"Akak tak cuti harini?" tanya saya kepada sorang kakak 'pembersih' di pantri. Tiba-tiba mesra pulak, dah besar kot :)
"Tak.. Tapi harini boleh keluar bila-bila. Itulah akak rasa nak keluar sekejap lagi. Toilet tak kotor kan? Hehe." jawab kakak 'pembersih', separa panjang.
"Itulahnyaa... Baik cuti je kan kak." Erk. Dah macam orang tua -.-
***
Situasi tadi banyak buat saya reflek pagi tadi, sambil minum kopi.
Alam bekerja ; bersediakah saya?
Walaupun saya ada SATU (1) semester berbaki (tolak semester bakal naik ni), tapi keresahan sahabat sekitar tentang KERJAYA buat saya terfikir-fikir nak kerja apa lepas ni.
Yes, lepas ni.
Teringat pesan ibu, omelan ibu dalam kereta sebelum ni, "Akak kerja jauh-jauh sikit lah. Jangan kerja kat KL, pening, sara hidup tinggi etc etc etc...." Banyak yang ibu omel-kan. Saya dengarkan aje, stereng kereta lagi penting.
".... kerja la kat Kedah ke. Aman sikit jauh dari KL ni."
Saya rela lagi kalau cakap kat Johor ke.
Okbai.
Semoga Allah me-rezeki-kan yang terbaik untuk kerjaya, dan hidup seterusnya. Ameen.
Friday, January 31, 2014
Monday, January 27, 2014
658. Sg Besi Indah.
#sungaibesi
-hari ni happy
-hari ni epic
-- hari ni bawa ibu ke Sg Besi. Berkenalan dengan pejabat IKRAM, dan imanshoppe.
- ibu baca Syahadatul Haq
- ibu 'perasan' peranan kat muka bumi ni bukan setakat nafsi-nafsi je
+ ibu lebih terbuka hati
+ doakan supaya ibu 'join' lebih dari 'itu' ; suatu hari nanti
biiznillah :)

Sunday, January 26, 2014
657. Average, or less than that.
Bismillah.
Semakin umur bertambah, semakin kita akan mengenali diri kita. Siapa kita, TUJUAN hidup kita, kelebihan kita, kelemahan kita, dan ___-kita lainnya.
Alhamdulillah, semalam dapat menyempurnakan tiga (3) hak sekaligus! Hak kepada organisasi, hak kepada seorang roommate (yang bernikah) dan hak kepada akhawat yang nak balik ke Kelantan. :)
Dalam menyempurnakan hak-hak tersebut, sesekali terlintas di fikiran, apakah saya sudah menyempurnakan hak-hak orang di sekitar saya, sesempurna mungkin? - Atau saya yang 'syok sendiri' menyangka saya sudah menyempurnakan, apa yang perlu diselesaikan sebaiknya?
T___T
Berpeluang, buat pertama kali dalam hidup, pergi sebagai perwakilan di sebuah perhimpunan agung sebuah jemaah Islam adalah perkara yang - tak pernah terlintas di fikiran, apatah lagi tertulis oleh saya dalam diari atau wishlist sepanjang 23 tahun 10 bulan hidup di muka bumi ini.
Alhamdulillah rabbal 'alamin atas nikmat ini.
Tak dapat saya nafikan, saya menunggu tarikh 25 Januari ini.
Terkadang jua saya terfikir 'nakal', macam mana dan bagaimana saya boleh 'terjebak' dalam kehidupan special ini? :) Biarlah jawapan saya menjadi antara rahsia saya dan Pemilik saya dan sekalian alam ini.
Menyaksikan, dan berjumpa dengan pimpinan dari cawangan lain merupakan satu perasaan yang ; how to say this, mixed feelings. Sering tertanya-tanya, perlu ke saya bangga? Perlu ke saya terus merendahkan diri, terkadang rasa perlu juga merasa 'izzah dengan title student UIAM yang tersemat pada diri. Untung-untung perhimpunan kali ini diadakan di UIAM Gombak. Apa yang penting, saya terus menerus rasa rendah diri, sehinggakan terasa inferiority complex jatuh sikit berbanding kebiasaannya.
Siapalah saya, berbanding dia, mereka, dan mereka di situ semalam. Saya bukan siapa-siapa, jauh sangat bukan seorang siapa. Tapi sekadar, "Siapa entah..".
Over kan? Huhu.
![]() |
| Doakan saya tetap teguh! |
#affected
Dan rasa inferior yang melampau itu berterusan sehingga ketika entri ini ditaip. 26 Januari! Relax-lah bro.
Sehinggakan ibu menegur saya yang banyak mendiamkan diri, sehingga jam 12.41 tengahari ini. (ceh, lepastu update blog)
Lantas, ibu banyak memujuk saya tatkala saya sedang menjamu roti jala berkuah kari ayam tadi.
Yes, ibu sangat penyabar. Selalu memberi nasihat, and she's my true confidant after all.
Baru saya teringat, ibu-lah yang selalu memujuk saya tatkala saya mendapat nombor yang tidak top sewaktu bersekolah dahulu kala.
Ibu juga yang memujuk ketika result SPM 2007 keluar dahulu.
Kini ibu 'terpaksa' mendepani saya melayan kerenah saya yang tak habis-habis nak rasa inferior dengan segala kelemahan diri saya sendiri. Kesian ibu T___T
"Setiap kali akak rasa rendah diri, cuba fikirkan orang yang berada lagi bawah dari akak..."
Ibu selalu pesan itu. Yes.
#masalalu
Bagaimana mungkin saya tak merasa inferior, especially bila mengenangkan masa lalu saya yang tidaklah berapa #cantik untuk diingatkan apatah lagi dikenang?
Dengan taklifan yang ada sekarang, sudahlah bertambah rasa rendah diri ini.
Saya sudah berjanji dengan diri ; tidak akan mengungkit lagi segala kisah lalu saya. Yang manis, pahit, kelat, masin, semuanya! Tapi kadang-kadang jauh di sudut hati saya mengimpikan kembali masa silam saya yang manis tatkala mengecapi rasa berjaya itu ini.
Tapi pada masa yang sama, saya sedar, masa lalu adalah perkara yang paling jauh dalam hidup, bak teka teki oleh Imam Nawawi. You can't go there anyway, though you will always re-visit that place deep in you heart and mind.
"Macam mana awak kenal Halim?" tanya seorang akhawat, M yang sangat baik dengan saya. M baru berjumpa dengan Halim di majlis itu, dan kebetulan Halim adalah rakan kepimpinan nuqaba' M dahulu kala ketika di Pusat Asasi.
Saya sekadar tersenyum. Dia menjadi semakin curious untuk tahu, walaupun saya semacam mengelak untuk bercerita.
"Saya pernah pergi rumah dia kot." jawab saya ringkas. Dengan harapan itu dapat menjawab segala persoalan dia di benak. Dua akhawat melahirkan tanda teruja. Sengaja, memang saya mengenali akhi tersebut dan pernah ke rumahnya bersama Haziqah dan seorang pensyarah kerana melawatnya yang kemalangan, ber-simen kaki bagai. Agak teruk. Tapi saya tak ceritakan pada sesiapa, walaupun kepada dua akhawat tersebut. Kisah lama la katanya.
"Itu baru Halim." saya sambung lagi sekadar menyemarakkan api yang sedang marak, ok kali ni benar-benar penamat, saya takkan sambung lagi. Titik.
Kerana kini, hati rasa seperti di siat-siat bila ada yang cuba membuat saya 'bercerita' kembali mengenai kisah lalu.
Dan untuk menyaksikan beberapa susuk yang pernah menjadi kenalan suatu masa dahulu, menaiki pentas untuk berbahas, berucap, mengambil hadiah dan sebagainya, adalah suatu perkara yang, well - mencemburukan. Positif insyaAllah.
Kini saya di tempat duduk, sekadar memerhatikan dari jauh mereka-mereka ini yang lebih berketerampil di hadapan, memberikan hujah berani untuk memperbaik organisasi.
Cukup. Inferior.
Mungkin perlu rancang strategi yang lebih mapan,
dan terus apply kata-kata pak cik RM,
"Just Do It. Lillahi ta'ala!"
insyaAllah.
Thursday, January 23, 2014
656. ISTAC.
Bismillah.
Alhamdulillah.. Thumma alhamdulillah..
Semalam, Allah bagi 'can' untuk crossed out 2 daripada never-ending list of wishes saya! Untuk cuti kali ni memang berhajat untuk ke pameran 1001 Inventions di Pusat Sains, dan juga ISTAC!
Yes, domestik je pun. Tidaklah ke luar negara sana :')
Tuesday, January 21, 2014
655. Org-anisasi.
Bismillah.
Sejak mula faham, tahu erti ber-organisasi sikit-sikit, dengan pengalaman tak banyak mana, saya banyak belajar ragam manusiawi yang pelbagai. Alhamdulillah.
Dan sangat terlalu mungkin, mereka juga menjadi semakin mengenali saya. Banyaklah sisi-sisi yang mereka ketahui, padan muka Anis.
Apa yang menjadi trending setiap kali bertukar pimpinan, pasti ada individu atau exco atau biro yang merasakan, jobscope mereka
Contoh mudah, biro Program Coordinator dan biro Certificates and Prizes.
Aik, macam kenal je. Macam tau je. *peluh
Sebenarnya, sebelumnya saya pernah merasa rasa inferior ini.
Tapi ketahuilah wahai pimpinan penggerak sekalian, kalau biro anda dirasakan tidak penting bagi anda, bayangkan apa pula anggapan biro-biro lain terhadap biro anda?
Eh, fahamke?
Kalau anda sebagai ahli biro tidak berasa 'izzah dengan kepentingan biro anda, bagaimana nak menghasilkan gerakerja yang sinergi antara pimpinan?
Ok, terlopong sekejap.
We are what we think. Sila jangan sesekali berasa diri anda tidak penting. Tapi jangan pula merasa diri anda terlebih penting -- pesanan untuk diri sendiri yang menaip ini, terutama.
Mengambil contoh di atas, kalau anda sebagai ketua biro Cert & Prizes tu rasa rendah diri dengan biro anda sendiri dan merasakan biro anda tak penting (takda pun takpa aih. tak efek apa pun.), maka anda menzalimi jawatan anda itu sendiri. Apa symptomnya?
- Takda apa nak update waktu meeting
- Hanya mendengar biro-biro lain membentangkan plan
- Tak bersikap responsif dan reaktif ketika meeting
Nampak macam mudah dan simple. Macam tak perlu je share pasal benda ni kan. Tapi hakikatnya ahli organisasi/pimpinan sangat kena ada mind-setting begini.
Hakikatnya, semua biro dan individu dalam pimpinan penting sebenarnya.
Kalau tak penting, buat apa masukkan atau spesifikkan jobscope biro dalam organisasi, ye dop?
Semua individu tanpa mengira lapisan adalah complement to each other. Saling melengkapi. Presiden tak selamanya benar, dan Ketua Biro tak selamanya salah.
Dan anggapan bahawa wujudnya biro-biro penting (kononnya) adalah salah sama sekali. Sebagai contoh (again), biro PC dirasakan penting kerana berkait rapat dengan perjalanan sebuah program. Tapi sedarkah anda, dalam banyak-banyak program, hanya berapa kali sahaja program tersebut bertukar dari plan A ke plan B? Macam tak banyak je.
Tapi, berapa banyak program tergendala sebentar kerana susun atur hadiah mengikut pemenang, di-salah susunkan?
Hadiah tak cukup?
Pemenang tak datang untuk ambil hadiah? (MIA, lost contact)
Ok banyak kali.
Dan semua tu jobscope siapa? Yes.
Dan post saya ini bukanlah untuk menidakkan tugas PC yang dianggap penting oleh ramai pihak itu. Cuma, sekadar ingin menunjukkan hubungan kerjasama biro yang perlu ada dan bukan untuk menidakkan biro-biro tertentu!
Mungkin, biro yang dirasakan penting itu hanyalah kerana biro tersebut selalu berhadapan dengan stakeholder organisasi. Itu sahaja.
Dan biro yang dirasakan
Itu sahaja bezanya. Of course, kita akan menjaga apa-apa yang berkait rapat dengan 'client' kita :)
Bagi pemimpin yang bijaksana, mereka tidak akan double standard dengan hal-hal asas organisasi sebegini. Semua orang dirasakan penting dalam organisasi dan you deserved that!
Maka janganlah kita berasa kurang 'izzah dengan kepimpinan kita, biro kita, tanggungjawab kita. Jangan! Jangan menzalimi diri anda, biro anda dan anak-anak buah anda.
Jika anda punya tanggapan sedemikian, cepat-cepat rejuvenate diri dan reflek kembali keikhlasan kita bekerja dalam lapangan ; adakah untuk merasa diri penting, atau tugas kita laksanakan dengan jayanya?
Woah, susah soalan.
Kalau jawapan anda yang nombor dua, maka selayaknya untuk kita berusaha ke arah kesempurnaan bekerja dan jangan biar orang lain dalam organisasi rasa biro kita tidak penting, malah sangat penting dan sangat memberi impak okay!
"Verily Allah has prescribed excellence in all things. Thus, if you kill, kill well; and if you slaughter, slaughter well. Let each one of you sharpen his blade and let him spare suffering to the animal he slaughters." [hadith 17]
Jom buat semuanya se-ikhlas se-ihsan mungkin!
Lillahi Ta'ala.
P.S Harap tak merepek kerepek.
Sunday, January 12, 2014
654. Semester Enam (6).
Bismillah.
Alhamdulillah, berjaya melepasi ujian saringan ke Semester 7.
Rasanya dah buat yang terbaik. RASANYA.
InsyaAllah kalau takde aral, akan melangkah ke semester 7 dengan jayanya. Doakan.
Sejak menyambung pelajaran di UIAM, pertukaran tahun masihi memang tak dirasakan sangat. Kerana setiap kali tahun bertukar, kami pasti dalam mengharungi fatrah exam, di mana hari yang dikenalpasti selalunya adalah hari yang ada paper ; yakni hari yang ada exam!
Pathetic.
Tapi sedaya upaya akan cuba keep on track dengan hari, supaya tak ter-miss any good/partially good or not even good news di media massa.
Dan dalam sedar tak sedar, usia semakin bertambah. Twen-teen Four.
Dan ketika umur bertambah juga aku akan sedar, ujian dan 'agenda' kehidupan pun, macam bertambah - matang. Dan berat. Dan - mengajarkan.
Dan semester 6 ini ; paling padu ujiannya.
#1. Surat Chenta Pak Guard
Untuk pertama kalinya, aku mendapat surat chenta yang selama ini di-canangkan oleh student UIAM. Yes, surat cinta ini bukanlah dari orang yang kita cintai, obviously. Dan surat cinta ini adalah yang paling 'disukai' rakyat jelata UIAM tak kira di kampus mana sekalipun. Mungkin CFS IIUM Gambang termasuk sekali? Mungkin. Bakal.
Dan surat cinta yang aku dapat, bukan satu. Tapi dua (2).
Benar. Mungkin salahku. Tapi asbab utama kesalahan, aku rasa seperti mangsa keadaan.
Ok, benda dah lepas. Aku pun tak suka nak ungkit-ungkit, memang takde lebihan masa nak ungkit. Cuma aku harap, dengan adanya coretan kat sini, serba sedikit dapat mengingatkan diri aku kelak.
InsyaAllah.
Aku halalkan RM50 untuk dua (2) kali clamp. Moga bermanfaat untuk ummah, kalau tak ummah pun, rakyat UIAM pun cukuplah!
#2. Handphone rosak
Aku tak tau lah apa lagi istilah 'nikmat' yang 'ditarik' sekejap oleh Allah untuk kesedaran diri aku sendiri.
Menghadapi hari-hari awal di tahun baru TANPA handphone, agak payah.
Handphone aku biasa-biasa sahaja, bukan dalam kalangan keluarga Android pun. Tapi aku cukup bersyukur, kerana ayah bagi aku peluang untuk pakai smartphone tersebut, yang menjadi impian aku berbanding Android lainnya, sebelum aku bekerja. Dulu aku fikir aku akan pakai ketika aku bekerja nanti, tapi rezeki datang awal sikit :)
Aku cukup suka handphone aku sekarang ni, walaupun at the same time hati ini mudah terpikat dengan kecanggihan application dan widescreen Note III atau Mega. Tapi kerana aplikasi mudah ala-ala pejabat yang ada di handphone-ku, aku bersyukur.
9 hari menjalani 'rehab', cukup untuk buat aku bertambah 'sayang' dan ingin menjaga handphone-ku dengan lebih baik. Allah.
Ketiadaan'nya' di sisi, buat aku terfikir, "Memang benda kat dunia ni temporary je kan?"
#3. Taklifan
Semester 6 menyaksikan aku diturun-kan dari kalangan MRC tenure ini. Genap setahun ber-'khidmat', akhirnya tiba masayang dinanti-nanti kami diturunkan, dan digantikan dengan yang lebih baik, insyaAllah. Aku mengucapkan tahniah dan takziah untuk junior-ku, Najihah sebab dinaikkan sebagai Presiden MRC menggantikan previous boss aku.
Tak dapat dinyatakan perasaan ketika menerima sijil penghargaan dari Principal, tanda stepping down. Suka?
'Ala kulli hal, MMRC banyak mengajar aku erti berpersatuan yang mungkin selama ini aku terlepas pandang. Mungkin dalam pada aku syok sendiri berpersatuan di persatuan lain, rupanya ada juga persatuan yang berpersatuan dengan gaya yang berlainan serta campuran emosi yang ternyata, lain bro!
Cukuplah.
Cukuplah MRC marks the end of my socialite days in IIUM. Adapun semester lebihan aku di sini tak memungkin-kan aku untuk berpersatuan lagi, dan aku harap aku dapat menghabiskan hari-hari akhir aku di IIUM dengan jayanya ; ijazah. InsyaAllah ameen.
#4. FYP.
Suka untuk aku ingatkan diri aku sendiri bahawasanya aku adalah pelajar tahun akhir yang sedang melakukan projek tahun akhir di sebuah IPTA.
Bunyi macam cool kan? Memang pun.
Semoga Allah permudahkan segalanya. Extraction -> Analysis.
Sungguh, mohonlah pada Allah untuk mempermudah segala urusan untuk kita, walaupun untuk mengikat tali kasut sekalipun!
Alhamdulillah, berjaya melepasi ujian saringan ke Semester 7.
Rasanya dah buat yang terbaik. RASANYA.
InsyaAllah kalau takde aral, akan melangkah ke semester 7 dengan jayanya. Doakan.
Sejak menyambung pelajaran di UIAM, pertukaran tahun masihi memang tak dirasakan sangat. Kerana setiap kali tahun bertukar, kami pasti dalam mengharungi fatrah exam, di mana hari yang dikenalpasti selalunya adalah hari yang ada paper ; yakni hari yang ada exam!
Pathetic.
Tapi sedaya upaya akan cuba keep on track dengan hari, supaya tak ter-miss any good/partially good or not even good news di media massa.
Dan dalam sedar tak sedar, usia semakin bertambah. Twen-teen Four.
Dan ketika umur bertambah juga aku akan sedar, ujian dan 'agenda' kehidupan pun, macam bertambah - matang. Dan berat. Dan - mengajarkan.
Dan semester 6 ini ; paling padu ujiannya.
#1. Surat Chenta Pak Guard
Untuk pertama kalinya, aku mendapat surat chenta yang selama ini di-canangkan oleh student UIAM. Yes, surat cinta ini bukanlah dari orang yang kita cintai, obviously. Dan surat cinta ini adalah yang paling 'disukai' rakyat jelata UIAM tak kira di kampus mana sekalipun. Mungkin CFS IIUM Gambang termasuk sekali? Mungkin. Bakal.
Dan surat cinta yang aku dapat, bukan satu. Tapi dua (2).
Benar. Mungkin salahku. Tapi asbab utama kesalahan, aku rasa seperti mangsa keadaan.
Ok, benda dah lepas. Aku pun tak suka nak ungkit-ungkit, memang takde lebihan masa nak ungkit. Cuma aku harap, dengan adanya coretan kat sini, serba sedikit dapat mengingatkan diri aku kelak.
InsyaAllah.
Aku halalkan RM50 untuk dua (2) kali clamp. Moga bermanfaat untuk ummah, kalau tak ummah pun, rakyat UIAM pun cukuplah!
#2. Handphone rosak
Aku tak tau lah apa lagi istilah 'nikmat' yang 'ditarik' sekejap oleh Allah untuk kesedaran diri aku sendiri.
Menghadapi hari-hari awal di tahun baru TANPA handphone, agak payah.
Handphone aku biasa-biasa sahaja, bukan dalam kalangan keluarga Android pun. Tapi aku cukup bersyukur, kerana ayah bagi aku peluang untuk pakai smartphone tersebut, yang menjadi impian aku berbanding Android lainnya, sebelum aku bekerja. Dulu aku fikir aku akan pakai ketika aku bekerja nanti, tapi rezeki datang awal sikit :)
Aku cukup suka handphone aku sekarang ni, walaupun at the same time hati ini mudah terpikat dengan kecanggihan application dan widescreen Note III atau Mega. Tapi kerana aplikasi mudah ala-ala pejabat yang ada di handphone-ku, aku bersyukur.
9 hari menjalani 'rehab', cukup untuk buat aku bertambah 'sayang' dan ingin menjaga handphone-ku dengan lebih baik. Allah.
Ketiadaan'nya' di sisi, buat aku terfikir, "Memang benda kat dunia ni temporary je kan?"
#3. Taklifan
Semester 6 menyaksikan aku diturun-kan dari kalangan MRC tenure ini. Genap setahun ber-'khidmat', akhirnya tiba masa
Tak dapat dinyatakan perasaan ketika menerima sijil penghargaan dari Principal, tanda stepping down. Suka?
'Ala kulli hal, MMRC banyak mengajar aku erti berpersatuan yang mungkin selama ini aku terlepas pandang. Mungkin dalam pada aku syok sendiri berpersatuan di persatuan lain, rupanya ada juga persatuan yang berpersatuan dengan gaya yang berlainan serta campuran emosi yang ternyata, lain bro!
Cukuplah.
Cukuplah MRC marks the end of my socialite days in IIUM. Adapun semester lebihan aku di sini tak memungkin-kan aku untuk berpersatuan lagi, dan aku harap aku dapat menghabiskan hari-hari akhir aku di IIUM dengan jayanya ; ijazah. InsyaAllah ameen.
#4. FYP.
Suka untuk aku ingatkan diri aku sendiri bahawasanya aku adalah pelajar tahun akhir yang sedang melakukan projek tahun akhir di sebuah IPTA.
Bunyi macam cool kan? Memang pun.
Semoga Allah permudahkan segalanya. Extraction -> Analysis.
Sungguh, mohonlah pada Allah untuk mempermudah segala urusan untuk kita, walaupun untuk mengikat tali kasut sekalipun!
Monday, January 6, 2014
653. Pasanganmu Kelak
"Pasanganmu kelak, bukanlah seseorang yang sempurna. Tidak akan pernah sempurna. Di balik senyumnya yang manis dan tegar, pastilah ia menyimpan raut wajah yang sebenarnya tidak ingin kamu lihat. Di balik pembawaannya yang begitu berwibawa, terkadang ia menyimpan pembawaan yang membuatmu tidak bisa menerima keberadaannya di sisimu. Di balik kepopulerannya, ia menyimpan seribu misteri yang tidak ingin orang lain tahu, bisa jadi walaupun itu untuk berbagi dengan dirimu. Tutur katanya yang manis dan sopan, terkadang ia hanya khilaf untuk berkata kasar ataupun tidak sengaja menyakitimu. Tatapan yang hangat pada nantinya menjadi tatapan kosong yang penuh tanya."
"Ya, pasanganmu kelak, bukanlah seseorang yang sempurna. Berekspetasi tinggi hanya akan membunuh hal baik yang telah dilakukan pasanganmu. Sebisa mungkin, ingatlah untuk menyentuh bumi, agar kamu selalu ingat apa hal-hal baik kecil yang telah dilakukan oleh pasanganmu."
Jatuh cinta itu, seperti di tengah samudera. Terpukau, terpana oleh birunya lautan, namun bila kita tidak sadar, sesungguhnya ia menyimpan sejuta misteri yang terpendam di dasar lautannya yang dalam.
Desember 2013 | (c) Marisa Sugangga
P.S Walaupun tak nampak signifikan Blue Mosque dengan 'pasanganmu kelak'. Macam ni lah bila tengah 'angau'. :)
652. Memilih.
Kita sering dihadapkan dengan pilihan.
Nak baca apa. Nak makan apa. Nak pergi ke tak. Nak beli ke tak. ("Ke tak?" = "Atau tak?")
Tapi ada satu pilihan yang kita selalu susah nak pilih. Err, especially untuk saya?
Kalau ada orang bagitahu pada kita, yang dia mendengar ada orang-orang lain bercakap perihal kita, regard-less baik atau buruk.
Adakah kita memilih untuk dengar and nak tahu sangat siapa dan apa yang diperkatakan, mengenai kita?
Rasa-rasanya kalau kita dah tahu siapa dan apa yang diperkatakan, adakah sekadar "Ok, that's it." done and bye?
Atau kita lebih cenderung untuk fikir, fikir, dan fikir. Dan agenda berfikir macam makin 'syiok' sebab kita tak berada kat tempat kejadian. So makin banyak la asumsi yang ligat bermain kat kepala ni.
Dan saya benci asumsi.
So, tak yah la fikir dalam2. Life is too short to overthink.
Kita kan ada pilihan untuk TIDAK ambil tahu pun. So?
Friday, January 3, 2014
651. Bergerak (iv)
"Dia tak angkat phone."
Sudah. Tengok jam, menunjukkan pukul 5.30 pagi. Subuh bakal menjengah. Kami berada dalam perut kereta merah, di persiaran masjid ; terfikir-fikir nak gerak dulu, atau solat Subuh dulu.
"Kita jalan dulu kot. Nanti subuh kat RnR." suggest seorang ukhty.
Panggilan dibuat kembali. Kami tekad untuk gerak dulu, memandangkan janji dah dibuat. Pukul 9 di UIAM. Pukul 10 pagi di pejabat. Pergh, sempat ke ni?
"Ok ok. Dia baru bangun. Bateri kong tak sempat caj. Korang gerak la dulu. Nanti jumpa kat RnR."
Wah.
Geram? Tipulah kalau takde walau sekelumit. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana. InsyaALLAH sempat je, tapi kena sangat 'kelajuan' dan 'fokus' lah memandu.
Tapi bila diingat semula, macam lucu pun ada.
Bila kenangkan semangat akhawat yang 'macam-macam', yang susah melintang depan mata pun, insya Allah rasa senang je ^_^ (eceh)
Alhamdulillah, akhawat yang 'terlewat' tadi menunjukkan hamasah ketika ber-jaulah. Memanfaatkan setiap waktu dan ketika untuk belajar dengan lebih senior. I can see her effort! ^_^
Begitulah ; kalau kita salah, kena cepat-cepat cover dengan perkara2 yang baik, istighfar. Kalau salah dengan orang, kena minta maaf cecepat. Kalau tak, kena bahan :P
Untuk marah, atau stay calm,
pilihan di tangan kita. Kita yang decide, iman membantu utk tolong decide.
Benar sungguh kata Dr. Har, "Emosi itu tingkap kepada akal."
Kalau marah, kira emosi tak stabil. Waktu tu, cakap2 dia pun jangan amik pusing sangat. #eh
Kadang kadang fikir, kalau marah, tak ke mana pun. Kalau tak marah, pun tak ke mana. Tapi impak berbeza untuk keduanya. Kalau marah, kita tak tentu puas hati pun lepas tu, makin membara ada lagi!
Hati orang pun terasa. Tak memasal je menempah dosa kering.
Kalau tak marah, mungkin kita memendam rasa. Tapi insyaAllah dengan hikmah sabar yang Allah ketuk kita banyak kali dalam Quran, rasa marah akan reda, dan mungkin hilang tanpa kita sendiri sedari. Hati orang pun tak terluka.
Lately ni kalau nak marah, selalu cakap kat diri sendiri,
Haha. Okbai.

"Perempuan gemuk memang kuat emo, kuat marah. Tak lawa betul!"
Haha. Okbai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
End of Q2 2026
In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...
-
Belated post.... So Google did sent me statistics on my whereabouts for 2019. It did showed that I have been to 53 cities within ...
-
ihsan gambar Ramadhan kali ni, memang bermakna. Especially untuk hari ini. Setakat hari ini. Alhamdulillah. Saya diberi pilihan -> Masjid...