untuk kali keberapa saya menjengah blog ini sekadar untuk melihat side-bar kanan. melihat kot-kot ada yang meng-update blog, terutama pada writer favorite saya [you know who you are ;)].
oh ye lah, ada yang dah buat invited readers la bagai. hmm.
dan untuk kesekian kalinya saya asyik taip-padam-taip lalu ahh biarkan sahaja menjadi 'Draft'. tetapi tidak untuk kali ini.
-2015-
jujur, saya cukup bersyukur kerana Allah rezekikan untuk bergraduasi pada waktunya. alhamdulillah. tidak kisah orang nak kata apa, saya tetap dengan pendirian saya merasa, insyaAllah, PUAS dengan kehidupan undergraduate saya. dan jujur lagi, pada semester akhir yang lalu, saya bertekad di dalam hati untuk live life to the fullest while in uiam, so that i won't think about you again, uiam. saya tak nak me-replicate segala masalah dan kekecewaan para senpai (senior) yang sering berkeluh kesah dan ingatkan saya supaya betul-betul menikmati kehidupan di uiam so that saya tak rasa rindu bila dah graduasi nanti.
ternyata, alhamdulillah, saya tak rindu pun. jujur, tidak.
ada satu impian yang saya boleh kongsikan, saya tak mahu ke uiam gombak sehinggalah saya perlu memenuhi undangan konvokasi.
tapi, Allah juga yang membolak-balikkan hati. hal itu sama sekali TERKECUALI untuk uiam kuantan. iyelah, memang kena pergi pun buat clearance dan amek surat senat. ceh.
ada yang lebih dari itu.
saya merindui saya yang dahulu. saya rindu diri saya tatkala bergelar akhawat kuantan. ok lah spesifik lagi. menjadi akhawat UIAM kuantan.
graduasinya saya dari UIAM, saya tidak sempat bergoyang kaki. dan saya cukup bersyukur untuk itu. kalau dihitung nikmat yang Allah bagi, rasanya kena menangis sendiri. namun, saya masih merindui Anis yang dahulu.
hari ini, jumaat 27 februari, saya sekali lagi mencari diri sendiri yang macam, eh hilang ke? sesat ke? tak jumpa jalan ke?
dan pagi ini, di ofis untuk segmen MoTi (motivasi tiga minit), Allah rezekikan lagi untuk mendengar 'ibrah tentang perancangan kita dan perancangan Allah. akhi itu mengingatkan,
"Oleh itu, kita perlulah sentiasa berdoa agar perancangan kita itu sentiasa selari dengan perancangan Allah."
saya jujur cuba memahamkan sedalam-dalamnya tiap patah kata moti-er (pemberi tazkirah), termasuklah bait-bait kata akhi tadi. betapa selama ini kita sering menganggap perancangan kita dan perancangan Allah itu tidak boleh 'disamakan'. rancanglah kita, tapi apa yang bakal turn-out nanti adalah perancangan Allah yang sebaiknya. itu mindset kita.
walhal kita boleh minta sedari awal, untuk 'selari'kan perancangan kita dan perancangan Dia. Allah T.T
apa yang saya cuba kongsikan di post ini, adalah bagaimana kita mentakrifkan perancangan kita dan keputusan Dia. saya mampu merancang, ok selepas graduasi saya akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan saya dan minat saya, berkahwin, menyambung Master dan sebagainya. tapi apa yang kita akan buat kalau perancangan kita itu tak selari dengan perancangan Dia. dan best sangat apabila ada hamba Allah yang mengingatkan, "doa-lah supaya perancangan kita selari dengan perancangan Dia". sweet kan? mashaAllah.
itu apabila kita melihat sudut kita merancang. bagaimana pula dari sudut yang kita-tak-rancang-tapi-Allah-bagi juga sobs.
banyak sangat! apabila urusan anda berpindah kawasan dan daerah dengan 'mudahnya', anda diberikan lapangan untuk 'bekerja', anda direzekikan untuk bekerja dalam suasana bi'ah terjaga, melampaui angan2 dan cita2 anda selama ini - itukan juga perancangan Allah. dan kita bisa jadi tak pernah merancang atau terfikir pun perihal itu. tapi Allah bagi juga. dan itulah nikmat.
bersyukur-lah!
bersyukur-lah!
dan, bersyukur-lah!
bila kita tidak menemukan 'diri' kita dalam suasana yang 'baru', yang mungkin 'kaget' dengan suasana yang cukup, wah 'selesa'nya itu - carilah diri-mu yang dulu.
diri-mu yang terbiasa dengan bi'ah gerakerja aktif.
diri-mu yang suka beraktivitas dan tidak duduk goyang kaki ala2 stagnant.
diri-mu yang suka mencari kebaikan, dan positif dalam setiap perkara.
diri-mu yang cuba untuk mengikat hati sekuat dan serapatnya untuk Allah, walau dalam keadaan yang selesa terlampau.
buktikan diri-mu yang kamu rindui itu masih wujud. masih kekal dalam diri. masih ada, cuma maafkanlah untuk kali ini kerana diri-mu masih dalam proses mengenali tempat baru.
untuk ketika ini, saya merindukan suasana di Kuantan.
yea, comparison. tak perlu compare, namun itu lumrah manusia.
bijaklah mengawal diri.
dekatkan diri dengan Dia.
jadilah dikau seperti dirimu yang dahulu,
akhawat - malah lebih baik lagi!
jadilah dikau seperti dirimu yang dahulu,
akhawat - malah lebih baik lagi!
teringat janji saya pada JKT sebelum graduasi haritu,
"nak stay jadi akhawat uia. walau kat mana pun, nak maintain jadi akhawat uia. nak jaga nama baik akhawat."
Dan JKT pun mengangguk.
"Bagus weh. Mudah-mudahan."
Katanya perlahan.
anis
seri kembangan. 1152am.