Sunday, December 30, 2012

595. Jodoh kot.

Previously, kat entri ni, saya ada bercerita perihal berkenalan dengan seorang ukhty ni, waktu melawat kawan di Gombak.

And, saya wonder, sama ada saya dapat berkenalan atau tidak dengan ukhty ni. Kan?

Guess what, saya TERjumpa profile ukhty ni di laman sosial FB :)))))


Saya yang tak-malu-sangat-lah-kot, dengan fantas add ukhty ni as friend. Eh.

ya Allah, memang kalau niat tu baik, insya ALLAH, ALLAH kabulkan mudah dan pantasnya!


But, she did asked me something before she eventually approved me.

Pergh, kesat dahi juga nak explain kat ukhty ni. The real motif kenapa saya add beliau ^_^
Saya bagitau beliau, kalau saya silap orang [well, macam 0.00001% peluang nak kena reject kot], sila-lah reject atau ignore sahaja request saya tu.

Tiba-tiba, dia cam saya kot! Ukhty tu kata, "Yang jumpa waktu hujan tu ke?".

Waktu tu rasa macam..... Ya ALLAH, sum___  jodoh!

Walaupun dia sister, jodoh jugak kan?


Panjang juga mesej dia yang berakhir dengan kata-kata semangat :) Rupanya dialah kawan baik kepada ex-murobbi saya dulu. Saya pernah dengar nama dia before, tapi tak terfikir pula bakal jadi sahabat saya, one day :)

Perancangan Allah. 

:)

594. Old days.



"Aku tengok bendi ni, aku ingat pendidikan seni je."

:')

Entah kenapa, Anith cakap macam tu. Sputtered. Ketika kami tengah khusyuk menghadam makan tengahari.

Makan berjema'ah menyebabkan kami semakin mengenali sesama sendiri. Yang ni suka makan ini, yang itu kurang meminati itu. Berlapang dada dengan makanan favourite masing-masing, akhirnya!

Anith kurang menggemari sayur bendi. Saya pula hampir 'belasah' semua jenis sayur, kecuali err jering err.. err.. peria! :) Dan saya dan Yaumil amat menggemari sayur bendi goreng, kalau goreng berlada mesti lagi umpph!

Ok sampai di situ. 

Tiba-tiba Anith cakap dialog di atas. Err. Rasa bersalah menyelubungi. Tapi she's fine with it, alhamdulillah. Cuma, dialog dia, menyebabkan saya, yang suka mengimbau-imbau ni, terkenang zaman persekolahan saya. Dan subjek yang paling....... saya........ tak........ err. Minat? -.-"

Pendidikan Seni.

Bukanlah tidak minat lansung, tidak juga membenci. Tapi gred yang saya selalu dapat untuk Peperiksaan Akhir Tahun [ya Allah, lama tak sebut perkataan ni :') ] hampir samaaaa je.

B+/C+/C (????)

Jarang sangat, menghampiri mustahil, untuk dapat A.

Lalu, kami yang tengah makan tengahari ni, duduk reminisce our old schooling days. Rasa sangat syok, dan terharu pulak tiba-tiba. Bayangkan, kami semua lahir tahun yang sama, tapi menghadapi hari-hari persekolahan di tempat yang berbeza, yet the agenda/scenarios/trends were almost the same! Woah!

Eh, subhanallah! :)

Dari iklan di TV, musim permainan yoyo, kereta tamiya, sesi bagi alasan-untuk-tak-bagi-kawan-pinjam-kaler [colour pencil], kelas muzik main recorder [:P] dan pelbagai lain. Sampailah masuk subjek pendidikan seni.

Sebab Anith cakap pasal bendi :)

Seperti biasa, saya masih ingat lagi. Bila peperiksaan menghampiri, cikgu pasti akan distribute jadual peperiksaan, macam surat pekeliling. Ok, taat dan patuhnya akan lipat kemas-kemas. Balik rumah akan terus dihulur kepada ibu atau ayah di rumah. Lepas tu ibu dan ayah mesti pesan, "Haa... dah tak boleh main-main. Kena belajar ni. Kalau dapat nombor 1 ayah bagi .........". Ok stress. Poyo. :)

Lepas tu dengan patuhnya masuk bilik sendiri, amik cellotape and tampal jadual peperiksaan tersebut kat dinding. Wah, tiba-tiba rasa macam, "Kenapa aku makin degil dan malas ni?" -.-"

Bila jadual peperiksaan diberi kepada students, selalunya diiringi juga dengan soalan peperiksaan untuk Pendidikan Seni. Korang ingat lagi takk??? Yang ada banyak soalan, kita pilih satu, and prepare kan bahan2. Nanti pada hari kejadian, tinggal buat dan hantar je.

:')

One thing, boleh kata sekali atau dua kali je sepanjang saya bersekolah rendah dahulu kala, saya buat soalan nombor 1, yakni soalan untuk MELUKIS.

Melukis pemandangan, berkelah bersama keluarga lah, pergi ke zoo lah, macam-macam. Tapi ibu yang sangat mengenali saya dah tahu, saya takkan tengok pun soalan nombor 1 tu, sebab saya tak minat melukis. And usually, saya akan go for something yang, practical sket la. Menganyam ke, kolaj ke, tiup water colour ke [???]. Tapi menganyam memang susah kot. Dulu la. Huhu.

Selalunya, saya akan bagi terus soalan pendidikan seni kat ibu. Nanti ibu akan browse satu-satu. "Ibu, akak tak nak buat lukisan.". Pastu ibu nodded, then tengok balik soalan tu. 

"Akak buat yang ni la. Nanti ibu ukirkan. Pastu nanti akak cop-cop atas kertas lukisan je buat corak." suggest si ibu.

Sedih. Eh.

Pastu sebelum hari kejadian, ibu-lah yang akan berusaha ukir something atas kentang, bawang, pelepah pisang dan for sure la, bendi :)

Saya? Tengok je la. Haisy, entah apa-apa la.

Waktu hari kejadian, saya dengan semangat bancuh water colour, gi tandas berulang kali nak letak air la, apa la. Lepas tu, amik sayuran yang diukir ibu, tekap pada pallet, then cop kat atas kertas.

:)

Kalau difikirkan balik, tak sepatutnya saya bertanyakan diri sendiri, mengeluh, kenapa kena belajar subjek pendidikan seni ni. Saya memang tak berseni. Bila dah besar panjang ni, baru nampak, kenapa kita belajar semua subjek, dan kenapa waktu sekolah rendah takde pengkhususan subjek lagi.

Salah satunya, supaya otak kita berkembang 'pesat' :) Guna kedua-dua belah otak.

Alhamdulillah.

Next, bila saya fikir balik, betapa sabarnya ibu melayan kerenah saya. Saya yang nak exam pendidikan seni, tapi ibu lah yang busy2 ukir itu ini. Saya sendiri wondering, macam manalah kalau saya punya anak sendiri nanti. Penyabar tak saya agaknya? T_______T


Ya Allah, kasihanilah ibu dan ayahku sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil. Ameen.


Kini, ibu selalu call saya.

"Akak balik rumah terus tau. Ibu dan ayah rindu kat akak."


T.T

Friday, December 28, 2012

593. Reflect.



28 Disember.
Memang tarikh yang sesuai untuk sit down, tenung diri, muhasabah balik apa yang kita dah atau belum buat.

"If we don’t change, we don’t grow. If we don’t grow, we aren’t really living."
Sheikh Waleed Basyouni

Quote best.

Talking about change, there were several people came up to me, and talk about changes that they wanna make.

Waktu tu rasa macam, "erk, kenapa aku?".

Tapi bila fikir dua kali, mesti Allah ada agend tersendiri kan?

Yup, memang ada pun.

Insya ALLAH next entry.






What do we need to learn for this year?

"Expect the unexpected."




Tuesday, December 25, 2012

592. Fatrah exam.



Rasanya ini bukan kali pertama, menghadapi study week dalam keadaan hujan non-stop.

Dan, rasanya terlalu 'lemah' dan 'lemau' pula kalau nak merungut, dan memberikan alasan 'hujan lebat' sebagai asbab untuk tidak study, dengan gemilangnya.

Hmm, ini bukan nak mengkritik, mencemuh, merendah-rendahkan sesiapa. Cuma, peringatan untuk terutamanya, diri sendiri.

Kalau diberi matahari, katanya panas. Diberi hujan, katanya sejuk pula.

Sekali sekala kena 'diajar' macam ni, baru kita tahu erti menghargai, dan memanfaatkan 'harta' pinjaman Allah.

:)

Semakin dewasa, semakin memahami frasa "Jadikan ujian sebagai CABARAN dan bukan ALASAN!". Kalau dahulu, kat sekolah, di mana2 mesti ada frasa ni. Tapi pandang bukan dengan mata hati, so baca sekali imbas macam tu je.

Dah dewasa ni baru faham. Peri pentingnya untuk kita memandang segala ujian sebagai cabaran.

Yes, cabaran.

Supaya kita tak mudah mengeluh, lemah lemau dengan ujian yang telah dan bakal melanda.

Bukankah ujian adalah 'wallpaper' kehidupan?

:)



#Banyakkan doa time hujan.

#Bittaufiq wannajah fil imtihan nihai'e.

#Jumpa lagi semester depan, insya Allah.

#Fi amanillah, 2012. I'll be missing you, dearly. Thanks for every advices!

Friday, December 21, 2012

591. Mixed.

Meeting 1st

Seperti kebiasaannya, untuk aku duduk di bahagian hujung bucu meja, bertentangan dengan posisi Presiden di bahagian tengah meja bulat meeting. Saje, nak bergaul dengan ahli-ahli lain. Tak nak biased mainboard2 je duduk depan. Dah biasa, bro. Nak buat macam mana kan. Heh.

Seperti biasa juga, buku nota dikeluarkan dari beg, sejurus selepas melabuhkan punggung di kerusi. Penutup pen dibuka, diselak muka surat yang kosong pada buku nota. Dah biasa, bro. Buat je la macam tu kan. Heh.

Cuma kali ni, jaket tidak disarungkan, seperti kebiasaannya.

Orang-orang pada meja bulat pun, bukan seperti kebiasaannya.

Yang mengetuai meeting juga, bukan orang yang selalunya.

Allah, aku mengelamun rupanya.

Kami berta’aruf ringkas. Eh, ringkas ke? Nama disebut tanda pengenalan diri. Terus ditanya tentang carakerja saya yang selama ini tak pernah diperhatikan, oleh diri sendiri.

Ditanya jua tentang apa yang orang tak akan sangka, pada diri sendiri.

Seterusnya, ditanya cara menghilangkan stress pada diri.

Sungguh, ta’aruf.

Perlulah kan, nak bekerjasama katanya. 1 tenure pulak, 2 semester. Allah, semoga dipermudahkan langkahan2 ini.


***

Self-centric.

Saya faham amat, kalau setiap kali menjelang waktu imtihan nihai’e bermula, semua nak stress-stress kan. Semua assignmentss pinta di submit pada minggu terakhir pengajian/lecture. Allahu.

Bilamana busy, mulalah nak terlepas pandang dalam menunaikan hak-hak hambaNya yang lain kan? Contoh mudah : kawan atau roommate. Allah.

Ini situasi saya lah. Heh.

Tapi, jarang benar untuk kita, duduk sejenak, dan mula menanyakan diri kita tentang sahabat kita. Busy kah dia? Sihatkah dia? Dah makan kah dia?

Yang kita perasan, kita, kita dan KITA!

Maka, merajuk bukanlah penyelasaian mudah lagi ampuh dan matang buat masa ini, di ketika ini.

Dan, merajuk dengan saya, apabila minta dipujuk, maka bukanlah alternatif sesuai untuk diri ini. Serius, tak sesuai.

Sila berusaha untuk tidak mengamalkan qaedah self-centric dalam diri ye.
Sumpah, rugi.
T_T

***

 

Terkilan. Terkejut.

Tatkala seorang satu level dorm di KUSESS dulu kembali meng-tagged saya pada satu post beliau di FB.
Syukurlah beliau masih mengingati saya, to be included in her post together with her circle of friends, yang, nampak sangat berbezanya dengan saya.

Yang akhirnya, saya un-tag myself from the post -.-

Bukan sombong, tak juga lupa diri. Cuma kadang-kadang orang terlupa yang "People's changed." Inilah contoh hakiki yang selalu terjadi. Manusia berubah bro. Jangan sekali samakan orang, and expect them to be the same as we all knew her, like 5 years ago? -.-

People's changed. At least in their size. Believe me.

Begitu juga dengan saya. Walaupun perubahannya tak signifikan pun, tapi kawan-kawan dalam friendlist terdiri dari pelbagai latar belakang dan sejarah kot. 

Mad'u.

Anis Spark dah takde dalam kamus.


p.s Ikut kata hati rasa nak un-friend je. Ikut kata iman, "ala, dia tak tahu kot. untag je la." 

***





Kadang-kadang terfikir,
dah tertulis jalannya sehala dalam hidup kita.

Tapi,
kenapa masih berdegil untuk menoleh ke belakang,
dan merenung kembali sejarah silam.

Walhal, cahaya datang dari arah hadapan?

Adakah aku yang kecewa dengan perjalanan ini,

atau AKU yang masih menyimpan rasa ragu dengan agenda Allah yang berhikmah untuk aku?


***




Pernah sekali dalam minggu ni, air mata aku tertumpah.

Yup. Di UIAM.

To be exact, di bilik 2.4.

Kadang-kadang rasa pelik dengan diri sendiri. Kadang-kadang rasa janggal dengan orang lain. 

Pernah terlintas, "Kenapa asyik aku je yang kena beralah?". Nampak macam, "Allah. small matter je Anis oit."

Tapi tidak. 

Bilamana perlu beralah setiap masa dan ketika dan keadaan, aku akan end up senyap. Hibernate sendiri.

Lalu, timbul masalah kedua. Dikatanya aku dingin.

Pulak. 

Manusia memang tak pernah puas. Dan memang motif hidup aku, bukan untuk memenuhi kehendak manusia.

Noted that.

*notadarisisibudakkecilaku



p.s dah malas nak layan.

Sunday, December 16, 2012

590. Jom syukur!

Ahad.

Tadi ada replacement class, or should I called additional class, for one of my core subjects for this semester, Immunology.

Dalam selingan between classes, Dr. R ada selitkan sikit2 berkaitan Islamic Perspectives of this complicated subject, yang saya yakin sedikit sebanyak memberi kesan kepada my lecture-mates yang datang lecture pd hari ini. Setidak-tidaknya, saya pun 'tersentak'. Sikit. But well, tak kisahlah sikit ke banyak ke, kan.

"Pernah tak you all rasa macam apa yang selama ni you've pray for, tak semuanya dapat? Kita doa macam-macam, tapi yang Allah makbulkan sikit je. Tapi perasan tak, sebenarnya Allah bagi melebihi apa yang kita minta."

Main Auditorium KOS macam sunyi kejap. Ada bunyi, tapi bunyi macam "hurmm....". Ok, perlulah describe detail2 kan. Heh.

"Iyelah, bila saya fikir balik, saya tak pernah doa supaya lymphocytes saya bekerja so that my immune system bekerja. Kita tak pernah doa supaya immune system kita bekerja waktu kita tidur, so that our faces won't have all these fungi and dirts." ujar Dr. R, bersungguh-sungguh, sambil buat gaya orang berdoa.

Peringatannya tak lah begitu detail, dan berdalil-dalil. Tapi just as simple as that. A sip of reminder-lah orang kata (:

Baru terbaca status Aiman Azlan semalam, that a reminder doesn't have to use powerful words and such, just need a simple one and most importantly, reminded at the right moment. When is the right moment then? We just have no idea. That's why Muslims are encouraged to speak good words and give reminders as all of us needed them, just like air (:

Mohon maaf saya tak ingat exact ayat yang beliau [Dr.R] cakap, tapi begitulah sedikit sebanyak.

That's why I called it as an additional class. Selalu je Dr. R selit2 kan sikit tazkirah tatkala beliau mengajar. But not like today. Sementelah today is supposed to be our last class with him, for this semester. And he's Malay version of Dr. T. Heheh. You will know Dr. T if your are a Science student. Not to mention to other Kuliyyah's students. Pardon me (:

As usual, I didn't feel like its a farewell class with him, always looking forward to have lectures with him in the future (: 


Syukur

Apa yang Dr. R cuba sampaikan? Beliau cuba sampaikan perihal peri-patutnya untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, dapat, owned, and everything. For some reasons, kita mungkin tak dapat apa yang kita selalu doakan right? Tapi, bukan ke dalam 5 perkara yang kita doakan, at least akan 1 perkara yang alhamdulillah, termakbul?

Then Dr. R sebut pula mengenai 'Allah sentiasa provide us that things that we have never asked, but actually essential for us, our necessities, like air, for an absolute example!'. 

Nampak macam picisan kan? Udara. Think twice dear, UDARA KOT!. Udara yang provide oxygen, kalau tak de oxygen for 4 minutes, our brain is going to be permanently damaged, you know!

Terkenang saya tentang cerita 'Aisyah r.a yang menyatakan our beloved Prophet S.A.W bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki, walhal tahu yang diri baginda adalah maksum [terhindar dari dosa besar, sebelumnya dan di masa hadapannya].

"Salahkah untuk aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?"



Allahu T.T

Semalam ada membelek buku *Salim A. Fillah, sekitar tahun 30 Hijrah, terdapat satu suara menggegarkan dari kelambu sutera milik sang Kisra.

"Celaka!! Kini aku hanya mempunyai 1000 perawat kuda, 1000 dayang dan 1000 jurumasak! Bagaimana aku nak hidup???" 

Itu adalah kata-kata Yazdajird III, Kisra terakhir kerajaan Imperium Persia dari keluarga Sassanid. Istana putih beliau telah jatuh ke tangan Muslimin di bawah pimpinan Sa'ad bin Abi Waqqas.

Dan itu adalah rintihan agung seorang manusia yang tak boleh hidup walaupun dilayan 3000 orang!

Pengganti beliau, Salman al-Farisi diangkat menjadi Gabenor wilayah bekas pimpinan Yazdajird III itu, masih lagi menganyam, kerana gajinya sebagai Gabenor selalu masuk Baitulmal untuk kepentingan masyarakat T____T

Dengan modal 1 dirham, hasil anyaman dijual dengan harga 3 dirham. Hasil jualan dibahagi 3, 1 dirham untuk keperluan hari itu, 1 dirham untuk modal esok hari dan 1 dirham untuk bersedekah.

Woahhh! eh. Subhanallah!!!!!!

Macam mana? Rasa nak bersyukur tak dengan rezeki yang ada pada kita sekarang???? Alhamdulillah :')

"Ya Allah, jadikan dunia di tanganku, dan akhirat di hatiku."

- doa Saidina Abu Bakr r.a (:




Peringatan ni untuk yang menaip ini jua, semoga bermanfaat untuk yang lainnya (:



*buku Saksikan Bahwa Aku Seorang Muslim

Friday, December 14, 2012

589. Matang.

Alhamdulillah.

Again. Masih diberi nafas hari ni.

Sementelah diberikan peluang untuk menghabiskan separuh daripada bulan terakhir untuk tahun 2012. [saya memang senti-mental sikit.sorry] Fuh.

Dalam masa nak menghabiskan sisa-sisa hari bergelar gadis berumur 22 tahun ni, macam banyak perkara yang ....., somehow unexpected, dan rasa macam, "Eh, perlu ke aku fikir benda ni?" or "Kenapalah jadi kat aku?" happens. happenED.

Semalam tatkala bertanya khabar dengan M, again, unexpected, ingatkan drop by bilik dia sekadar mengambil buku sirah di compartment U, tapi end up duduk, diskas, dan bertukar cerita dengan M.

Cerita M tentang tanggungjawab. Woman to woman talk. Woah.

Cerita M tentang matang atau tak matang. Perihal tanggungjawab yang datang menimpa seiring usia dan kematangan. Ok, ayat esei SPM -.-

Kadang-kadang kita tak perasan, semakin kita berusia, tanggungjawab semakin berat. Dan dengan tanggungjawab itu, menambahkan kematangan kepada seseorang. Apa yang matang-matang sangat ni?

Matang menempuhi kehidupan. Orang kata, kalau kita boleh merelakan something yang kita suka, dan boleh beralah dengan orang lain, menjadi lebih penyabar dari yang sebelumnya, dan memandang sesuatu perkara dalam dimensi yang lain [more +ve side of something], itulah tanda kita bertambah matang. Ok, smile :)

It's normal untuk kita tidak menyedari kematangan kita, atau tidak mengakui kita ini matang. Selalunya orang lah yang judge kan ^_^"

Tukang taip ni pun rasa diri tak matang lagi.

Tapi dalam sesi 'pecahkan ais' waktu mukhayyam dakhili lepas, saya mendapat pasangan, seorang kakak dari oversea. Kami diminta untuk menulis first impression tentang pasangan kita. Dan first impression kakak itu pada saya ialah, "Tinggi dan matang.". Buat muka pelik sekarang~

Walhal, first impression saya pada kakak tersebut hanyalah, "Tudung biru.". Oh mai, matured nya jawapan saya -.-"

Sebenarya terkejut, plus sangat berterima kasih kat kakak tu sebab nampak apa yang 'saya tak nampak', pada diri saya. Heh.

Bercerita tentang 'matang dalam mengisi tanggungjawab', pendapat saya pada M semalam, is everything that occurs, happens for a reason. A solid reason from Him.

Kadang-kadang tanggungjawab yang bertimpa-timpa tu tandanya Allah sayang, so Dia takkan biarkan kita dalam zon selesa rilek-rilek goyang kaki kat bilik tak tau nak buat apa. Yeah, you would never know that feeling unless you've felt once :)

Kadang-kadang jua, and most of the time, banyak tanggungjawab indicated that something 'big' will occur, sooner. Who knows right? :)

So, baik prepare-kan diri masing-masing untuk RASA tanggungjawab. Supaya kita lebih MATANG menghadapi kehidupan, dan tak memandang kehidupan just macam, "Ok, another day to live on today.". Naudzubillah min zalik!

Perlu diingatkan juga diri ini yang kita tak perlukan TITLE atau JAWATAN formal untuk merasa tanggungjawab. Kan? :)

Paling penting, most important thing [walaupun kat point last], sandarkan semuanya pada Allah :)

Semoga tanggungjawab yang kita sudah, sedang dan bakal galas, mendapat guidance yang tepat dariNya. Harapannya dengan banyak tanggungjawab yang digalas, kita menjadi lebih baik dari hari-hari sebelum ini.

Tak nak lah maintain jadi orang yang sama jeee. Dulu student biasa, lepas jadi VP pun perangai sama je, tak berubah lansung!

Oh my, sedih bro.

Semoga. Sama-samalah kita!





Monday, December 3, 2012

588. Revisited. Again.

Dah banyak kali cakap, "Oh, lepas ni susah sikit nak datang lagi kot."

Ceh. Cakap je. Nanti end of month, datang lagi. Bermalam lagi. 2 malam pulak -.-

Ok, saya hanya cakap. Dan merancang. Tapi yang approved rencana itu tak lain tak bukan, Dia.


***


Hujan lebat di Mahallah Hafsa | Guard post
2 Disember 2012


Aku tunggu roommate ku datang mengambil di Mahallah Hafsa, bersama sahabat baiknya. 
Untuk menghantar kami di Stesen LRT Putra.

Mula-mula hujan macam 'malu-malu' nak turun. Tak seperti kebiasaannya.
Tiba-tiba, rintik. Renyai.
Lalu, lebat.

Aku berjalan pantas menuju ke Post Guard Mahallah Hafsa. Berdiri sambil berteduh, menghadapkan diri ke arah pintu pagar belakang. 
Sempat aku mengecam beberapa kelibat manusia, entah dari mana, keluar masuk melalui pintu pagar itu.
Kagum juga aku, pelajar di kampus ini bagaikan tak hairan lansung dengan keadaan hujan. Seolah-olah hujan di petang Ahad ini lansung tak membataskan aktiviti mereka. Yes, one thing about students here, unique.

Aku tak rasa mereka baru pulang atau mahu pergi 'berjimba' bersama rakan-rakan mereka, melihatkan pakaian, gerak geri dan buku/kertas di tangan, memang tidak sama sekali. Melihatkan mereka berjalan beriringan di bawah satu payung, dengan fail dikepit kemas, lagikan tidak untuk ke Wangsa Walk. Tak tahulah kan. Husnu zhon.

Tapi aku dapat menangkap ayat-ayat ringkas bagi yang lalu di hadapan aku, sambil memandang sekilas terhadap aku dan beg merah di sebelahku, seolah-olah ada diskusi, mesyuarat dan sebagainya.

Tiba-tiba teringat kenangan di PJ dahulu kala. Ok.

Tiba-tiba juga, ada seorang sister. Berpakaian ala-ala jubah seluar, berwarna coklat pudar. Seragam dengan tudung akel bidang besar yang dibiarkan pin ke bawah. Berjalan pantas menuju ke pintu pagar famous itu jua.

Dia lalu berjengket untuk melihat kenderaan dari arah jauh. Berpatah balik. Tanpa menghiraukan hujan yang semakin lebat.

Apa yang menarik pandanganku? Muffler Aqsa Syarif yang diikat di beg sisi nya :)

Handphone dikeluarkan. Mataku masih lagi tertancap pada perbuatannya dan beg+mufflernya.

Giat tangannya mendail satu nombor.

Part menarik, dia menuju ke arah ku  ke arah pondok pengawal itu :) Strategi.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku dapat rasakan the urge to initiate perbualan dengan sister tu.
Mungkin kerana, dia seorang akhawat :)

Puas aku mencari apa titik permulaan untuk aku memulakan perbualan. Lansung Allah kirimkan idea, kenapa tidak tanyakan sahaja perihal muffler itu? :)

Aku tunggu sehingga dia tidak seperti nak call other persons lagi, aku memulakan.

"Sis, beli muffler ni kat mana?" tanyaku. Macam mesra, entah. Tapi aku sedekahkan sekali senyuman.

Sister itu menoleh. Mungkin tak expect questions from stranger like me :D

"Oh. Beli dengan kawan." jawab sister itu sambil memandang dan mengecam wajahku. 
"Bukan student sini ke?" sambungnya lagi. Ok, dia berminat :D

"A'ah. Saya student Kuantan." aku pula menjawab. Tak tahu kenapa, tapi aku berbangga kerana aku adalah student UIAM Kuantan, despite of any rumors yang student sana dengar mengenai kampus sini. Heh. Jangan ujub, Anis.

"Ohhh. Kuantan. Course apa?" dia curious lagi. Aku harap mukaku takde menampakkan riak tak selesa. Eh. Takkan kot?

"Saya amik biomedic." jawabku dengan nada biasa. Senyum lagi, puas hati, sebab dia interested. Eh. "Sis course apa?", ceh, aku pula menambah soalan. Tak aci pulak tanya aku je kan?

"HS. Major in Psychology." jawab sister tersebut. Macam interested juga nak menjawab :)
Padanlah. Mesti dia dapat baca body language aku yang macam peramah ni. Erk.

[HS : Human Science]

"Boleh tau, umur berapa ye?" tanya sister tu lagi. "22." jawabku ringkas. Dia mengangguk.
"Oh, saya 23 tahun. Tua setahun." jawab sister tersebut sambil membuat gaya. 

Dia juga menyatakan yang dia sedang menghadapi Final Semester di UIAM untuk semester ni. Whoa. Tiba-tiba rasa macam sangat best berkenalan dengan orang, yang kita memang nak kenal :) 

"Akak nak pergi mana?" pertanyaan tiba-tiba mengalir macam air.

"Oh, akak ada discussion kat masjid." jawabnya sambil tersenyum. Rasa kekok berkurangan.

Tiba-tiba, sebuah kereta berjenama Toyota Unser melintasi depan pintu pagar di hadapan kami. Aku melihat akak tu menjenguk dan memanjangkan leher untuk mengecam kereta tersebut. Aku memang tahu dia sedang menunggu sebuah kereta Unser, daripada perbualan dia di handphone nya tadi.

"Awak nak pergi mana?" tanya kakak tersebut.

"Oh, saya tengah tunggu kawan. Nak balik Kuantan. Hehe." jawabku, ada perasaan 'sedih' menyelimuti.

"Oh ok. Kalau macam tu takpelah. Akak.. Pergi dulu ye. Assalamualaikum." kakak tu mengucapkan salam, tanpa kami bersalaman dan memberitahu nama. Aku pun memandang dia berlalu pergi.

Sedih. Tiba-tiba. Serius! 

Sudahlah aku sedang menunggu dalam hujan yang lebat, tiba-tiba orang yang sudi menunggu bersamaku, meninggalkan aku pula.

Yang buat aku lebih terkilan, kami tak sempat untuk bertanyakan nama dan bersalaman pun. Sebenarnya aku nampak riak kakak tersebut, dan aku pun dapat rasakan dia ingin berbuat perkara yang sama. Tapi mungkin rasa 'terlalu awal' dan mungkin juga dia mengejar masa, menyebabkan kami end up macam tu je.

Tapi aku punya keyakinan yang teguh, aku bakal berjumpa kakak tu lagi, insya Allah. 

Kalau bukan di UIAM, mungkin di program. Mungkin juga di walimah akhawat. Mungkin aku tak pasal2 dijemput di walimahnya. Atau mungkin di walimah aku :)

Tapi yang pasti, bertemu di syurga Allah. 

Ameen. Biiznillah :)


P.S Setiap kali berjumpa akhawat di Gombak, paling kurang aku punya rasa di hati, "Kita pasti akan berkenalan, suatu hari nanti.". Sambil tersenyum.


***

Sementelah melihat kakak Psych berlalu pergi, aku terus menunggu di bawah bumbung guardpost itu.

Mata ku melilau melihat sisters2 kesayangan, berlalu, berjalan di hadapan aku. Semuanya punya agenda berbeza, rasanya.

Tiba-tiba sebuah kereta comel berhenti di hadapan pintu pagar yang sama. Kali ni, pemandunya keluar dalam hujan yang lebat, dan berjalan, again, menuju aku. Perasan.

"Ada orang tak kat dalam?" tanya sister comel tersebut. Bergaya dan comel.

"Err. Tak pasti pula. Tapi macam takde kasut kat sini." aku menjawab seraya menunjukkan lantai.

"Oh.." jawab sister tersebut.

"Kenapa ye sis?" tanyaku. Kesian pula macam ada hal penting.

"Ingat nak minta tolong dorang bukak kan gate ni. Sebab nak hantar barang kat dalam." jawab sister tersebut. 

Memang aku takde jawapan dan cara yang tepat untuk itu sebab aku pun bukan student situ, apatah lagi yang menetap di situ. Nak bagi alternative solution pun macam blur pulak tetiba.

"Sis nak pergi mana? Ke tengah tunggu orang?" tanya sister tersebut kepadaku.

"A'ah, saya tengah tunggu orang." jawabku, terkejut dengan pertanyaannya.

"Oh ok." sister comel tersebut berlalu sambil tersenyum.

Tiba-tiba aku pun senyum. And somehow, aku terharu sangat sebenarnya.

Terharu, sebab orang yang tak kenal pun boleh tanya as if dia ingin tumpangkan aku, mungkin. Biarlah apa asbab dia bertanya, tapi aku sangat menghargainya.

Tiba-tiba aku terkenang nilai persahabatan aku, dengan orang di sekelilingku.

T_____T


Masih wujud lagi stranger yang baik.

***

Dalam pada aku gamble untuk tidak membeli tiket pulang ke Kuantan awal, aku dan A terjah Stesen Pekeliling, dan mendapati semua tiket habis!

Allah tolong lagi. Tiba-tiba ada seorang driver Plusliner datang mendekati kami.

"Nak balik mana?" tanya pak cik tersebut.

"Kuantan." A menjawab.

"Berapa orang?" 

"2." jawab A ringkas. 

Pak cik itu berlalu. Tiba-tiba dia mendekati kami lagi, "Ok boleh. Naik sekarang. Seat asing."

"Berapa RM pak cik?" tanya A.

"RM44."

Alhamdulillah. Walaupun aku end up dapat seat yang paling aku tak nak - duduk sebelah brother, tapi aku hadapi jua. Ok lah, daripada tak boleh balik.

Statik. Untuk 4 jam. Itu mindset aku.

Entahlah. Dalam bus yang separa gelap tu, aku bagaikan menginsafi diri. Aku harap sangat hikmah-hikmah atas segala ujian - ujian dari Allah untuk aku, datang sesegera mungkin.

Aku harap sangat, dengan adanya ujian-ujian yang aku hadapi ni, membuatkan aku dapat something yang hebat, best dan happy juga, in the future. Hikmah jenis macam tu. Boleh ke macam tu? Aku rela bersabar sekarang, asalkan hikmahNya terserlah indah jua, di masa depan.

Boleh kot. dengan izinNya.

Aku tak sempat nak menoleh lama kepada brother di sebelahku itu. Tapi aku rasa dia dapat rasakan betapa tak selesa + not in the mood dari pihak aku. That vibes was so strong I even couldn't handle it.

BIarlah. Alhamdulillah, brother itu behave.

Dan aku rasa, dia antara brother yang 'beradab' juga kot. Kalau nak turunkan seat pun meminta izin brother di belakang, maka beradablah kan?

Baguslah. 

Itu pun cara Allah tolong kita, Nis.


***

Harapan aku, hanya ingin buat kau 'terketuk' dengan realiti hidup sebenar.

Sebagai seorang manusia. Dan hambaNya.

Hidup kita bukan sekadar ingin menjadi pelajar yang cemerlang, perempuan yang baik dan solehah, mendapatkan suami yang hebat dan soleh.

Lebih dari itu, kawan.

Dan tak semua perkara boleh dikongsikan bersama. Ada certain perkara, kena tunggu 'approval' Dia dulu kot. Hmm.

Untuk sahabat saya,
HZA.



Saturday, December 1, 2012

587. Sayonara November!

Saya pernah cakap, saya suka dengan bulan November.
Nak kata tertunggu-tunggu, menunggu detik berakhirnya satu tahun. Ah, suka ke?
Suka nak jadi makin tua? :)

Tapi, November 2012 banyak memberi kesan dalam diri.
Sehingga ke hari akhir bulan ini pun, masih mahu memberi 'pengajaran' untuk diri ini -.-"

Banyak yang saya pelajari, pengalaman yang mampu saya kutip, simpan. Tapi pengalaman memang mengajar supaya diri menjadi lebih kuat dalam semua segi. Tak kira, waktu gembira, suka, duka, sedih, payau, masin, semuanya!

Semoga pengalaman yang dilalui, menjadi tauladan terbaik dalam mengemudi masa depan.
Tidak lain yang saya harapkan dari sebuah pengalaman, cuma mahukan seinfiniti redha Allah, dan cuma mahu menjadi lebih -itqan!

Ameen.






Pulang dari 'cuti singkat' Heroes Conference 2012, diri berasa terpanggil untuk menghadiri daurah, tentang buku/kitab/manhaj 'Hazadeen', oleh Ustaz Muhaimin.

Daurah di Lecture Hall 1, Kuliyyah of Medicine. Hari Ahad. Pagi sampai tengahari. Woah, how did you expect that?

Dalam hati sendiri pun ada secalit rasa curiga untuk bertahan hingga ke akhirnya :O

Tapi, alhamdulillah. Allah tolong.

Tak ngantuk, lansung. Sebab tangan 'khusyuk' mencatit point-point penting yang dikupas.

Ada sisi kelakar, paling banyak yang menyentuh hati. Tidak kurang juga yang menjentik rasa. Most of the time, macam terhantuk pula di kepala.

Banyak yang terkesan, tapi paling terkesan bila Ustaz mengaitkan simbiosis iman kita dengan kehidupan sekeliling kita. 

"Kadang-kadang kita ni lupa yang Allah ni dekat dengan kita. Cuba rasa jantung tu. Berdegup, sebab menuruti perintah Allah. Kalaulah Allah kata "Stop!", agaknya dia berdegup lagi tak?".

Menitis lagi.

Lesson learnt : Kalau rasa sedih sangat, down sangat, letak tangan kat dada sebelah kiri. Rasai degupan jantung, rasakan yang Allah ada bersama kita, sentiasa! :')







Mencuit hati.

Saya takkan pernah melupakan 'pengalaman' berada dalam AGM MRC yang saya hadiri. Beserta pengalaman-pengalaman, PENGALAMAN selepasnya. Insya Allah, selama-lamanya!

Berkorban, bukan bermakna lemah. Tapi lebih kepada ingin menjaga maslahat yang lebih aula.

Berkorban, bukan bermakna lemah. Tapi sebagai tanda menyahut cabaran!

Berkorban, bukan bermakna lemah. Tapi sebagai langkah menerima tanggungjawab, sebelum kepada tanggungjawab yang lebih besar.

Berkorban, tidak dan sangat tidak mewakili kelemahan. Tapi untuk menjaga hubungan antara manusia, dan dengan Allah!





Antara nikmat berukhuwwah fillah [yang sebenarnya!]

Membaca zikir mathurat sambil mentadabbur alam.

Nikmat, bro!

:)





4 tahun study di pantai timur, specifically Pahang Darul Makmur, tidak pernah dalam satu semester tidak ke pantai. 

Mesti pergi, at least sekali! ^__^

#Senja di Pantai Balok.





Usai present Pharmacology.
Nabihah ada selitkan kata-kata ni dalam purse handphone dia.
Meaningful. 
Deep.

Rupanya bakal memberi kesan.

Allah.





30 November 2012

Hari pertama sebagai contact lens wearer, setelah 5 tahun [last pakai tyme Form 5, specifically and especially untuk Malam 1000 Kenangan]

*beribu kenangan-lah sangat! -.-"

Khas, untuk kak Faz. Jadi patient Kak Faz. 

Bakal memakai untuk tempoh 3 bulan.

Ayat belakang kertas : Practicing :P





Aku [terus! Tiba-tiba!] memang tak faham kalau budak Gombak menghabiskan weekend di bilik, dan pukul 10 masih terbaring di atas katil. Eh, nak buat tanda seru boleh? [!]

Berlambakz, malah melambaks aktiviti oleh ratusan club-club di UIAM menunggu untuk di-join [ok, sekarang dah takde sebab last date for activity in Gombak is 1st December] 

Walaupun bukan semuanya aktiviti outreach, tapi wacana-wacana ilmu dan pemikiran macam kat atas ni sangat best kott!

#Bila takde mencari, bila depan mata mula menoleh kanan kiri.






S : "Kak, pernah datang Nusaibah? Jom la lunch kat sini! Sini makanan sedap-sedap!"

Pujuk adik S, seraya mendengar aku ingin bertemu dengannya. Tiba-tiba aku terfikir, aku di library, dari Mahallah Aminah. 

Maka aku perlu memanjat tangga Batu Caves itu, buat kali kedua.

*Telan air liur*



Di checkpoint ke-4, tangga Batu Caves Mahallah Nusaibah.

Aku rasa aku hipokrit tiba-tiba.
Bila panjat tangga, sorang-sorang tanpa ada manusia berselisih, aku gasping macam apa.
Bila nampak kelibat manusia yang aku bakal selisih, terus cover 'macho' macam aku lah atlit Olimpik! -.-

Macam tu lah agaknya aku tatkala cover dosa sendiri.
Ya Allah, malunya aku! T_____T

Memang penat. Tapi bila aku pusing ke belakang, pemandangan masjid ini memang superb and breathtaking habis!!!

Subhanallah!

Terus snap gambar! Heh.




S : "Kak! Nak tangkap gambar akak!"

Pinta adik S tatkala kami berdua menuruni tangga Batu Caves Mahallah Nusaibah tadi.

Saya hanya menuruti kehendaknya. Well, dah lama tak jumpa :)

S : "Ok. Akak, buat-buat lah macam tengah tengok pemandangan.. Hehe."

Eh, boleh pulak budak ni *dalam hati*. Sekali lagi saya hanya buat apa yang disuruh.


Usai snap, usha gambar.
"Eh, lawa pulak." *dalam hati lagi*
:D





Ini permintaan last, sebelum kami berpisah.
Sebelum dia asyik mengulang-ulang ayat yang sama.

"Akak nak kahwin nanti jemput saya tau! Tau!"


:)





P.S Kereta kuning comel, jangan buat orang terkejut sangat. Boleh?

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...