Tuesday, July 17, 2012

529. Ethical Decision.



Saya bukan pelajar jurusan Ekonomi yang bakal mengambil dan mempelajari subjek ini. Tapi saya rasa, secara natural nya, semua orang akan mempelajari perkara berkaitan decision making ni, at least melalui pengalaman.


Oh, through that which can be worst and regrettable decision ever. But we did learnt something from the situation, inshaAllah :)


Kegembiraan berjumpa Wan Atikah, dan keluar makan di Restoran Ayam Penyet di Megamall Kuantan semalam, bertukar menjadi sugul dan hati yang penuh remuk redam. Nak habiskan nasi pun dah tak lalu.


Eh, saya marah?


Saya tak tahu nak ekspresikan perasaan apa. Semuanya bercampul gaul, marah, sedih, kecewa, terkilan. Eh, semuanyalah!


Saya terkilan, kenapa manusia lebih bersikap 'jual ikan' dasawarsa ni. Hamek, ayat sastera form 5.


Mungkin silap saya membuat percaturan hidup mengenai decision yang saya dah buat. Oh, lately ni decision-making saya yang saya yakin sebelum ni, menjadi semakin melemah. Semua decision untuk diri saya macam gundah gulana dibuatnya.


Hanya kerana sikap sesetengah manusia, saya terlepas peluang yang saya paling inginkan tatkala ini. Dan yang paling best, pengorbanan saya dibina atas dasar kepercayaan [thiqah] kepada orang tersebut. 


Hanya kerana sikap endah tak endah sesetengah manusia yang berurusan, dan berasa UNethical nya decision yang di buat oleh mereka, apa agaknya turn-out yang diharapkan kepada saya? 


Dan tiba-tiba teringat keadaan hari semalam. Semacam tak 'redha'. Walhal, kata putus telah diberikan. Rupanya Allah bagi sense through hati kecil. :(


Kepada yang membaca, ketahuilah. Bila anda membuat keputusan yang MELIBATKAN orang lain, seboleh-bolehnya jagalah hati semua pihak. Biarlah diri sendiri terpaksa bersusah-payah sedikit, terpaksa bertanyakan pendapat orang itu ini, sepertinya tidak punya harga diri. Tidak! Itulah yang sebaiknya! 


Jangan kerana keputusan yang kita buat, menyebabkan orang berasa jauh hati dengan kita. 


Kalau berbuat dosa, boleh saja bertaubat kepada Allah. Kalau membuat kesilapan pada manusia, kita perlu buat kerja dua kali. Taubat kepada Allah, dan memohon kemaafan kepada manusia.


Dan sifat manusia itu TIDAK mudah melupakan kesilapan orang lain.


Ye, ingat tu.


.......................................................................................................
Al-Kebetulan, selepas saja peristiwa ini semalam, saya punya Bulatan Gembira. Alhamdulillah, banyak pengajaran diterima, dan soothe kan hati ini T.T


Yang paling saya ingat, perihal hak orang lain dalam rezeki kita. Tak semua harta kita itu adalah rezeki kita. Allah letak jua hak orang lain pada rezeki kita. Contoh mudah, tiket Tariq Ramadan saya rupanya adalah rezeki hamba Allah yang lain. Tiba-tiba teringat analogi "nasi di tangan kita tak semestinya masuk ke mulut kita."


Oh.

No comments:

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...