mana ek?" oh kena la bersopan susun ayat. Sedekah senyum sikit. Faham sangat waktu tengahari, ramai orang lagi. So jangan jadi mainstream sangat duk kerut-kerut muka *pesanan untuk diri sendiri*
Setelah beberapa kali tekan-tekan di komputer, "Oh. Akaun dormant ni. Cik kena masukkan duit dalam akaun. Tapi kena masuk kat kaunter, tak boleh di ATM. Amik nombor ye."
Yezza.
Memang macam ni lah percaturan hidup.
Kadang-kadang nampak dah macam ada solusi (pergi bank, terus ke kaunter without hesitate), tapi rupanya ada lagi halangan-halangannya. Tak mudah.
Disebabkan malas nak menyusahkan orang berkali-kali (untuk keluar UIAM dan ke bank), maka aku decide untuk amik je nombor dan tunggu turn. Mesej di hantar kepada Amal supaya dia sabar menunggu.
ALHAMDULILLAH urusan bank berjalan lancar, dan sekejap sangat menunggunya. Facebook pun tak sempat nak buka lama di handphone.
Selesai.
***
Belajar satu lagi word baru Injiliziyyah. "Dormant".
Dulu macam selalu sebut, tapi tak pasti atas kapasiti apa. Tapi lebih signifikan guna "stagnant" dari "dormant" kot. Kot laa.
Kalau ikut kamus Cambridge yang aku tsiqoh-i untuk terjemahan English-English, dormant bermaksud ;
i. describe something that is not active or growing but has the ability to be active at a later time
"Stagnant" yang selalu disebut-sebut oleh orang-orang DnT pula bermaksud,
i. (of water or air) not flowing or moving and smelling unpleasant
Pergh. Lagi dahsyat!
Sudahlah tidak 'bergerak', busuk pula! T___T
Tak pasti-lah which describe best for another. Kalau untuk kes aku (akaun bank) mungkin sesuai dormant berbanding stagnant. Pelik pulak tak flowing and smelly. Euw.
Tapi untuk manusiawi yang tidak 'bergerak', juga aku tak pasti. Sensitif ni.
Aku terlalu yakin, setiap dari kita punya potensi yang tersendiri. Bak kata Kak Aiza dalam In'asy semalam, walaupun seseorang tu tampak diam di luarnya, tapi pasti dia ada bakat tersendiri yang kalau kita tahu dan tolong keluarkan dan gilapkan, insyaAllah dapat membantu untuk ummah. Dan Islam.
Ok bebelan belakang tu aku tambah sendiri. Sesedap rasa.
Satu 'kesilapan' kalau menganggap diri kita tahu segalanya, dan orang lain tak tahu apa. Contoh, aku sendiri merupakan bekas S/U (setiausaha). To be honest, aku rasa cocok kalau ditaklif-kan diri menjadi S/U. Tak pasti kenapa, rasa macam oh bestnya jadi S/U. Dan aku sendiri (jujur) rasa 'cemburu' kalau orang lain ditaklif-kan jadi S/U, dan bukan aku. Ok nampak tak selfishy di situ. Astaghfirullah.
Cemburu in a good way insyaAllah.
Walaupun orang lain dapat jadi S/U, dan aku pun dapat jawatan lain (err), tapi kita mesti tsiqah kat orang tu. Dalam kata lain, kita kena percaya pada potensi dia sebagai S/U, dan juga percaya pada potensi kita untuk bekerja sesuai dengan taklifan kita.
Kalau kita rasa kita je yang betul, ha, buatlah kerja sorang-sorang. Nangis.
Bila kita percaya pada potensi orang lain, maka kita akan 'menggerakkan' mereka. In every way possible. Kadang-kadang rasa macam "Eh, biar betul dia ni under unit Media." tapi itulah hakikatnya. Hanya Allah, dia, kawan-kawan dia dan murabbi dia je yang tahu apa minat dan kelebihan dia. Ok 'dia' tu sangat general so memang tak tuju kat siapa-siapa specifically.
Bila kita gilap potensi seseorang, rasa-rasanya ada can (chance) tak dia nak jadi "dormant"? :)
Tak.
Memang tak.
Terlebih sering, kadang-kadang kita sendiri tak perasan kita punya potensi tersendiri. Bila dah sedar, baru rasa macam "Wow!" okay nak bergerak sekarang jugak siapa nak bagi kerja silakan :)
Tapi bila kita tak bagi can kat orang, tak tolong orang serlahkan potensi dia, malas, selfish nak buat semua kerja sendiri bajet perfectionist (maaf), akhirnya kita yang penat. Dan kita yang rugi. Dan kesian lah kat orang lain.
Kita dah bertindak 'zalim'.
Kesudahannya, bila dah penat mulalah nak memencilkan diri (naudzubillah). Dan orang lain mula menjauh dan jauh dan jauh dan akhirnya dormant.
Cuak.
Cuak bila dah final year ni, graduation semakin mampir dan aku sendiri kadang-kadang macam tenggelam timbul when it comes to DnT (naudzubillah). Selalu ingatkan sahabat-sahabat, yang lagi hampir dengan graduation supaya sentiasa enjoy and living the remaining days walaupun hectic gila sangat supaya sentiasa on pace dengan kehidupan realiti.
Yang penat. Yang busy. Yang melelahkan.
Dan peringatan untuk sahabat-sahabat tu tak lain dan tak bukan adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri yang mudah lupa. Dan penat.
Allah.
Semoga Allah kurniakan hidayah, dan kekuatan untuk terus menerus menyumbang, berbakti di jalan dakwah ini. Semoga aku dan sahabat seperjuangan terus tsabat dalam melangkah.
Kerana inilah jalan kami.
Doakan.