Thursday, August 28, 2014

679. Tujuan asal.

Mempunyai akaun di setiap laman media sosial bukanlah sesuatu yang membanggakan.

Punya followers yang ratusan mencecah ribuan juga -  bukan sesuatu yang menyenangkan. Mungkin. Entah. Sebab saya tak punya ratus-ratusan followers. Saya bukan orang penting.

Entahlah (lagi). Ada suatu-suatu ketika rasa 'futur' nak sharing-maring di laman sosial. Banyak ketika, saya lebih suka mendiamkan diri, tanpa 'scroll' ke-bawah hingga 'Load More' keluar. Saya baru tahu betapa 'amannya' hidup bila tidak menjengah ke bahagian 'Home'. MasyaAllah. 

Sedang mengenali diri, saya baru tersedar saya lebih meminati karya yang terselit gambar. Tumblr memang best. Tapi Instagram lebih memikat hati. Senyum.

Baru 'selesai' satu 'fasa' kemaruk dengan Ig. 

Hampir abandoned-kan FB, saya cuba menjengah kembali profile FB dengan hanya membaca Notifications (yang tak banyak. serius). Tapi wadah FB lebih digemari, mudah share info baru. Infografik baru. Status baru. Dokumen baru. Updates lebih mudah di FB. 

Tiba suatu ketika, bila fasa 'kemaruk' Ig mengikis, sebab saya baru tersedar (lagi), betulkah tujuan asal saya selama saya share ni?

Nangis. Tapi tak sampai nak delete akaun la kan. Heh.

Dalam pada meng-hapload sebegitu banyak gambar di Ig, terfikir lagi tujuan asal yang sepatutnya difikirkan sebelum buat akaun Ig lagi, "Betulkah kerana Allah?"

Amek. Debuk tumbuk diri sendiri.

Of course, ianya tak tertakluk hanya di medan Ig. FB, Twitter dan lain-lain juga tak terkecuali. 

Memang. Saya akui. First time bila 'teringat' rasa macam small matter.
Tapi bila ada yang LIKE, rasa macam big matter pula. Bila ada yang komen, lagi bertambah cuak-nya.

Lebih mencuakkan bila dah baca perihal riak, ujub dan takabbur.
Mungkin, kita masih hafal, siap definisi mengikut skema jawapan UPSR, PMR dan SPM ketiga-tiga itu. Adakah kita faham, by heart?

Itu masalahnya.

Kadang-kadang rasa macam over-sensitif pula dengan post-post sendiri. Saya tak fikir apa orang kata pasal saya, cuma NIAT sendiri. Betul ke ni?

Kalau menghadapi sindrom ini, siapa perlu bermuhasabah lebih - pemilik akaun, atau peninjau/follower akaun?

Kita yang kena lebih berhati-hati, post biar tidak menimbulkan fitnah/tanda tanya yang amat menggemparkan, atau, si follower sila-lah berlapang dada dan tidak menerima bulat-bulat sebarang info yang dipost/share?

Tepuk dada tanya iman.
Sebab kita adalah kedua-dua golongan tu pun.





P.S
- Dah delete akaun Twitter. 
- Saya banyak delete gambar selepas post. 
- "If everything was meant to share, then what's left to keep?" amek gedebuk sekali bila baca post ni. 

Monday, August 25, 2014

678. Kita Bagaimana?

"Ni kalau bagi sumbangan pergi mana?"

Aku terdengar pertanyaan berbentuk sapaan di hadapanku. Tapi aku biarkan, biarkan sahabat-ku menjawabnya. Tanganku biarkan terus melipat baju bayi itu.

"InsyaAllah terus ke Palestin. Hehe", sahabat-ku seolah-olah ter'cover-cover'. Tersengih sambil memerhatikan gelagat aunty itu. Aku tak terus melihat lagi. Menghabiskan lipatan.

"Ye ke? Sure tak pegi tempat lain? Masuk poket ke?" kata aunty itu lagi. Masih berdiri di hadapanku, tapi kali ini mula menjenguk-jengukkan kepala ke seluruh meja di booth itu. Eh, tak boleh jadi ni, getus hati aku. Aku lantas mengangkat kepala dan melihat aunty itu.

Terkedu. Demi Allah aku terkejut sekejap dengan penglihatan aku. Aku cuba untuk berbaik sangka dan menjauhkan perasaan negatif terhadapnya.

Sungguh, metropolis.

"InsyaAllah aunty. Setiap derma dan jualan akan disalurkan terus ke Palestin. Aqsa Syarif ada buat penyata akaun tahunan bagi rujukan penderma ke mana saluran derma dorang pergi."

Aku cuba menerangkan, dengan usaha untuk berbaik dengan aunty ini. Penting juga untuk kita mengetahui arah ke mana derma kita itu pergi. Bagus aunty ni, cakna.

"Iyelah, sebab derma tak semua pergi kadang-kadang. Banyak kes lately ni. Lagipun pengurusan pun guna duit yg didermakan jugak, kan?" kata aunty itu, menyambung. Aunty itu memang kelihatan tegas, se-tegas dress merah yang dipakainya. Aku hanya mengangguk dan berusaha untuk memaniskan wajah. "Boleh tak hantar anak-anak pergi perang kat sana?" tanya aunty itu lagi. Sahabatku menjawab terus, "Semua nak pergi makcik. Tapi sebab nak pergi berperang tu kena hafal Quran, bukan sebarangan orang boleh pergi."

"Kadang-kadang rasa nak hantar je anak-anak pergi Palestin. Biar diorang tahu hidup ni macam mana." getus aunty itu. Aku suka berinteraksi dengan jasad yang critical minded macam ni. Mencabar, tapi kita banyak belajar insyaAllah.

"Bagi sticker tu _ (aku lupa jumlah sticker yang dibeli, maaf)." kata aunty itu kepada adikku di sebelah. Dia menjaga bahagian sticker dan button badges. "You nak apa?" sambung aunty itu pada kawannya.

"I nak ni. U beli kan." tunjuk kawan aunty ke arah sticker tampal road tax. 

"Okay. I tak nak la ni. Macam ganas je." jawab aunty itu. Matanya masih memandang ke seluruh meja. "Baju lelaki takde ke?" tanya aunty itu lagi.

"Oh.. takde aunty. Habis stok. Maaf sangat. T-shirt perempuan je ada." jawab aku. Dia mengambil t-shirt labuh yang betul-betul ada di hadapan aku. 

"Ni dress ke?" katanya sambil membuka lipatan.

"Ohh tak. Tu t-shirt perempuan." kata aku dan adik aku, serentak. Sambil tergelak kecil.

"Oh, anak semua lelaki. Tak dapat la nak beli." kata aunty itu, tona rendah.

Lalu aunty itu membeli beberapa helai muffler Palestin, dan beberapa sticker kereta.

"Ok nah. Yang lebih derma." kata aunty mengambil 'a stack' of RM notes dan menghulurkan kepada aku, tanpa menghitung atau mengira jumlah sebenar mengikut jumlah harga. 

Aku macam terkejut (tak over seperti biasa, tapi macam tak percaya pun ada). Lalu aku mengambilnya sambil berdebar dalam hati. Subhanallah, banyak kot.

Aku terus menghulurkannya kepada kak Zilal.

"Semoga Allah membalas jasa aunty. Ameen." punyalah berdebar dan terharu sangat-sangat sampai aku ayat-ayat itu terkeluar dari mulut aku secara automatiknya. Tanpa dipaksa atau berlakon. 

Aunty itu hanya mengangguk-anggukkan kepala, dan berlalu pergi meninggalkan booth kami. Hingga kini, aku masih ingat lagi wajah dan perbualan bersama aunty itu. Sungguh, dia merupakan 'pengajaran' dari Allah untuk aku. 

Aku dan sahabatku saling terharu dengan pelanggan tadi. Kami sangat tersentuh, dan merasakan Allah ingin 'mengajar' sesuatu pada kami. Jangan pernah bersangka buruk kepada mereka yang nampak seperti jauh dari mempraktiskan agama Islam seluruhnya. Mereka kadang-kadang lebih baik, jauh lebih baik dan berhati mulia dari kita. Kita sebagai du'at kena selalu bersedia untuk cater mad'u pelbagai ragam dan sifatnya - teguran buat diri.

Aku juga perasan something, masih ramai lagi yang mahu menderma, membantu saudara kita di Palestin tapi tak tahu bagaimana. Sounds pelik kan? Tapi itulah hakikat. Aku dan sahabatku yakin, mungkin kami rasa mudah sebab persekitaran kita. UIAM. Dan punya hubungan yang mudah dengan Aqsa Syarif.

Banyak. Hari itu banyak mengajar aku. Ragam masyarakat sekolah. Dan penduduk sekitarnya. Aku tahu, kerja itu memang banyak. 

Manisnya bermasyarakat. 

Sangat gembira melihat para pelajar datang membeli badges, memasukkan wang ke tabung. Sangat... Entah. Tak tergambar. Aunty itu tidak teragak-agak untuk beli dan menderma untuk Palestin. Dia mengambil wang dari dompetnya tanpa rasa bersalah atau rasa takut-duit-habis. Serius. Aku memerhatikan gelagatnya yang itu. Dan aku kagum. Lalu aku dan sahabatku bertanya diri kami sendiri,

"Kita bagaimana?"


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...