Monday, July 23, 2012

533. Berehat =)




Indahnya terawih di Mesir :)





Terawih.

Ramadhan sangat sinonim dengan terawih. Pada sebelah malam, kebanyakan masjid sangat penuh dengan jemaah. Ada yang bersolat sunat Terawih 8 rakaat, 20 rakaat. Tak termasuk solat sunat witir.

Apa itu tarawih?

Moh refresh ilmu kita tentang solat sunat ni, supaya ibadah kita mudah diterima Allah, ameen :)

Maksud terawih dari segi lughah : berehat-rehat, bersenang-senang, melapangkan nafas etc.

Dari segi istilah pula : Ibadah solat yang dilakukan pada waktu malam bulan Ramadhan. Bermulanya selepas isya' dan berakhir dengan masuknya waktu Subuh, tidak termasuk solat sunat rawatib isya' dan solat witir.

Kenapa dinamakan terawih?

Sebab jemaah akan berehat selepas solat sunat 4 rakaat dan 2 salam. Most masjids and surau ada sediakan tazkirah pada waktu rehat ini :)

Solat sunat terawih juga termasuk dalam qiyamullail. Maksudnya, boleh dilakukan ketika waktu qiyam [refer to real meaning of teraweeh].

Hukum solat sunat terawih? ----> Sunat mu'akkad. Iaitu, ibadah sunat yang sangat dituntut :)

Sejarah solat sunat terawih

Ummul Mukminin Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melakukan solat sunat terawih di masjid beberapa malam [ada yang mengatakan 4 malam] dalam bulan Ramadhan bersama sahabat-sahabat [H.R Bukhari, Muslim]

Pada malam ke-5 dan seterusnya, Rasulullah hanya bersolat sunat ini di rumah, untuk mengelakkan dan bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya solat fardu dan tentu sukar bagi mereka melakukannya.

Cara pelaksanaan : Bersendiri atau berjemaah. Tapi lebih afdal berjemaah, menurut Imam Ghazali r.h

Ada yang berbuat 8 rakaat, 20 rakaat, dan ada yang kata tak tentu jumlah rakaatnya. Setiap pendapat ada hujah dan dalil tersendiri, dan kita bebas memilih untuk mengikut yang mana, mengikut keikhlasan hati. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain yang berbeza pendapat dengan kita :)

Yang paling penting, bukan bilangan rakaat yang dibuat. Tetapi kualiti solat kita, sama seperti solat yang lain :)

Kualiti lebih penting dari kuantiti.

Yang sering dilakukan :

  • Membaca ayat al-Quran secara tartil
  • Meninggalkan bacaan doa iftitah
  • Mengabaikan toma'ninah
  • Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saff

Rasulullah S.A.W mengingatkan,

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ

Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat.” [HR Bukhari].

Semoga amalan solat sunat terawih kita diterima Allah, dan diganjarkan pahala, accordingly. Ameen ya Rabb
^_^


Sumber informasi : Abu Anas Madani

2 comments:

..nor.. said...

selamat berpuasa dan selamat bertarawikh di msjid yang indah lagi besar itu.. (+.+)v

A.N said...

:DDDDD

selamat berpuasa buat ayuni shukor yang disayangi juga :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...