Subhanallah. Memang dah lama tak tracking blog ni. Sibuk konon.
Sibuk, meng'hisab' diri yang hampir-hampir 'kecundang' dalam meneladani manusiawi kat luar. Meng'adapt' diri lagi. Allah.
Kehidupan internship. dan Ramadhan. Ramadhan selalu berbeza berbanding tahun sebelumnya. Untuk diri saya, selalu punya cerita tersendiri. Dan 'tegurannya', masha Allah, rasa malu sangat nak bercerita atau berkongsi dengan orang lain. Pengajaran dan himmah yang diberi sangat-sangat-SANGAT dahsyat, at least untuk diri sendiri. No wonder dianggap bulan madrasah.
:'(
Hujung minggu dirasakan bagai sekelip mata ketika internship. Ketika bersekolah dulu pun, tak rasa sekejap macam ni. Mungkin hati ini yang sakit. Kot.
Di pagi 12 Ramadhan ini, cuba untuk merenung diri. Bagaimana mutaba'ah amalan yang saya janjikan bersama adik-adik dulu? Bagaimana jua mutaba'ah mereka (lama tak bertanya khabar. ya Rabbi)? Bagaimana tilawah aku? Khusyuk ke terawih aku selama ni?
Momentum Ramadhan, for most people akan menjadi kurang menjelang pertengahan Ramadhan. Dan saya, honestly, antara yang hampir-hampir terkena tempias sindrom orang-ramai itu. Allah.
Oleh yang demikian, terus terang mengakui, saya rindukan rakan seperjuangan, rakan sefikrah, sahabat baik, bi'ah solehah dan SEMUANYA.
Setiap hari, saya akan pastikan saya mesej, atau call, kalau rajin, beberapa member seperjuangan sebagai 'penguat' untuk saya. Saya rindukan bulatan untuk menge'cas' iman saya. Kalau sahaja iman ini boleh diukur dengan satu alat pengukur khas, maka saya akan melarikan diri dari semua orang dek kerendahan nilainya, pada hari-hari tertentu.
Bisik seorang rakan, "Cuba ingatkan satu sama lain." Tampak mudah, tapi hakikatnya susah. Padanlah semua yang sefikrah selalunya duduk sekelompok dan sering ditegur dan difitnah sebagai assobiah. Walhal mereka MUNGKIN tidak berniat. Mereka hanya ingin mengecas nilai-nilai positif supaya dapat kembali menjelma dalam 'orang ramai' seperti biasa.
Dan serius, tak mudah.
Oleh yang demikian, diri ini cuba sedaya upaya mencari kaeda lain untuk mengecas nilai-nilai positif dalam diri.
Aku dan intern
Ramai jua rakan dan sahabat bertanyakan perihal tempatku melakukan praktikal. Mungkin dari kejauhan, terbit rasa kagum dalam diri mereka, walhal saya di sini seperti menghitung hari menantikan detik 30 Ogos untuk tiba di alam realiti. Tak seronok? Tidak juga. Ibu sering mengulang dialog yang sama pada saya, hampir setiap hari apabila saya menceritakan kisah-kisah saya di tempat praktikal, "Alaa... nanti akak rindu tempat tu..". Yup, tak dapat nafikan, itulah saya. Apabila tidak berada di depan mata, barulah mencari. Bila sedang menghadapi, mahu menjauhkan diri, menghitung hari bukan main-main.
Alam kehidupan internship, mungkin tidak perlu menelaah setiap hari. Untuk kuiz, tiada juga mid-term, apatah lagi final exam. Cuma mungkin dilawati pensyarah saya di UIAM. Tapi sehingga kini tiada berita siapa yang bakal melawat saya dan A di tempat praktikal kami.
Ketika internship berlansung, baru saya sedar akan ragam-ragam manusia yang pelbagai, lagi bervariasi dari pelajar UIAM sendiri :) Saya terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia yang masih bergelar mahasiswa, yang masih di alam diploma, yang masih merangkak study untuk MUET (maksudnya muda lagi) dan tak ketinggalan, kakak-kakak dan encik-encik staf di situ. Kalau tidak mempersiapkan diri dengan 'kekebalan' bernama SABAR, saya tak rasa mudah untuk hidup di situ.
Saya yakin sahabat-sahabat se-internship yang lain mengalami perkara yang sama. Seringkali bila samples sampai TERLALU banyak, saya sentiasa ingatkan diri bahawasanya saya ini hanyalah pelajar praktikal. Dan saya masih boleh berkata PENAT untuk mengambil masa untuk berehat. Serius, kegembiraan sendiri perlu dicari. Tiada siapa akan meng-cater kegembiraan, kesedihan, kepenatan kita, kalau bukan kita, dan Pencipta kita sendiri.
Prinsip saya : Tertutup tidak jumud, terbuka tidak hanyut and buat apa yang Allah suka, bukan manusia. Kerna hidup waktu praktikal ini takutnya tidak ketemu keikhlasan. Sangat cuak kalau hanya buat itu ini kerana mereka yang bernama manusia. Walhal redha Dia yang kita cari, bukan mereka.
Aku, budak uia.
Terkenang saya tatkala mula-mula melangkah masuk ke bahagian di tempat praktikal ku. Hampir semua staff berpaling kepada kami yang baru mendaftar sebagai pelajar praktikal, dan mereka semua kepingin tahu siapa di antara kami merupakan budak UIAM.
Bangga? Tipu lah kalau saya berkata tidak. Itu adalah keadaan normal, tapi kami, saya dan A sedikit sebanyak rasa kurang selesa jugak.
Tetapi, itu tidak menafikan kami dari sunnatullah manusia untuk terlupa dan melakukan kesilapan. Keadaan menjadi kurang enak bila saya dengar ada bisikan-bisikan halus menerjah telinga mengenai perbandingan 'budak antara uni' *peluh besar*
Aku, dan akhawat.
Dan saya tak sabar untuk berjumpa akhawat, Sabtu dan Ahad ini. :)
Saya tahu, cerita intern dan Ramadhan saya tak habis di sini. kesudahannya pasti menarik, biiznillah.
Doakan.
Toodles.
Malam 16 Ramadhan.