Monday, October 31, 2011

Common Sense.

Assalamualaikum.

Perkara ni terjadi waktu saya balik dari KL, ke Kuantan. Naik bas, maka saya minta sorang sahabat dunia akhirat [insyaAllah!] fetch saya kat terminal Makmur. Tapi sebab beliau kat rumah, dan kebetulan bas ekspres tu lalu kat area taman perumahan tempat beliau tinggal, maka disuruhnya saya memberanikan diri untuk turun kat satu perumahan yang menjadi kebiasaan bagi penumpang bas untuk turun, instead of turun kat Terminal Makmur yang jauh ke bandar tu.

Enough with schematic BM.

Secara jujurnya saya tak pernah berhenti atau turun kat mana2 bus stop selain daripada stesen bas besaq macam Pekeliling atau Terminal Makmur atau Pudu atau Larkin tu. Tu je. Lepas tu kan, bila sahabat saya si W ni suruh saya turun kat bus stop biasa, saya macam kena tekad la kan. Ye lah, kita dah minta tolong orang, kalau boleh, menyenangkan kerja dia lah kan?

Lama jugaklah mengumpul daya nak ke bahagian depan bas sebab al-kebetulan seat saya di 2nd row dari belakang *peluh kecil*

Kebetulan lagi, saya bawak beg yang besaq *peluh besaq sikit*

Lama lah sangat mengumpul dayanya, sampai terlepas satu bus stop -__-"

Ok fine, saya tahu ada lagi satu bus stop kat depan, so saya pun bersiap siagalah pegang beg semuanya. CUMA, saya tak bangun dan berjalan ke depan bas je! Bijak Anis bijak.

Bas mula memperlahankan kelajuan, kelihatan seorang gadis nak turun. Dia sorang je. Yang saya pulak masih berbelah bahagi dengan beg besaq, mula bangun jalan ke depan. Pintu semakin ditutup, dan bas macam nak mula bergerak balik.

Lepas tu saya buat drama Hindustan! -____-"


"Pak cik! Sekejap pak cik!"

Boleh tak berteriak macam tu?! Maigad.

Jerit sampai satu bas dengar.

Dan yang paling best, driver tu tak dengar pun. Best kan?

Dabel triple best, orang kat bahagian depan semua tengok saya, TAPI TAK BUAT APA-APA PUN!

T______________________________________T

Waktu tu kan, macam nak cabut muka letak dalam beg. Tapi takdelah malu sangat actually, sebab waktu tu dah gelap. Around 715 p.m macam tu. Alhamdulillah.

Tapi kan, saya BENGKEK betul dengan penumpang bas dalam tu, especially kaum opposite!

Sebab dorang yang paling ramai dalam bas tu, dan paling major kat bahagian depan bas. Saya dengar ada yang chuckles tengok aksi saya tu. Dan saya perasan ramai orang SEBERANG.

aihhhhh, sabaq je la! :(

Nasib lah baik, kat bahagian seat paling depan, a.k.a belakang driver tu ada satu seat kosong, sebelah perempuan. So, saya duduk situ kejap. Takkan nak berdiri pulak kan.

Lepas tu saya minta driver tu stop kat mana2 bus stop, kat bahagian depan. Pak cik driver yang sopan, berkopiah tu pun berhentikan bas, dan meninggalkan saya.

Waktu tunggu W amik saya, saya macam nak tergelak pun ada. Tapi seriously, saya terfikir, mana lah hilang common sense orang-orang ni?

Waktu saya jerit "pak cik pak cik!" tu, saya perasan ramai LELAKI yang menoleh. Tapi tengok je saya [kot!] tanpa re-act macam tolong habaqkan kat driver bas ke apa. TAKDE! dorang macam terkesima tengok saya memanggil2 driver kot -__-

Yang bestnya, saya bukannya tergedik-gedik menyanyi kat bas tu, tapi saya nak turun je! Eh, seriusla tak faham.

Barulah saya sedar, realiti kehidupan kat luar sana, bukanlah macam cerita Ketika Cinta Bertasbih ke hape. Reality bites wehh.

Setiap kali fikir, memang saya akan








tapi kalau difikirkan balik, buat 'pandai' sudah.


-anis-
The question is,



"Why did I met you at first place?"







Certainly I don't need any answer for this.









Hi November! <3

Tuesday, October 25, 2011

"Apa tujuan aku sebenarnya?"


Assalamualaikum.


***Peringatan untuk diri sendiri terutamanya. Jika jelas ibrah, bolehlah diambil, mana yang bermanfaat :)


Treettt... treeeetttt...

Handphone bergegar. Atas meja. Adoi, siapalah dok mesej malam-malam nih.


"Tetap istiqamah ukhty. Teruskan berjuang, moga Allah bersamamu. Amin~"

Sender : Akhi +60133xxxxxx

Erk.

Tiba-tiba muka rasa hangat. Ada satu garisan terlakar di wajah.

Jantung tetiba jadi laju. Hati yang hangat sebab malas nak tengok handphone, bertukar jadi satu hikmah tak terkata. Happy kot! Tiba-tiba akal bersuara, "Kenapa dengan aku ni?". Pantas disangkal perasaan yang tidak-tidak. "Alah, doakan kawan. Apa salahnya."

Terus lena diulit mimpi. Lebih indah kerana SMS yang tidak di duga tadi. Bukan kerana isinya, tetapi kerana pengirimnya.


"Ana tengah mengikuti Daurah ni. Doakan ana mampu untuk menjadi faci yang baik :-)"

Sender : Akhi +60133xxxxxx

"So? Apa kene mengena dengan aku?". Nada protes bergema di hati. Tapi wajah jelas terpancar seri dek kerana bangga menjadi antara muslimat terpilih mendapat SMS dari akhi yang tak kurang hebat dan dikenali di antara mahasiswa universitinya. Tiba-tiba terasa seperti ada angin lalu yang membuatkan tuan empunya badan merasa aman.

Heh.



Di Subuh hari, sekali lagi handphonenya bergetar.


"Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Semoga diberi kekuatan menjawab imtihan hari ni. Bittaufiq wannajah! ^___^"


Pergh. Ameen insyaAllah~ Semakin bersemangat nak berperang menjawab exam ni.

Scroll mesej ke bawah, wajah bertukar pudar.

"Adeh." Bukan dia.

Sender : Ukhti +60133xxxxxx


Handphone berbunyi lagi. "Malas aih." Di buka mesej yang baru diterima dengan 'malas-malas'.

"Semoga Allah membantu hamba-hambanya yang sentiasa memperjuangkan agama-Nya. Selamat Maju Jaya Dalam Peperiksaan."

Sender : Akhi +60133xxxxxx


Daebak! Tiba-tiba TERmenari kecil dalam compartment. Happy punya pasal kan? Hati dah cukup berbunga kalah musim bunga kat London :)


Biasa dengar?


Haruslah kan. Kalau bukan antara classmates, batchmates, groupmates, clubmates [eh, pelik je bunyi], mesti pernah baca kat mana-mana. Kalau bukan experience sendiri, mesti pernah dengar kawan bercerita, baca kat novel. Macam-macam cara.

Mungkin, excerpt dialog2 ciptaan manusia yang tak berkenaan dengan sesiapa ni, macam memancing minat di hati. Tiba-tiba terasa kan. "Macam cerita aku je nih." :)

Oh ye, penggunaan akhi, ukhti pengganti diri tu boleh diganti dengan kata ganti diri yang lain. Nak letak nama pun cun juga ;)

Mungkin situasi di atas, lebih berbaur kepada aktivis dakwah. No offence.

:)


Cuba perhatikan mesej terakhir di atas. Dua SMS yang sama motifnya iaitu mendoakan si penerima untuk menduduki imtihan [ujian], tapi kenapa berbeda respon yang di terbitkan si penerima?

Okaylah, straight to the point. Kenapa sms si dia yang berlawanan jantina lebih 'membahagiakan' daripada sesama jantina kita? O.o

Ouch. Ok, saya tercucuk duri.

Rupa-rupanya, itu adalah salah satu PERANGKAP syaitan kepada kita. Berbekalkan alasan, "alah, SMS je kot. Doa pulak tu, takpelah." atau "Email je. Tak terusik pun perasaan ku ini."

Ye ke?

Perangkap syaitan via fitrah insani yang tertarik terhadap berlawanan jenis.

Haa.... kan? Baru perasan kan? Agaklah.

Apalah gunanya kalau kita bersemangat dan semakin kuat dan tabah, dek kerana sumber kekuatan yang tak berapa nak jelas, atau lebih membahayakan, jelas terang lagi berspotlight, sebuah dosa. Takut-takut kita hanya sekadar menikmati sorotan nafsu dalam hati, maka bakal timbullah zina hati. Nauzubillah.


"Nak SMS la. Bagi semangat je pun."


Tipulah kalau tak berkeinginan lansung terhadap lawan jenis. Tatkala melihat nama Akhi tadi, mestilah nak balas SMS yang serupa kan? Berbaur motivasi dan pemangkin semangat kononnya, supaya sentiasa hebat di medan dakwah.

Peringatan kepada diri, tatkala hati ni melonjak-lonjak nak taip mesej kepada yang berlawanan jenis, tanyalah pada diri, ketuklah hati, "Untuk apa aku mesej dia sebenarnya? Apa MOTIF aku mesej dia? Untuk penghargaan daripada dia atau Dia? Adakah Dia akan redha kalau aku buat perkara ni?".

Hamek, 4 soalan. Infinitinya markah, anda sahajalah yang bagi.

Kalau kita handal dan kental menghadapi ujian ini, bersyukurlah. Tetapi bagi yang tidak, kuatkanlah hati. Teguhkan dengan zikrullah. Semoga hati ini sentiasa kuat dan thabat untuk meraih redha Allah.

Biarlah tak dapat 'pandangan' atau 'caring/ambil berat' dari yang berlawanan jenis, tak perlu pun.

Kalau tangan ni gatal juga, maka tanyalah pada diri, "Bukan ke sahabat-sahabat aku lebih memerlukan mesej penguat semangat dari ku?". Lalu, kirimlah SMS pemangkin semangat kepada sahabiah kita yang tercinta, atau ibu, ayah, ahli keluarga yang lain. Itu jauh lebih diredhaiNya, insyaAllah :)

PENTING : Mesej yang tak digalakkan ini dari segi konteks personal. Kalau bersifat akademik dan pengumuman, dipersilakan. Jangan sampai tak 'sampai' info yang sepatutnya disebarkan =.=


Saat itu pasti akan tiba.


Bukan kita TAK AKAN bermesej-mesej dengan kata-kata penguat semangat penuh romantis [alamak, kenapa geli nak eja perkataan nih -__-"] dengan sesiapa pun di dunia ni. Masanya akan tiba. Saat di mana seluruh Inbox kita penuh dengan mesej/SMS dari seseorang kepada seseorang yang kita cintai dan dicintai. Yang telah diHALALkan segalanya untuk kita, berkongsi semuanya dengan kita. Yang insyaAllah berpaksikan cinta kepadaNYA :')

Sabarlah hati untuk saat itu ^__^

"Assalamualaikum. Satgi abang nak bagi tawjih untuk mabit ni. Kat depan abang ni ada ramai bidadari yang bertudung labuh. Tapi entah kenapa abang dak pandang lansung aih. Abang dok teringat yang kat ghumah tu ja. Tunggu abang no =D"

"Wa'alaikumussalam. Baik-baik ye bang. Jaga hati jaga IMAN. Semoga Allah permudahkan segalanya :)"


Yep, kepada si dia yang halal sahaja berhak menerima mesej itu~




insyaAllah :)





p/s : diambil dan diedit serba sedikit daripada artikel asal pemilik blog. Boleh baca artikel asal di sini

p/ss : Maaf, saya tidak boleh lagi 'romantik' untuk menaip mesej oleh pasangan suami isteri di akhir entri ini. My bad :(

p/sss : Tiada objektif untuk menyindir mana-mana pihak. Kalau ada yang terasa, seinfiniti maaf di pohon. Entri ini lebih 'peribadi' sekadar menjadi panduan pemilik blog untuk masa-masa hadapan :)







It should be on Restricted List, Anis.

Bukan Blocked List.



-______________-"



Sunday, October 23, 2011



"Good things do take time. Kadang-kadang kalau nak yang terbaik, mana ada sekelip mata je. Kalau iye pun, mesti sebab rezeki."

Sebab good things, saya 'block'. For good thing, saya restrain myself. One good thing, supaya diri kita terjaga.

Jaga hati. Jaga iman. Jaga diri. Jaga thiqah. Jaga semuanya.

Semuanya.


Di kala selesa 'di suap' dengan tarbiyyah..


Assalamualaikum.

Balik rumah kali ni tak seperti selalunya. Bila balik UIAMK tercinta semula, hati macam tak rela je.

Mungkin kerana emosi tak stabil. Tak stabil sebab semalam, yang di bawa ke hari ni.

T_T


22102011 low yatt plaza

Memang agenda 'bijak' lah kalau nak pergi area Golden Triangle ni malam weekends.

Tapi kalau dah student macam saya nih, dah lah uni jauh kat pantai timur, memang haruslah pergi time weekend kan? :)

Semalam saya ke Low Yatt, kononnya nak trade-in lappy, dan beli satu netbook. Itu fokus sebenar. Ibu berkehendakkan saya bawa balik satu netbook baru ke UIAMK.

Dan semalam, Om [pak cik saya dari Johor] bawak saya dan adik serta isterinya meredah KL untuk menunaikan hajat saya yang satu tu.

Jalan mana yang tak sesak untuk malam Ahad? Haruslah jammed kan.

Sebenarnya saya dah LAMA tak ke area tengah2 KL nih. Nama je duduk sini, tapi tak pernah teringin nak ronda2 kalau takde hal yang AMAT penting.

Dan disebabkan lama tak pi sini, maka, dah lama lah tak tengok pemandangan tak elok kat sini :(

Hati saya luluh+kecewa macam orang frust bercinta+sedih dan any other frustrating and weird words yang boleh describe perasaan saya malam semalam. Sedih sangat.

Sedih bila tengok banyak gerombolan anak Melayu muda remaja, berpakaian pelik pelik, bergaul lelaki perempuan tu dah satu hal lah kan. common. yang paling sedih, depa tonggak arak :(

Beli satu saiz besar, tonggak ramai2 a.k.a share. Yang pelik lagi, dorang minum, pastu minum Sprite pulak. apa effect dia ek? serius nak tahu.

Waktu tu, saya palingkan muka. Tak nak menghadap mereka yang kebetulan sebelah kereta saya je. Boleh sangat nak turunkan tingkap, then snap a pic. Tapi nanti dorang bangga pulak. Tapi sampai sekarang, tatkala taip ni pun, saya rasa sedih sangat. Kenapa dorang bangga ek?

Dorang minum tu kan, macam minum air Twister Apple pulak tau. Selamba badak je! Dahla tonggak tepi2 jalan besau tu. Kalau ye pun, kaver2 lah sikit kan. Tak lah tercemar hatiku ini T_T

Kemudian, as usual, memang dah jadi kebiasaan bila tengok benda-benda pelik sikit, saya mulalah nak pening. Selalunya bila tengok pemandangan macam ni, dan time orang bergaduh. Lelaki nak bergaduh, nak bertumbuk. Ha, mulalah macam pening. Kalau accident takpa, saya boleh tengok.

Bila dah pening, what do you expect nak berjual beli pulak kat Low Yatt yang crowded tu? Maka saya end up trade in laptop dan tak beli any net book pun.

Sedih kan?

Waktu ni, air mata nak burst out je. Tapi dek kerana ada mak cik dan pak cik, maka kene lah handle with care. Tapi dah mengalir sikit la, tak tahan gamaknya.

Waktu ni juga, I need to spill dengan someone, penat saya fikir siapa, akhirnya teringat seorang sahabat yang tak balik rumah ni :) then terus mesej beliau.

"Welcome to the reality Anis. The world is ugly. Sedih kan? Sbb tu kita xboleh ddk 'selesa' disuap dgn tarbiyah. Sbb kt luar sana ramai lg xfhm. Xtaw. Disbbkan kita2 yg fhm blom try memahamkan :'( sedih dgt. Dlm ramai2 Allah pilih kita dpt kefahaman.. Mesti penuh makna."

Dia sangat memahami. Terima kasih sahabat :')

Waktu tu juga, macam sentap sikit dengan perkataan 'selesa' tu. Bukanlah sentap bermaksud marah. Tapi marah dengan diri sendiri. Kenapa selesa sangat, wahai Anis? Jangan jadi beban dakwah sangatlah~

Ok, perasaan sebenar saya waktu tu. Takut. Takut sangat.

Bila balik, saya menangis sebelah ibu, sambil menyatakan rasa hati saya.

"Akak takut sangat waktu tu, macam mana kalau ibu dengan ayah takde. Akak nak harap kat siapa? Akak takut sangat kalau tak dapat orang yang kuat iman, yang akak boleh trust kat dia bila jumpa benda-benda macam ni..."

Ibu senyap je. Mungkin juga sebab dah tertidur.

"Doa. Doa banyak-banyak."

Ayat ibu yang ringkas, tapi soothe menusuk.

Perasaan saya bercampur baur. Mulalah nak stress. Bukanlah maksudnya saya tak suka tengok sebab saya 'suci', tak bercampur gaul macam tu. Memang benar saya tak bercampur macam tu, tapi mungkin lebih kerana saya TERKEJUT tengok situasi macam tu kot. Hmm.


Rasa bersyukur sangat to the infinity pun ada, sebab masih dalam kalangan orang yang mendapat kefahaman, walaupun tak cukup lagi. Allah jaga Anis, sila bersyukur :(

Dan waktu tu juga, rasa macam, "macam mana nak fahamkan dorang ni?".

Waktu tu juga macam nak balik UIAMK cepat-cepat. nak duduk je dalam bilik.

bak kata sahabat yang saya mesej on the spot tu, rasa macam tak nak fikir orang lain. penat. fed up. semua ada!

tapi, kefahaman yang ada bukankah untuk dinikmati bersama? T_T

mungkin seruan Nahnu Du'at telah menjelma. Sila bersedia anis.





p/s : teringat antara pesanan orang yang saya hormati kerana Allah, "Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjaga kita kembali." Thanks sebab selalu ingatkan saya :)


Monday, October 10, 2011

Tak sibuk.

Assalamualaikum.


Semalam berlalu cepat.

Memang saya nak semalam berlalu dengan cepat pun.

Semalam. Malu sangat.

So, saya nak sangat hari ni biarlah busy sampai saya tak teringat pun hari ni bakal habis. Apatah lagi nak teringat pasal semalam.

Alhamdulillah, hari ni busy sangat.

Memang tak teringat lah pasal semalam yang 'memalukan'.

Tapi bila dapat mesej penghargaan. Rasa terharu pulak.

Alhamdulillah, masih ada yang mengenang. Ingatkan dah dilupakan :)

Kadang-kadang, kita tak diuji dengan kehilangan, keperitan. Tapi kita selalunya diuji dengan kesenangan, pemberian.

Careful ok. Kalau suka, cakap alhamdulillah. Kalau benci, pujuklah hati *tengah pujuk hati!*

Jangan jadi manusia yang tak menghargai. Tatkala diberi perhatian, rimas. Bila tak diberi perhatian, mula mencari perhatian, esp dgn jalan tak sepatutnya.

Take care kawan :)


Monday, October 3, 2011

Menanti di batas waktu.



Assalamualaikum.


Mode : Penat. Seharian berada di luar bilik. Ke cafe untuk menikmati makan malam.

Sedang makan.

Makan sambil berbincang *tak senonoh kan*

Tiba-tiba.


B : A, kalau ada orang 'nak' sekarang, A nak kahwin tak?

A : Ha? *Berhenti potong daging. Tengok muka sahabat di depan*

B : Kalau ada orang nak kahwin dengan A, A nak tak?

A : *Buat-buat potong daging, macam liat sangat* Erm... *panjang fikir* Tak kot. Eh, entahlah. Kenapa? B ni tanya macam benda kecik je!

B : Takdelah. Ada orang tengah mencari. Saje tanya A, mana tau A nak ke *Nada suara tak boleh lagi serius pulak kan.*

A : Oh. *Takde perasaan* Kenapa tanya A je, kenapa tak tanya orang lain? Entah2 orang tu nak kat B, tapi dia saja je cakap tolong carikan!

B : Eh, tak lah! B tak kenal dia pun. Dia suruh kawan B carikan. Pastu kawan B suruh la B cari-carikan jugak.

A : Oh. *sekali lagi takde perasaan* A kenal dia tak? Eh. *rasa macam tanya soalan apa pulak*

B : Tak kenal.

A : Oh. Dia course apa? *boleh tak tanya macam ni? mana lah ciri2 soalan tarbiyyah nih T_T*

B : Tak tahulah.


Seriously, saya tak tahu la nak cakap apa kalau orang tanya macam tu kan. Bila ditanya, saya terus terbayang something.

Yang. Saya. Tak. Tahu. Milik. Saya. Ke. Tak.

Situasi ni pernah hinggap kat mimpi saya dulu. Dulu dulu. Tapi tahun ni juga rasanya. Orang melamar, bukan sahaja melamar, dah bawak rombongan ke depan rumah dah pun.

Yang bestnya, saya tak kenal pun orang tu.

Saya gabra habis lah.

Ingat lagi, apa yang saya buat.

Saya call calon menantu kesayangan ibu, sambil menangis-nangis T_T

Tapi itulah mimpi, sesak menangis di bawa sampai ke realiti.



Tak tahulah dah bersedia ke belum. Bak kata2 Minn Edina dalam Versus, kalau nak tunggu bersedia, sampai bila-bila pun takkan bersedia.

Tapi saya akui lah, saya memang menanti di batas waktu pun :)(:

Setelah apa yang dilalui, bersama. Saya menunggu saat dan ketika je.

Saya rancang dan cakap je, semuanya Allah yang tentukan.

If He say "Kun!"....--> bak kata Dr. Razak, lecturer UNGS saya :)


Saya yakin, 'dia' yang saya tak tahu siapa tu pun, menanti di batas waktu.





menaip sambil mendengar lagu Nantikanku Di Batas Waktu-Edcoustic.





Gambar ni diletak bukan sebab Ustaz Azhar ye.

Cuba cari sebab apa.

:)




p/s : kepada yang terasa dia macam watak B yang dinyatakan, jangan reveal diri anda ye. Hehehe :P


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...