Saturday, November 28, 2009
bila pengorbanan bersuara....
Saturday, November 14, 2009
peak of the turning point..



Wednesday, October 21, 2009
it is not the end of evrything.. tho..


buat diyanah nadhirah..
sharing sket..
I've received this msg from my friend entitled,'Life Handbook'.. quiet interesting,just a quick note... and,would like to share and spread it to my other friends.. :)
HANDBOOK 2009
Health:
1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time for prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008.
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
Society:
25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.
Life:
32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. ALLAH heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank ALLAH for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.
Last but not the least:
40. Please Forward this to everyone you care about :)
Thursday, October 15, 2009
islah diri.. :)

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Anis took the Personaliti Berasaskan Tarikh Lahir/ Ketahui Pasangan Anda quiz and the result is no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah ...keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9..
Sunday, October 11, 2009
ingatan tulus ikhlas..
pada hari raya ketiga yang lalu,seorang sepupu sy telah selamat menjadi suami kepada seorang gadis berasal dari Marang,Terengganu.. dan sy xjadik nk menghadiri pernikahan tersebut, memikirkan akan pulang ke cfs pada hari raya keempat serta kunjungan kerabat2 sy dari Johor ke rumah..hhmm~ *bukan kerabat DiRaja ye..kerabat means keluarga besar je..*
okay,bukan nk bercakap mengenai perkahwinan,pernikahan dye.. tetapi,something yang sy jumpa bila belek2 kad kahwin yg dye distribute kat kami sekeluarga.. *saya ni xabeh2 nak belek kad kahwin..maap la ye..*
selalunya,masyarakat akan letak Doa Untuk Pengantin atau puisi2 indah mengenai alam perkahwinan,puisi Adam dan Hawa dan macam2 lagi lah,pada kad kahwin atau walimah 'ursy mereka.. tapi,xtahulah.. sy yang terlalu 'lama' xpergi majlis kahwin,dan menatap kad kahwin org atau memang ini antara 'cara' baru utk memberi tazkirah sambil2 menatap nama mempelai,pada kad kahwin sepupu saya ni,yang berwarna hitam,which is again,a new thing for me,terteranya isi kandung Khutbah Terakhir dari Rasulullah S.A.W..
jika sebelum ni,sy post entri utk ahli keluarga Nabi,kali ni khutbah terakhir dari baginda..
Sekadar mengingatkan kembali wasiat dari Junjungan Mulia.. :)
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
*sama2 lah kita merenung kembali peringatan daripada Baginda S.A.W..*
peringatan utk diri sendiri,dan ingin dikongsi bersama rakan2.. :)
wallahu'alam..
Tuesday, October 6, 2009
september 24th..
baru hari ni berpeluang nk mencoret kenangan 24th haribulan SEPTEMBER setelah abeh segala exams..
24th yg lepas,sume org tau merupakan hari raya ke-5.. tapi,hari raya ke-4 sy telah balik ke cfs utk menghadapi peperiksaan akhir semester I 2009/2010.. which is started on 25th,for my schedule.. peperiksaan utk subjek Computer.. adehs.. balik ke uia awal,utk exam je.. di mana org lain,belum balik dr kampung pun.. haih..
tp,xpe.. itulah dinamakan pengorbanan.. sebagai seorang pelajar.. sy pn tak kesah sangat,sbb tahun ni hanya meraikan eid mubarak di rumah shj.. so,xdelah feeling sgt..
tp,tyme study utk comp tuh,sambil2 dgr radio,hampir sume lagu yg diputarkan lagu raya.. especially IKIM.fm.. wah,terharu..
mengenai 24 haribulan yg lepas.. sy sedikit terkejut dan terharu pada hari tuh..
tgh solat zuhur,pintu bilik diketuk berulang kali.. "Anis..anis...Assalamualaikum.."..
suara dari luar.. kebetulan,pintu bilik dikunci.. tyme tu tgh rakaat terakhir.. sapela pulak ni?..
usai je bg salam,sy terus meluru ke pintu.."Farahin kot..",teringat the only kwn yg balik awl ke uia gak..
bukak je pintu,tercegat la dua org gadis sambil memegang beg kertas..
"Oh,Faaizah... Anis pn ader.. I thought someone else..huhu"
"Anis,why u balik awal?",tanya Faaizah..
"Oh,I ader xm comp jumaat nih.. duk kt umah,susa sket la nk study,asyik nk beraya je..hehe"
tbe2 Faaizah menghulurkan sekeping kad yang agak besar,berwarna pink lembut yang terang,kepada sy..
"Eh,ape ni Faaizah?" tanya sy pula..
"Anis, I'm getting married!!",ujar Faaizah separuh gembira+excited...
"HAA?????!!!!! are you serious?????!!! oh,you are the one la! I tau someone's getting married at the end of this year.. tp,xtau sape.. then,you la orgnye!! Congrats!!!" ujar sy yg hampir menjerit..
kahwin? 19 tahun?
"Anis,datang tau..",pujuk Faaizah..
"InsyaAllah,seriously.. rase cam nk pergi.. ni first time kot kwn I kawen..huhu.."
"Nwy,good luck eh Faaizah..",sambung sy dgn senyuman penuh bermakna.. :)
Faaizah ngan anis berlalu dari bilik.. banyak lagi kad kahwin nk distribute..
Saya? cam tercengang pn ader.. dgn telekung xbukak lagi.. sy belek kad tu banyak2 kali..
masyaAllah..
macam2 rasa ada.. tbe2 cam rasa "lambatnya ak kahwen.." pn ader..
sy tau cerita kawan sy ni.. dye di'arrange'kan dengan seorang jejaka,yg tgh buat Master in Engineering kt UK.. (subhanallah...)
hanya ucapan good luck,all the best,semoga berbahagia hingga ke akhir hayat yg mampu sy ucapkan kt dye.. terharu kerana terpilih antara ramai kawan2 dye kt cfs,sy jugak yg diberi kad yg tersangat lawa nih.. cam xsesuai je.. :)
Selamat Menjadi Isteri Solehah :)
kisah 2
oleh kerana tidak mengambil lunch yg berat,sy nekad utk ke Mahallah Zainab Al-Jahsy utk dinner bersama sorang kawan yg jugak akan mengambil exam Comp pada keesokan harinya..
setelah mengambil dinner,membaca comp,sy ternampak di rak buku beliau ada majalah sekolah lama beliau,SMK Aminuddin Baki.. :)
"Muka bodoh2 je..",kata kwn sy tuh.. takut benar org komen mengenai muka2 zaman sekolah ni.. xde hal la.. :p
ku selak,tatap,selak,tatap,selak...tatap..tatap..tatap.. eh,ak kenal org ni!
"weh,ko kenal eh dye?,MasyaAllah!",jerit saya,terkejut si kawan ni..
"oh,dye,kenai2.. awat?kawang hang ka?",soal si kawan..
"ya Allah..dye bestfren ak kot..tyme sekolah rendah dulu.. ya Allah.. dah 7 tahun ak carik dye.."..
syukur nye sy ya Allah.. akhirnye,setelah lama sy cari beliau,akhirnya sy jumpa,dgn xsangka2 nya.. sy xpernah xpect pn nk jumpa kwn lama sy ni,hanya dgn menyelak majalah skolah lama kawan,dan ketika rilek2 selepas penat baca buku utk exam!
sy dah lama mencari kwn sy nih.. hampir semua survey yang sy jawab,msti sy ader sebut nama dye.. ya,sy mencari beliau.. sy pernah menghantar email kepada bapa beliau,yang juga wartawan Utusan Malaysia yg terkenal,hanya untuk meminta nombor hp anaknya..
"keciknye dunia..".. typical quote.. i know.. akhirnya,kami sekarang 'menyambung persahabatan yang kian reput dek tahun' via Facebook dan sms.. dia bakal melanjutkan pelajaran ke UK tahun depan.. sekarang berada di KYUEM.. dye memang hebat dari dulu lagi.. :)
begitulah ceritanya.. 24th september.. 2 cerita sekaligus,menyebabkan saya termangu kejap kt bilik.. sorang kahwen.. pastu jumpa kawan lama.. kuat ugak efek dye kalau nk dibandingkan dengan balik ke cfs pada hari raya ke-4.. sama2 memberi efek.. Kuasa Allah,Dia Yang Maha Mengetahui.. :)
wallahu'alam..
Monday, September 21, 2009
my pre-raya..
kepada sume muslimin dan muslimat, Salam Aidilfitri, minal aidil wal faizin sy ucapkan..
asif jiddan ala kulli hal.. sirru ala barakatillah..~
ok,2 ucapan raya dari sy.. Hamba Allah yg sgt hina nih..
pre-raya..
saya balik ke rumah pada hari jumaat.. lebih kurang seminggu sebelum raya.. setelah program iftar dgn Persatuan Ulama' Malaysia dibatalkan,so,sy pn amik peluang balik awal.. nak buat ape kt bilik kan.. dahla sorg2.. baiklah habeskan masa dgn family kt rumah.. bukan senang nk dapat peluang cani.. sejak dok kt asrama dulu,bulan Ramadhan asek bz je.. dulu nk spm ..haisy.. *tp,skang pn sama ja.. ader xm final gop..*
sy nk berkongsi pengalaman sy beberapa hari sebelum raya hari tuh.. sy menemani ibu ke Tesco Saujana Impian,tempat biase membeli kelengkapan rumah.. sy suke sgt teman ibu ni,esp ke Tesco la.. selain drpd dpt tolong ibu tolak troli,tunggu org siang ikan,belah ayam *ye,sy org yg tunggu dpn abg siang2 ikan tuh..*,sy seorang yg suka naik kereta a.k.a berjalan.. so,kesempatan paling kecik iaitu ikut ibu ke Tesco merupakan moment yg paling best.. di samping sy dapat berbual,share probs tyme on the way ke Tesco dgn ibu.. nanti ibu pn,cerita la segala sudut masalah atau hal2 rumah sepanjang ketiadaan sy kt umah.. :)
and,yg paling best jgk,sy suke usha gelagat orang.. ye,gelagat org.. bkn mengusha org dgn pandangan kosong atau 'bernafsu' ye.. suka tgk family pergi Tesco.. dgn anak2 dorg berlari satu Tesco.. tgk gelagat emak2 yg pilih2 barang.. tgk gelagat si bapak melayan kerenah trolley ngan anak2.. tgk org yg sorg2 bawak bakul.. tgk org cam pasangan baru kawen *kot..*..so,macam2 gelagat..
tapi yang best kali ni,aderla gelagat org tyme berpuasa and nk bli barang utk hari raya..
seriously,sy amat kagum dgn kaum Adam yg menemani isteri ke Tesco,dan dye la menjadi org yg paling sibuk pilih barang,pilih ikan,dgn list barang di tangan,dan trolley di sebelah tangan lagi.. dgn muka yg khusyuk dan tawaduk cari barang sambil tgk ke list beberapa kali.. isteri dye? tolak trolley sahaja.. wah,best2...*thumbs up*
ini kerana,after dah 19 thn hidup kt muke bumi ni,sy dah tgk setiap kali bulan Ramadhan tiba,mesti sang isteri yg sibuk memasak,kemas umah,pergi keje *kalau pegi keje la..yg duk umah pun wat keje gop..*,anta anak sekolah,amik anak sekolah and etc etc.. sang suami hanya bwk anak g menghabiskan waktu2 nk dekat berbuke dgn g bazar ramadhan.. xpn,duk depan t.v.. sy xkata TIADA yang menolong di dapur.. tp,stakat ni,yang sy dapat lihat begitulah.. duk depan t.v.. layan segala channels kt t.v.. tapi,sy cukup KAGUM dan TERUJA dgn yang sama2 menolong isteri kemas rumah,tolong sama2 masak utk berbuka,bertadarus dgn anak2.. best kan? tp lagi best,kalau sama2 masak kt dapur la.. MasyaAllah.. :)
ok,dah terpesong jauh.. sy nk cerita dgn satu family yg sy jmpe kt Tesco nih.. kebetulan,tyme tu sy nk pilih bawang besar.. tgh sibuk2 pilih nih,nmpk satu family.. gaya diorang,wallahualam,cam 'loaded' orangnye.. si ayah memakai polo tee berjenama Ralph Lauren *sorryla,i 'heart' dis brand :p* yang sy tahu agak boleh tahan harganye *xtaula kalau xori..tp,xknla..*.. siap dgn beg kulit yang tersandang di bahu,warna coklat gelap *feveret lagi..*,agak berusia rasenye melihat dari luaran dye.. memakai cermin mata rabun dekat..sebelah tangan memegang list.. AND,SEBELAH LAGI,memegang PDA.. cam blackberry pn ader,cam iPhone pn ader.. xpasti.. yang penting PDA la.. skejap2 jwb kol.. skejap2 lagi,tulis email ke balas sms ke,xpasti..sambil pilih2 sayur..*kami kt bhgn sayur tyme 2*
sweet x?
dye ader bwk 2 org anak lelaki.. sorg tu cam dah bujang.. sorg lagi maybe anak last.. tapi,skolah menengah jugak rasenye.. anak2 dye tolak trolley shj.. isteri dye? hanyalah memilih barang2 sampingan yang xmemerlukan dye mencari2 cam suami dye.. pastu asek ckp,"Bang,i think..think that..yg tu xpayah..ha,yang ni.." je.. mak aih,relax nye isteri dye..dan,nmpk sgt kt sini,isteri dye jenis yg havoc sket.. suami dye cool je.. senyap dan jenis yg berbincang je.. itu yg sy nmpk la.. :)
sy kagum dgn suami camni.. sgt2.. bukan senang sy nk tgk gelagat org camni.. ader je golongan Adam camni,tp,sgtlah sedikit bilangannye,ketika sy berkunjung ke Tesco..
ader satu lagi.. si isteri sibuk gle mencari barang2.. si suami? tolak trolley,sambil layan anak2.. dahla cam garang je.. puasalah katekan.. bila si isteri nk letak barang kt trolley,nnti suami dye cakap,"Yang ni nape beli byk? buang cket.. yang tu,beli byk2 xpe..yang 2 amik..yang ni xpayahla.."....macam2.. cam marah pn ader.. membebel.. adehs.. ni yg xmo nih.. sian isteri dye.. cam lemah je.. ye lah,penat nk amik itu ini.. Tesco kan besar.. bukan cam kedai runcit kecik je.. kalau da kt kaunter,pastu xde tag harga,jenuh la nk g amik balik barang kt tempatnye..
begitulah..
malam raye,sy berkesempatan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.. plan awal,nk makan nasik lemak yg famous kt Jalan Doraisamy.. tapi,baru smpi Stesen Monorail Medan Tuanku,jem menggila pulak.. nak xnk,parking kt salah satu parkin lot yang mahal 2,then jalan kaki melalui sebelah Plaza Campbell..
ya Allah..
ramainye manusia... macam sardin.. kalah cket la.. nak bernafas pn,masyaAllah... naseb baik tinggi.. xtaula kalau mereka2 yg 'rendang' tu camne.. gasping for air kot..
sebenarnye xtau nk bli ape.. memang dah settle dah sume.. baju dah gosok.. ketupat dah siap.. dah buat buka yg last pn.. kuih muih sume dah ader.. so,aderla teman mak sedara bli tudung,nak match ngan baju.. and bli keronsang satu dua.. 2 je.. nk kuar pn satu hal.. nk exit mengejut mmg payahla.. nak xnk,kene la ikut arus..
keluar je dari jalan TAR tuh,sy mengeluh,"haih,penatnye.." tapi xdela sampai expect sume org dgr.. rupe2nye.. "ha,ni lagi satu masalah.. berjalan pun penat.. mai dik beli belon,kalau penat boleh naik belon.. senang.. xyah jalan.." kata sorg pak cik sambil memegang belon.. mak aih.. kene skali ak..
itulah pengalaman b4 raya di ibu kota.. akan menyusul raya pule.. :)
*doakan sy yg bakal menjawab xm..*
Monday, September 14, 2009
ikhtilat..
http://furqaan-alhammasiyy.blogspot.com/2008/04/ikhtilat-bagaimana-caranya.html
:)
Sunday, September 6, 2009
rumah kata pergi.. kubur kata maghi..
insyaAllah,hari ni kite telah berpuasa selama 16 hari.. dah separuh bulan.. bulan pun penuh tyme2 nih.. itulah tanda kebesaran Allah S.W.T..
semalam,usai mengerjakan amalan sket,sy pn surf la kt harian metro kt apple kt ruang tamu yang dah terbukak oleh ayah td.. sy pn 'terpanggil' nk bukak laman 'Ad-Din'..
dalam tuh,macam2 tazkirah remaja yang disiarkan dlm Harian Metro setiap Jumaat kalau xsilap sy.. and selalunye berkisar tentang remaja..
and ustaz Zawawi yg in-caj utk tazkirah remaja nih..
sy pun skali lagi terpikat dgn post, '16 TANDA KEMATIAN MULIA'..
mai kiter tgk antara tanda2 nye...~
Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.>maybe lemas maksudnye..<
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.
kalau diingat tyme kecik2 dulu,bab2 kematian amat menakutkan.. tapi,sekarang,ble dah matang sket,blajar pun da tau mane baik,mane buruk, mula belajar 'menginsafi diri'.. insyaAllah..
Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah... ~amin~
Sunday, August 30, 2009
-no entry-
pagi2 pas subuh ni xbaik tido.. nnti byk pulak keje delayed.. esok nk balik cfs da.. so,bek buat bnda bermanfaat sket.. cthnye,mnjawab tag yg dyna buat nih.. ini menunjukkan? yup.. sy xtau nk buat ape skang.. huhu.. nk masuk alam fantasi jap.. :p
The phone rings.
What is your ringtone?
- bertukar2.. sje nk improve ingatan.. tp,selalunya, 'almuallim by Sami Yusuf'..
Did you go anywhere yesterday?
- g Mid Val utk carik Sony Service Centre.. malangnya,kedai 2 kt Mid Val City.. aduyai,sabo je la..
.Who was the last person you shared beds with
- skang kt umah,so adik si-peneman-setia-dari-dulu..
.Favorite drink?
-semua yang halal.. tapi,suke sgt air mineral... cactus ngan spritzer.. kui33
Does the person you like know that you like him/her?
- mestila... tak.. kesian betol.. but,i believe in Filipino proverb,"The one you loved the most,is the one you say the least..".. haha.. *ego2*
Last time you talked to your mom?
-baru jap ni ha.. ibu ajak g tesco kul 9.. *ngee3*
Where are you right now?
- kt umah.. kt ruang tamu.. depan laptop.. *router kt ruang tamu kot..*
If you HAD to kiss the last person you kissed, would you?
- my mom.. boleh aje..
Favorite gadget in the kitchen?
- peti ais.. *so melayu ere..*
Favorite pie?
- chicken pie..
How is your hair?
- NOYB.. :p
Where's the last place you walked to?
- washroom.. can i say dat?
Last time you had a sleepover?
- xpenah.. *duh..*
Latest you stayed up in the past week?
- last thurs.. smpi xsempat nak bersahur.. adehs
What are you doing?
- jawab survey..
Have you been in a car accident?
- once. dalam campus MMU Cyber.. kalau diingatkan balik bro tu.. haisy... *geram2..*
What is the last thing you said aloud?
- alamak..
Who's the 1st person on your missed calls list?
- akmar.. *sory akmar..*
What did the last text message you received say?
- dah delete sume.. sory,sy jenis yg suke emptykan inbox,'sent' box,reports and 'clear log' regularly per day.. serabut!
Story behind your MySpace song?
- xde ms so lagu kt blog boley?.. lagu ni dendangan Shoutul Harakah from Indonesia.. macam mana kenal lagu ni? thanks to Bro. Syafiq,Bro. Majdi and Bro. Fathi.. *adehs..*
What's bothering you right now?
- for the first time, NO TUTORIALS.. hehe
- Lab report utk Physics xsiap lagi..
- Apologize Letter xbuat lagi..
- Visual Aid utk Presentation Chem xbuat lagi.. *sory suria!*
- packing utk balik cfs jauh sekali..
- my vaio.. ble nk anta g service nih.. adehs..
DESCRIBE YOUR:
Wallet?
blue and it is Bum.. xberminat mula2 tp ibu suruh amik jugak.. xminat sebab warne biru.. nak coklat.. tp,xpela.. makin lama makin lawa pulak..*p/s:pilihan ibu adalah yang terbaik.. cube try!*
Eyes?
- grey clearwater with green hues.. *amik hang..* coklat gelap suda.. :p
Life?
- Sorority Life *cam dlm fbook..*.. alhamdulillah.. terkawal..
WHAT ARE YOU:
Doing this weekend to come?
- balik umah lagi.. :p
Wearing?
- ha?
Wanting?
- checkered trench coat.. *apa itu?*
- W980i
- jam baru..
- Victorinox red laptop bag..
- g kedai buku.. *da lama like last 4 mths??*
- excel in both studies and co-cu..
*dalam jangka masa terdekat n impian kosong je kecuali yang last.. ~amin~
Listening to?
-The Last Shadow Puppets : Meeting Place.. *try la dengar..sedap!*
What do you smell?
- none.. natural perfume.. :p
Do you like seafood?
- yes. except crabs *dyna,same2!* and kupang.. xminat..
Do you remember your dreams?
- xpulak.. xmimpi rasenye..
Do you consider yourself a study freak?
- yes. as a student.. 24/7.. or shud i say,25/8.. kih33.. baguih na..
Do you speak another language other than English?
- Johor's jawa+malay.. :p
- Terengganu.. *baru nk blaja.. huu~*
- nk blaja bahasa arab smpi advanced level boleh?
- blaja bhsa french ngan jepun smpi tahap intermediate..
- nk blaja bahasa tamil ngan shiba.. :p
- nk mahirkan korean.. dah!
What did you do last night?
- tidur.. evidently..
What do you hate?
-kerja yang tertangguh.. aduiyai..
Orange or apple juice?
apple
Who were the last people you went out to lunch with?
- as-saum.. adehs..
Last thing you ate?
- sahur tadi.. ayam masak merah.. *drool-ing*
sekian suda agenda ni.. :p
Saturday, August 29, 2009
.kwn.dAn.'persatuan'.
Yup.. 27 august 2009.. Sy xsangka setahun sudah berlalu,tarikh yang ditunggu2 tahun lepas,akan menjadi tarikh yang juga ditunggu2 pada tahun ini.. Dan,yang paling best,apabila termasuk dalam kalangan keluarga FSCC.. :)
Bukan niat sebenar sy nk riak atau bangga ke.. Tapi kelmarin,26 august 2009,sy nampak wajah2 yang xsepatutnya berada dalam poster,terpampang di semua office cfs iium.. MasyaAllah.. Poster yang sy 'gilai' dahulu,kini bertukar ahli,dan yang lebih terkejut,sy menjadi salah seorang ahlinya.. Ya Allah.. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.. Apa yang akan terjadi,kini dan akan datang.. :)
Tidak saya sangka,jauh sekali mengagak,situasi2 ini berlaku.. Sy hanyalah seorang pelajar yang menjalani kehidupan rutin seorang pelajar,bercanda ngan kwn2 tyme waktu2 senggang kami,di kafe2.. G library sama2.. Kini,bukanlah tiada lansung kehidupan tu,tapi,seakan2 tiada..
Tetapi,Allah Maha Penyayang,telah menggantikannya dengan sesuatu yang sy xsangka sama skali kewujudannya.. Keluarga fscc.. Keluarga 'angkat' di cfs.. Yang pada waktu dahulu,hanya sy kagumi dan mengimpikan.. Tapi,xpernah terlintas utk menjadi sebahagiannya.. Saya sedar siapa lah sy nak dibandingkan dengan ahli2 previous.. Bagaikan langit dengan akar rumput jauhnya..
Ok,berbalik pada kisah berdasarkan tajuk di atas.. Kawan.. Dan persatuan.. Xperlu sy jelaskan lagi apa maksud 'persatuan' di atas..
27 august 2009,sy berada di dalam dilema pada tahap yang sy perlu pikir sedalam2nya..
Di saat hujan renyai membasahi bumi,diganti dengan hujan yang lebat.. Pastu renyai balik.. Sy berada dalam dilema amat.. Kawan baik sy, Afyqah bakal 'terbang' ke University of Alberta kt Canada pada tgh malam ni.. Sudah berabad kami bercadang nak bersua,tapi,kerana jadual dan hala tuju yang berbeza,ditambah lagi dengan keadaan sy yang terikat dengan tugas yang ditaklifkan,kami xpernah bertemu.. Sejak sehari b4 amik result spm tahun lepas.. Dan 2 minggu sblm terbang,kami ader ym bersama.. Dye seolah2 mengharapkan kehadiran sy utk menghantarnya kt KLIA,tapi kerana flight dye mlm,ditambah pula dengan bulan Ramadhan,sy pun tidak memberi kata putus kepadanya..
Bestfriend sy,Bell,dah mula menelefon sejak semalam.. Dye berhasrat utk sama2 menghantar Afyqah di airport..
Semalam juga sy diberitahu utkmengadakan ifthar jamai'e bersama keluarga FSCC Nilai di kampus Nilai.. Bukan sekadar berbuka,tapi ditambah dengan meeting endorsement sempena SMAC 2009..
Okay.. Masa utk memilih haluan..
Sy betul2 terhimpit… antara FSCC dan kawan baik sy.. Sy menjadi bingung.. Ditambah dengan Bell call byk kali,sy pn jadik serba xkena.. Pada masa yang sama,sy boleh dikatakan in charge utk ifthar ni.. Utk mengkonfirmkan kehadiran dari PJ.. Makin petang hari,semakin dekat waktu,makin ramai yang xjadi datang.. Lagila.. Inform last2 minute.. Memangla 'best'..
Hujan pulak makin lebat.. Tanda2 serta awan yang gelap,dah bagi petunjuk awal,petang akan lebat gle.. Dah tiba waktunya,pak cik driver pulak datang agak lewat.. Nak dekat 630 ptg.. Kami dijanjikan pukul 6 ptg.. Setengah jam lambat.. Adehs.. :(
Ni konfirm buka dalam bas je nih.. Kata Adib,Presiden atau Bapak dalam family fscc.. Nak buat cam mane.. LDP konfem jam ptg2 ni,tambah ngan hujan.. Lagila.. Pak cik driver pulak dengan bijak,bertukar arah dengan melalui Jalan Klang Lama,instead of Lebuhraya Persekutuan yang memang hectic gle2 nih..
Sy dan Liesa,yang duduk bersebelahan nih,mengira waktu ke arah tyme buka.. Lama lagi nih.. Tapi,alhamdulillah,xrase lapar ke.. Cuma penat sket ar.. Mngkin sebab hujan.. Suasana sejuk je..
Lebih kurang 750 mlm,baru kami selamat smpi kt Seminar Hall Nilai Campus.. Huhu.. First tyme nih buat lawatan ke Nilai,sebelum ni alkebetulan je.. Nk g induction,singgah dulu amik dorg.. 2 je..
Dah sampai Nilai,tapi hati seolah2 'tertinggal' kt KLIA.. Walaupun xsinggah pun td.. :p
Serius.. Rasa sebersalah yang amat kt Afyqah nih.. Tapi,terpaksa tahan.. Memaniskan muka sementara di greet oleh FSCC Nilai.. Pastu terus solat maghrib..
Halalkn mkn minum aku. Harap2 dpt jumpe korg lg. Sayang korg sume! I'll miss u guys! :-)

ni lah dye.. afyqah a.k.a kz..cumeyl kan?.. will miss her lots.. :'(
Sunday, August 23, 2009
tukar punye tukar..
as-saum..
Saturday, August 22, 2009
impian..


Friday, August 21, 2009
Kini tiba lagi..

- Jangan pakai selipar g masjid..*esp sisters..* pakailah sandal yang tertutup,lengkap berstokin,ketika ke masjid..atleast,boleh recognize sepatu sis or bro..
- Jangan kebas je kasut org.. Nanti sendiri rase malu+sebersalah+kejam..
- Bawaklah payung ketika ke masjid.. Ikhlas kan niat ke masjid,pada masa yang sama,kene jage diri jugak.. takut demam..
itulah cerita sket berdasarkan pengalaman lalu di cfs,tyme sem 1.. sem skema nih.. insyaAllah,bakal lalui lagi tahun ni.. sama2 lah kita mengimprovekan,mana yang kurang baik,kepada yang lebih baik..insyaAllah.. :)
Wallahu'alam..~
Sunday, August 16, 2009
McLead yg mengujakan?
wakil FSCC pj.. C:tag nama.. alahai,promote pulak..
.jpg)
Saturday, August 15, 2009
sekilas..
seriously,lama 'sgt' dah xupdate blog ni..dah nak sebulan.. macam2 citer kuar dah.. macam2 kerenah dilalui.. tp,xtersempat nk jot down.. banyak sgt,serabut..well,nk slow down dlu..nak berkongsi sket 2,3 pengalaman dilalui spnjang selama xbukak blog ni..huhu..
1st: catering bureau is the busiest bureau EVER!
serious xtipu..*ayat roommate*..serius sgt2..letih..penat..lenguh..sume aderla..undescribeable..majlis yang stakat 2 jam pun,letihnya mcm berjam2..ble dah penat,tgh laid back 2,wondering gak..camne la agaknya situasi org yg handle catering org kawen?? mak aih..biro ni pulak,bkn bz tyme org makan je..nk pilih menu pun dah jadik satu hal..ye lah,kte x boleh nk puaskan aty sume org..tp,2 la..disebabkan xboleh tu lah,menjadikan keje finalize menu nk letak dlm invoice pun jadik lambat.. tu baru perihal pre-event.. tyme event,lagi la.. al maklumlah..manusia kalau dah lapar.. situasi kt hotel tyme buka puasa pun ape kurangnya.. camtu la diibaratkan perihal manusia kt any majlis yg ader makan.. cakapla hotel berbintang2 pun..same je.. kalau event ok,makanan cukup,alhamdulillah..rileks sket..cuba kalau makanan x cukup?? cutleries xcukup,air xcukup.. Tuhan je yg tau.. kita la org yg paling menggelabah kan.. hmm.. post-event? ha.. da sampai waktunya utk mengemas.. lagi best kalau pihak catering dah balik dulu sbb event habis lambat dari tentative nye.. yeay.. best sgt kemas2 nih.. biasalah,biasa mengemas kt umah kan? ni la tyme nk praktikkan kt uia pulak.. best sgt2...*duh..*
biro catering ni jugak akan handle dgn ppl tyme event.. tyme makan.. tyme yg paling ditunggu2 la.. tyme ni jugak,kite bleh lihat aksi2 manusia mengambil makanan..gelojoh ke,tenang ke.. haha.. boleh la anda judge org 2 camne,iaitu tyme makan.. sbb tuh,kalau org nak kawen biasanya bwk bakal menantu dinner ke or lunch kt umah bakal mertua..sbb byk mende bleh judge tyme makan ni.. so,xperlu la nk kaver2.. jz be urself.. =p
2nd: do not neglect ur studies while u r working..
ehem.. pengalaman ni sgt praktikal dan xperlu dijelaskan lebeh2 rasenye.. sume dah paham.. ni pun, nk mengingatkan diri sy juge.. *peace*
3rd: do realized ur own RESPONSIBILITIES!
erm..bnda ni org slalu buat..n jugak slalu terlepas pandang..yg best nye kalau terlupa.. adehs..
*to be continued
Monday, July 20, 2009
modesty is the best policy..
Dear.......
BE POSITIVE..
- if anyone talks to me badly, I will stay away and try to be calm..
- if anyone tells me the truth, I will accept and do not ever regret..
- if anyone hurts my heart, I will stay calm and pray..
- if anyone gives me HOPE, I will hold and do not keep it at bay..
- if anyone looks down on me, I will take it easy and strenghthen my heart..
- if anyone loses their temper, I will take a deep breath and be quite..
I care for everyone's desire..~
I'm touch whenever i read this again and again.. this is what life is all about.. give and take.. hopes.. dreams.. bad day.. happy days.. its all about being positive in our every day life.. life is short, so do not let the bad things drove you insanely..
why do we need to think positively.. why Islam also encourage us to have positive thinking about other people and ourselves?..there might be a thousands of reasons beneath.. the most basic thing is, people will live happily without any heart complications if we live positively.. no stress..and everything..
short message..live ur life to the fullest..without against the syari'e..barakallahu fiQ~
lots of love..from ur dearest..
~anis~
Saturday, July 4, 2009
tribute to Michael Jackson..a.k.a Mikhaeel..

End of Q2 2026
In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...
-
Belated post.... So Google did sent me statistics on my whereabouts for 2019. It did showed that I have been to 53 cities within ...
-
ihsan gambar Ramadhan kali ni, memang bermakna. Especially untuk hari ini. Setakat hari ini. Alhamdulillah. Saya diberi pilihan -> Masjid...