Friday, July 6, 2012

524. Teringat :')

Tadi ada singgah ke Giant.


Tiba-tiba kat Giant ada pasang lagu Amy Mastura. Mulanya lupa tajuk apa, tapi bila dah tanya Sheikh Gugel, dia cakap tajuk dia "Kembalilah".


Before-before ni pun ada terdengar kat somewhere, lagu Cinta Antara Benua by Arni Nazira. 

Hah, bukan pasal lagu ni yang menyebabkan entri ni tercipta. Ecehh.


Tapi lagu ni kalau anda yang berumur lebih kurang saya perasan, merupakan soundtrack untuk drama Melayu zaman dahulu kala, waktu saya berumur lebih kurang 5-6 tahun kot. Ye, dah lama.


Dan both dramas shootingnya kat overseas.


Dan seriously, bila saya terdengar dua lagu ni, saya mesti teringat jugaklah sikit2 macam mana video klipnya. Yang bestnya, dua-dua kat UK ok, bukan Ulu Kelang ok. 


Dan sekali lagi, saya mesti teringat yang saya pernah habaq mai kat ibu saya waktu tengah tengok drama ni, yang saya nak belajar overseas, kat UK [particularly, ada universiti spesifik tapi malu nak habaq] buat medic ok hewhew. Dialog nya pun sejibik masih teringat dalam ingatan hingga kini :') Seronok kot! Saya akui saya agak mengikuti drama tu, sebab suka tengok surrounding dia. Iyelah, nak pergi sana suka-suka mana mampu oh. So, tengok je drama, tapi serius tak ingat lansung jalan cerita drama tu macam mana. Hehe. Bila tengok, mesti inspired nak belajar betul-betul~


Ok, teringat. Kenangan je semua tu :')


Tak taulah berpeluang ke tak nak belajar kat sana kan. Rezeki Allah tentukan btw. Impian tu sentiasa ada, tapi.... Tengoklah macam mana.


"Boleh nak buat Master kat oversea tapi Anis kena fikirlah takkan nak pi sorang-sorang? Selalunya orang yang buat master kat oversea ni dah kahwin, dah berkeluarga..." nasihat seorang senior.


:O


Akan dipikirin kemudian.


Cinta Antara Benua 

Kembalilah


...................................................................................................


Masih ingat disebabkan drama Cinta Antara Benua tu lah pelakon Arni Nazira tu femes. Lepas kahwin dengan Awie lagilah femes. Sebab dia lah, bila kawan-kawan waktu tadika, sekolah rendah, menengah, Matrik Johor berta'aruf dengan saya, kuot osem dorang mesti macam ni,"Oh.. Nazira.. Macam nama isteri Awie." sambil tersengih-sengih. Ok, tak lawak ok.


Mujurlah kat CFS dan UIAM takde org habaq lagu ni dah. Kalau ada pengsan teruih. -__-"

#Sorry kalau tak bermanfaat. Curhat ja ni.

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...