[Disklemer : Ini bukan post promosi untuk Safi ye. Kenyit mata.]
Semalam, saya dan beberapa orang sahabat pergi outing setelah lama tak outing. Ceh, of kos la lama, dah katanya mid semester break kan. He. Tapi keluar semalam bukanlah lagha atau orang kata nak 'freed'. Tapi nak beli barang keperluan rumah. Eh. Bilik :)
Al-kisah, semalam jua, saya menurut nasihat ibu yang tak henti-henti mengingatkan via phone calls and SMS untuk saya beli krim malam dan conditioner. -.- Katanya jangan simpan duit untuk beli benda-benda ni. Dah lama beliau suruh guna, tapi semalam baru rasa terdetik kat hati untuk betul-betul 'beriman' dan 'beramal', yakni, pergi beli. :) Semasa di Watson, sahabat saya, cik Y hanya memerhatikan saya membelek-belek krim malam jenama tak asing seperti gambar di atas, memandangkan saya memakai range penjagaan kulit muka dengan jenama yang sama.
"Berkesan ke ni?" tanya cik Y.
"Insha Allah weh. Sebenarnya kalau pakai produk apa pun, mesti lagi berkesan kalau pakai krim malamnya. Sebab waktu malam kan sel-sel kulit bertukar, so waktu ni la paling efisyen nak rejuvenate pakai krim malam." jawab saya, panjang pulak. Cakap je, padahal baru 'beriman' nak pakai.
"Aku punya krim malam mahal la.. Puasa aku macam ni." kata cik Y, sambil tangannya menunjukkan ke arah krim malam dengan jenama N yang memang mahal pon. Siapa suruh pakai produk jenama tu. Heh.
"Aku rasa kalau toner and krim malam ni takpe je kalau nak pakai produk lain kot.", Anis dah mula buat asumsi sendiri. Pandai.
Setelah meyakinkan diri sendiri bahawasanya spending money for this essential products is okay, saya pun terus ke kaunter untuk pembayaran. Cik Y masih tawaf di rak yang sama, masih berkira-kira untuk beli gamaknya.
Setelah ke Watson, kami ke ECM. Dan akhirnya setelah makan kentaki, cik Y, kak I dan A singgah ke Watson berhampiran. Dan cik Y akhirnya teryakin dengan saya dan beli krim malam dengan jenama yang sama. He. Semakin bersemangat ni!
"Takpe Y, lepas ni kita ingatkan diri masing-masing. Kau ingatkan aku, aku ingatkan kau. Baru dua-dua tak lupa. He." pujuk saya kepada cik Y untuk mengelakkan rasa bersalah sebab beli benda yang kononnya, tak perlu.
Setibanya di mahallah..
"Y, kau dah pakai krim malam belum?" tanya saya kepada cik Y, yang merupakan jiran sebelah bilik.
"Of course, aku excited nak pakai kot!" kata cik Y, somangat nampaknya.
Senyum.
***
Usai membaca post seorang ukhty yang saya memang follow di blog, FB dan terbaru, Twitter. Lenggok bahasa bersahaja dan sempoi memang menarik minat saya untuk baca, walaupun usianya muda setahun dari saya :) Of kos, lenggok bahasa tak se'memikat' Akh Salim la kannn. He.
Dalam previous post, dia ada cakap mengenai 'beriman' dan 'beramal'. Dua agen penting ini perlu seiring, untuk menghasilkan impak yang dahsyat, tak semestinya untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Sebab kalau takde salah satu elemen di atas, semua yang kita buat, hurm macam sia-sia (je?) :)
Apa kaitan dengan cerita krim malam, bro? Yezzaa, ada kaitan.
Seperti kalau berada dalam cik Y's shoes, pakai krim malam dengan persoalan di kepala, "Eh, berkesan ke tak krim ni eh?", tapi still pakai. Ini adalah contoh *'beramal tanpa iman'.
"Memang nampak tak berapa bagus, tapi at least kesan baik dari amalan tu akan lekat jugak. Macam orang yang tak beriman (yakin) bahawa solat tu akan cegah dia dari kemungkaran, tapi dia solat je sebab dari kecik dah terbiasa solat, kalau tak, mak abah rotan. Sikit-sikit, lama-lama effect solat tu akan nampak jugak pada diri dia. Lari lah ikut celah mana pun, huhu."
So, itu antara contohnya. Apply krim malam tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Tapi di hati masih betul-betul tak mengakui kesannya, cuma bergantung kepada kesan sebenar yang bakal berlaku, setelah hari-hari apply tanpa miss satu pun! Result? Belakang kira. Entah berapa lama kena tunggu. Huhu
Berbeza pulak dengan posisi Anis dalam cerita krim malam di atas [ceh, macam diri saya je?]. Hanya 'mengimani' krim malam tersebut, tapi tidak 'beramal' yakni memakainya tiap-tiap malam. Tahu kesan krim malam tersebut, dengan izin Allah dapat kesan yang baik pada muka, tapi tak apply. Nak tunggu ibu call tiap-tiap hari, berbuih mulut menasihatkan baru nak pakai. Kalau kulit muka berjerawat, kusam, warna tak sekata, marah pula.
Huhu.
"Sama lah macam orang yang yakin al-Quran tu mampu beri dia petunjuk, tapi dia tak beramal dengan kandungan al-Quran. Pastu bisinglah kata diri tu tak cukup baik. Hoho."
Alangkah bagus dan baik, kalau kita beriman dan beramal dengan sesuatu, contoh mudah ibadah kita. Kita tahu solat dapat mencegah diri kita dari melakukan mungkar, kita dianggap beriman dengan solat tersebut, sebab faham dengan hati dan amal. Dan setelah faham maqasid ibadah, kita beramal dengannya. Kan dah dapat dua-dua kat situ. Insha Allah, khusyu' itu mudah hadir, kalau kita beramal dengan kefahaman yang tinggi dalam hati.
Istilah lain, kefahaman yang jelas akan membuahkan hasil amalan yang lebih baik, daripada tak faham, apatah lagi kalau tak beramal. Hurm.
Semoga cik Y dan Anis tak bertawakkal kepada krim malam itu untuk tahap kulit yang lebih baik, tapi pada Allah semata-mata. Insha Allah dengan izinNya, kami hanya berusaha :)
P.S *istilah beriman dan beramal dalam huraian cerita, bukanlah tentang agama semata. Tapi penggunaan krim malam boleh diistilahkan dalam bentuk amalan harian kita. Sejauh mana kita yakin tentang objektif dan kesan sesuatu ibadah, kepada diri kita. cik Y dan Anis insha Allah adalah hamba Allah yang yakin dan patuh pada perintah Allah. Doakan kesolehahan mereka. Ameen :)