Monday, September 21, 2009

my pre-raya..

salam' alaik...



kepada sume muslimin dan muslimat, Salam Aidilfitri, minal aidil wal faizin sy ucapkan..



asif jiddan ala kulli hal.. sirru ala barakatillah..~



ok,2 ucapan raya dari sy.. Hamba Allah yg sgt hina nih..



pre-raya..



saya balik ke rumah pada hari jumaat.. lebih kurang seminggu sebelum raya.. setelah program iftar dgn Persatuan Ulama' Malaysia dibatalkan,so,sy pn amik peluang balik awal.. nak buat ape kt bilik kan.. dahla sorg2.. baiklah habeskan masa dgn family kt rumah.. bukan senang nk dapat peluang cani.. sejak dok kt asrama dulu,bulan Ramadhan asek bz je.. dulu nk spm ..haisy.. *tp,skang pn sama ja.. ader xm final gop..*



sy nk berkongsi pengalaman sy beberapa hari sebelum raya hari tuh.. sy menemani ibu ke Tesco Saujana Impian,tempat biase membeli kelengkapan rumah.. sy suke sgt teman ibu ni,esp ke Tesco la.. selain drpd dpt tolong ibu tolak troli,tunggu org siang ikan,belah ayam *ye,sy org yg tunggu dpn abg siang2 ikan tuh..*,sy seorang yg suka naik kereta a.k.a berjalan.. so,kesempatan paling kecik iaitu ikut ibu ke Tesco merupakan moment yg paling best.. di samping sy dapat berbual,share probs tyme on the way ke Tesco dgn ibu.. nanti ibu pn,cerita la segala sudut masalah atau hal2 rumah sepanjang ketiadaan sy kt umah.. :)



and,yg paling best jgk,sy suke usha gelagat orang.. ye,gelagat org.. bkn mengusha org dgn pandangan kosong atau 'bernafsu' ye.. suka tgk family pergi Tesco.. dgn anak2 dorg berlari satu Tesco.. tgk gelagat emak2 yg pilih2 barang.. tgk gelagat si bapak melayan kerenah trolley ngan anak2.. tgk org yg sorg2 bawak bakul.. tgk org cam pasangan baru kawen *kot..*..so,macam2 gelagat..



tapi yang best kali ni,aderla gelagat org tyme berpuasa and nk bli barang utk hari raya..



seriously,sy amat kagum dgn kaum Adam yg menemani isteri ke Tesco,dan dye la menjadi org yg paling sibuk pilih barang,pilih ikan,dgn list barang di tangan,dan trolley di sebelah tangan lagi.. dgn muka yg khusyuk dan tawaduk cari barang sambil tgk ke list beberapa kali.. isteri dye? tolak trolley sahaja.. wah,best2...*thumbs up*



ini kerana,after dah 19 thn hidup kt muke bumi ni,sy dah tgk setiap kali bulan Ramadhan tiba,mesti sang isteri yg sibuk memasak,kemas umah,pergi keje *kalau pegi keje la..yg duk umah pun wat keje gop..*,anta anak sekolah,amik anak sekolah and etc etc.. sang suami hanya bwk anak g menghabiskan waktu2 nk dekat berbuke dgn g bazar ramadhan.. xpn,duk depan t.v.. sy xkata TIADA yang menolong di dapur.. tp,stakat ni,yang sy dapat lihat begitulah.. duk depan t.v.. layan segala channels kt t.v.. tapi,sy cukup KAGUM dan TERUJA dgn yang sama2 menolong isteri kemas rumah,tolong sama2 masak utk berbuka,bertadarus dgn anak2.. best kan? tp lagi best,kalau sama2 masak kt dapur la.. MasyaAllah.. :)



ok,dah terpesong jauh.. sy nk cerita dgn satu family yg sy jmpe kt Tesco nih.. kebetulan,tyme tu sy nk pilih bawang besar.. tgh sibuk2 pilih nih,nmpk satu family.. gaya diorang,wallahualam,cam 'loaded' orangnye.. si ayah memakai polo tee berjenama Ralph Lauren *sorryla,i 'heart' dis brand :p* yang sy tahu agak boleh tahan harganye *xtaula kalau xori..tp,xknla..*.. siap dgn beg kulit yang tersandang di bahu,warna coklat gelap *feveret lagi..*,agak berusia rasenye melihat dari luaran dye.. memakai cermin mata rabun dekat..sebelah tangan memegang list.. AND,SEBELAH LAGI,memegang PDA.. cam blackberry pn ader,cam iPhone pn ader.. xpasti.. yang penting PDA la.. skejap2 jwb kol.. skejap2 lagi,tulis email ke balas sms ke,xpasti..sambil pilih2 sayur..*kami kt bhgn sayur tyme 2*



sweet x?



dye ader bwk 2 org anak lelaki.. sorg tu cam dah bujang.. sorg lagi maybe anak last.. tapi,skolah menengah jugak rasenye.. anak2 dye tolak trolley shj.. isteri dye? hanyalah memilih barang2 sampingan yang xmemerlukan dye mencari2 cam suami dye.. pastu asek ckp,"Bang,i think..think that..yg tu xpayah..ha,yang ni.." je.. mak aih,relax nye isteri dye..dan,nmpk sgt kt sini,isteri dye jenis yg havoc sket.. suami dye cool je.. senyap dan jenis yg berbincang je.. itu yg sy nmpk la.. :)



sy kagum dgn suami camni.. sgt2.. bukan senang sy nk tgk gelagat org camni.. ader je golongan Adam camni,tp,sgtlah sedikit bilangannye,ketika sy berkunjung ke Tesco..



ader satu lagi.. si isteri sibuk gle mencari barang2.. si suami? tolak trolley,sambil layan anak2.. dahla cam garang je.. puasalah katekan.. bila si isteri nk letak barang kt trolley,nnti suami dye cakap,"Yang ni nape beli byk? buang cket.. yang tu,beli byk2 xpe..yang 2 amik..yang ni xpayahla.."....macam2.. cam marah pn ader.. membebel.. adehs.. ni yg xmo nih.. sian isteri dye.. cam lemah je.. ye lah,penat nk amik itu ini.. Tesco kan besar.. bukan cam kedai runcit kecik je.. kalau da kt kaunter,pastu xde tag harga,jenuh la nk g amik balik barang kt tempatnye..



begitulah..



malam raye,sy berkesempatan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.. plan awal,nk makan nasik lemak yg famous kt Jalan Doraisamy.. tapi,baru smpi Stesen Monorail Medan Tuanku,jem menggila pulak.. nak xnk,parking kt salah satu parkin lot yang mahal 2,then jalan kaki melalui sebelah Plaza Campbell..



ya Allah..



ramainye manusia... macam sardin.. kalah cket la.. nak bernafas pn,masyaAllah... naseb baik tinggi.. xtaula kalau mereka2 yg 'rendang' tu camne.. gasping for air kot..



sebenarnye xtau nk bli ape.. memang dah settle dah sume.. baju dah gosok.. ketupat dah siap.. dah buat buka yg last pn.. kuih muih sume dah ader.. so,aderla teman mak sedara bli tudung,nak match ngan baju.. and bli keronsang satu dua.. 2 je.. nk kuar pn satu hal.. nk exit mengejut mmg payahla.. nak xnk,kene la ikut arus..



keluar je dari jalan TAR tuh,sy mengeluh,"haih,penatnye.." tapi xdela sampai expect sume org dgr.. rupe2nye.. "ha,ni lagi satu masalah.. berjalan pun penat.. mai dik beli belon,kalau penat boleh naik belon.. senang.. xyah jalan.." kata sorg pak cik sambil memegang belon.. mak aih.. kene skali ak..

itulah pengalaman b4 raya di ibu kota.. akan menyusul raya pule.. :)

*doakan sy yg bakal menjawab xm..*

Monday, September 14, 2009

ikhtilat..

salam'alaik..
ble ckp pasal ikhtilat..rasenye umum dah mula tertarik nk mengetahui apakah itu ikhtilat..ikhtilat ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan.. :)
tgh bz bace2 artikel kt Saya Sayang Islam,terjumpalah satu artikel yg mendapat maklum balas positif drpd pengunjung setia website tuh.. walaupun dikatakan agak baru jugakla artikel tuh..
sy nk share sket.. :)
Bismillahirrahmaanirrahim
Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan).
Adakah sama sekali tidak boleh?
Apakah hukumnya?
Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.
Demi cinta dan sayangku kepada muslimah-muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.
Amma ba’d
Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :
1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.
Allah SWT berfirman :Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)An Nuur : 30-31
2.Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh,
Allah SWT berfirman :dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)Surah An Nuur : 31
Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.
Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)Al Ahzab: 59
Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.
3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :
i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan,
Allah SWT berfirman :Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)Al Ahzab : 32
ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)An Nuur : 31
Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)Surah Al Qashah :25
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.
4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.
5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.
6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).
Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.
Wallahu Ta’ala A’lam
Rujukan :Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 hSumber diambil dari :
http://furqaan-alhammasiyy.blogspot.com/2008/04/ikhtilat-bagaimana-caranya.html
begitulah,penulisan salah sorg moderator kt c2..anak pejuang id-nye..
wallahu'alam~

:)

salam'alaik..

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"
~surah al-Baqarah:128... :)

Sunday, September 6, 2009

rumah kata pergi.. kubur kata maghi..

salam'alaik..~

insyaAllah,hari ni kite telah berpuasa selama 16 hari.. dah separuh bulan.. bulan pun penuh tyme2 nih.. itulah tanda kebesaran Allah S.W.T..

semalam,usai mengerjakan amalan sket,sy pn surf la kt harian metro kt apple kt ruang tamu yang dah terbukak oleh ayah td.. sy pn 'terpanggil' nk bukak laman 'Ad-Din'..

dalam tuh,macam2 tazkirah remaja yang disiarkan dlm Harian Metro setiap Jumaat kalau xsilap sy.. and selalunye berkisar tentang remaja..

and ustaz Zawawi yg in-caj utk tazkirah remaja nih..

sy pun skali lagi terpikat dgn post, '16 TANDA KEMATIAN MULIA'..

mai kiter tgk antara tanda2 nye...~

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.>maybe lemas maksudnye..<

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.


kalau diingat tyme kecik2 dulu,bab2 kematian amat menakutkan.. tapi,sekarang,ble dah matang sket,blajar pun da tau mane baik,mane buruk, mula belajar 'menginsafi diri'.. insyaAllah..

Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah... ~amin~

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...