Bismillah.
Kekok rasa menaip di laman sendiri.
Seperti biasa, blog ini disinggah usai 'menyapa' dan 'berjalan' ke blog blog lainnya.
My Chrome was re-installed. Tak sangka, segala memori dan tab tab yang pernah menemani zaman dahulu kala masih disimpan rapi :') Thanks Chrome for reserving all memoirs here.
Sambil melihat kalendar di sudut meja di USIM, aku bercakap pada HF, "Cepat gila November ni kan?".
"Ha'ah wei. Cepat gila" kata HF dengan loghat Utagha yang pekat.
Entahlah. Hujung tahun memang selalunya begitu. Bagai tak sabar-sabar nak melangkah ke tahun yang baru. November-DIsember dirasakan masa paling cepat berjalan. Bagai tak terkejar tanah untuk dipijak!
Bulan ini juga bulan untuk memuhasabah untuk aku sendiri.
Apa yang telah aku lakukan in the last 11 months. Baik-kah? Improve-kah?
Atau masih di takuk lama.
Hujung bulan ini juga menyaksikan aku bakal berhenti bekerja dengan majikan-ku sekarang.
Tuhan sahaja yang Mengetahui perasaan bercampur baur sewaktu ingin menekan butang Send.
Benar, kalau diingatkan kebaikan, kesabaran, dan keluar-biasaan mereka sebagai hamba Allah yang pernah melintasi dan mewarnai kehidupan aku, pastinya aku takkan mengirim email ini. Tapi asbab masa depan dan perjalanan kehidupan, sunnatullah-Nya, mudahnya aku menekan butang Send dengan seribu satu perasaan.
Bekerja dengan mereka, pastilah aku kenang sampai bila-bila!
Sungguh, bila dikenangkan pula, side, atau bahagian aku sebagai seorang pelajar pascasiswazah, sebagai anak perempuan kepada ibu dan ayah, aku juga tak mampu untuk meneruskan khidmat aku dengan mereka.
Sungguh, mereka layak untuk mendapatkan pekerja yang lebih komited dan fokus daripada aku.
Aku doakan.
Di suatu bahagian dan sisi yang lain, aku juga seperti meninggalkan chapter atau bab terkini, dan menyusun langkah untuk babak seterusnya.
![]() |
| One of many events I went as rep, which I will never get the chance to go. At all. If not because of the current employer. |
![]() |
| Sesi Perkaderan with Ustaz Zulramli. I managed to join, because of current employer too. Oh what a coincidence, tajuknya juga perihal dakwah. |
Bulan ini juga mengajarkan aku, bahawa masa depan itu sangatlah abstrak.
Kita tidak akan sekali-kali mengjangka, walaupun sudah merancang pelbagai perkara.
Juga bulan November mengajar aku, apa sahaja yang membezakan manusia dan peluang peluang di depan mata.
Dia punya ijazah? Kita juga punya ijazah.
Dia punya Master. Kita juga.
Dia punya pengalaman. Apa kurangnya kita?
Lalu apa yang membezakan kita sebenarnya?
Berbaliklah kepada Tuhan yang Mencipta.
Sungguh rezeki sudah tertulis, cuma tidak diberikan gambaran, bagaimana dan bila.
Kita yang cuma hamba, hanya mampu meminta lewat doa.
Dan meminta semahunya.
Yes, itulah yang membezakan kita.
Anis
22112018
1646pm


