Sebenarnya tekad tak nak online malam ni. Penat mata katanya.
Tapi bila bukak je FB [well, must bukak page], Allah bagi hint kat saya.
Sentap. Sedih. Terharu. Gembira.
Rasa macam nak doa dan terus doa untuk seorang hamba Allah ni :')
Eh.
Poster di atas sangat mengujakan saya. Sangat. Sangat.
Saya tak baik pun. Jahat sikit. Nakal banyak.
Nakal saya, saya suka stalk orang [FB, dan blog, if any]
Tapi bukan sembarangan orang [aiceh]. Orang yang inspired saya. Yang "I can look up to.".
Dalam hal dan kes ni, Allah telah pertemukan saya dengan seorang hambaNya. Well, of kos la dia tak kenal saya.
M namanya.
Mendengar namanya [membaca, literally], saya terus jadikan impian nak namakan anak lelaki [wah] saya dengan nama itu. Cuma letak Ahmad la kat depan kan. Eheh.
[ya Allah, Anis cukuplah berangan]
Tapi bukan nama M itu yang menarik perhatian. Tetapi nama jolokannya. Di belakang nama M. Yang hanya tertera di FBnya. Wah.
Macam mana ek saya boleh terselisih dengan profile M ni? Saya pun tak pasti. Rasanya sejak last year kot.
Jujur, saya tak kenal M ni. Serius tak. Saya tahu mengenai dia, dan info mengenai dia, kat profile je la. Kebetulan, dia selalu pulak update FB dia. Ada gajet la katekan. [kot]
Saya rasa, semuanya berpunca daripada profile 'sahabat-yang-tenang', yang baru bersahabat dengan M ni, sejak masuk Gombak. Eh.
Apa yang menarik perhatian saya untuk stalk FB dia?
Ini soklan cepugangsa yang saya sendiri pun tak tau kenapa. Ok, ofkos la bukan perihal jodoh and such. Saya boleh kategorikan M ni sebagai orang yang inspired kot, rather than m.i.n.a.t -___-
Serius, buka FB dia buat kali pertama, banyak sangat benda yang saya belajar.
Pertama, segala mak nenek info yang dia share kat profile dia. Menunjukkan dia seorang yang berwawasan.
Kedua, status-statusnya. Dah la in English [ceh], memang macam syabab yang bervisi. Tapi tak syadid sangat, but still, sekufu lah dengan pemikiran saya, malah up lagi.
Ketiga, kerana fikrah dia. Dan teman-temannya.
Keempat [banyak pulak], dia seorang yang suka mengembara, setiap tempat yang dilawati, pasti akan ada video record. Saya malu nak menonton semua, cuma mampu menonton satu sahaja, ketika dia melawat Taj Mahal di India. Setiap video recordnya, bukan picisan semata. Tapi diselitkan jua rasa syukur dan all back to Allah :) Ada bagi ibrah sikit lah :)
Kelima, dia rajin join aktiviti ke'ukhuwah'nan. Seronok tengok pemuda macam ni. Semuanya berjemaah. Bukan individualistik.
Cukup dulu kot. Lima je dulu, ok?
Apa yang saya tahu mengenai dia?
Orang Johor, probably tua setahun dari saya, pernah pergi oversea [banyak kali], student Accounting UIAM [habislaaa!], seorang Hafiz, ex-SMIH. [Apa itu SMIH? Cari sendiri :P]
Eh, banyak pulak yang saya tahu. All thanks to un-private profile of him.
Kalau ada yang perasan, saya pernah share satu entry mengenai relationship in Islam. An epic one [poyo]. Yang saya cakap, saya inspired from this one blog. Yeah, it was his entry actually. [ok, ini sangat memalukan]
Tapi serius, saya takde feeling pun kat dia ni. Mungkin sebab tak kenal. Dan, yeah. Perlu ke rasa minat ni kan? Orang hebat kot. Tak TERasa nak minat pun. Sedar diri.
Pernah tengok muka dia?
Well, waktu mula2 ditakdirkan tengok FB dia, his profile pic shown his real image. Macam gambar kat tag Ta'aruf Week, gitu lah kot.
Ada lah jugak TERnampak gambar tagged dia on his profile. So boleh agaklah orangnya yang mana.
Saya juga pernah terserempak dengan dia, kat Konvensyen Fiqh harituh. Allah sahaja yang tahu perasaanny macam mana. Bukan berdebar tau, tapi rasa macam, "isy..". Itulah perancangan Allah. Saya rasa TERkena.
Kenapa pula saya perlu berdebar kan, sebab saya bukan minat dia. Cuma saya pelik, dalam beribu makhluk Allah yang pergi K-Fiqh ni, kenapalah saya perlu jumpa pak cik ni?
Orang yang ingin ditemui, tak pulak dijumpai [pada waktu itu]. Waktu lunch pulak tu.
Siap berjubah putih lagi. Malu saya sebagai muslimat kat situ.
Waktu tu, saya malu sendiri. Mata yang jahat ni, selalu pulak tertengok-tengok batang tubuh yang berjubah ni. Macam tak percaya gamaknya.
Yang kelakarnya, dia seolah macam boleh tau je ada orang memerhati dari jauh.
Lowering my gaze.
Memang sah-lah, dia orangnya.
Punyalah inspired dia ni kan, saya pernah bercerita perihal dia dengan sahabat, Amalina ketika di PERSIS tahun lepas. Wahaha.
Habislah Amal pun tau. Saya share la serba sedikit mengenai beliau. Macam share pasal apa pulak kan.
Syahidah Sith pun tau rasanya ;)
Haisy, saya nak je tunjuk kat korang berdua, profile pak cik ni.
Tapi, Pertubuhan IKRAM Malaysia, dah tunjuk poster yang ada gambar dia dulu :')
Semuanya sebab Allah gerakkan hati nak buka FB malam ni. Woah.
Saya tak tahu detail sebenar [baru usha FB dia]. Ok, now I know that he's one of that BRAVE people that will march towards Jerusalem on March 30th, which is.......
Oh My Allah.
Sekarang baru tau saya tahu betapa bawahnya rumput, dan betapa jauhnya bulan T__T ok, sangat hiperbola di situ.
Serius, orang yang sangat perlu saya look up to :) Dakwah dakwah.
Antara status update beliau.
"Bismillah, i am overwhelmed by the supports. I thought, i can just slip away far from the country silently. Jazakumullah khayraan kathiira, I would like to share the experience upon my comeback inshallah. We will stop by at Bangkok and Cairo before reaching Amman."
-latest.
Before that [yesterday]
UntukMu Semua
Bismillahi Rahmani Raheem,
To my loved ones, families, friends, brother and sisters,
Aku kira perjalanan kali ini ke Jordan bukanlah perjalanan sang musafir biasa,
Perjalanan ini membawa satu cita-cita dan harapan yang bukan lagi tertumpu kepadaku,jiwaku dan hatiku. Tetapi perjalanan ini membawa cita-citaMU, Cita-cita KITA dan harapanMU dan Harapan KITA. Dan itu, Membuatkan aku melutut mengenangkan bertapa kerdilnya diri ini di hadapan si Khaliq sang pencipta.
Kepada yang ku cintai dan sayangi kerana Allah S.W.T,
Ku kira, pemergianku ini bukanlah permergian 3 orang wira. Dan sekali-kali bukanlah yang lebih hebat dari setiap dari kamu. Tetapi, SETIAP satu daripada KAMU adalah perwira tersendiri, Yang diertikan ‘hidden HEROES’. Perwira yang bersedia memberikan masanya, duitnya, dan Hidupnya. Dan setiap KAMUlah yang selayaknya diberi gelaran PERWIRA.
Perginya kami membawa kamu tersemat dalam hati-hati kami, menghubungkan pertalian antara saudara kita di Palestina dan Malaysia. Sungguh kita bukan 2 nasionaliti, KITA sudah lama satu. kerana aqidah kita.Kerana kecintaan KITA.
Kepada yang ku cintai dan sayangi kerana Allah S.W.T,
Iya, aku punya banyak kesilapan. Dalam tanggung-jawab yang ku bawa sebagai seorang anak, kawan, dan akh. Dan peluang ini ku ingin meminta keampunan akan kesilapan yang pernah dilakuakan, akan hak-hak yang pernah di tercemarkan. Kerana aku tidak ingin tersungkur di pintu syurga kerananya.
Kepada yang ku cintai dan sayangi kerana Allah S.W.T,
Ingatlah bahawa musuh itu tidak perlu kita takuti, yang perlu kita takuti dan tangisi adalah dosa-dosa yang telah terlakukan. Yang membawa duka di akhirat sana.
Kepada yang ku cintai dan sayangi kerana Allah S.W.T,
Doakan Kami disini, supaya hati-hati kita senantiasa diluruskan,diertikan sebuah keikhlasan dan taqwa.
Kita ini Pejuang. Aku dan Kau. Teruskan berlari mengejar redha ilahi.
Aku dedikasikan Sajak Shaykh Syed Qutb Bersamamu untuk kita hayati, yang aku teliti dari kecil, tapi masih belum dapat menjiwai sepenuhnya kerana aku belum lagi mengenal erti pengorbanan yang sebenar. Mungkin inilah lapangannya.
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
[His name. Tarikh. IIUM Gombak]
Allahu.
Permudahkan urusan para syabab yang berjuang di jalanMu ini.
Kematian itu pasti. Seandainya itu pengakhiran mereka, semoga syahid menjadi milik mereka.
Allahumma ameen, ya Robbal alamin :')
P.S Jangan ditanya yang mana satukah M. Anda akan tahu sendiri satu hari nanti :)
Disklemer : M hanyalah seorang hamba Allah. Yang menjadi ANTARA inspirasi untuk pemudi macam Anis Naazira dalam medan dakwah, mahupun study. Semoga Allah merahmati usaha kita semua. Barakallahu fikum :)