Saturday, November 28, 2009

bila pengorbanan bersuara....

in the name of Allah.. the Most Gracious and Most Merciful..






hari ni,berakhir sudah induction course utk RAFEST kt cfs.. dan buat pertama kalinya untuk sesi 2009/2010,saya pulang ke rumah sendiri,tanpa bantuan keluarga.. :)




tiba-tiba,baru sy tersedar yang saya tidak mengambil even 1 gambar pun untuk induction kali ni.. ini AMAT2 berbeza dan pelik sebab selalunya at least mesti ader satu gambar untuk each event yang saya sertai.. aiyoh..




sejurus lepas Asar,saya pun memulakan langkah keluar dari cfs.. mula2,gerun jugak sebab dah lama tak balik sorang2.. dengan hujan tiba2 merintik ke bumi,lagi la.. tapi,xpe.. saya tekadkan diri jugak,untuk sampai ke rumah before maghrib..




duduk dalam bas metro,mendengar kerenah2 driver bas berinteraksi dengan driver bas yang lain menggunakan walkie-talkie,saya pun sempat melayan,terkenang dengan kehidupan saya di cfs,yang semestinya,jauh berbeza dengan kehidupan saya waktu di zaman sekolah dahulu kala,even kehidupan sekarang,berbeza dengan kehidupan saya waktu mula2 masuk cfs dulu.. bukanlah berbeza maksudnye kehidupan saya perfect,serba lancar,baik dan beriman sentiasa.. tidak.. saya tidak bermaksud untuk menunjuk diri apatah lagi berbangga.. cuma,terkenang.. susah nya untuk mendapat waktu yang,tiada lansung orang mengganggu atau mencari,handphone pun senyap je.. saya sorang2 pulak tuh.. tyme2 macam nilah selalunya,rasa menggamit jiwa.. :)




of course,mula2 sekali, saya akan terfikirkan mengenai induction course yang baru selesai tadi.. bagaimana saya mula membuat kertas kerja dahulu,kemudian meng'allocate' ahli2 keluarga fscc sy secara 'mengenakan' ke dalam biro2 tertentu.. macam mana flow course tu sendiri,semalam dan hari ni.. segalanya.. keluar satu2 cam slide pulak dalam fikiran..




lepas tuh,saya terfikirkan,mengenai exam maths 2 sy rabu lalu.. haih..




lepas tuh saya terfikirkan,kuiz fizik dan maths jugak yang berlalu..




segalanya..




tiba2,saya terfikirkan mengenai event besar yang bakal muncul.. dye dah lama bagi hint nak keluar,tapi saya buat endah xendah je.. :)




larat kah saya?




mampukah?




saya semacam tidak percaye.. event yang dahulunya saya benci,yang saya tak pergi jejak lansung,siap balik ke rumah lagi sebab bengang cafe kt cfs semua tutup,akhirnya,kali ni,saya pulak menjadi 'dalangnya'..




"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."




(Al-Baqarah:216)




ayat ini,amat memberi kesan ke dalam hidup saya.. sehinggakan saya membeli 'button' yang tertera ayat ini di atasnya.. ia mengajar saya untuk tidak menyukai sesuatu,sehingga sangat2 konfem dengan kecenderungan itu.. dan juga mengajar saya untuk tidak MEMBENCI sesuatu,sehingga benci yang amat2,dan selalu memperkatakan tentang kebencian saya itu.. saya sesungguhnya tidak mengetahui apa yang akan jadi di masa hadapan.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui..




cuma,for those who knows me,ada satu perkara yang saya dah cuba untuk tidak memperkatakannya,tetapi,tidak berapa berjaya sampai la ni... :)




semakin saya mendalami tafsiran ayat ni,semakin saya takut dan berhati-hati untuk menyukai dan membenci sesuatu.. dan juga,saya belajar untuk semakin redha.. atas segala ketentuannya..




{new page}




saya sedar,semakin meniti hari2,semakin besar pengorbanan perlu dilakukan,semakin broad point of view kiter..pengalaman menjadi belakang tabir satu event,membolehkan sy blajar banyak benda.. especially,dalam hal2 melibatkan kesabaran saya.. sungguh,kesabaran merupakan antara kelemahan terbesar saya.. saya susah untuk bersabar,dengan hal2 yang memerlukan kesabaran yang tinggi.. kadang2,saya fikir,ianya merupakan satu yang positif,tapi, makin lama,makin saya terpaksa apply sikap sy mengikut keadaan.. most importantly,while dealing with people yang sy baru kenal.. :)


menguruskan sesuatu,sambil belajar,bukanlah perkara yang mudah.. sangat tidak.. hal ini saya dah lama sedari sewaktu belajar di sekolah berasrama dulu.. banyak hati yang perlu di jaga,muamalat lelaki dan perempuan,cara2 nak memutuskan keputusan.. n almost every inches of things..

cukup stakat ni.. end of chap 1..












Saturday, November 14, 2009

peak of the turning point..
















in the name of Allah,the Most Gracious and Most Merciful..












sirru ala barakatillah.. walhamdulillah..












first and foremost,mari sama2 mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah kerana hingga ke hari ni,masih diberikan peluang untuk bernafas,walaupun caranya mungkin sesak atau normal,berbeza mengikut individu2 tertentu..












Segala puji bagi Allah,kerana begitu juga dengan saya,masih diberi peluang untuk bernafas dan meng'update' blog yang terdampar dek kehidupan sebagai seorang pelajar yang sangat... pheww..












hari ni,ketika mencuri-curi masa menaip blog,walaupun sedang busy menyiapkan paperwork untuk Raudhah Festival yang insyaAllah bakal dilaksanakan bermula 4 januari 2010.. "MasyaAllah,tahun depan kot!".. mungkin ramai yang akan berkata sedemikian,tetapi sedarlah bahawa sekarang dah bulan november.. dan hanya 2 bulan lagi festival tu akan berlansung..












Terima kasih yang amat sangat kepada semua societies and clubs dan pihak2 yang berkenaan kerana menghantar paperwork untuk event masing2 kepada badan FSCC.. sama2 kita panjatkan doa semoga segala yang dirancang bersama akan ditentukan oleh Allah dengan sebaik-baik penentuan..












di padang CFS pj di luar pemandangan tingkap bilik saya kini,sedang beraksi sukan ragbi yang melibatkan ENGENIUS dan PRESSS... di temani dengan hujan yang lebat dan renyai.. camna 2?












awan hitam berarak.. membawa hujan ketempat lain pula..












"Peak of The Turning Point",inilah definisi untuk kehidupan saya minggu ni.. Turning Point ni mempunyai selekoh yang amat2 tajam,berbahaya dan saya sangat penat untuk menghadapinya.. mungkin kerana tuntutan kehidupan sebagai seorang pelajar,dan setiausaha badan persatuan menyebabkan saya berasa sebegini rupa..












sehinggakan saya terlambat sehari untuk menghantar tutorial physics yang pertama.. MasyaAllah..












tetapi,saya rasa berbaloi sangat2.. kerana turning point ini tidak saya hadapi seorang diri.. tetapi dengan rakan2 yang sangat membantu,memahami serta ahli keluarga FSCC yang xhenti2 memberi motivasi dan pertolongan yang,what else can I say,jitu..












yup,jitu.. :)




*dia lalu.. dia lalu..*


satu entry ambil masa berminggu nak habiskan..


minggu ni amatlah packed xterkata.. dan sangat menunggu untuk tibanya hari ini, Khamis 19 november supaya berlalau dengan cepat dan say adapat pulang ke rumah dengan gembiranya.. :)


kerana pada hari esoknya akan ke Kelantan melawat mak cik yang keuzuran..


di samping itu,paperwork masih tergantung sebab tiada officer yang datang lagi untuk menyemak buat kali terakhir..


dan saya di STAD sekarang..
:)






















End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...