
assalamualaikum.
sudah TERLALU lama tidak menekan2 laptop ni, akhirnya semalam saya dapat kembali 'connection' via wifi kat rumah. alhamdulillah. senyum sampai ke telinga, boleh? :D
agak pelik bila sudah lama tak online. bukan setakat blog yang ditinggalkan 'berhabuk', tapi juga ayat pun jadi berterabur :P
dan yang paling mantop, satu hal pula nak scroll down bawah bawah dan bawah kat laman sosial, FB :D
sahabat sahabat :)
alhamdulillah dikurniakan sahabat sefikrah yang sentiasa update hal2 terbaru program tarbiyyah. thanks to Syahidah Sith dan Amalina Annuar. hehe. deretan SMS dan call yang banyak, jazakumullahu khoiran :)
sebenarnya nak sambung type untuk entry yang satu ni, ditinggalkan sebagai draft before offline untuk beberapa minggu hari tu [online hp dikecualikan :P]. tapi sebab dah lama tinggalkan, maka takde pula idea nak menyambung kembali. tajuk dah ada, tapi isi penting dah ingat ingat lupa. so biarkan dulu.
untuk Facebook or Facebooking nih, saya rasa hampir semua dah ada akaun sendiri kot, bukan sekadar belia remaja je, mak belia ayah belia, cuma saya tak nampak atuk je lagi kat bahagian Family tu :P tak taula kalau ada kan, pergh. memang up to date la atuk tersebut.
ayah saya ada, tapi saya tak add :D ok, ibu saya takde. adik beradik lain semua dah ada. so keluarga saya biasa biasa je :)
saya tak tahulah nak kata apa kan, nak kata kawan saya kat FB ramai sangat sampai beribu, tidak juga. baru lapan ratus lebih. boleh dikatakan, 30% kawan2 sekolah, dari sekolah rendah [tadika takde, saya pun lupa] sampai ke sekolah menengah terakhir saya, iaitu KUSESS. 60% adalah pelajar UIAM [atau yang saya kenali sewaktu menuntut di UIAM, and still going on] [BIG CLAPS] dan 10% adalah anonymous2 yang saya add sebab tarikan dakwah nya a.k.a public figures [wahhh :P] dan anonymous people yang SUDI nak jadi kawan saya anonymously :) kadang2 tak kenal pun, ok fine mutual friends ramai. alhamdulillah-lah, jaringan ukhuwah melebar. baguih2 :D
ok, sambungan kepada "saya tak tahulah nak kata apa kan" di atas, setakat ni, FB do wonders pada saya, in ukhuwah way lah of course.
pelik betul. saya macam ORANG TENGAH. tiba-tiba, dua orang yang berbeza 'generasi' add to each other, then they become friends. so sweet kan?
saya macam,"eh, dorang kenal ke?". kalau saya tanya macam tu kat kawan, mesti dorang cakap,"dah nama satu uia??". ye lah, satu uia, tapi lain generasi, tak mungkin bertembung, kampus pun lain [wah, sape lah ni :P]
rupa-rupanya, depa satu mahallah. tee hee~ [ok, dah tau kampus mana kot, takkan Kuantan pulak :P]
rasanya saya pernah cerita macam mana saya kenal dengan Syahidah Sith [haha, sorry syida, pinjam nama jap :)]. FB punya kerja juga. ok, bukanlah FB sepenuhnya, sebab saya yang 'gatai' pi add Syida :D tapi, via FB, semua benda kita boleh tahu. as i said before, in ukhuwwah or friendship way.
itu baru berkisar dengan budak UIA. belum tengok kawan sekolah rendah saya jadi roommate kepada kawan UIA saya. nasib baik depa berlainan jantina dengan saya, kalau tidak konfem dah buat reunion 2 in 1 :)
mungkin ramai termasuk saya, yang menggunakan FB sebagai wadah berhubung dengan rakan-rakan. sebab kalau guna SMS, mungkin melebihkan kos pula [especially kalau Maxis dengan Celcom. erm]. bukanlah tidak mahu berhubung terus via hp, tapi lebih selesa kalau boleh menggunakan social networking. selain daripada tu, and most importantly, kita boleh update STATUS terbaru dorang. bukan status 'in a relationship' tu, tapi "What's on their minds" at the moment :)
nak dijadikan cerita, saya ke rumah bapa saudara Ahad lepas. masuk je rumah dia, nampak anak perempuan beliau a.k.a sepupu saya yang baru berusia 8 tahun tengah bermain game di laptop mak saudara saya. ok, lepas tu saya pun macam ada 'gesa' nak pinjam la kan, of course. hehe.
tiba-tiba dia suruh saya tengokkan game yang 'hang' tu. saya pun ter'amik kesempatan' lah sekejap, dengan buka Tab baru dan online FB sat.
dah browse Home, saya akan ke Profile. saya jarang tekan Notifications yang melambaks tu. Biar buka profile dulu, baru surprise :D
ok, lepas tu saya akan teruskan stalk [:P] ke page kawan-kawan, dan orang2 yang saya nak stalk la kan :P
Tiba-tiba, saya ter'sentap' jap bila tengah browse facebook seseorang ni.
Ok, jari macam 'hang' boleh?
Kawan saya accident.
Tyme tu, berderau seriau darah saya. Ikutkan hati macam nak call je teruih, tapi memandangkan update dari sahabat kepada kawan saya tu, menunjukkan dia macam baru accident. like 3 hours ago. [pada waktu saya online tu]
Terdiam kejap. Hasrat di hati nak tengok page Akhawat mengenai program tarbiyyah yang bakal diikuti, terbantut sat.
kebetulan, azan asar berkumandang.
saya terus paling kat ibu, "Ibu, akak nak solat.". Ibu boleh pula senyum manis. Seolah2 memahami apa yang sedang berlaku.
azan pun belum habis waktu tu. saya nak beritahu ibu, sebab ibu pun kenal sangat kawan saya tu. tapi tak tercakap. tangan terus sms adik di matriks. adik pun balas pantas, agaknya faham perasaan kakak dia.
waktu tu, saya perlukan lebih dari adik saya sorang, untuk luahkan segalanya. saya sangat risau. TERSANGAT risau. tapi, faham fahamlah. dah lah kat rumah orang. takkan nak berdrama kat ruang tamu tu pulak kan?
lepas sms adik, saya terus mengambil wuduk, dan tunaikan solat Asar. tak cukup dengan itu, saya lakukan juga solat Hajat untuk kawan saya tu. sebab hati saya betul betul tak tenang! saya boleh luah kat Allah je T_T
Allah jua Yang Maha Mengetahui.
saya mendoakan seluruh kebaikan kepada beliau dan rakan-rakannya yang turut serta accident, sebab saya kenal KESEMUANYA. awwh, tacing2!
saya hanya mampu berdoa dari jauh, dan redha dengan segala ketentuan yang Allah timpakan kepada beliau dan sahabat2nya. saya tahu, Allah jaga mereka. Allah nak naikkan taraf hamba-hambaNya, dan bak kata adik saya, "Allah tahu dia boleh bertahan, sebab tu Allah uji dia dengan ujian macam tu". so sweet :')
lepas je solat, dengan kuasa Allah, hilang segala resah gelisah. saya 'usha' balik FB beliau, dan ALHAMDULILLAH, semakin ramai yang bertanyakan khabar beliau via FB, dan beliau sendiri yang membalas kesemuanya. tahulah saya yang beliau selamat, boleh online lagi kot! :P
oh, before solat, saya sms kawan saya tu, mengharapkan beliau cepat sembuh. dan saya habaq yang saya tahu via FB! :D
bukan nak berterima kasih sangat kat FB, saya tahu, FB sekadar wadah perhubungan dengan sahabat shj. tapi kuasa Allah juga lah yang paling berkuasa. kalau tidak kerana gerak hati saya nak buka FB kawan saya tu, tak juga saya ketahui. serius! takde orang pun tetiba sms saya cakap kawan saya tu accident. maksudnya, cerita tu tak tersebar, hanya sekadar di FB kawan saya dan sahabat2 nya shj. walaupun tak teruk mana, tapi kereta rosak teruk dan driver yang memandu tu hampir patah kaki, teruk kan?
hebatnya KUASA ALLAH :)
saya hanya mampu bersyukur di kejauhan. kat rumah pak cik saya kat tengah2 KL pula tu. nak berkejaran ke hospital di utara tu, memang tak lah. tapi saya yakin, ALLAH jaga kawan2 saya :)
huhu. sampai sekarang, saya tak tahu kenapa saya je yang wondering lagi.
saya mendoakan beliau dan sahabat2 kembali sihat seperti biasa, dan dapat menjalani peperiksaan dengan baik. paling penting, semakin thabat di jalan ALLAH :)
amin ya Rabb.
-the end- :P