Seronok bila tengok Home kat FB sejak seminggu yang lalu. Semuanya update mengenai kehadiran bulan ke-9, yang ditunggu-tunggu oleh setiap Muslim :) Bulan yang didalamnya terdapat ka-ba-ra-ka-tan! Yeah! ^_____^
Sampai diri ini tak tahu nak update apa dah, seriously. Hanya mampu LIKE setiap peringatan dan kuot2 ohsem habis dari sahabat2 terchenta :)
Alhamdulillah, diri ini diberi kesempatan oleh Allah untuk bag-pack [ecehh] ke Kelantan pada ambang Ramadhan tahun ini. Seriously again, it was my first time to travel on the bus, alone, with the night journey, to the place where, tak tau lah nak rujuk sesiapa kalau sesat
-___-"
Specifically, I went to Kota Bharu, since one of my friend invited me to stay at her family house in Wakaf Che Yeh, there in KB :) and me also have aunty who lived there, but not in KB, and that's why i said so. Nobody to whom I can refer to IF I'd lost there :D so, mmg bag-pack le ni :)
Ok, bukan itu tujuan post ini.
I would to wish all of Muslims to have a blessed Ramadhan. Alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah sebab kita dipertemukan dengan Ramadhan untuk tahun ni. but STILL, kita tak tau sampai bila kan? :')
Memetik kuot Ustaz Husni dalam al-Kuliyyah, Jumaat lepas. Punyalah ajaib dan berkatnya bulan Ramadhan ni, sampaikan orang yang tak pernah/jarang ke masjid untuk bersolat, kita akan dapat lihat betapa FULL HOUSEnya masjid sewaktu bulan Ramadhan.
Phew, kalau masjid yang selalunya hanya 1 saf, dan maksimanya 2 saf untuk ikhwah, tapi bila bulan Ramadhan, penuh sampai ke pintu. Berebut2 parking kereta pula. Pemandangan muslimat berjalan kaki beramai2 bersama ahli keluarga lain sambil bertelekung adalah pemandangan biasa. Subhanallah, itulah AURA ramadhan. Uniknya Ramadhan, bagi sesiapa yang masih tak nampak lagi keunikan bulan ini.
Itu tak masuk lagi carta2 nak berbuat baik sepanjang bulan ini. Rasa dan gesaan untuk berbuat baik itu sangat tinggi, especially perihal sedekah, bila mengingatkan ganjaran yang Allah beri bagi sesiapa yang berbuat demikian :) Allah.
Sepanjang stay di Kelantan, banyak peringatan khusus sempena bulan Ramadhan bergantungan di banner, buntings sana sini di sepanjang jalan. yang paling menyentuh hati, "Perbanyakkanlah Doa..".
Nampak simple kan? Ala, bukan bulan Ramadhan pun boleh buat apa?
Walaupun cliche, tapi hat ni memang sangat istimewa. Allah memang tak memungkiri janjiNya dalam sebuah hadis.
Sabda Rasulullah S.A.W,
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)
Sangat betul :')

Tadi baru rasa sangat 'Aktifkan Dirimu' kat FB [baca : aktif]. Tiba-tiba. Rasa macam pulun post semua benda aihh. Minta maaf ye kawan-kawan (^__^)v
Sekali terbaca post kat gambar atas ni. Kredit tu page apa tak ingat, tapi yang penting, di FB.
Bukan perihal 'isteri shalihah' yang menggamit hati untuk terasa, tapi phrase last di gambar tersebut. Phew..
Di sini juga ingin mengingatkan sahabat-sahabat, jika seorang Muslimah post banyak gambar/input dakwah/status FB yang mengingatkan kepadaNya, atau mungkin blogpost yang sarat peringatan kepadaNya, janganlah di cop terus sebagai perempuan baik yang seolah-olah tidak berbuat dosa. Cuak dan takut juga kalau2 perasaan riya' tu bakal menghinggap di jiwa-jiwa mereka yang berbuat demikian :)
Just anggap mereka sebagai wasilah daripada Allah untuk memberi peringatanNya, melalui mereka-mereka ini. Bukan menunjuk-nunjuk, tapi sekadar seruan dan peringatan bersama kepadaNya :) Ingat, jari yang galak 'SHARE' bahan-bahan bermanfaat ini lebih berat tanggungjawaban berbanding yang mengambil 'ibrah [moral of the story] daripada bahan yang di-share kan itu :O tapi jangan lupa juga, tanggungjawab kita untuk menyeru orang ramai berbuat ma'ruf/kebaikan, hanya kepadaNya :) tak salah share-share perkara bermanfaat, sebab kita tak tahu peringatan yang mana dapat menyentuh hati orang lain, dan diri kita sendiri terutamanya~ ^_^

Yeah, semua orang menghadapi perkara yang sama. Saya puasa, awak puasa. Kita semua berpuasa :)
Oleh yang demikian, jangan lupa untuk SMILE seperti biasa. Dapat pahala lebih wooo~
^____________________________^

2 comments:
pasal smile tu pn. haha.
sedih kot tgk jemaah tension2 muka gi masjid. solat tu satu kerehatan kan? penah dgr tak ayat ni? ;)
tadi baru 'kena' dgn officer KOS. masalahnya sister tu yang emos, bro kat office tu ok sket laa, wlupun tak ok sgt. hadoi, sabau je laa -.-
pernah. Rasulullah ajak Bilal kalau tak silap [search balik nanti]. Baginda ajak Bilal berehat dengan bersolat. naiss :)
Post a Comment