Lately ni, banyak perkara yang terjadi, sangatlah menyentuh hati. Menyentuh hati yang dianggap kering selama ni. Banyak kot wasilah Allah nak tegur, dalam banyak-banyak cara yang berlaku.
Hu~
****
Tiada yang lebih 'mengharukan' apabila kita sedar-sedar di subuh hari, satu selimut ala-ala sleeping bag melitupi diri kita dari kesejukan malam dalam bilik berhawa dingin, teruntuk kami yang tidur di atas lantai berbantalkan seluar yang dilipat-lipat :')
Terharu sangat! Tidur di sebelah ukhty ini sahaja membuatkan orang rasa terharu, apatah lagi kalau diselimutinya.
M, awak memang macho-lah! ^_^
****
Dalam menyusun perjalanan ke klinik UIAM, awan menangis haybat.
Batuk, hidung yang berlari-lari [baca : runny nose] menyebabkan simpanan tisu habis di tangan. Hati yang tak sabar, mengeluh lagi. Alhamdulillah, mujur yang menunggu tidak ramai.
Sambil menunggu doktor yang tak kunjung tiba, mampir seorang brother di kaunter pendaftaran.
"Saya tak bawak matric card."
"IC ada?" tanya si penjaga kaunter.
"Takde jugak. Erm, saya baru lepas accident."
Ok, that latter conversation memancing minat aku. Brother tersebut dengan tabahnya mengisi registration form, sambil dirinya mengerang kesakitan. Dia tidak menjerit, tapi esakan sakit itu sampai aku di tempat menunggu pun, dengar. Aku sempat menjeling pakaiannya yang tak terurus, sikunya yang berdarah, dan seluarnya yang hampir lencun. Mujur memakai seluar slack. T-shirtnya terpampang megah, 'Gabungan Anak Terengganu UIAM'.
oh, GATE.
Senyum sekejap. Lepas tu rasa geram pulak kat penjaga kaunter tu.
Ini sindrom biasa kat mana-mana hospital. Dah sakit, lepas accident, nak beranak, semua nak kena isi form dulu. Hello, mana rasa kemanusiaan ni?
Oleh yang demikian, kepada kita semua, lebih baik bertindak apa-apa, bukan dengan seorang diri. Bukan takutkan penyamun, perompak, perogol [naudzubillah], tapi at least kalau ada hal berkaitan yang menyebabkan kita kena ke hospital, ada teman yang mampu isikan borang, waktu kita mengerang kesakitan!
****
Sahabat ke kursus baitul muslim. Aku ke program.
Dia meluru keluar dari bilik, tanpa mengucap salam, atau selamat, tanpa sebarang kata-lah senang cakap. Sebab aku tak balik bilik untuk bermalam, pada malam itu.
Sedang berjalan, one message received.
"Anis.. take care tau.."
:')
****
"If everything is meant to be the best, insyaAllah. We just have no idea. Do pray."
Lepas baca ayat ni, dan ayat-ayat seterusnya, tahulah aku, keinginan sister tersebut. Well, aku pun sister. At least, kita punya sisi pandang yang sama.
Aku tak salahkan sister tersebut. Itu haknya.
Tapi bila aku kenangkan 'hak' aku, fahamlah aku, hak aku semakin berkurang. Dan perlulah aku ambil tahu dan sedar, aku perlu bertindak sesuatu.
Pengharapan kini pada Allah. Asbab DIA yang memegang hati-hati kita sis, termasuk dia.
Untuk bahagian saya, leave it. Jangan risau. Cerita saya dah nak habis kot.
Mungkin.
Sila ignore =)
****
"The exam, as approved by the examination board, will be MCQ questions, True or False."
Yeah, bila Prof. kata macam ni, semua orang, yang ngantuk, yang dah tertidur, yang tengah sangap, yang kekal fokus, semuanya tertumpu kepada beliau yang berada di hadapan.
Tetiba [baca : tiba-tiba] saya terfikir dan tersentap sejenak. Exam dunia yang true or false ni, sangat ditakuti umum. Iyelah, maksudnya, preparation kena mantap. 30 soalan. Ada 4-5 soalan yang perlu ditandakan True or False.
Prof. bagi resipi. 2 minit untuk setiap soalan. Kata beliau lagi, 2 minit is the best duration for brain to function best to decide. Kalau lebih, confusion might occurs. Dan ragu-ragu itu tak lain dan tak bukan adalah permainan syaitan.
Saya pandang H di sebelah, "Maksudnya, kalau kita nak buat keputusan kena within 2 minutes la. Kalau tak mesti teragak-agak!". Tak semua keputusan kena decide dalam masa sefantas kilat tu ye. Faham kot maksud saya *kenyit mata*
Sambungan rasa sentap di atas, padahal exam kat Sana nanti, sah-sah memang kena True or False. Siap anggota badan dan CCTV tolong kita 'jawab'kan lagi! Peh! T.T Memang ada 'penolong' yang memang jujur untuk tolong jawabkan untuk kita.
Tapi preparation kita?
Ok fine exam dunia, sebab kalau salah satu, minus marking pula. Kalau exam akhirat? Sah-sah mendekatkan diri kepada neraka Allah. Naudzubillah!
..........
Banyak lagi yang lain, tunggu part II pulak ye. Heh~