Showing posts with label . Show all posts
Showing posts with label . Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Dreams.

Everyone has their own dream to pursue.

Dreams to catch. Hope. 

But, realization of the dream is not as easy as we think. 

"Relevan tak kalau kita kira dan hitung kejayaan melalui banyaknya pencapaian dalam mengejar impian itu? " - AN.



Everyone has their own definition of success. Shall not belittle other's people perspective of realizing their true success and dreams :)


Semoga syurga Allah itu menjadi highest dream KITA untuk merealisasikannya. Amin :)










"Kejayaan itu berbeza mengikut tafsiran manusia, tapi biarlah apa yg kita dambakan itu adalah yg dpt membantu manusia seramainya. Bersyukur pd yg Esa, kerna memberikan ayah n mak yg plg baik yg pernah kita kenal, tp itu x bermakna bila jatuh bermakna gagal, kerna gagal itu adlah saat kta berhenti berusaha bkn bila menemui cabaran kegagalan. Bittaufiq wannajah."










:')


































P.S and i felt in love again. 







Friday, February 11, 2011

♥ awak, ♥ saya juga :)

bismillahirrahmanirrahim.



tengok tajuk, yuck. wek.

hehe. but i do mean it. especially to all my friends fillah out there.


masalah hati ni besar sebenarnya kan? apa maksud masalah, apa maksud hati, semuanya dah dibincangkan panjang lebar dalam banyak buku, majalah Solusi dan lain-lain lagi.

bila cakap masalah hati, bukan sebab cinta je. tapi sebab hasad, penakut, riyak, dsb. tapi kalau among remaja, masalah sebab kasih-kasihan ni la puncanya. umumi.

saya ada terbaca. dan seperti biasa, nak share. :)


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi.
Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan.
Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya:

Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah SWT sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis”

Setiap penyakit ada ubatnya.
Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian.
Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu.
Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah SWT.
Jika kita ikhlas kepada Allah SWT, Allah SWT akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
“Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah SWT.
Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya"

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah SWT.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung.
Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah SWT amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu.
Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnul Qayyim menyatakan:
“Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa.
Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik.
Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi.
Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan



so guys, ceh.

tak perlu takut. bak kata Amal, Ust. Hasrizal cakap, "tinggal pun jangan, layan pun jangan..".

wat dek sudah. just grow up and be ready. :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...