Alhamdulillah.
‘Emak’ ku, yakni naqibahku, Ukht Ainul
Mardhiyyah Zameran telah selamat diijabkabulkan dengan seorang ikhwah university-ku
sendiri, Akh Aizuddin. Rasa macam, tak percaya? Kak Ainul, antara sosok
peribadi yang boleh aku cakap, antara yang rapat dengan-ku di jalan tarbiyyah
ini, sudah dimiliki orang lain. Yeah right, orang boleh berkata, “Alaa.. dia
kahwin je. Boleh je dia nak join prog bersama, pegang usrah korang lagi.”.
Tapi, status dan pernikahan itu sedikit sebanyak bakal membataskan. Dan aku,
bersama usrah-mate Precious-ku, haruslah akur. Belajar terima keadaan dan
hakikat sebenar. Dan sama-sama mendoakan semoga impian kami, untuk bersama “…
atas dipan-dipan yang dibawahnya mengalir air yang jernih…” menjadi kenyataan,
ameen insha Allah!
Tatkala berdiri sebagai penyambut tetamu
di walimahnya, seorang demi seorang menghulurkan tangan, ada yang beserta
hadiah untuk sang mempelai, pandanganku tertancap pada setiap wajah yang lalu-lalang
di hadapanku, serta sekumpulan manusia di bawah khemah terhias indah putih dan
pink itu. Ada soalan tiba-tiba terlintas, “Siapa mereka-mereka ini?”
Kalau bukan kerana aku yang bergelar
akhawat kini, tak mungkin aku berada di majlis itu pada hari itu. Tiba-tiba
sahaja bergelar pemandu untuk ke majlis itu, mendengar dan menjadi saksi
pernikahan itu bersama akhawat yang lainnya. Menjadi penyambut tetamu di tempat
yang asing bagiku, Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kemaman, Terengganu.
Menghulurkan tangan untuk bersalam bersama orang-orang yang aku tak pernah
kenal seumur hidupku, apatah lagi mempunyai pertalian darah yakni keluargaku.
Tak, itu tak mungkin! Kalaupun aku bukan seorang akhawat, tidak dapat tidak aku
hanya menghadiri walimahnya, sebagai tetamu, lalu pulang semula ke UIAM seawal mungkin.
Atau, mungkin sekali tidak pergi lansung!
Tetapi Allah telah menetapkan perjalanan
hidup-ku, untuk sama-sama join the group di jalan tarbiyyah ini. Aku telah
memilih, untuk bersama jema’ah ini, tatkala banyak lagi jema’ah boleh aku
sertai, dan mereka sudah lama mengesani-ku sedari awal lagi. Allah telah
menetapkan sejak azali, bahawasanya aku akan berjumpa dengan kak Ainul, lalu
bersilaturrahmi dengannya, ber-usrah dengannya, ber-musafir dengannya,
mengenali keluarganya, ber-jaulah dengannya dan itu tidak masuk lagi iftar,
qiyam, daurah dan wasail tarbiyyah yang lain. Banyak! Dan kerana itu antara sebab
aku harus dan wajib bersyukur atas nikmat Allah yang satu ini ; nikmat
berukhuwwah, bersaudara atas dasar iman. Kalau sahaja aku hanya bersahabat
biasa, mengenalinya sebagai senior di UIAM, tidak mungkin aku bersamanya, seperti
mana dalam setiap peristiwa hidup yang kami telah lalui bersama.
Aku sedar, aku terlalu terhutang budi
dengan akhawat.
Aku masuk ke ruang masjid itu. Ramai
diantaranya adalah wajah-wajah yang tak pernah ku lihat sepanjang hidupku.
Hampir 80%. Tahulah aku, mereka adalah junior yang baru sahaja melangkah kaki
masuk ke UIAM Kuantan setelah menghabiskan pengajian asasi di kampus PJ.
Usai makan, aku mengatur langkah yang
teragak-agak untuk duduk di mana, bersama siapa, hampir tak kena! Aku masih
kekok untuk membiasakan diri ber-mu’ayasyah dengan orang-orang baru. Allahu,
beri aku kekuatan ini.
Aku pun melabuhkan punggung di suatu spot
di sebalik tirai. Namun, adik-adik ini berpusu-pusu lalu di hadapanku, tidak
bersedia untuk ke agenda seterusnya. Aku pusing, menoleh ke belakang untuk
melihat tahap kesediaan adik-adik ini untuk program ini. Nyata, mereka masih
malu-malu untuk duduk di hadapanku.
Tiba-tiba ada sebatang tubuh datang ke
arahku, dengan wajah yang tersenyum. Aku mengenali adik ini. Dia telah masuk ke
kampus utama ini tahun lepas, dan ini adalah kali ke-berapa aku berjumpa
dengannya, tapi bukan di dalam program akhawat. Terus fikiranku terlintas satu
nama ; “Siti Noraishah.”
Teringat aku bagaimana kami berkenalan,
dahulu kala. Aku mengenalinya tatkala kami sama-sama pergi ke program
memperkenalkan Mahallah Khadijah di, Al-Malik Faisal Hall yang sangat famous di
CFS IIUM, PJ. Aku keseorangan pada waktu itu. Lalu tergerak untuk berkenalan
dengan manusia di sebelah kananku, iaitu adik Aishah yang sedang diceritakan
ini. Pada waktu itu, aku melihat adik ini sangat bersemangat, dan seolah-olah
teruja kerana diterima masuk ke CFS IIUM, pada waktu itu.
Aku yang merindukan sahabat-sahabatku,
bertanyakan minatnya, kecenderungannya, dan tanggapannya pada pelajar yang
berpersatuan. Telahan aku, aku ingin berkongsi dengannya cara-cara untuk
memanfaatkan masa 2 tahun sebagai pelajar di pusat asasi itu.
Pada waktu itu, dia mengenaliku, sebagai
senior, dan juga sebagai ex-FSCC. Terus dia meminta no telefon, dan menambah aku
sebagai rakannya di FB.
Perkenalan kami terhenti di situ. Kami
tidak lagi bersua muka, sekadar meng-update status masing-masing di alam maya.
Sebelum dia memasuki UIAM Kuantan tahun
lepas, dia kembali menghubungi-ku semula, untuk bertanyakan tentang keadaan
kampus Kuantan dan keadaan diriku yang bakal menjadi senior-nya semula.
Aku terharu, lalu aku berharap untuk
kembali menyambung silaturrahim di kampus Kuantan ini.
Dan kini, aku berjumpa lagi dengannya,
tapi bukan sekadar pertembungan biasa seperti di kafe, seperti selalunya. Tapi
aku baru sahaja perasan yang aku sedang bertemu dengannya di program akhawat.
Kenangan dimatikan. Aishah menyambut
tanganku lalu bersalam denganku, seperti kakak dan adik.
“Kak, saya baru nak berjinak-jinak dengan
IKRAM ni. Doakan saya.”
Allahu akbar! Apa lagi yang lebih membahagiakan, daripada mendengar pesanannya itu :')
"Alhamdulillah... insha Allah." kata-ku, sambil menggenggam erat tanganyya.
Terus, hati rasa girang. Dan tak semena-mena, terus bersemangat untuk mengadakan perbincangan dengan ahli Biro Dana yang sedia menantikan aku untuk gerakerja seterusnya.
Terharu. Sangat terharu.
Betullah kata akh Salim, tiada yang
membahagiakan daripada berukhuwwah dengan saudara se-Islam, berlandaskan nikmat
iman, melebihi saudara kandung yang punya pertalian darah.
Jalan DnT ini mungkin sukar, panjang,
banyak mehnah, diuji bukan sekali dua, tapi nikmat yang lain seperti ukhuwwah
islamiyyah, nikmat berlapang dada, semuanya! Semuanya bagaikan 'pengajaran'
oleh Allah untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, hambaNya yang
mengecap nikmat taqwa.
Itu, belum lagi dengan persoalan FAQ
yang ditanya kepada saya, tatkala mengenali akhawat/ikhwah dari institusi lain.
"Macam mana kenal dia?"
"Oh, akak kenal _______?"
Hampir sahaja aku tak memberikan
jawapan yang stabil kepada soalan-soalan sebegitu. Bagiku, biarlah aku sahaja
yang menyimpan kenangan perkenalan kami, dan asbab bertemu mereka yang memang qowiy
jiddan dariku. Biar sahaja perkenalan dengan mereka menjadi
cerminan untuk diri aku memperbaiki mana yang patut.
Doakan!
-UIAM Kuantan yang mendung-
Sambil menghirup kopi, menyiapkan
report intern, dan menunggu waktu lunch. Erk.