28 April 2012
"Akak, bersiap malam ni. Esok pagi kita bertolak gi Kedah." ujar ibu, relax je.
I say what?
Serius tak sangka. Terkejut. Dan yang sewaktu dengannya lah.
Saya ingat saya beriya-iya nak balik untuk hari Jumaat sampai Selasa tu, nak regangkan kaki yang lenguh je. Tak sangka pulak nak pergi ke sebuah negeri yang saya dok cakap nak pergi, sejak tahun lepas.
Yep, Kedah Darul Aman :)
Saya tahu ayah saya memang bercadang nak ke Kedah. Tapi katanya dia dan rakannya sahaja, tak terfikir dek minda nak bawa kami sekeluarga sekali.
Well, itulah rejeki namanya ;)
Last time I went to Kedah was in 2010. Waktu tu saya ingat lagi, sebelum bermulanya short semester di CFS PJ. Dan ayah memang bercadang untuk bawa kami pusing Semenanjung, walaupun tak habis pusing sebab kesuntukan waktu bercuti. Di setiap negeri yang kitorang pergi, kami menjejakkan kaki ke masjid negeri. Leave footprints lah konon. Ecehh.
It was 2 years ago.
Masih segar dalam ingatan. Kami menuju ke Perlis, dari Kelantan. Well, to be short distance, kena lah ikut Grik :)
Bila lalu Grik, sah sah la lalu Baling, Kedah.
Waktu tu malam, sunyi sepi. Macam black out pun ada. Yeah, what do you expect, jalan kampung kan, sejuk je ;)
Walaupun gelap, tapi terasa aura berada di kampung halaman. Serius.
Macam mana ek nak describe? Sangat kampung, sebab area Baling and most of Kedah's districts pun memang tak maju sangat. Tak maju bukan bermakna mundur, tapi mengekalkan ciri-ciri kampung tu, which negeri2 lain tak berapa lah sangat kan.
Saya pula, dah lama kot tak ke Kedah waktu tu. Nearly 6 years, since our last time been there in Langkawi, and back to KL on 25th December 2004, a day before tsunami was happen -_____-
Dah umur 20 tahun [at that time], baru nak menghargai nikmat duduk kampung ni.
"Bestnya duduk sini......" ujar saya dalam gelap, dalam kereta kami. Terkeluar ayat super tu, tak sangka.
Silent moment.
"Best ek kalau ada kampung kat sini." sambung saya lagi, ralit sangat tengok persekitaran yang mendamaikan, walaupun gelap gelita kat luar kereta tu.
"Memang best pon duk Kedah ni kak. Nanti carilah orang Kedah, boleh balik kampung kat sini." suggest ibu saya.
Hamek.
Waktu tu saya senyap. Giliran pula saya senyap. Adik-adik masih khusyuk tidur.
Dalam fikiran, dok terbayang-bayang dan teringat-ingat secara diam, siapa orang Kedah ek?
"Kenapa aku macam takde kawan dengan orang Kedah pun?"
Tak habes-habes, Kelantan Kelantan Kelantan.
Saya keluh sorang-sorang, sambil membina keyakinan, "Semoga dapat jumpa dengan orang Kedah." :)
Iye, di situlah bermulanya kaitan antara Anis dan orang Kedahnya. Sejak itulah saya practice cakap Kedah, belajar loghat Kedah, walaupun saya tiada kawan berasal dari Kedah dalam friends circle saya. Waktu tu.
Except for foods.
Takde kaitan dengan sesiapa. Kalau ada kenal kaitan saya dengan orang Kedah, oh itu sangat kebetulan.
Ceh, poyo.
Ok, sambung dengan Kedah.
Seperti biasa, saya rasa Kedah ni jauhhhh sangat, nun di utara tu. Walaupun jarak perjalanan lebih kurang KL-Johor je, cuma Kedah lebih sikit kot, sebab negeri Perak tu, 'panjang' sangat -__-
Apa yang best sangat dengan Kedah ni ek?
Of course, padi! :) Saujana mata memandanga, subhanallah~~~~~ suka sangat!
Next, cheap foods! :D
Then, friendly peeps!
and the dialect itself. Pada mulanya, dan selamanya, dengar macam sangat harsh. Kalau nak bandingkan dengan bahasa baku Johor dan bahasa 'lemah lembut' Kelantan, memang kalah lah bahasa Utara ni. Rasa macam hingaq sangat. Oh my.
Tapi, rasa macam happening pulak bila gather kat rumah depa. Automatically, saya rasa diri sayalah paling lemah lembut! Hehe ;)
Semalaman berada di Kedah pada umur 22 tahun juga membawa makna baru dalam hidup saya :)
Di kala hati saya berbolak balik dengan ujian Allah, Allah bagi nikmat dengan bagi saya peluang melangkah kaki ke negeri kesukaan saya tu. Walaupun tanpa sebarang nikmat tersirat lagi :')
Puas.
Itu je yang mampu saya cakap. InsyaAllah saya dah puas, dan tak perlulah nak plan ke Kedah untuk cuti nanti :)
InsyaAllah will be going again early next year. For good. Eh, sebab sepupu saya BAKAL bernikah dengan orang Sungai Petani :)
Pekan Rabu. Best for its various jubahs, tudung labuhs, perkakas rumah hat lama-lama tuh, depa dok juai lagi kot =)
View of Alor Star :)
Ilal liqa'.