Showing posts with label storyline. Show all posts
Showing posts with label storyline. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Sahabat katanya.

P.S UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI. astaghfirullahal'azim.









"Kau kan rapat dengan dia, nasihatlah dia sikit."


Burp.


Ini bukan kali pertama saya di minta untuk 'menegur' sedemikian rupa. Untuk spesifik, orang yang sama. 


Bukan saya tak perasan lansung 'kekurangan' sahabat yang perlu 'ditegur' tu, tapi saya selalu TERlupa. Sebab bila bersamanya, rasa PERLU untuk berlapang dada tu melebihi segalanya. Yes, saya pun tak perfect, sebab tu lah kena mujahadah lebih sikit untuk sebuah ukhuwwah ni :)


Tapi, bila ada 'request' dari sahabat lain, mohon menegur sahabat saya yang satu ni, saya rasa macam kena lebih serius kali ni. Yup, serius.


Entah kenapa lately ni selalu dengar pasal 'meraikan perbezaan dengan orang lain'. 


Betul lah bak kata pepatah Melayu, "rambut sama hitam, hati lain-lain."


Tak usahlah di tanya siapa dan mengapa perlu ditegur, kita orang Mukmin, beriman ni memang PERLUKAN teguran dan peringatan setiap masa kan, in order to achieve better state in the future.


Saya faham, orang yang memohon saya menegur sahabat lain ini, dah 'penat' untuk berlapang dada. Tiada persetujuan dan titik tolak ansur dijumpai sepanjang bersahabat, sampaikan ada rasa hipokrit dan TERASA HATI timbul dari pihak lagi satu.


Walhal motif utama bersahabat ini pun, fillah. Bila fillah, seharusnya semuanya menjadi baik-baik belaka, iyelah, bersahabat kerana ALLAH.


Sungguh, mudah kerja kita kalau semua orang faham erti bersahabat yang sebenar. Mudah mengucapkan dan menaip, "Ukhuwwah fillah" dalam setiap forward SMS atau di wall Facebook, tapi setakat mana "ukhuwwah fillah" kita tu?


Adakah setakat nak nampak 'baik-baik' sahaja?
Sudah cukup berlapang dada kah kita?
Perfect sangatkah diri kita ni sampai tak boleh terima teguran orang lain?
Bagus sangat ke diri kita bila kita dapat marah-marah orang sesuka hati kita je?


Terlupa. Kita terlupa orang mendoakan kita bukan sekadar mengangkat tangan, lalu menyebut nama kita, and thats it. Tidak. Kalau ada sekelumit terasa hati di hati orang lain, boleh bahagia ke hidup kita?


Menyenangkan hati orang lain, dengan attitude dan tindak tanduk kita SANGAT memainkan peranan penting. At least kalau sahabat kita berasa senang dengan kita, dorang dapat doakan kita dalam hati :)


Sudahlah susah untuk menjaga hati sendiri, inikan pula hati orang. Bukan hak mutlak kita untuk judge orang lain sesuka hati.


Hofkos juga, bukan hak kita nak cakap orang lain jahat/tak alim, dan kita baik. Oh.


Jangan sekadar menghijab diri dengan tudung labuh-labuh, tapi terlupa nak hijab hati, penglihatan, dan lidah kita sekali.


Jangan rasa amik 12 subjek masa SPM dulu boleh guarantee hal-hal lain.


Kita ni HAMBA je. Dunia ni tak bawa ke mana. Janganlah hidup bermuka-muka.


Jagalah hati kita, hati orang sekeliling kita. Cari redha Allah melalui redhanya orang-orang di sekeliling kita kepada kita.


Serius.






Kepada sahabat,

"Now, when the world pushes you to ur feet, u r in the right position to pray.
so, be grateful to Him."




Yang penting bukan pandangan orang,

pandangan Allah tu yang MAHA PENTING.

Stay strong dear :)









Sunday, May 6, 2012

Turn to You.




"Alamak rindulah nak balik rumah. Rindu rindu tak kira, nak balik jugak minggu ni!"


Reaksi normal setiap student. Siapa tak rindu family, rumah, negeri dan yang seangkatan dengannya ^___^ 


Yang best, siap rindu bantal, katil kat rumah. Makanan. Haih, ok saya terasa.


Selalunya kalau anak-anak perantauan ni [ceh, Kuantan je pun], students la generally, especially perempuan, mesti rindu kat emak mereka. Oh ibu, rindunya.


Anak lelaki pun tak terkecuali, kot.


Kenapa? Sebab kita kan paling rapat dengan ibu since kecik-kecik dulu kan? Dia mengandungkan kita, mendidik kita [sekarang dah tak menggunakan ayat 'membesarkan'] etc etc. Well, skema jawapan, anda tentukan.


Bila sampai rumah dengan selamatnya [alhamdulillah], mulalah update kat FB, "Home Sweet Home" la. "Rumah Manis Rumah" la. Tak tergambar gembiranya waktu tu kan? Nak nak pula kita bakal berada kat rumah untuk tiga bulan mendatang, sebelum masuk session baru, fuhh~ Memang lupa UIAM sekejap :)


Dan sindrom rumah sakit [Baca : homesick] ni akan menyerang selalunya bila musim exam menjelang. Macam waktu sekarang ni, walhal baru balik dari rumah. Sebab apa?


Stress katanya.


So bila kita stress, tension, tertekan, tekanan, kita selalunya akan fikir dan wondering tentang rumah, means tempat asal kita. kan? ke macam mana?


"Bagusnya kalau aku kat rumah skang. Tak payah fikir program tu berjalan ke tak, tak payah buat assignment, tak payah buat exam etc etc". Fuhh, lajunya ayat2 lepas "kalau" tu kan.


Kita rasa naaaaaaaak sangat pergi to where we come from. Aite? :)


Macam tu juga dengan roh.


"Roh kita asalnya 'dekat' dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing."


Yeah, sebagai contoh macam kita, sesat kat Czech sebab stranded plane. Pergh.


".. sering gelisah dan mahu mendekati dan mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah."


Rasa gelisah yang, undescribeable. Semua serba tak kena, buat ini salah, buat ini tak kena. Emosi pun kadang2 turut serta. Tak stabil memanjang.


Mesti pernah rasa macam ni kan, kalau tak selalu, sekali dua ke? Kita kan manusia, bukannya perfect mana pun, sekadar bermujahadah mengejar kesempurnaan. Supaya mudah menjawab di hadapan yang Maha Esa nanti.


Sambung lagi.. :)


"Bukankah semasa di alam roh, Allah berbicara secara lansung dengan kita dan kita menjawabnya secara lansung dengan Dia? Semakin banyak kita berdosa, meninggalkan solat dan al-Quran, melayan nafsu, dan mengikut jejak langkah syaitan, bererti semakin jauh roh kita mengembara meninggalkan asalnya. Semakin jauh daripada Allah, semakin kehilangan bekal. Semakin rasa susah untuk menghadapi ujianNya."


Itulah yang kita rasa pun, semakin jauh kita dengan family dan rumah kan? Rasa rindu, rasa entah apa-apa, rasa macam nak balik untuk rejuvenate balik segala-galanya, untuk dengar nasihat-nasihat ibu ayah, supaya lebih kuat menghadapi cabaran dunia luar. Itulah bekal kita, umumnya.


Tapi kalau jauh daripada Allah? Bukan ke lebih teruk daripada tu? T_T


Macam mana nak hilangkan rasa gelisah ni? Nak dapatkan 'kekuatan' untuk menghadapi hari-hari yang mendatang yang kita sendiri tak tau apa kesudahannya ni? Macam mana nak rasa positif sambil tersenyum je sentiasa?




"Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati, bahawa dia ingin kembali menemui tuan asalnya. Kepada Tuhannya."






Stay strong :)












P.S Credit to the real inventor of this excerpt. May Allah bless you <3









Tuesday, May 1, 2012

A month after :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah thumma alhamdulillah~~~ 

Sangat rejuvenate sejak balik KL Jumaat lepas. Praises be to Allah ^_____^

Tak tahu kenapa sangat happppppyyyyy sebab dapat balik rumah. Mungkin kerana dah lama tak jumpa family, ok nearly a month [je] pun. Macam manalah nak pergi oberc kalau camni ^_^"

Dua minggu sebelum Jumaat yang lepas [eh,camne tu?] dah mula berkira-kira sambil buat financial planning [ok,tipu] nak balik rumah. Dah cari beberapa orang escort untuk naik kereta ke KL. Woah, memang semangat membara. Selepas satu bulan, what do you expect? :)

I expect more! :)

Rasanya macam 'dekat' dengan ibu, adik, ayah semua. Rupanya saya 'berjumpa' mereka via calling2 je -__-"

Rupanya sepanjang saya menghadapi detik 'mengcemaskan' [erk] dalam hidup awal bulan April hari tu, without my family members. Nampak sangat doa mereka Allah makbulkan, ameen alhamdulillah :)

What's with 'a month after'?

A month after March je :) 

After a went-through session, here am I. Homies :)

Dan semalam, was a blessed day. 

Saya dapat permisi keluar outing with my dearest sista. #sukaok

Pergi book fair [though end up with buying nothing]. Tapi suka sangat tengok 'pemandangan buku'. Ok tipu, takdelah best sangat sebab 'meredah' orang ramai. Haisy, dihenyak2 aura gitu :)

Lepas tu ke Mid Valley. Wah, sangat menggamit kenangan gituh :')

Dah lama tak ke Mid Val. MPH pun dah berubah tempat, next, apa lagi nak diubahkan?

But still, MPH best macam dulu! Pengedar buku terbaik, cannot beat ma! :)







Dah berapa tahun duduk KL? Dah berapa kali g Mid Valley?
Baru la ni nak beli San Francisco Coffee [thanks to Aina Shaari sebab recommend a.k.a hasut-cara-baik untuk beli] :P

Was worth it~ Hazelnut Latte, best in town. :)

Harga? Ok, beli sebulan sekali atau setiap kali balik, beli sekali pun dah cukup bersyukur
*peluh kecil*







"Thanks adik, for the day." Relieved.

Adik : "Hehe. So sweet."

Dahulunya, "thanks" macam susah sangat nak cakap. Berat mulut gituh.
Sejak umur 22 ni, makin mudah sikit. Alhamdulillah.

#berubahlebihbaik







Wandering around MPH. Tiba-tiba ternampak buku ni kat rak.

:')

Best novel ever. Teringat kat KUSESS and CFS PJ dulu. ber pass2 buku ni kot.

Gambar cover paling tak menahan. Amik ilham for the future?

#sweetmuch


Alhamdulillah for the day. Rejuvenate. Kerja banyak menanti di Kuantan. 24 days towards finale.








P.S Banyak sangat tempat menggamit kenangan. Stesen Bandar Tasik Selatan. PWTC. Mid Valley. KTM Komuter. Domino's. Allah.


Doa-doa!








Thursday, April 26, 2012

Dreams.

Everyone has their own dream to pursue.

Dreams to catch. Hope. 

But, realization of the dream is not as easy as we think. 

"Relevan tak kalau kita kira dan hitung kejayaan melalui banyaknya pencapaian dalam mengejar impian itu? " - AN.



Everyone has their own definition of success. Shall not belittle other's people perspective of realizing their true success and dreams :)


Semoga syurga Allah itu menjadi highest dream KITA untuk merealisasikannya. Amin :)










"Kejayaan itu berbeza mengikut tafsiran manusia, tapi biarlah apa yg kita dambakan itu adalah yg dpt membantu manusia seramainya. Bersyukur pd yg Esa, kerna memberikan ayah n mak yg plg baik yg pernah kita kenal, tp itu x bermakna bila jatuh bermakna gagal, kerna gagal itu adlah saat kta berhenti berusaha bkn bila menemui cabaran kegagalan. Bittaufiq wannajah."










:')


































P.S and i felt in love again. 







Wednesday, December 1, 2010

nota untuk diari..

bismillahirrahmanirrahim..





Masa kian suntuk. Aku akan berlepas ke London pada hari Selasa ini.



Dalam masa yang kian suntuk, aku sedang mempersiap segala keperluan dan dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak JPA hari Isnin ini.



Dan kerana masa yang suntuk inilah, aku tidak punya 'kemahuan' untuk ke mana-mana lagi. Aku lebih selesa berada di rumah, menghabiskan sisa-sisa waktu yang berbaki, sebelum aku fly-off ke London. Maafkan aku sahabat, aku terlalu malas untuk keluar. Sekiranya kau lapang, datanglah ke rumah aku, dan berjumpa dengan aku dan keluargaku sekali. Pakej :)



Aku juga semakin malas untuk keluar, kerana adikku sendiri sedang bertarung dengan peperiksaan SPM nya. Aku perlu sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya. Apa yang akan terjadi sekiranya aku kerap keluar?



Di suatu malam, sedang aku membaca buku 'The Secret' by Rhonda Byrne, handphone ku berbunyi. Satu mesej masuk ke Inbox.



Seseorang yang aku hormati telah mengajak aku keluar, pada hari Jumaat ini.



Tiada yang lebih dalam perasaan aku ini selain mengeluh. Aku tidak begitu 'teruja' seperti kebiasaannya. Dia tidak mengajak ku keseorangan, tapi menyuruh ku mengajak lagi seorang sahabat ku, beserta 'seseorang'.



Melihatkan nama 'seseorang' itu, aku fikir itu peluang. Bukan peluang apa, aku 'gusar' sekiranya aku tidak dapat berjumpa dengan seseorang ini tadi, pada masa hadapan. Ternyata, tempat pengajian yang berlainan dan jauh, menyebabkan aku ingin bertemu dengan 'seseorang' itu buat kali terakhirnya.



Tanpa berfikir panjang, aku segera memberi sms kepada 2 orang sahabat ku tadi. Aku tidak berterus terang dalam mesej itu, tapi aku selitkan dengan humor dan pujian. Agar kembang sikit pembaca mesej itu :)



"Salam. Hai awak yang cantik/kacak. ********** ajak kita keluar Jumaat ini. Awak free x?"



Seperti yang dijangka, 'seseorang' itu telah membalasnya terlebih dahulu.



Dia mahu mengikuti, dan memintaku plan yang sebaiknya untuk temujanji Jumaat ini.



hurm..



**



Sebenarnya, aku sendiri tak berapa nak pasti tentang outing aku pada Jumaat ni. Aku berasa tak sedap hati. Apakah yang akan berlaku sebenarnya?



Keputusan yang hanya memerlukan Ya/Tidak memberi seribu satu persoalan. Itulah hakikat seorang perempuan, suka berfikiran jauh, terlalu jauh. Padahal aku hanya perlu mengatakan Ya sekiranya aku bersetuju, dan Tidak sekiranya aku tak mahu mengikuti.



Itulah yang sering ditegur oleh sahabat-sahabat sekelilingku. Mereka menganggap aku seorang yang rumit tentang benda-benda yang remeh.



Aku tidak pasti akan jawapanku kerana, pada hari Jumaat itu, rakan baikku, Farah, telah mengajak aku untuk berjumpa, sebelum aku terbang ke London. Dan pada masa yang sama, adikku, Misya yang sedang menghadapi SPM, turut mengajak aku keluar, sebagai tanda farewell kerana kebetulan dia turut serta dalam rombongan ekspidisi menghantar ku ke KLIA pada Selasa ini. Ibuku tidak kisah, dan menyuruhku menemani Misya beserta adik beradikku yang lain keluar. Mungkin bermain bowling atau menonton Harry Potter 7.



Itu lah kemusykilan ku sebenarnya. Jumaat itu hanya tinggal satu untukku di bumi Malaysia ini. Tetapi agendanya terlalu banyak untuk aku penuhi.



Pagi tadi, semasa sedang bersarapan, ibuku telah menyatakan pendapatnya, yang aku rasakan sebagai yang terbaik kerana dia ibuku.



"Kakak tak payah keluar la dengan ******** Jumaat ni.."



Aku terkejut. Ibu seolah-olah sedang 'scan' hati ku. Aku berasa relieved pada masa yang sama.



"Kenapa bu?" bukan niat ku untuk mempersoalkan, tapi aku mahu ibu memberi hujah yang nyata tentang pendapat nya itu. Buah fikiran seorang ibu.



Ibu mula mengulas dengan panjang lebar. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan semua hujahnya. Aku berasa lega. Ibu tahu kenapa aku begitu scrutinized tentang outing pada Jumaat ini. Mungkin raut wajahku menceritakan ketidakenakkan hatiku.



"Ibu pun ada anak perempuan juga. Ibu tahu apa yang dia nak. Ibu tak nak akak 'digunakan'. Dia ajak akak sebab dia nak 'seseorang' tu join jugak. Kalau akak takde, masakan dia nak turut serta.." ujar ibu panjang lebar.



Aku mengangguk lagi. Lalu aku menyatakan kebimbangan ku. Aku sebenarnya 'tak berapa' dengan dia yang aku hormati tadi.



Aku memang tak nak digunakan lagi. Aku BERHAK untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang aku suka, dan dia tidak perlu mengarah-arahkan aku untuk menghalang aku berkawan dengan si fulan si fulan. Itu prinsip aku.



Aku lagi bertambah pening memikirkan apa yang akan terjadi kalau 'seseorang' itu tahu yang aku membatalkan janji temu pada hari Jumaat ini.



Tetapi aku sebagai anak, aku menghargai sepenuhnya pendapat ibu ku. Dan adikku, yang juga tidak berapa setuju sekiranya aku ingin keluar dengan 3 orang lagi pada hari Jumaat ini. Aku menghargai mereka, hanya mereka lah harta ku di dunia ini. Mereka paling rapat dengan ku. Itulah ibu dan adikku, Misya.



Dalam pada menyatakan kebimbangan kepada ibuku, aku lega. Akhirnya aku tahu apa yang terbaik untukku. Aku tak mahu turut serta dalam pertemuan Jumaat ini. Sesudah meluahkan kelegaan itu kepada ibuku, aku turut menyatakan hasrat di hati 'kecil' ini, sesuatu yang aku jangka hanya akan aku luahkan, mungkin 3 atau 4 tahun lagi. Aku tak berasa malu lansung. Bagiku, aku perlu confirmkan hal ini dengan ibu. Supaya redha Allah mudah sampai kepadaku :)



"Boleh.. ibu tak kisah.. menantu idaman kot.." kata ibu dengan girangnya :D



"Ibu tak kisah. Asalkan dia seorang yang bertaqwa, beriman, ibu tak kisah.." ulas ibu lagi. Aku bertanyakan tentang sesuatu yang aku 'tak pasti', iaitu tentang perbezaan umur kami.



"Takpelah.. orang beriman ni selalunya dia tahu tanggungjawab, hala tuju hidup. Bukan nak bersuka ria je...".



Aku tenang dengan jawapan ibu. Aku tahu ibu mengetahui isi hatiku. Dan buat pertama kali dalam hidupku, aku bertanyakan tentang itu. Aku semakin thabit :)



Kerana jawapan ibu begitu, beserta hujah ibu yang kuat untuk menyatakan 'Tidak' pada hari Jumaat ini, aku semakin thabit. Mungkin juga kerana tekadku untuk LEBIH menjaga syariat, Allah menurunkan hidayah buatku. Allah mempermudah jalanku. Mungkin ini yang terbaik untukku.



Aku gembira kerana dapat berkongsi sesuatu yang susah untuk para anak gadis kongsikan dengan ibu mereka. Aku gembira kerana ibu mengetahui isi hatiku. Dan kerana kegembiraan itu, aku terus memberi mesej kepada seseorang yang aku hormati untuk membatalkan kehadiranku pada hari Jumaat ini. Aku nyatakan padanya sekiranya umur kami panjang, kita akan berjumpa lagi pada masa hadapan. [Padahal kalau boleh aku tak mahu]



Ibu juga menyuruh ku mengajak kawan baikku Farah, datang ke rumah. Dan ibu juga menyuruh ku membawa adik-adikku keluar untuk kali terakhir sebelum aku fly. Aku hanya bersetuju.



Sabtu ini juga aku dan keluargaku akan ke Melaka bagi menghadiri walimah di sana. Walimah saudaraku. Pada hari Ahadnya pula, saudara ku dari Johor akan datang ke rumah ku untuk menghantar ku ke airport. Nampaknya jadual ku begitu padat pada hujung minggu ini. Tidak boleh tidak untuk berjumpa rakan2 ku yang lain. Tetapi nampak gayanya, aku perlu berjumpa dengan Farah, memandangkan dia tidak dapat datang ke rumah ku.

Aku pelik kini. Sekalipun aku telah berjaya thabit untuk tidak turut serta dalam outing Jumaat ini, aku masih tidak senang hati. Aku tertanya-tanya, apa yang membuatkan hati ku resah. Aku sedang berbaring, lalu aku duduk. Resah masih tak hilang. Aku mengambil wuduk, solat sunat 2 rakaat, baca al-Quran. Semakin surut, tetapi tidak reda.

Baru kini, handphone ku berbunyi, tanda mesej baru masuk.

"Salam. Tak dapat pergi ke Jumaat ini?"

Aku semakin resah. Penghantar mesej tersebut sedia maklum tentang ketidakhadiranku. Pantas sungguh informasi bertalu.

Aku berbalas dengannya. Walaupun dalam hatiku, kesedihan Tuhan sahaja yang Tahu.

Aku perlu tekad, aku buat segalanya atas pesanan adik dan ibuku. Tunjangnya hanya satu, kerana ALLAH.

Aku telah memilih jalan ini, aku mahu syariat ku lebih terjaga. Aku tak mahu dipergunakan lagi. Aku tak mahu dihalang kerana persahabatan ku dengannya. Aku tak mahu orang ketiga. Selain ahli keluarga ku, tiada siapa dapat menghalangku dengan siapa aku berkawan.

Setelah berbalas, ada nada 'kecewa' di sebelah sana. Aku tahu dia fed-up denganku. Banyak kali sudah berjanji, tapi tidak pernah yang jadi. Ini semua gara-gara orang ketiga. Orang yang sememangnya mahu menghalangku berkawan dengannya.

Sedih. Tapi aku tak mahu menangis. Aku sudah pilih jalan ini. Aku akan berjauhan. Aku sandarkan semuanya kepada Allah. Sekiranya jodohku dengannya, tiada apa yang perlu aku takutkan. Allah lagi Maha Mengetahui. Sekalipun orang lain cuba mengkenen-kenenkan dengan sesiapa pun, kalau tidak berjodoh dengan redha Allah, tiada juga.

Tetapi sekiranya dia bukan untukku, aku redha. Ada yang lebih baik di sana.

Aku tak mahu menangis. Walaupun aku tak dapat berjumpa buat kali terakhirnya. Aku redha.

O Allah, please eases my way.

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...