Sudah 5 hari dalam bulan Syawal. Bila diperhatikan, hari-hari dalam bulan Syawal 'berlalu' dengan agak pantas, kalau nak dibandingkan dengan berlalunya hari dalam bulan Ramadhan.
Ramadhan.
Ramadhan 1433H memberi suatu jenis impak pada diri sendiri khususnya, dan orang sekeliling saya umuminya. Banyak pengajaran yang diperoleh, pengalaman yang bakal dikenang, walaupun semuanya bakal tersirat dalam lembaran sejarah saya :)
Segala usaha, penat, lelah, kesedihan, kerunsingan dan kemanisan yang dihadapi, harapannya diganjari syurga Allah, biiznillah :)
Saya percaya, sahabat2 yang lain turut 'merasai' pengalaman yang berbeza.
'ala kulli hal, doa di malam Syawal yang pertama hanya satu, supaya kami sekeluarga terus dikurniakan hidayah dan kekuatan dari Allah S.W.T untuk terus istiqamah beribadah, sama seperti malah lebih baik lagi seperti yang kita lakukan ketika Ramadhan yang lalu. Dan sangatlah of course, mendoakan supaya segala amal ibadah, diterima olehNya bagi menampung segala amal yang tercacat cela selama 11 bulan yang lalu :') Doa saya juga semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan 1434H, insyaAllah. Ameen.
Mengajar erti istiqamah.
Umum mengetahui, salah satu petanda ibadah dalam Ramadhan kita diterima olehNya adalah apabila kita istiqamah melakukan ibadah-ibadah tersebut walaupun selepas Ramadhan. Itu pun salah satu didikan untuk kita beristiqamah kan? :)
Sabar yang sangat indah!
Salah satu sifat murni yang dipelajari juga ialah sabr. Sabar melakukan ibadah, sabar mengelakkan diri daripada maksiat, sabar dalam bermujahadah [oh, macam mana tu?]. Sabar dalam segala-galanya. Sabar ketika menikmati nikmat hidup. Oh :)
TAQWA yang kita cari. Semoga tersirna dalam lembaran hidup kita untuk hari-hari yang mendatang. Ameen :)
Taqaballahu minna wa minkum.
Kullu 'am wa entum bikheyr.
~dari Anis dan keluarga tercinta ^^
.........................................................................
Nota I : Aidilfitri kali ni. Saya tak 'sempat' nak memberi SMS ucapan pengganti diri. Maafkan saya. Hanya membalas bagi sesiapa yang terkenang diri ini sahaja. Minta maaf depan-depan lagi kool kot? :)
Nota II : Aidilfitri kali ni, buat pertama kalinya dalam hidup dilimpahi SMSes yang banyak mengaku single/bujang. Aiceh, dulu bangga sangat dengan ucapan "Fulan beserta isteri/suami dan anak-anak.". Trend baru mungkin, heh ;)
Nota III : Hati berbunga riang di petang 1 Syawal. 'Hadiah' kesabaran daripada Allah :')
Nota hati : You're such a gift from Him. Noted that. ^^