Sunday, June 15, 2014

Selebriti.


"Tengok ni Yaumil."

Yaumil menoleh ke laptop-ku.

"Gambar rilek gitu je nak dekat 1 juta like, 50 ribu lebih share. Peh" kataku sinis.

"Agak-agaknya kalau gambar suami kau macam tu, ramai tak orang like?"

Ceh.

Bagi saya, sentiasa ada pros and cons kalau jadi yang femes ames ni.
Pros-nya, mudah untuk menjadi qudwah. Buat sekali, jadi trending. Silap haribulan, femes pulak kita menjadi hashtagging di twik'er atau FB mahupun IG.

Kedua - bilamana mudah menjadi qudwah, segala perilaku mudah diikuti orang ramai.
Ketiga - senang ler (insyaAllah) kerja2 men-DF orang. Tak payah nak melalui stagesss yang pelbagai! (eher)

and the list goes on.

Cons pon ada.

Bilamana perilaku sering diperhatikan, segala tindak tanduk-tanduk yang kurang pun menjadi perbincangan.

Medan menjadi fitnah terbuka luas.
Naudzubillah min zalik!

Kekadang terfikir, ada hikmah kenapa tak dilahirkan menjadi orang yang femes, popular, dikenali ramai. Bukan nak pun, cuma kadang-kadang rasa macam untung juga menjadi orang yang dikenali ni. Setakat yang diperhatikan, serba mudah. Mungkin sebab tu kita sangat digalakkan untuk berukhuwwah :)

Tapi dalam pada menjadi popular, ada juga amanah terselit. (kalau sahaja anda faham, anggukkan kepala)

Mungkin saya tak sampai/cecah level tu lagi. Jadi je manusia marhaen biasa pun takpe. Takpe. Yang penting kerja jalannnn!

Alhamdulillah 'ala kulli hal.



P.S Semoga bakal suami saya bukan dalam kalangan yang famous/dikenali ramai.





Saturday, June 7, 2014

#SE









Selalu di-uji perihal sabar, lately ni.

Allah nak 'ajar' something. 
Something great is coming over.
InsyaAllah (yakin!) :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...