bismillah..
memang dah lama tak menaip. Ofkos agak kaku. Tiba-tiba kali ni nak menaip, sebab nak 'meluahkan rasa ketidakpuasanhati' pulak kan. Memang terbaik la.
RSVP..
saya rasa korang dah sedia maklum kalau saya sebut benda alah ni. Beserta 'makna' disebalik perkataan itu sendiri.
R.S.V.P. stands for a French phrase, "répondez, s'il vous plaît," which means "PLEASE REPLY!".
hal ini, bagi mereka yang tak-berapa-nak-paham lagi maksudnya.
terima kasih daun keladi kepada yang sudi membalas mesej 3 page saya. Yang saya kira, sebagai amanah daripada seorang pangkat 'ibu', untuk mengira berapa orang tetamu yang bakal hadir ke rumahnya, atas dasar ingin menganggar bahan2 masakan yang perlu dibeli. Terima kasih sekali lagi kepada 2 org sahabat yg menuntut di tempat jauh, serta seorang lagi yg sedang bergelut dengan peperiksaan akhir bagi membolehkan beliau memasuki Main Campus sekali dengan saya, sebab sudi reply, walaupun mcm agak konfem tentrang kehadiran mereka yang jauh. Terima kasih!
tetapi, dengan rasa yang kecewa sikit, kepada yang BERIYA-IYA memberi 'hint' kepada beliau untuk membuat open house, yang saya kira tempat menuntut takdelah jauh mana. Dan juga TIADA SEBARANG PEPERIKSAAN sedang berlaku, terima kasih juga sebab TIDAK membalas mesej saya.
sekarang : ikut suka korang..
Tuesday, September 28, 2010
Thursday, September 9, 2010
corat coret..
bismillahrirrahmanirrahim.. :)
salam Ramadhan terakhir.
:D
tak happy mana pun, sedih jugak mengenangkan sempat ke tak utk menjengah Ramadhan depan. Hmm.
dah lama rasenye tak update.
nak taip pun kekok la ni. Tapi kene taip jugak, sebelum biarkan ia berhabuk lagi tebal. Biasalah, nak raya+final xm. InsyaAllah.
"Esok puasa! yeay!"
itu cerita 30 hari lepas. Sebelum kami bersiap nak ke masjid, utk menunaikan Terawikh. Tapi tak konfem2 lagi, memandangkan hanya khabar2 angin sepoi2 bahasa je yg kedengaran. So, dok kalutlah tanya mak ayah kat rumah masing2, betui ka esok puasa.
Alhamdulillah, 10 Ogos, puasa. So, mari ke masjid. :)
"Jom buka kat masjid! Last time kot...."
alhamdulillah, sepanjang berpuasa utk kali terakhir di bumi PJ ni [insyaAllah], saya dapat berbuka 2 kali di masjid Kolej Islam. Hajatnya nak lebih banyak lagi, tapi, ada kekangan kelas yang kebanyakannya petang membuatkan terpaksa lupakan hasrat terpendam tu. Tapi 2 kali okey la kan? :D
"Iftar baksis yuk!"
Ramadhan kali ni juga membawa saya ke bumi Gombak buat pertama-tama kalinya :D :D
alhamdulillah, dapat berjumpa dengan seluruh ahli keluarga baktisiswa, yang dirindui, merindui, terindu dan segalanya, walaupun tak semuanya yang dtg.
"Ramadhan di rumah baru, masjid baru utk terawikh.."
seriusnya, jangan pindah rumah ketika bulan puasa [=.="]
sangat penat, tak hengat dan etc etc etc
walaubagaimanapun, segala puji bagi Allah, saya dapat berpindah ke rumah baru awal minggu Ramadhan yang lepas. Walaupun penat tak dpt diungkap dgn kata2, tapi akhirnya hajat ibu dan family nak beraya di rumah baru, insyaAllah tercapai. :)
happy though. Cuma, makin jarang balik johor la lepas ni. :(
"saya pun puasa juga mak cik..."
seperti kebiasaan yang biasa, saya akan menemani ibu ke Tesco, atau mana2 pasar bagi berbelanja utk raya. Selalunya dua hari sebelum raya. Same goes to this year. :)
tempat yang sama, Tesco Saujana Impian. Cuma, situasi dan pelakon je yang berubah.
kali ni, tak banyak yang best boleh 'dikongsi' bersama. Tiada pemandangan indah mcm tahun lepas. Adegan suami beli belah isteri tolak troli dah takde. Semua cam natural je. Muka pun biasa je. Puasa gamaknye :p
tapi, tiba-tiba ada situasi yang pelik sket. Menyebabkan saya semakin utuh dengan prinsip 'Jangan mengukur kematangan melalui umur'.
Hmm..
Selepas memilih beberapa jenis lauk basah, saya pun ke sinki yang disediakan pihak Tesco utk membasuh tangan. Ye la, sekarang ni makin takut dgn pelbagai penyakit yang tak terduga. Kadang2 sebab bakteria pun dah boleh jatuh demam dan meninggal. Mmglah ajal maut di tangan Tuhan, tapi kita sepatutnya menjaga yang termampu utk kesejahteraan diri kita dgn org2 tersayang mcm family kita :)
ok back to Tesco. Then, al-kebetulan, depan saya ni ada la seorang nenek beserta cucunya [mungkin] sedang berdiri betul2 di hadapan sinki tersebut. Yang basuhnya cucunya seorang je. Then terpaksa lah saya memusing ke tepi sinki utk basuh tangan. Nenek tu hanya tercegat kat situ, macam menunggu seseorang.
Habis je cucu dia membasuh tangan, dia mula menempik,
"Ni mana tisu ni?"
eh! terkejut saya,apasal pulak nak menempik tak tentu hala ni?
abang pemotong ayam tu pun terkejut. Maklumlah, semua staf busy nak agih2 kan barang kat tempat2 yg sepatutnya. Kebetulan,ayam segar baru mai, so semua duk busy nak susun ayam tuh. Ada jugak customer yg awal2 dah suruh pemotong ayam kerat ayam2 diorang. Tapi lain pulak kat abang ni. Dia 'care' kat mak cik ni. Dia hanya mengangkat kepala, tanda bertanya.
"Ni mana tisu ni? Berlendir tangan!" marah nenek tu lagi.
Saya yang exactly sebelah nenek tu, malu-malu alah di buatnya. Tak perlu kot marah macam tu.
Saya terus berpaling, meninggalkan adegan mencemaskan tuh. Lalu banyak suara2 terluah.
"Garangnya..."
biasalah, di bulan Ramadhan ni, semua orang berpuasa juga. Dan saya mmg paham lah, nak mujahidah dengan 'kesabaran' tu amat tinggi dek perut yang lapar kononnya. Tapi utk seorang wanita berusia seperti beliau, ini kali pertama ke berpuasa? tak boleh nak tahan marah+sabar tu?
pelik. tapi benar.
"sekejapnya berpuasa, esok nak raya"
insyaAllah hari ni hari terakhir berpuasa dalam bulan Ramadhan. Dan saya masih di rumah, menanti orang nak beraya di rumah, sambil2 menyiapkan kelengkapan apa yang patut.
Tampak mudah. Nak iron baju satu keluarga, nak kemas rumah, nak susun kuih raya dalam balang. Belum masuk nak anyam ketupat masak lauk2 lain lagi. Mau sehari suntuk. Moga Allah permudahkan.
and ayah dah habaq, nak pergi ke jalan TAR malam ni. Seperti tahun2 lepas. [nak singgah Mukmin Bookstore sebenarnya] :D
akhir kalam, mari kita manfaatkan sunnah Nabi utk ziarah-menziarahi dalam bulan Syawal ni. insyaAllah, moga raya kali ni lebih bermakna, bermanfaat, dan diberkatiNya. Yang jauh, kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. yang erat? :p
Slam aidilfitri minal aidil wal faizin. Kullu 'aam wa antum daiman bi khair.
happy eid.
all the best utk final exam di PJ, yang di kuantan and gombak, all the best utk mid xm anda.
jemput dtg rumah~
.::from anis naazira dan anak-anak 'kucing'::.
Friday, September 3, 2010
kata-kata itu doa ok..
bismillahirrahmanirrahim...
salam Ramadhan penuh barakah.. :)
terkesima bila saya log in Facebook, dan terpapar kat Home, perbualan dekat wall seorang sahabat.. one side, cam seronok bertanya khabar tentang seorang lagi sahabat. yang di tanya khabar itu, macam nak tak nak je jawab. Kesian kat si penanya tadi..
tiba-tiba..
eh?!
boleh pulak kan dlm bulan Ramadhan ni tulis cam tu. Bukan setakat tulis, tapi habaq kat orang lagu tuh? mana sivik minded kita? di mana kesensitifan kita terhadap ayat-ayat camtu?
saya memang terkesima.
dan terkejut.
semoga Allah memberi hidayah kepada kita utk MENJAGA perlakuan dan PERCAKAPAN kita. Especially saya, si tukang tulis nih..
kepada yang TUKANG TULIS ayat di atas, marilah menjaga cara penulisan kita.
saya tak nak KAWAN awak, atau orang yang awak tujukan ayat tersebut, 'mati' dulu, okayh.
fyi.
maaf atas segala salah silap.
salam Ramadhan penuh barakah.. :)
terkesima bila saya log in Facebook, dan terpapar kat Home, perbualan dekat wall seorang sahabat.. one side, cam seronok bertanya khabar tentang seorang lagi sahabat. yang di tanya khabar itu, macam nak tak nak je jawab. Kesian kat si penanya tadi..
tiba-tiba..
"sila pergi mati anda."
eh?!
boleh pulak kan dlm bulan Ramadhan ni tulis cam tu. Bukan setakat tulis, tapi habaq kat orang lagu tuh? mana sivik minded kita? di mana kesensitifan kita terhadap ayat-ayat camtu?
saya memang terkesima.
dan terkejut.
semoga Allah memberi hidayah kepada kita utk MENJAGA perlakuan dan PERCAKAPAN kita. Especially saya, si tukang tulis nih..
kepada yang TUKANG TULIS ayat di atas, marilah menjaga cara penulisan kita.
saya tak nak KAWAN awak, atau orang yang awak tujukan ayat tersebut, 'mati' dulu, okayh.
fyi.
maaf atas segala salah silap.
Subscribe to:
Posts (Atom)
End of Q2 2026
In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...
-
Belated post.... So Google did sent me statistics on my whereabouts for 2019. It did showed that I have been to 53 cities within ...
-
ihsan gambar Ramadhan kali ni, memang bermakna. Especially untuk hari ini. Setakat hari ini. Alhamdulillah. Saya diberi pilihan -> Masjid...