Friday, April 30, 2010

sorry is not that hardest word to say..




bismillah..

saya mengaku, 'maaf' adalah antara perkataan yang susah untuk saya 'ungkap'kan.. :(

sedih juga.. tapi, saya akan cuba untuk mengubah perkara itu.. maafkan saya semua..


al-kisah..

kelmarin, mood saya agak tidak stabil seperti kebiasaannya.. saya minta maaf kepada sesiapa yang terasa.. biasalah, perempuan.. *agak bermaksud*

oleh kerana ketidakbiasaan itu, saya pun seperti biasa *peningnya baca!*
akan meletakkan status yang agak kene dengan mood, di Facebook..

mood yang tiada, oleh kerana kecewa dengan keadaan yang berlaku.. sangat
2 kecewa.. tetapi, insyaAllah berhikmah..



kembali dengan cerita di atas.. saya meletakkan status "jadikan kami Qu
rratu a'yun".. semua mungkin tahu maksudnye, bagi yang tak berapa pasti, maksudnye ialah " jadikan kami penyejuk mata"..

nak dijadikan cerita, adalah seorang hamba Allah yang saya kagumi, memberi komen terhadap status saya yang agak, dari hati itu..

tetapi, komen beliau, macam 'salah time' pulak kan, membua
tkan saya tersinggung..

niatnya mungkin bergurau.. tapi, dek kerana ayat, serta tiada pula emoticons melambangkan ayat beliau, tidak seperti selalu beliau buat, membuatkan saya berkata dalam hati, "carik pasal
ke mamat nih?"..

seryes geram. noktah.


kalau ikutkan hati 'muda' nih, nak je 'smash' kat situ.. tapi, fikir balik.. macam tak waras je pulak.. tambahan lagi, komen saya bakal terpampang kat Home kawan2 saya yang lain.. buat malu je..

yang paling penting, saya PEREMPUAN, MUSLIMAH pulak tuh, dan dah besar.. 20 tahun sebulan dah genap hari ni..

so, saya pun balas,"apa yang tak kene ng ak nih? seb bek ak dah tak layan 'silly arguments'.. dah tua, 20 tahun dah.."

agak nampak, marah dan geram di situ..

tapi apa nak buat.. saya memang marah pun.. tapi saya sempat letak smiley ":p" kat situ.. tak nak nampak cam garang sangat pulak.. *taktik jah!*

tiba-tiba dia komen balik.. dia kata dia hanya bergurau, dan dia kata macam saya tak kenal dia.. *memang pun..*

yang paling best, dia delete komen dia sebelumnya.. dan menghantar mesej peribadically.. hehe

dalam mesej tuh, dia minta maaf, kerana dia menganggap ianya satu gurauan.

ok, saya 'cair'.

sejuknya hati, Allah saja yang tahu..

saya pun membalas, lebih kurang maknanya, "tak kesah".. padahal saya akui, saya 'kisah' pada mulanya..

tapi terus tak kisah selepas dia minta maaf..

dan saya pun, kat status saya tadi, minta maaf dengan terbuka nya.. dan saya mengaku mood saya tak berapa stabil time tuh..

itulah.. 'penangan' perkataan 'maaf'.. kadang2 lagi hebat dari perkataan 'sayang'.. :)

sebenarnya cerita tadi sebagai wasilah, saya nak beritahu yang betapa pentingnya untuk kita meminta maaf. kadang-kadang, saya pun sendiri merasa susah untuk mengucapkan perkataan itu, especially kepada orang yang saya sangat rapat atau rapat. sebab membuat andaian sendiri, kesilapan yang mungkin saya tak nampak atau perasan itu, akan 'dimaafkan' secara automatik.

itu hanya andaian.

hakikatnya, tak semua orang begitu. jadi, saya sedang berusaha, menjadikan perkataan 'maaf' sebagai ayat ruji saya.

al-kisah saya tadi, menyebabkan saya menghormati orang itu. saya akui, saya kenal beliau, pada mulanya, sebagai orang yang berpengalaman. apatah lagi sebab beliau merupakan pelajar undang-undang, jadi beliau selalu ber'betah' dengan saya.

tapi, agak selalu mengenakan. mungkin sebab saya ni jenis 'malas nak layan' dan selalu 'kalah'. tak sukalah nak ber'betah2'.. saya pun tahu beliau anak bongsu semua, so semestinya dia jenis 'nak menang!'.. jadi saya selalu mengalah la.

tapi tidak untuk kelmarin. mungkin dia akan lebih berhati-hati selepas ni. hehe.

mungkin, meminta maaf sahaja tidak cukup. perlu disertai dengan 'memaafkan'.

alhamdulillah. setakat ni, walaupun agak susah nak minta maaf sebelum ni, tapi saya mudah memaafkan. kadang-kadang, saya suka memberi peluang untuk diberi penjelasan mengenai maaf yang di pinta itu. saya suka dengar penjelasan.

sesungguhnya, meminta maaf dan memaafkan adalah antara nikmat Allah S.W.T .

saya pun selalu terfikir, ketika 'marah' kat orang, "siapalah aku nak marah dia ni. siapalah aku jugak tak nak maafkan dia ni. sedangkan Nabi maafkan umatnya, padahal Nabi orang yang maksum. Allah pun terima taubat hambaNya."

mungkin nampak stereotaip. tapi, itulah yang terdetik di hati.

dan saya masih ingat, ada satu cerekarama kat TV3, saya tak ingat tajuknya, tapi heroin dia ialah pelakon bukan Islam, Elaine Daly. dan dia berlakon sebagai Islam kot. sebagai muallaf. ayat terakhir dalam cerekarama tuh, Elaine cakap, "kalaulah manusia tahu apa balasan dan nikmat untuk orang yang bersabar.." .

memang tacing lah. saya sentiasa ingat ayat yang dia ungkapkan tuh.

"Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah" (Al-Syura [42]: 40)


"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada
Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (Al-Nur [24): 22).

begitulah. saya ingin minta maaf kepada semua, yang baca entri ni.

moga Allah redha.



Thursday, April 29, 2010

bila di kehendaki ber'sahabat' dengan sabar..

bismillah..

ampun kan dosa ku ya Allah.. T_T

saya kecewa hari ni..

semalam saya dah terasa 'bahang' kecewa.. tapi, hari ini saya kecewa..

saya tak suka, dan ingin mengubah 'habit' menggunakan perkataan 'kalau', tapi itulah yang berlaku.. saya tak mahu guna perkataan kalau..

saya tahu, segala yang berlaku, berhikmah.. dan kalau saya rasa susah, ada orang lagi susah dari saya..

saya tak tahu apa akan terjadi pada hidup saya, semester depan..

wallahu'alam

Monday, April 26, 2010

ada apa dengan secawan kopi?

a sip of it like a potion... :D



dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)

what's in a cup of coffee?

can I say it like 'a mug a day'?

evrybody has their own perception on coffee.. nonetheless, me myself..

to me, it's a symbol of 'fresh' or 'must-have drink!'..

sometimes, it's like an addiction.. :D

i prefer to buy a cup of coffee, rather buying anything that are 'worthless' for me.. *is there one for me?*

i prefer to have a cup of coffee, than carbonated drinks, or any other junk foods..

and sometimes, i treat myself with coffee, the special one, i will buy at the coffee shop, to 'treat' or 'rewards' myself, after a week full of study jobs! *buzy ker?*

there's only my mom and i that are indulge in coffee-ing.. my other siblings are not-that-favourable to coffee.. whenever i'm home, i will have an evening, privately with my mom, talking about ourselves, discussing about life, sharing moments, with our own a cup of coffee.. sangat best!

i will appreciate someone who knows or 'treat' me with coffee.. wah! whatever anis.. :p

*malay sekejap*

saya masih ingat.. dalam keseluruhan teammates saya, ada seorang hamba Allah ni, dia pandai buat coffee.. padahal Nescafe tiga-dalam-satu je, tapi, tak tahu kenapa, memang sedaplah 'air tangan' dia ni.. first sip dia buatkan saya, memberi saya satu impression..

"boleh tahan doh.. sedap2!"-saya..

haha.. itulah Hafiz Zainal.. dia ni memang 'agak selalu' suruh saya 'cover up' keje dia sikit, especially bab ber'muamalat' dengan Jabatan Aktiviti Pelajar.. *wah! malay version!*.. memandangkan dia pelajar jurusan kejuruteraan, so saya tak kisah sangat 'cover' sikit2.. sebab dia memang sibuk pun.. 'sibuk'.. :p

so, tiap kali dia minta saya buat itu ini, nanti dia akan cakap..

"tolong eh nis.. nanti aq buatkan kau kopi.. datang o.r malam ni =)"

*o.r-Operation Room

tuh memang la ayat dia.. sejibik macam dalam msj.. so, dah buatkan kerja yang dia suruh tuh, datangla o.r pada malamnya.. akan terhidangla kopi version dia tuh.. sangat air bujang.. kopi pun dia kacau guna pembalut 3-in-1 tu je.. ceh!

so, that's among the sweet memory about coffee and mates..

but, somehow i'm afraid if i become addict to it..

seriously, like if i'm not having them in a day, i will feel the laziness.. and will not that focus! in the class..

and, i've read some excerpt whereabout in a blog,

"Imam Hassan Al-Bana advice in his book Risalah Ta’lim also Syeikh Fathi Yakan’s Maza Ya’ni Intima’ fil Islam ,which stated that we should avoid ourselves to drink any drink with caffeine except merely a little of it."- credit to this ukhti's blog.. :)

i become more and more afraid.. :|

maybe having a cup of coffee a day have been my routine, and must-have thing for nearly 10 years.. but, i need to slow it down and take it maybe once for two or 3 days time.. i need to make it 'seldom' rather than 'frequent'..

it is for the sake of my own health, so i need to start practising from now on.. even now, i can feel the tremblingness had waved me.. :p

having said it all, when it comes to consume foods, MODERATION is always the key.. i hold to that!

Allah knows Best, what we do not know :)



full throttle!




dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

7..

7..

7..

ada apa dengan 7?

May 7th : Final Examination for Mathematics II

moga Allah permudahkan.. amin ya Rabb :)

salam mujahadah semua..

Saturday, April 24, 2010

inspired!


in the name of Allah, the most Gracious and Most Merciful..

beberapa hari yang lalu, buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya drama-thon! :)

tak pernah terlintas nak movie-thon or segala -thon before ni.. tapi dek kerana baru selesai kuiz Maths.. di tambah pulak dengan homework yang dah 'settle', saya pun beranikan diri 'mencuba' tgk cerita Iryuu 2 atau lebih dikenali dengan Team Medical Dragon...

cerita or drama ni, sudahla roommates saya 'khatam'kan last semester.. cuma dengan jadual saya last semester menyebabkan saya tak berapa bekesempatan nak tengok, walaupun satu episode.. :p

ternyata.. cerita ni SANGAT BEST!!!!!!! :D

thumbs up sangat2 kepada pengarah cerita ni.. macam REAL je segala operations and bypass surgeries dalam drama ni.. sangat2 berbeza dengan cerita ber'theme'kan doktor cam House, E.R apetah lagi Grey's Anatomy :p

kalau cerita 'doktor' barat, mesti ader 'adegan2' itu.. tapi tidak untuk cerita ni.. :p

Asada Sensei dalam cerita ni, sebagai cardiologist, di gambarkan sebagai seorang yang sangat calm.. dan hampir2 'tiada perasaan' pada riak nya..

dan sekarang, saya nak download yang Iryuu 1 dan other 'karte' yang saya tiada dalam folder Iryuu..

sangat recommended! esp kepada sesiapa yang berminat nak menjadi doktor.. esp Cardiologist..

selain penerapan 'minat' doktor itu sendiri, drama ni ada menonjolkan aspek2 kehidupan.. walaupun dorang orang Jepun, kita boleh ambil beberapa nilai sebagai pengajaran dan teladan,m selagi tak berlanggar syariat :)

p/s: boleh ke jumpa cardiologist macam Dr. Asada, versi melayu, kat IJN nanti ek? ;p

wallahu'alam..

Wednesday, April 21, 2010

bedah lagi.. dan lagi..

in the name of Allah.. the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. short semester saya kali ni, masa banyak di habiskan di dalam bilik..
bukanlah short semester yang dulu, dihabiskan di luar bilik.. tapi, suasana 'bilik' amat terasa semester kali ni..
setelah 2 minggu di cfs, saya boleh habiskan 2 buku yang bertebalkan sebuah novel.. itu merupakan pencapaian untuk diri saya, yang sememangnya seorang yang payah nak habiskan satu novel.. :)

buku yang berjaya saya habiskan within 2 weeks adalah:

-Denyut Kasih Medik
-Aku Terima Nikahnya

buku denyut kasih medik tuh, saya baru beli di Pesta Buku hari tuh.. mungkin 'spirit' nak baca menyebabkan saya berjaya habiskan buku ni.. Ustaz Hasrizal's Aku Terima Nikahnya saya beli November lalu.. masa tuh, ada pameran buku kat AMF.. dalam pada browse2, dari satu booth ke booth, saya pn beli la..

alhamdulillah again.. tak rugi beli+baca 2 buku ni.. sangat best!

Aku Terima Nikahnya

buku ni, kalau tak diselak pada awal2 anda melihat 'cover'nye, mesti anda beranggapan buku ni al-kisah 100% perkahwinan.. padahal sahaje.. percayalah..

saya pun, mula2 'berkenalan' dengan buku ni, dekat satu blog.. dan saya tahu pemilik blog tuh masih menuntut kat universiti, yang saya lupa kat mana.. waktu tu, saya first year lagi kalau tak silap.. so,agak sipu2 la untuk membeli, buku yang tajuknya 'agak matang' ni kan..

kalau berbicara mengenai buku-buku Ust Hasrizal, saya yakin, pembaca2 nya mesti setuju dengan konsep yang cuba disampaikan.. iaitu tarbiah via travelog, atau pengalaman kehidupan.. saya amat tertarik, dan merupakan collector-in progress of buku2 Ust ni.. cara yang beliau sampaikan, sangat 'straight to the point' yet santai..

buku ini menggambarkan tarbiah mengenai 'kefahaman' muda-mudi tentang konsep perkahwinan dalam Islam.. tapi, tak semua bab dalam buku ni berkisar perihal kawen, kawen dan kawen.. tapi,suntikan elemen 'perli' dalam realiti serta pengalaman hidup sebagai seorang 'single going to double' yang berada di perantauan dan masih bergelar pelajar, amat2 mengajar dan memberi nasihat.. buku ini khas untuk mereka yang dah berada dalam 'mood' remaja-to-dewasa.. dan yang masih mencari2 erti perkahwinan, dan yang masih 'kurang jelas' adakah konsep COUPLE itu perlu.. :)


Denyut Kasih Medik

attention to Medical students.. buku ni cam must-have la utk golongan ini! :)

setakat ni, rakan2 seperjuangan yang berada dalam course ni, semua cam ada a copy of this novel.. jangan di nilai dari muka depan novel ni.. tampak biasa mungkin. tapi,isi di dalamnya.. mahalll... :)

penulisnya juga.. mungkin dikenali kerana isterinya.. especially kat bumi UIA ni.. Ustazah Fatimah Syarha.. siapa yang tak kenal..

buku ni berkisar mengenai seorang HO atau Houseman yang masih dalam waktu praktikal kat sebuah hospital.. dalam pada ingin memenuhi tuntutan masa seorang HO, beralih kepada practicality of practising Islamic Ethics dalam kerjaya perubatan.. di selitkan jugak beberapa fiqh mengenai medic, dan juga dalam mengharungi kehidupan seharian.. yang paling best, ada hadis yang bersesuaian dengan suasana dan keadaan.. dan juga quotes yang boleh dijadikan status kat FB! :p bukanlah bermakna nak menunjuk2 betapa 'islamik'nye kita.. tapi,sekadar perkongsian.. bukankah facebook itu medan dakwah yang luas.. :)

habis baca kedua-dua buku, saya merindui pulak moments semasa meng'indulge'kan diri dalam novel tadi.. sememangnya saya mengalu-alukan sesiapa yang nak mencadangkan novel Islamik yang best..

ouh.. habis short sem.. akan bermula long sem..

7 contact hours per week.. what i need to do? :p

Sunday, April 18, 2010

moga Allah permudahkan..

in the name of Allah.. the Most Gracious and Most Merciful..

alhamdulillah.. 16 April.. saya dapat lesen Kompeten *competent* klas D.. :D

toleh cermin depan and belakang.. "ibu dah cabut P rupenye.." getus hati.. suka.. :)

hari Jumaat yang lalu, selain menemani rumate ke Pudu.. saya juga menjejak ke Stesen BTR utk bergegas ke JPJ, untuk tukar lesen.. dah hampir sebulan delayed.. sepatutnya 18 Mac yang lalu..

alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan 'balik' saya.. dan juga, ada satu peristiwa yang saya sangat stunted and grateful semasa urusan di JPJ..

sementara menunggu adik saya, Ashraf Hafiz habis kelas di SMSS, ayah drop-by sekejap di JPJ Salak Selatan.. saya dan ibu pun bergegas ke pejabat.. mula2 sekali, ambil nombor giliran..

"Ya Allah.. 2__.. padahal sekarang nombor baru seratus lebih.. saya kene tunggu dalam lebih kurang 60 giliran lagi.. orang ramai tersangatlah padat.." getus hati saya.. geram jugak.. punyalah bergegas2 ke JPJ, lepas tu ramai orang.. isy2.. sabar je lah..

jam menunjukkan pukul 1215..

"takpelah bu.. kita amik adik dulu la.. nanti petang nanti akak pergi sendiri.."

nearly 3 p.m saya dan ibu ke JPJ tersebut.. dan, sekali lagi kami di uji.. parkir tersangat penuh.. lalu ibu turunkan saya kat depan JPJ, dan ibu round carik parkir..

nombor giliran.. 627.. sigh..

"xpela.. tunggu je la.." saya dah redha.. by hook or by crook saya kena buat jugak harituh.. with Allah's will.. sebab tak nak melepasi tarikh delayed yang bakal menginjak sebulan.. :)

pelik juga.. saya pun tidak terlalu mengharap kepada 'keajaiban' waktu tuh.. tapi, kalau dah namanye rezeki..

"nah dik.. amikla nombor ni.. tapi, lambat sikit la.."

589?????!!!!!!!

tgk kat skrin nombor giliran..

562????!!!!

segala puji bagi Allah... :)

saya tak amik pun.. pemuda tu letak kat sit sebelah saya.. memandangkan saya senyap je tanpa reaksi..

terkejut kot.. :)

tiba2, ibu saya muncul kat pintu.. datang ke arah saya..

"bu.. akak sebenarnya dapat nombor ni.. tapi, td tiba2 ader sorang lelaki ni bagi akak nombor ni.." kata saya sambil menunjukkan kedua2 nombor giliran..

"alhamdulillah.. nampak.. Allah nak permudahkan.."

saya pulang bersama lesen kereta kelas D kompeten.. dan dengan perasaan terkejut..

bukan terkejut apa.. saya malu sendiri.. tu lah, merungut lagi awal2 td.. :p

dan juga 'brother' tu.. punyela ramai perempuan2 lagi cun dalam JPJ tuh, kenapa dia bagi saya?

ahh.. yang penting.. mungkin dia sebagai wasilah dan asbab daripada Allah untuk permudahkan urusan saya..

Thank You Allah :)

Wednesday, April 7, 2010

semuanya hanya pinjaman semata2...

in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

pernah tak dalam hidup anda, merasa suatu kehilangan?

barang?

kenangan?

ataupun, nauzubillah.. manusia?

saya tak berapa dengan jawapan anda, yang pasti, saya pernah..

sebenarnya, saya bukan kehilangan secara 'total' atau hakiki.. tetapi, 'perkara' itu hilang, dari pandangan mata saya..

jadi, tidaklah terlalu kritikal di sini.. jauh sekali untuk mendoakan supaya ianya bertukar menjadi kehilangan hakiki..

pada bulan Oktober yang lepas.. seorang kawan yang rapat+baik dengan saya (rapat maksudnya terlalu rapat, dan dia mampu menghuraikan siapa saya, walaupun mungkin tidak sedalam adik saya, apatah lagi Maha Pencipta) telah terbang ke Mesir bagi melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang kami berdua AMAT minati, Perubatan.. :)

tidaklah saya mengjangkakan kepergian dia, kerana saya amat yakin dia tidak mampu berjauhan dengan keluarganya.. antara saya dan dia, dia lebih tinggi 'homesickness' nye.. lagipun, dia tidak pernah berangan2 untuk ke Timur Tengah.. cukup baginya melanjutkan pelajaran dalam negara.. tak seperti saya.. yang lebih CENDERUNG ke sana.. cerita lama.. selepas SPM.. :)

"jom la anis.. bila lagi nak pergi.. ko ada aku, aku ada ko.." ajak Nabilah, atau saya lagi selesa panggil Bell..

saya pelik.. isy, peluang saya masih terbuka luas.. lagipun, bidang yang saya bakal ambil kat Kuantan nanti, masih around perubatan juga.. walaupun bukanlah originalnya Perubatan.. iaitu, insyaAllah, BioMedikal.. lagipun, saya masih berserah kepada takdir, andai itu takdirnya.. :p

Bell pula beriya2 mengajak saya.. saya kasihan sangat kat dia.. sebab, saya tahu dia pandai.. masakan tidak, dapat jurusan Sains Fizikal kat Pusat Asasi UM.. saya hanya Sains Hayat di Pusat Asasi UIA... sangat dekat.. dia pernah menyatakan hasrat nak keluar dari UM, sebab tak minat physics.. lagipun, jurusan ini tidak membukan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.. hanya kejuruteraan shj..

saya sebagai sahabat paling rapat, dan keluarga kami saling mengenali, menasihatkan dia supaya terus stay kat UM.. sebab bukan mudah untuk seseorang memasuki universiti tertua Malaysia tuh.. saya juga pernah memberitahu beliau mengenai takdir.. mungkin, pemilihan beliau ke sains fizik merupakan petanda awal dia lebih sesuai ke Bidang Kejuruteraan seperti ayahnya yang bekerja di Petronas? *nak jugak sebut..*

akhirnya, dia akur.. setelah tamat setahun pengajian kat asasi, dengan pointer yang agak baik, Bell dapat jurusan yang tak pernah terpikir pun dalam kepala kami berdua..

"Nis!!!!!!!! aku dapat Bachelor of Quantity Surveying!!!!!!! tak nak!!!!!!!!!!!" jerit Bell ketika telepon saya, pada suatu hari..

"Quantity Surveying? mende tuh?" tanya saya, cool.. :p

"ala.... yang intan nak sangat tuh... aduih... macam mana ni??? any comments??" begitulah Bell, kalau frust+cuak.. sangat jelas, dia cuak dengan 'masa depannya'..

"erm.. apa kata ko try dulu.. ha, Intan punyela beriya2 nak.. ko pulak yang dapat.. kat UM pulak tuh.. Bell, ak dengar keje tuh, market dye tinggi.. senang dow dapat kerja.." pujuk saya..

sememangnya saya tidak 'berapa' mengambil tahu mengenai kerja2 luar daripada science-oriented.. bukanlah nak kata saya ni pandai, dan orang sains.. tidak.. tapi, saya tak pernah terfikir lagi, kerja di luar jangkaan ni..

memang kami sedia maklum, tyme pergi pameran 'Jom Masuk U' dulu, seorang lagi kawan kami, Intan, memang ke semua booth universiti, dan bertanyakan mengenai Quantity Surveying.. atau QS..

saya ngan Bell pulak, sibuk tanya macam mana nak belajar medik.. sampai jumpa lah pensyarah medik UiTM.. kelakar..

tapi alhamdulillah.. Intan dapat jugak.. Diploma QS kat UiTM cawangan Seri Iskandar.. akhirnya..

yang kelakarnya, saya dengan Bell.. akhirnya, Bell buat keputusan.. setelah berbincang dengan parents nya, dia nekad ke Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang kami cintai.. dengan tanggungan sendiri..

dia pergi ke kursus Bahasa Arab kat UKM.. bersama2 junior 1991 yang baru dapat result tyme tuh..

saya pula, menghitung hari, dia berlepas ke Mesir.. sedih sangat.. sebab saya tak tahu, saya nak luahkan kat siapa lagi, masalah2 study, dan nak share pandangan lepas ni.. itulah yang best pasal Bell.. dia sangat suka berbincang.. saya pernah suggest dye amik Law dulu.. tapi dye tak nak..
"takde masa depan.." katanya.. huisy.. pelik2..

akhirnya, dia dapat Universiti Alexandria.. atau Iskandariah.. kat Mesir..

dan yang paling best.. dia berlepas tatkala hari raya ke-6 tahun lepas.. dan waktu tuh, saya sedang bertarung dengan 3 paper core final exam untuk semester satu 2009/2010! ya Allah.. sabar je la.. saya sedih sangat tyme tuh.. sebab dye 'pergi' ketika saya menatap nota Biology untuk exam.. saya ingat lagi dia call.. seperti biasa, budak Mesir akan berlepas jam 1159 malam.. dan beberapa minit sebelum tuh, dia call.. mengucapkan kata2 akhir.. dengan sedu sedan dia.. huhu..

saya redha.. walaupun agak stunted tyme tuh..

itulah Bell.. kawan rapat saya.. walaupun tak 'kehilangan' sepenuhnya.. tapi saya rasa 'ketiadaan' dia.. dia selalu cakap, saya ni ego orangnya.. sebab dia selalu meluahkan kata2 manis+sayang kat saya.. wekkk.. :p
pantang ada peluang call, dulu, dia mesti 'meluahkan' la .. saya? layan je la.. dia memang romantik.. untunglah bakal suami dia nanti..

and2.. dia selalu cakap camni..

"anis.. ko jangan benci sangat.. kang ko yang dapat.. padan muka.. tengoklah.. aku balik msia.. tengok ko kawen ngan orang negeri tu, aku sponsor tau x.. sponsor!" tegas Bell.. ayat itu diulang2 setiap kali saya 'meluahkan' ketidak puasan hati kat negeri itu.. haha.. klaka..

inilah hakikat orang lahir akhir tahun.. emosional sangat.. :p

kenapa saya tulis mengenai dia, dalam entri kali ni? sebab saya sedang merindukan dia sekarang.. dia akan pulang ke Malaysia bulan julai ni, mengikut kata maknye yang saya selalu jumpa tyme beli barang dapur kat Tesco Saujana Impian.. parents Bell memang sporting.. dengan loghat utagha yang teramat pekat, saya selalu tergelak bila berbual dengan mak dia.. huhu.. kak long Bell nak kahwin bulan September ni.. so,mak dia dah 'book' saya untuk bulan 9 ni.. jom ke utagha..! :)

huhu Bell.. teramat rindu kamu.. :(

7 April 2010...

hari ni.. minggu ini.. dah masuk minggu ketiga saya di CFS.. untuk short semester.. belum sebulan lagi.. ya Allah.. lamanya sebulan.. :(

kalau dahulu, sebulan itu bagai seminggu.. malah kadang2 sehari.. begitulah, tuntutan kerja sangat mendesak saya supaya tidak mengira waktu.. hanya mengira kerja2 persatuan dan kerja2 rumah.. bukanlah niat saya nak beritahu yang saya ni amat busy orangnya.. dan bukanlah kerja itu datang kepada saya.. saya yang mencari kerja tu.. so, tidak sepatutnya saya mengeluh.. well, saya tak mengeluh pun.. jauh sekali membenci..

tetapi, kerana saya tidak mengeluh itu lah.. saya mula merindu.. saya rindu sangat2.. ingin saya luahkan di sini, setiap kali bangun tidur, setelah memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang menghirup udara PJ ni sekali lagi untuk hari itu, saya pasti bersedih.. hati ini terlalu ngilu..

ngilu kerana saya tahu, saya akan bangun tidur pada semester hadapan, tanpa roommate sejati saya.. sedihnya.. saya selalu terfikir hal itu.. tapi saya pendamkan sahaja dalam hati.. takkanlah saya nak nangis setiap hari kan.. buat tabiat ape.. huhu..

saya sedih kerana bangun saya pada hari itu, tanpa 'sapaan' siapa2 yang selalu menerjah saya dengan sms serta call mengejut.. suruh saya buat itu ini.. tapi, bukan kerja dan suruhan yang saya rindukan.. saya rindukan suasana, dan hamba Allah yang bertanggungjawab dalam hal itu.. :(

kadang2, saya pn terfikir lagi.. "nape perlu aku merindui? bukankah yang datang, mesti pergi?"

saya pernah terbaca dalam novel..

"jangan menyesali apa2 yang telah berlaku, atau apa yang telah pergi, meninggalkan.. tapi, bersyukurlah kerana kita diberi nikmat dan peluang, untuk menjengah dalam kehidupan seseorang atau perkara tersebut. Moga2 Allah memberikan petunjuk untuk kemudian hari.."

selepas baca quote tersebut.. saya relieved..

betul jugak.. siapalah saya untuk menangisi pemergian atau kehilangan, sedangkan semuanya hanyalah pinjaman daripada Maha Pencipta untuk kita..

benda yang dipinjamkan.. mestilah dipulangkan.. dan, semoga ianya memberi manfaat kepada kita..

itu adalah salah satu takdir dan iradat Allah kepada kita.. semoga dengan adanya 'pinjaman' itu, kita bermuhasabah kembali diri kita..

subhanallah.. saya amat rindukan mereka.. dia..

:'(

-insan hina-

Sunday, April 4, 2010

andakah yang kami cari? :)


in the name of Most Gracious and Most Merciful..

"Andakah yang kami cari?"

tepuk dada tanya iman.. :)

sejak terlihat akan iklan menerusi saluran Astro Oasis beberapa minggu yang lalu, yang dikendalikan oleh Jimmy Shanley, saya terus tertarik.. tertarik dengan satu program realiti terbaru yang bakal diterbitkan oleh Astro.. iaitu program bagi melahirkan Imam yang serba boleh.. Imam Muda..

saya memang ternanti2 program seperti ini dan memberi pujian untuk pihak Astro sebab berani membuat testimonial untuk menganjurkan program islamik seperti ini.. saya antara yang tidak meminati Akademi Fantasia.. dan sangat tidak mengikuti program tersebut.. dan apabila pihak Astro mengumumkan untuk menerbitkan rancangan ini,rasa happy pula.. tak tahu kenapa..

nampaknya,program ni bakal memancing minat saya untuk menunggu di hadapan t.v, setiap minggu.. :)

rasionalnya..

bagi saya, seharusnya program seperti ini dipertingkatkan... dan dikomersialkan.. sama seperti giatnya para penerbit filem dan drama, menerbitkan filem dan drama berunsur islamik.. especially yang berada di seberang.. saya amat meminati karya Habiburrahman el-Shirazy iaitu Ketika Cinta Bertasbih.. saya sangat nampak kesungguhan beliau memartabatkan karya-karya islamik.. especially dalam 2 filem tersebut.. dalam filem tersebut, para pelakonnya terpaksa menempuhi pelbagai saringan dan ujibakat tertentu untuk berlakon dalam filem tersebut.. dan kita dapat lihat, para pelakon dalam KCB (Ketika Cinta Bertasbih) bukanlah pelakon2 yang hebat dan popular di negara seberang.. tetapi, lakonan mereka begitu mantap.. dan sangat2 berkesan, dek kerana ilmu dan sifat Islamik yang memang tersemai dalam diri mereka.. mungkin, berdasarkan pemerhatian saya melalui gerak geri serta pakaian pelakon2 tersebut..

begitu juga dengan novel2 yang bersifat Islamik itu sendiri.. sudah banyak menghiasi rak2 buku dalam Bahasa Melayu yang dahulunya sepi, dan hanya dihiasi dengan novel remaja dan cinta semata.. Kini, terlalu banyak novel2, melayu dan indonesia yang bersifat Islamik, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..

nyata.. terang lagi bersuluh, kempen dakwah yang digunakan melalui novel dan televisyen amat berkesan dalam membentuk acuan remaja Muslim yang berguna untuk ummah.. selain daripada itu, majalah Islamik kontemporari juga menjadi pilihan, bukan sahaja remaja, tetapi juga ibu bapa dan golongan berusia.. majalah2 seperti majalah Solusi, menggamit iman sesiapa sahaja yang membacanya.. sangat seronok untuk membaca dan mengumpul majalah tersebut, malah terasa ruginya kalau tertinggal, walaupun satu edisi.. :)

masyarakat Malaysia kian menyedari pentingnya untuk menghidupkan kehidupan berlandaskan syariat.. saya tidak pasti kalau2 hal ini kerana saya sendiri belajar dalam suasana universiti Islam.. tetapi, yang saya lihat, usaha itu ada, tetapi 'produk'nya mungkin masih belum nampak dengan mata kasar.. insyaAllah.. di masa hadapan..

berbalik kepada program Imam Muda tadi.. menurut mStar online :

"Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan."

Antara hadiah yang ditawarkan juga amat lumayan..

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.

"Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji."

seems interesting.. tetapi, yang penting, produk yang bakal di hasilkan itu, menjadi..

tapi, antara syarat2..

=Sesi Ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki berwarganegara Malaysia yang beragama Islam dan berusia di antara 18 hingga 27 tahun. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.=

huhu :p

sebenarnya.. sebenar-benarnya.. saya ada satu al-kisah.. mengenai Imam Muda ni..

sejak melihat iklan tersebut, di dalam pemikiran saya, hanya teringat pada sebaris nama.. *cewahh..* bukan apa.. tiada maksud pun.. kerana tuan pada nama tersebut, bagi saya, amatlah bersesuaian karakternya untuk memasuki pencarian ini..

mungkin juga beberapa nama.. *tak mahu timbul fitnah..* dan nama2 ini, kalau masuk lah semuanya.. alamat berada di tempat teratas carta lah.. huhu :p

berbalik kepada sebaris nama tadi.. dia tidaklah alim ulama' orangnya.. tapi, saya macam yakin pula dan akan menjadi antara penyokongnya..

sebab saya tahu, pasti lagi ramai yang akan menyokong..

oleh yang demikian, saya mencari jalan.. macam mana nak tanya dengan tuan punya nama ni.. mengenai perkara ni.. bukan apa.. saya sengaja mahu utarakan soalan cepumas.. mana tahu, dia mungkin terbuka hati nak masuk.. :))

dan pada suatu hari.. tiba2 dia pop-up kat YM.. *peluang2*

dia tegur.. then setelah beberapa lama, saya dengan tak malunya, bertanyakan perihal yang saya terkinja2 nak tanya tu..

"____,nak tanya.. tak nak try masuk Imam Muda ke?"

dia menunjukkan emoticon 'patah hati'.. seraya menaip..

"awak mengingatkan saya pada benda tu lagi.."

ah sudah.. nape pulak ni.. bisik hati saya.. berdebor.. :p

"kenapa pulak?" tanya saya.. kini terkinja2 menanti jawapan..

"sebenarnya, family saya semua dah suruh.. dah bagi sokongan la kira.. tapi, bila tengok kat syarat dia, 3 bulan.. mana boleh.. saya nak belajar.. saya nak ada kerjaya saya sendiri.."

hurm..

"itu kita dah sedia maklum.. memanglah 3 bulan.. so,awak nak masuk ke tak?" tanya saya lagi..

"takpelah.. saya nak belajar.. lagipun, kalau diorang tengok pakaian saya, konfem kene tolak.."

jawab beliau..

pulak pak cik nih.. ada pasal pakaian yang dijadikkan hal.. saya tak puas hati..

"kenapa mengenai pakaian? ok je saya tengok.. lagipun, takkanlah nak pakai jubah putih je sentiasa? lagipun kalau awak perasan sekarang ni, ramai ustaz n da'i semua dalam kalangan engineer, doktor.. yang professional.. semua smart2 belaka.."

dia pun agaknya tak puas hati.. pelik dengan saya yang beriya2 benor ni..

"memangla.. tapi itulah saya.. saya tak suka hipokrit.. saya akan jadik diri saya dengan sesiapa pun.. lagipun anis, nak masuk tuh, kena berkhutbah.. saya hanya boleh berdakwah melalui attitude.. tapi, saya tak boleh berkhutbah, berceramah.. saya takde kelebihan dalam bidang itu.."

jawapan yang agak melegakan.. boleh terima.. tapi, nak exxagerate lagi.. hehe..

"hurm, setakat saya mengenali awak, ok je.. maksud sy, kalau awak bagi tazkirah, ok je.. tapi, kalau berkhutbah atau ceramah.. wallahua'lam la.. huhu.."

pastu saya pn tak berapa ingat apa ayatnya in the next2 conversation.. tapi, dia nampaknya macam nak.. tapi dek kerana jadual pembelajaran yang agak padat, dan nampaknya dia ingin fokus lebih dalam pelajaran, terpaksa dia melupakan hasrat itu.. saya hanya 20% peluang untuk dia berubah hati.. takpelah.. saya redha.. :)

" takpelah.. mungkin awak boleh jadi Imam Muda untuk orang lain kot.. insyaAllah.." kata saya.. surrender.. bendera putih..

"huhu.. mungkin.. walaupun saya rasa diri saya tak layak sebenarnya.." jawab beliau.. merendah diri.. *alahai..*

begitulah.. ceritanya.. walaupun dah kalah.. tapi tak kalah mati.. mungkin dia akan terbuka hati lagi.. memandangkan ujibakat pun lama lagi nak habis.. tapi saya rasa,possibility nye, macam banyak kepada 'tidak'.. takpelah.. saya mendoakan dia terus berjaya dalam studinye.. dan bakal menjadi Imam yang baik untuk ummah, satu hari nanti.. :)

so,satu calon tak mau masuk.. anda ke orang yang saya cari? :)

wallahua'lam..




End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...