Showing posts with label Student's life. Show all posts
Showing posts with label Student's life. Show all posts

Thursday, November 18, 2021

5 days to my convo ;)

 Bismillah.

Finally the day will come. 

The day when I finally graduated. Officially. 

Frankly speaking, I have never dream of graduating. What more attending my own convocation ceremony.

Tapi kuasa Allah swt tu melebihi segalanya T.T


My postgraduate journey was not a smooth sail - but worth it.

Alhamdulillah.

Aku banyaaaaaaak sangat belajar dengan manusia yg aku jumpa sepanjang my master journey ni. 

Yang manis, yang kelat. Yang bitter, yang happy. 

Semuanya!

Kalau ada yang bertanya, okay ke belajar master sampai bertahun-tahun?

Aku jawab "Okay je". Seriously. 

As long as kau kena kutip semua pengalaman dan hikmah berharga. Jangan pernah mengeluh.

Okay tipu, boleh la nak mengeluh sekali sekala. Aku bukanlah malaikat yang baik.

Banyak sangat air mata tertumpah, terasa hati jangan cakaplah. 

Tapi semua tu pengalaman. Yang alhamdulillah mengajar aku mengenai kehidupan.



And yang paling aku ingat, aku pernah doa la.

Aku harap aku finally jumpa jodoh aku, and kahwin lepas grad :P


Okay yang ni kan, aku tak tau lah. Aku serahkan semuanyaaaaa kat Allah swt.

If ada jodoh then ada. 

Kalau jodoh aku dah kat Syurga sana, then pandai2 la aku mengemudi diri aku sendiri kat dunia ni. 


Aku rasa 31 ni last la kot aku nak fikir beriya pasal kahwin ni. 

By the time January 2022, aku harap aku tak gedik sangat dah la.

Korang yang terbaca ni doakan la eh?

Walaupun calon macam kelabu2 asap lagi, takpe la kita doa je la ek.


Saje update blog. 


Yours,

Anis





Wednesday, May 30, 2012

508. Malu sendiri.

Assalamualaikum :)


Lately ni kehidupan sering dipertemukan/di'kebetulan'kan dengan bertemu/berkenalan/mengenali orang-orang yang hebat.

Yup, cukup hebat.

Kalau tak kerana pencapaian mereka, kerana attitude mereka. Atau pun kerana human sense mereka. Tapi mostly sebab pencapaian. 

Yang buat saya rasa, oh, malu sendiri. T.T

Bukan malu yang negatif tu, bukan. Tapi malu sebab saya tak tau apa lakaran saya kat dunia buat masa ni.

Masuk t.v? Tidak. Memberi taujih? Tidak juga. Membuat public speaking di pentas Harvard? Jauh sekali.



22 tahun. Sejauh mana saya bermanfaat? T.T






"Kawan dengan semua orang. Bersahabat dengan sahabat yang 'membina' sahaja. Agak-agak meruntuhkan, faham-fahamlah kena buat apa."




.........................................................................................................
Pagi 30 Mei 2012


Sarapan di gerai roti canai. Seorang hamba Allah berbaju oren melintasi.


"Aku kenal orang tu. Dia baik gila weh. Dia suka memasak. Dia selalu tolong mak dia. Dia orang Kedah. Dia bla bla bla bla....."- A.


Saya tak suka kebetulan ni. Serius.

Tuesday, May 29, 2012

507. Quickest rant.




Pertama kali post entry before exam petang ni. Berani betul :O

Sepatutnya 'khusyuk' menghafal Parasitology, sebab subjek ni agak 'berat', dan markah mid sem saya yang 'tidak berapa lawa' untuk dipandang.

Saya akan cuba. I'll try. 

"Usaha takkan pernah tamat selagi kaki tak menjejak exam hall.."


"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

Ameen.



-------------------------------------------------------------------------------

Teringat pesan Syeikh Jum'ah Amin. 
Dakwah=Study
Ingat tu, Anis.

Thursday, May 24, 2012

505. Balanced.





"Sebab Allah tengok USAHA."




"Awak, dia dan mereka pula hanya menilai pada results."



Tak ke penting, kedua-duanya sekali?





Doakan.


-----------------------------------------------------------------------------------------

"Exam ni memang akan selalu datang. Ia juga akan berlalu pergi.. Cuma........"





to be continued :)

Sunday, May 20, 2012

503. Habis semester, imtihan dan dot dot



Tak sangka dah nak habis semester ni. Ok, ayat cliche menjelang habis SETIAP semester.

Fantas. Shepat. dan seumpamanya. Rasanya baru nak melabuhkan punggung di kerusi, rupanya dah nak kena 'aware' balik, sebab exam dah nak start Khamis ni, berderet sampai Sabtu. Allahu!

Rasa sedih sebab lecture semester ni semuanya best-best belaka tak tipu woh! :)

Semester yang sangat bermakna. :)

  • Saya nak sangat beli buku yang berkaitan syurga Allah. Iye, tempat kita bersuka-sukaan dan BEREHAT nanti ^___^ Setakat ni baru jumpa buku ni, kat library, pada masa yang 'sangat sesuai' :D Having thought of buying this book, kalau susah sangat nak cari yang lain. Any suggestions? Kindly tell me! :)







  • Terjumpa tulisan ni di kain rentang pledge for Palestin, malam Jumaat lepas, masa talk dr.Hafidzi di UIAM Kuantan. Rasanya ni budak-budak comel yang tulis ni :')

Comel kan? Nama Mujahid?














Tadi, study di library. Dengan prospectus University of Sheffield di sebelah. Motif?

Semangat lah kununnnn! Awak nihhh! :D



*ceh, malunya.*







"Allahumma najihna fi hazal imtihan fiddunya wal akhirah."

ameen ya Rabb :)

502. Post Mortem.

"Ok, malam ni kita ada Post Mortem. Semua wajib hadir eh."


Oh. Habislah.


Salah satu perkara penting dalam pembikinan sebuah event, POST-event, adalah post mortem.


Dan juga sidang meeting yang paling orang tak nak datang, kalau boleh.


Walhal perkara inilah yang paling penting, sesi muhasabah beramai-ramai atau jamai'e semua komiti. Nak tau mana yang buruk, salah. Boleh diperbaik untuk masa akan datang. Yang dah sedia baik, cantik, kita perhiaskan lagi, supaya lebih baik!


Tapi bila dengar perkataan P dan M ni je, orang dah terbayang 'hentaman'. 


"Kalau boleh pihak PC di masa akan datang peka dengan sebarang perubahan semasa majlis. Supaya biro lain takdelah kelam kabut sangat ye."


Si dia di biro PC hanya mampu menunduk. Mengetap bibir, sambil mengangguk. 


Yang lain hanya memerhatikan. "Bila lah turn aku pulak ni." getus hati kecil masing-masing.


Wah, suasana Post Mortem.


Post mortem juga seringkali dikaitkan dengan unsur kinayah. Err, apa itu kinayah?


Kinayah 'membina' mungkin boleh tolerate lagi, tapi kinayah berbaur hentaman/payback, memang terasa.


Sebab tu lah post mortem selalu diistilah kan, meeting menuding jari.




'ala kulli hal, penting kot post mortem ni. penting bagi S/U sebab kena buat report. penting bagi PM mengenal pasti baik, buruk, kelemahan dan sisi cemerlang programme under beliau. penting bagi AJK Makanan mengetahui kesedapan atau tidak, makanan yang diagihkan. *nak cakap betapa pentingnya post mortem meeting ni*


tapi disebabkan istilah disalah erti kan, kita pun berubah minded terhadap meeting ni. 




Macam saya baru-baru ni. 


Setelah membuat gerakerja untuk satu aktiviti susulan sepanjang semester ni, hanya baru sekali, pertama kali, dan mungkin yang terakhir untuk semester ni, mengadakan post mortem [air mata mengalir]


Saya tidak memegang peran yang besar dan 'berjenama'. Sekadar memastikan venue di booking, dan hanya menolong mempromosikan aktiviti. Oh, itu bukan masalah utama.


Tapi, ketika sesi post mortem bersama barisan AJK terdahulu, kakak N, bekas pengarah memberikan kata-kata, membekas di hati.


Kata-katanya saya tak ingat exactly, tapi lebih kepada mentajdidkan semula niat bekerja kepada Allah, dan mengingati semula objektif setiap aktiviti dianjurkan.


Nampak simple kan? Ada pula yang menganggap cliche. pergh.


"Walaupun tugas yang diberikan sekadar book tempat, tapi janganlah bekerja sekadar untuk memenuhi jobscope kerja. Ingat semula apa objektif kita. Kita nak seru orang kepada Allah. Allah itu yang utama."


"...kita perlu bekerja, untuk menjadi bukti kepada Allah, inilah usaha kita. Kalau kerja biasa-biasa sahaja, macam mana kita nak buktikkan kepada Allah?"


Kak N suruh kami rujuk surah al-Insyiqaq, ayat 6.




".....sesungguhnya kamu telah bekerja keras menemui Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya."




T.T


"Anis, ni contoh je tau. Jangan terasa pula." ujar kak N sambil tersenyum. Cuak rasanya kalau-kalau saya terasa lebih ke, nak-nak pula saya duduk betul2 bersebelahan dengannya.


Saya tak kisah lansung kak, malah berterima kasih kepada akak kerana dikurniakan ilham oleh Allah untuk menegur saya, indirectly :(


Sangat.Tak.Kesah




Betul lah. Dalam pada 'penat' melayan kerenah dunia, kita selalu terlupa perkara-perkara ni, motif UTAMA segala perkara/kerja yang kita buat.


Hanya untukNya. 


Bila motif utama tu dilupakan, apa agaknya natijahnya?


Lesu.Lemah.Tak bermaya.Tak bersemangat. You named it.


Tapi lepas post mortem, dah tahu kelemahan masing-masing, rasa SEMANGAT pun datang jua. Walaupun terpaksa pendam semangat tu sampai ke next LONG semester, which will be started insyaAllah somewhere in September. :)


Amacam, penting tak post mortem ni? :)










---------------------------------------------------------------------------------------------


P.S Rasanya lepas ni kena tukar perkataan post mortem kepada 'Muhasabah Jama'ie' kot. Psycho habis words PM tuh. Ergh.


-Sila buat sesi muhasabah secepatnya. ASAP. Kalau nak tunggu selepas dua minggu program habis, memang harapanlah! Lemau.


Just saying ;)









Sunday, April 22, 2012

Hak kamu itu.

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang diantaranya tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman al-Farisi, sahabat baiknya, telah menegurnya dengan sebuah hadis yang bermaksud,

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu, dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Rasulullah S.A.W mendengar ucapan Salman, Baginda berkata, "Benarlah Salman." [Hadis Riwayat Bukhari]


Hadis ini merungkaikan tentang hak. Selalunya bila cakap pasal hak, mesti kita [saya selalunya] cakap pasal tanggungjawab. Hak isteri, hak suami, hak cipta terpelihara, semuanya yang berat-berat belaka.

"Ini hak aku! Aku yang punya!". Ini pun sejenis hak juga -_____-"

Dalam hidup sehari-hari, selalulah nak rasa penat. Pergi kelas, penat. Buat aktiviti sket, penat. Jadi komiti program, penat. Nampak sangat hati tu tak besar *menangis laju*

Bila dah penat, maka semakin susahlah kita nak memenuhkan hak-hak yang lain. Hak-hak yang dimaksudkan dalam hadis kat atas tu, especially!

Kalau kita perasan, semua benda sekeliling kita ada hak masing-masing. 

Dan, kalau kita tak penuhi hak itulah, yang Allah akan tanya pada kat Sana nanti.

T.T

Lately, saya sukar betul nak penuhi hak roommates saya. Aduih.

Memanglah kami bertegur sapa, itu je lah the simplest thing that I can do. Sebelum keluar bilik, jerit nama Aqlili, tengok dia menyahut ke tak. Lepas tu tanya sepatah dua, then keluar.

Pada sebelah malam, tanya Anis Ahmad pasal kelas [both of us je yang sama course dalam bilik kami] [nama pun sama, so kena panggil nama ayah sekali], dia pasti akan  jawab dengan semangatnya. Dah habis tanya, tidur.

Itu yang terjadi, sejak mula bulan April ni. Bulan HECTIC HABES sedunia. Bukan saya je yang terkejar-kejar dengan esaimen etc, orang lain pun.

Tapi, dah lama rasanya tak pergi cafe bersama-sama dengan Aqlili. Rindu nak spend the whole days kat compartment dia. Bawak dia p makan :')

Eh, touching pulak. La ni, dia pulak busy. Busy explorace. Bulan April ni je, dah 3,4 kali g explorace. 

Ok, ini bukan post pasal Aqlili :P

So, roommates itu sendiri ada hak ke atas kita. Saya nak ingatkan diri saya, selalu-selalulah bertanya khabar kat mereka, walaupun dah terang tang tang tang depa tu sihat wal afiat :D

Tanya lah, ada barang keperluan tak cukup ke? Boleh lah kita p beli barang sama2 :)

Jangan lupa roommates anda. Dorang adalah orang YANG PALING DEKAT dengan kita kat kampus ni. Nak harapkan teman baik anda, sah-sah la dorang tu bilik pun lain, level pun lain, blok lain, entah2 mahallah pun lain~ Tapi kalau kawan baik adalah roommate anda sendiri, untunglahhh :)

Bila cakap pasal 'hak', ingatlah yang paling hampir dengan kita. Because we tend to ignore those small, picisan, close and whatever things that nearer to us. Selalu nampak hat besaq, jauh nun tu ja. 

Ingatlah juga, bilik kita mempunyai HAK ke atas kita. Bersih-bersihkan la, jangan nampak serabut sangat aihh.

Jangan luaran tampak hebat, tapi dalam, hampagas -___-
Tak sempurna tak pa, memang lumrah kita. Tapi apa salahnya mengejar kesempurnaan?
:)

Macam amik rotan pukul diri sendiri nampak?




******************************************************






Hak saya juga, untuk menerima teguran daripada orang lain. Untuk terima surat 'cinta' dari orang lain. Hah.

:)







Hak kawan-kawan yang perlu dipenuhi :)









Berebut lah kome!

Tuesday, April 17, 2012

Sorry bro.

Kelas Leadership.




"Kau ni kan, kalau aku cakap mesti kau buat bodoh je kan!"


Erk. Terkejut saya dibuatnya. Sudahlah suara brother tersebut kuat, nasib je tak lantang.

Dia juga sedang memandang saya, memang orang akan tahulah ayat tersebut ditujukan kepada siapa.

***

Buat pertama kalinya dalam hidup, ada orang menegur saya sedemikian rupa. Straightforward satu hal. Hal keduanya, perihal 'buat-bodoh-waktu-orang-cakap'.

Sorry la bro, saya sedang belajar ni. Kebetulan dalam fasa-fasa macam ni, memang tak lah untuk saya memandang anda dengan fokusnya.


Mungkin juga bro tersebut seorang yang luruskedepan, maka dia terus cakap kat saya macam tu kot. Em, biarlah.


Tiba-tiba teringat Head Bureau saya. Saya rasa saya lagi 'tegas' dengan beliau. Nampak juga riak-riak tak selesa beliau tu. Tapi, gheja tetap gheja kan.

In a way, saya bangga dan suka, sebab akhirnya saya dapat elak jugaklah benda2 yang tak sepatutnya, dan akhirnya ada yang berkata saya seorang yang tegas ^__^

The same thing jadi tadi. Kepada pembantu kafe di KAHS. Saya meminta sambal belacan yang terletak di meja di dalam kafe, takkan saya nak buat 'dhek' dan masuk ke kafe tu tetiba kan.


Saya pun meminta 'abang' tu letakkan.


Tapi bahu saya disapa lembut oleh HK. "Garangnya.", sambil tersenyum.


Ok. Garang benau ke saya ni?


Takpelah, proses 'belajar' memang macam tu *senyum ke telinga*











P.S Kalau ikutkan hati muda remaja, nak je balas, "Siapa kau untuk aku fokus sangat bila bercakap? Perlu ke?" dengan aksi paling menyakitkan hati. Tapi, di sinilah fungsi saya, dan medan impression orang kat saya, du'at katanya. Tambahan pula, ADIK kot, mungkin belum menjengah 'kematangan usia' lagi. Biarlah. :)

Thursday, March 8, 2012

Allah yusahhil.



Assalamualaikum.

Alhamdulillah Alhamdulillah wal hamdulillah :)

Segala kerja untuk minggu ni Allah permudahkan. Guess what that has made up my day, yesterday?

:)

Dapat memandu ke UIAM tanpa rasa gerun, cuak dan seumpamanya adalah salah satu nikmat Allah yang best untuk semester ni. Lagi best kalau dapat Dean's List, Allahumma ameen inshaAllah :)

Haih, seronok.

Tapi, setiap nikmat itu berbeza-beza cara tarbiyyah nya kan? :)

Mungkin, dapat nikmat yang ini, terpaksa pula dikorbankan yang lain. Contohnya, telah tersemat dalam planner untuk menghadiri 2 walimah dan satu jaulah pada weekend ini. Ceh, tak nak spend masa kat UIAM la konon >.<

Tapi akhirnya, diseru ayah untuk pulang ke rumah. Rancangan Allah lebih baik inshaAllah.

#Minggu depan dah start kuiz yang berderet. Dah pandai dah bagi kuiz straight throughout the week. JUMAAT DEPAN mid semester exam untuk Biochemistry II. Amek gedebuk sejibik. Plan lagi macam-macam, sila uruskan masa dengan baik -_____-"

#Event i-Fest bakal bermula sebulan lagi. Proposal dah approved oleh orang Gombak, maka semuanyalah nak disiapkan within this time. Nak exam, nak interkuliyyah, nak kuiz, nak cari sponsor, nak cari media, nak jemput IPT, time ni lah. The time has arrived! Memang best pun buat kerja last minute ni -_______-"

#One thing is, bila Allah permudahkan, atau kurniakan satu nikmat, mesti lah bertambah juga satu tanggungjawab atau taklifan :)

#Semakin lama, saya dapat rasakan bahawasanya, rahsia saya semakin terbongkar. Peluk sendiri lepas sendiri ke anis?

#Banyaknya tanggungjawab, jangan lupa tanggungjawab yang asas, dakwah. Tugas anak kepada mak ayah family. Pelajar. Kawan. Musuh tak permanent [err.] hehe gurau :)

#Semakin jelas, famous tidak bermakna committed. and vice versa. noted that.


Rabbuna yusahhil :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...