bismillahirrahmanirahim.
mode : tengah lenguh2 baca Anatomy. jom online sekejap! :)
sejak berada kat Kuantan ni, alhamdulillah, jaringan ukhuwwah saya 'melebar' sikit. seronok kan?
seperti yang saya kata before, kalau dalam game The Sims ni, saya punya level untuk Social mesti hijau punye! :D
seronok tau bila kenal orang baru, macam bukan chapter baru dalam kehidupan. bila kenal orang baru, automatically kita akan berkongsi fikrah dengan orang tu, lepas tu, for first few hours and days mesti macam can't get enough with her. sebab ada je benda nak sharing caring kan. how sweet is that.
saya nak cerita la mengenai pengalaman saya dengan seorang sahabat yang saya baru kenal in reality, padahal saya dah kawan dengan dia, Facebookally, hampir setengah tahun. daripada dia bukan pelajar UIA, sampai jadi pelajar UIA. itu semua agenda yang Allah tentukan, saya pun tak sangka la pulak saya akan kenal dengan dia secara alam nyata :)
macam mana ek saya boleh add dia kat FB? saya rasa semuanya berpunca dengan seorang hamba Allah ni. mula-mula sekali, saya cari hamba Allah ni kat FB, pastu stalk punya stalk, nampak blog dia. ok fine, saya follow blog dia. lepas tu, saya tengok bloglist rakan se'batch' dia kat sekolah yang femes ames tu. saya tertarik nak pergi ke link seorang muslimah ni. agak updated la. so pergi.
saya baca most recent entry dia, mengenai rezeki yang Allah tentukan, saya tak ingat exact tajuk entry tu. tapi yang penting, entry tu mengisahkan ayat al-Qur'an sebagai syifa' untuk segalanya. contoh yang diberi mudah, dan dia dah amalkan pun. sebagai contoh, satu hari, muslimah ni rasa 'kering' [duit tak cukup]. so, dia baru terdengar yang kalau kita amalkan baca surah al-Waqi'ah sebelum tidur, insyaAllah rezeki kita murah. lepas tu dia terus baca al-Waqi'ah, dengan penuh kebergantungan kepada Allah [mungkin kedengaran cliche, tapi itu lah yang SEBENAR2NYA. bergantung kepada Allah]. then esok paginya [something like that], dia terus dapat RM10. whoa!
so, kat situ, muslimah ni cuba nak terangkan betapa kebergantungan kepada Allah sebagai Pemberi Rezeki itu penting. sejak baca entry dia tu, alhamdulillah, walaupun kadang2 ada skip, tapi kalau boleh, saya amalkan baca al-Waqi'ah lepas Isyak. lagipun, ada seorang yang masyhur [saya lupa Imam ke Luqman al-Hakim] pesan kat anak perempuan untuk mengamalkan bacaan surah tersebut sebelum tidur. tiba-tiba kan, saya pun dapat juga 'ganjaran', alhamdulillah. nak cerita ke? jap eh, habiskan part berkenalan dengan muslimah ni tadi dulu :)
okayh. lepas tu saya terus macam,"eh, best jugak blog dia ni. terus apply kepada kehidupan. bagus2!", saya suka blog2 membina macam ni. bukan macam menghadiri kuliah yang begitu meleret2 tapi yang lebih terang dan nyata kepada aplikasi dalam kehidupan. baru meaningful! macam blog ust Hasrizal :)
lepas tu kan, saya pun cari la button 'Follow' kat sidebar blog dia. [saya memang suka blog-walk dan blog STALK]. dalam pada saya mencari button tu, saya nampak FB batch dia. then saya pun dengan rajinnya, tekanlah, lalu, add-lah beliau.
{add sebab dia kawan kepada 'kawan' saya, budak sekolah 'itu', sama umur dan insyaAllah sefikrah :)}
itu tujuan asal.
itulah, saya memang boleh add ppl randomly.
lepas tu kan, saya terus lupa nak tekan button 'Follow'. dan mungkin kerana saya lupa terus pasal dia lepas tu, Allah mungkin jodohkan kami. [macam blog tulis cara berkenalan pulak :p]
itu cerita beberapa bulan yang lalu, waktu saya masih di CFS PJ.
then saya masuk Kuantan.
dah sebulan lebih, saya pergi ke satu talk ni kat Kuliyyah of Pharmacy. waktu tu kan, kalau ikut hati yang muda remaja ni, mungkin TAK PERGI, sebab saya terlambat dan kalau nak pergi, memang kena jalan kaki sorang2 ke KOP tu. bayangkan. tapi kan, Allah gerakkan hati saya bersungguh-sungguh untuk pergi, sebab susah nak pergi talk kat Kuantan ni. so, saya pun jalan kaki dengan gigihnya. saya sms Amal utk reserved seat utk saya.
bila saya sampai je kat Lecture Hall tu, dah suku jalan dah talk tu. takpe, saya masuk jugak.
bila masuk je, saya cari Amal, dari pandangan atas. ok nampak.
terus duduk sebelah Amal.
then dah lama-lama tu, talk makin habis. sementara penceramah nak closing, ada lah sehelai kertas berisi nama, course, matric no, year dan hp no di forward2 kan dari arah belakang. tiba turn saya untuk tulis, saya macam ter'observe' nama2 sebelum saya.
sekali, pap! sepotong nama yang saya kenal. bukan kenal orang, kenal nama je.
"eh, dia ni?"
saya tak berani pusing belakang. poyo, bajet orang kenal.
saya dok ingat2 balik. betul lah. saya ada add dia kat FB. tapi bukan ke dia student ?
sambil pikir2, saya tulis butiran diri saya. then, saya terus tanya Amal, memandangkan course dia sama pulak dengan Amal.
"Mal, kau kenal dia ni?"
"eh, dia ni ***** ke? aku tau nama dia tu je.."
tiba-tiba.
"Amal, kita nak nombor awak boleh?" ada satu suara dari belakang. saya pun turut menoleh.
yang misterinya, saya tak pernah tgk pun gambar dia. just recognize nama je.
konfem la. saya ingat nama ayah dia unik sikit.
ok fine, takpe. kalau ada jodoh, jumpa lagi.
then, last week, saya mengikuti mukhayyam kat Muadzam Shah [nanti cerita]. waktu tuh, makin meyakinkan saya bahawa dia lah orangnya. sebab at one point, kami satu usrah. so, dia ada cerita pengalaman dia membuatkan anjakan paradigma sejak di *** dulu. ha betullah! dia budak direct intake. maksudnya, betullah dia yang saya kenal tu. kebetulan dia duduk sebelah saya. memang lah.
then, otw nak ambil gambar dengan peserta lain, saya berbual dengan dia. of course I'm not revealing myself, just tanya dia untuk lebih mengkonfemkan.
"***** sekolah mana dulu ek?" ceh. dah gaharu cendana pula.
"erm... ********. tau ke?" tanya dia, ambil masa nak menjawab pertanyaan saya.
"owh, ye ke. tau2. kita ada kawan sekolah kat situ.." jawab saya sambil tersenyum, bermakna.
"ye ke! sape2?" excited pulak. makin teruja dia nak tau.
"erm, izzati *******. kenal?"
"kenal! satu batch. dia gi jordan kan?"
"aah. lepas tu, kenal f**** tak?" saya menguji sejauh mana dia fanatik terhadap sekolah dia.
"Erm.. kenal.. yang macho2 tu kan? kenal dia ke?" tanya dia kepada saya. muka dia macam "okayhh femes kot, sape tak kenal dia!".
"kenal. kami kawan.." hocehh.. bangga di situ. bangga yang positif. :)
lepas tu saya terus tanya dan bertanya, akhirnya saya tahu dia adalah dia.
kelmarin, saya beranikan diri komen kat link di FB dia. saya tak nak terburu-buru, takut dia ingat saya stalk dia pulak. {memang stalk pun}
see? saya selalu berada dalam situasi macam ni. nak kata saya ni kenal ramai orang, tidak. tapi saya selalu di ketemukan dengan orang yang saya recognize at first, intended to be friend with him or her, then lupa. lepas tu Allah mesti jodohkan kami balik. sweet kan?
the same thing goes for the person yang femes yang saya tanya kat muslimah ni tadi.
ini baru yang pertama. ada dua orang lagi macam i jugak.
saya kenal sebaris nama ni kat FB seseorang, sebab dia post kat wall kawan saya tu. tiba-tiba, dia follow saya kat blog, pastu minta add kat FB. awhh. :)
yang lagi sorang, heh. sejak cfs, saya macam ada aura nak kawan dengan dia, sebab dia subcom saya, and we share the same birthdate. bezanya, dia hafizah. saya tak. sedih kan kalau perbezaan macam tu :'|
dia orang Kedah. kalau dulu kat CFS, saya approach dia sebagai subcom je. bukan merendahkan, maksudnya, tak rapat. tapi kat Kuantan, kitorang selalu get along kot. lepas tu selalu pulak ajak saya balik Kedah dengan dia. siap nak carikan orang Kedah untuk saya! lagi sweet :)
semua benda sweet kan. kalau kita positif. moral of the story, positifkan diri. lepas tu, toksah beriya sangat nak impress orang lain dengan KEHEBATAN, KELEBIHKAN, KEKACAKAN/KECANTIKAN dan SYARAHAN YANG SEMPURNA yang ada pada diri. tapi impress ALLAH terlebih dahulu dengan amalan2 dan niat kita. insyaAllah, automatically semua orang impress kita, dengan cara yang tak disangka2 :)
bukanlah nak cakap saya ni DAH CUKUP AMALAN sampai boleh kenal2 dengan orang, tak. sebagai pencetus untuk diri ini terutamanya.maka kalau orang lain nak ikut, tafadhaal. ^_^
thank you Allah for everything. ukhuwwah fillah fil jannah :)