Sunday, July 15, 2012

526. "You are someone to me.."

Post ni tersimpan dalam draft. Rumah tak punya internet connection yang laju untuk post tempoh hari. 

.............................................................................................................................

Pernah tak dengar orang cakap, "kita kena buat baik dengan semua orang sebab kita tak tahu kalau-kalau orang-orang itu bakal jadi 'keluarga' kita?"

Entah-entah mereka bakal jadi ipar kita ke? Err. Ok, ini kemungkinan paling entah apa-apa. Abaikan kalau tak bermanfaat.

Memanglah kita semua bersaudara, seakidah ;) Tapi itulah realitinya. Sebab kita tak pernah tahu apa yang Allah rencanakan untuk kita.

Dan melalui blog seorang kakak osem dari Gombak, ustazah dia pernah cakap,

"pertemuan kita dengan seseorang bukan kebetulan, tapi takdir."
bila memikirkan bahawa engkau adalah takdir, dari Maha Besar Dia yang mengaturkan dan bukannya kebetulan, bukan mainan, bukan suka-suka, apa sebenarnya darimu yang sedang Allah mahu, aku belajar?


Hoyeah, itu kopi pasta namanya :)

Betul-lah. Semua orang yang pernah masuk dalam chapter hidup kita, bermakna kan? Nampak sangat Allah aturkan pertemuan kita dengan mereka, bukan suka-suka weh. Ada motif tersendiri. Sebagai contoh mudah, sebut nama seorang kawan di hadapan anda, terus kita akan bayangkan dirinya, dan apa yang paling kita ingat pasal hubungkait dia-kita. Dia baik, dia pernah buat ini [baik], dia pernah buat itu [tak baik]. Dan yang paling penting, pengajaran yang kita dapat daripada hubungan kita dan mereka. Mesti ada, tipu kalau kata takde!

Contohnya, "Study dia gempak kot. Aku perlu jadi macam dia!". Ok, cliche. Tapi betul apa. :D





Serious speaking, kita takkan pernah tahu kalau orang yang kita jumpa sehari-hari tu bakal memberi makna kepada kita, di kemudian hari.






Banyak pengalaman baru, cara baru, cara berfikir yang baru dan unik saya pelajari melalui insan bernama sahabat. Mungkin kerana kita diciptakan berbeza, so banyak sangat perkara saya belajar melalui seseorang, well, yang saya kenal dan maybe yang tak berapa kenal :)

Semudah apa? Semudah pergi ke bilik mereka, dan melihat susun atur buku, baju yang cantik dan kemas, sudah cukup untuk saya berterima kasih kepada mereka, dan apply kat compartment saya yang terchenta :)

Semudah melihat cara mereka berfikir dan berkata-kata, terus rasa nak bertindak macam tu juga ^_^

Melihat mereka meletakkan notes2 mengikut subjek, sudah cukup bagi saya untuk mempelajari something daripada mereka.

Kenapa? Sebab kita membesar dalam keluarga yang berbeza! (:

Pernah sekali saya pergi ke rumah seorang sahabat. Baik. Dia beriya-iya menjemput saya ke rumahnya.

Sampai sahaja di rumahnya, dia terus ke dapur untuk memasak. Phew. 

Biasalah perempuan, takkan kita sebagai tetamu sekadar menggoyang kaki di depan t.v pulak. Harus lah ke dapur membantu apa yang patut. Tetapi kawan saya ni seboleh-boleh menyuruh saya duduk di ruang tamu hadapan rumahnya. Ok fine, mestilah saya tak mengalah!

Ketika membantunya, saya perasan yang kami punya banyak perbezaan. Itu baru dikira melalui cara masakan. Bagaimana mengupas bawang, menggoreng ayam, memasak gulai, hatta ke basuh pinggan sekalipun!

Saya mula rasakan kawan saya tu tak berapa selesa dengan pertolongan saya. Saya faham, bukan dia tak menghargai, tapi dia tak selesa dengan perbezaan carakerja dapur saya. Lansung, saya mengikut katanya untuk sekadar duduk di hadapan. Saya tidak terasa hati kerana saya memang sedang mempelajari 'kepelbagaian dalam kehidupan'. Kalau bukan untuk masa sekarang, mungkin di masa depan :D

Tapi saya sedar, rupanya perihal accepting differences ini memang payah -.-
Dan saya mula wondering, bagaimana reaksi saya untuk berdepan dengan kepelbagaian dalam baitul muslim nanti? With people whom I will be living for the rest of my life and till Jannah, kot. Hm.

Ya! Tidak semudah yang disangka. Perlu banyak berlapang dada, dan jangan menganggap DIRI KITA DAN CARA KITA SAHAJA YANG BETUL. Seriously, kita sangat perlu pelajari perkara ni. Nampak macam, "Ala, go with the flow sudahh." Yeah right. Marilah sama-sama belajar untuk accepting differences mulai sekarang. Ayuh! ^_^







Rasulullah S.A.W bersabda :


“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah dari Ibn Umar RA)




Tapi, bukanlah perbezaan antara kita tu 'menjarakkan' kita. As always, we need to complement each other. Rasulullah sendiri menggalakkan kita bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Sebab via pergaulan itu, banyak pelajaran dan hikmah akan dipelajari ;)



Seriously, all of you are someone to me ^_^


Thanks for being there.


..........................................................................................................


Teringat sewaktu Wacana Wanita dan Syariah yang ada Dr. Har. Mengikut pengalaman beliau, loghat dan penggunaan bahasa yang berbeza melalui negeri pun boleh jadi 'barrier'. 


Kalau ikut kata moderator, bro. Hafiz Bai, sabun basuh pinggan boleh jadi sumber perbezaan. 


Sabun Axion dan Sunlight. Hadapilah dengan iman :)

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...