Showing posts with label UIA. Show all posts
Showing posts with label UIA. Show all posts

Sunday, September 9, 2012

553. Semester baru!

Semester baru!

Semester I 2012/2013. Selangkah lagi ke tahun III pengajian, insyaAllah. *tak tau nak letak smiley apa*

'ala kulli hal, semester ni erm. erm. lain sikit dari yang kebiasaannya. Tengok nama subjek dalam study plan macam *gulp.

alhamdulillah bila tengok nama lecturer kat sebelah *menarik nafas 3/4 lega =)

  • Pharmacology
  • Pathology
  • Immunology
  • Parenting*
  • [tak decide lagi sama ada EAW atau KOS]

all the best, bittaufiq wannajah kepada semua yang bakal memulakan sem! ^^

"Kena lebih IKHLAS, dan PROAKTIF!"-kakak H.

Terasa bahu semakin 'berat'. Doakan.




loveliers ^^




"..as expected."



.....................................................................................................

P.S Tak tahu nak define semester ni macam mana. Berdoa supaya kekal maintain CGPA meningkatkan macam semester II yang lepas, ameen ^_^

Tough subjects. I know. Kena optimis.

Yang lain, leave the rest to Allah~

Monday, July 2, 2012

519. Semester pendek.

Short semester.


Kenapa 'short'? 


Sebab semester pembelajaran hanya 7 minggu.


"Iyelah 2 bulan."-W


"Bukanlah weh, 7 minggu je!"-A


"Iyelah.. 7 minggu kan lebih kurang 2 bulan."-W


"Oh, a'ah ek."-A



"Ok, aku lupa pulak yang aku tengah bercakap dengan budak bio!"-W


Kurang asam -___-" Tak payah nak sakan sangat gelak.


*walhal diri sendiri tengah gelakkan diri sendiri.* =)


First time sepanjang menjadi Undergrad student, menjalani short semester. Well, I don't wanna miss a thing! =D


Mula-mula sampai di UIA Kuantan hari Selasa minggu lepas, sunyi. Phew, sangat sunyi. Tengok blok M8, macam "kosong, kosong ohh.." =D


Untuk short semester kali ni, student KOS dan KAHS diletakkan di M1. 


Dan again, sangat sunyi. Seriously, semester yang AMAT baik untuk ber'uzlah'. Titik.












Wacana Wanita dan Syariah
24 Jun 2012
Wisma FELCRA

P.S felcra kot =)


"Berdebar sikit bab2 FELCRA nih.."

"Kenapa?"

.......left unanswered.




Panelis mantop. 
Dari kiri : Dr.Har, bro. Hafiz Bai [moderator], ust Emran Ahmad




My childhood best friend is getting married!
dia : sama kelas dengan saya dan selalu berkepit dengan saya since standard 1-6.
Bukan senang nak maintain our friendship woh. Negeri-negeri memisahkan kami :')
Now, negara pulak [sebab dia study kat Aussie]

Semoga rabithah hati sentiasa mengikat 'hati-hati' kami. Walaupun dah berkahwin. ameen =)


P.S Biasalah girlfriends. Dulu bicara bab jodoh macam fairy tale. Rupanya Allah takdirkan dia bernikah dahulu.



"Haisy, buku ni bukan untuk orang yang 'futur' la.." geleng kak W seraya memandang adiknya yang tak berapa nak kecik itu =)

Buku TD warna kuning yang tak sampai RM10, Semoga saya memiliki 'kamu' untuk diri saya sendiri nanti =)





Sebuah bilik di M1. 

Semester ni mengajar saya untuk tidak terlalu 'mendedahkan' compartment saya di ruang tingkap -__-" 

Sebabnya, ramai 'pemerhati' di bahagian tingkap, dan di gajah menyusur yang mengadap exactly, juga di tingkap.

Oh, terima kasih mahallah office.




So, this is it!

Saya ternampak seuntai nama yang dikenali, hanya menerusi blog beliau.

Rupanya kita se'kapal' =D

Semoga Allah pertemukan kita kelak, ameen ya Rabb~





Disebabkan ianya dibuat di Main Auditorium IIUM Gombak yang tidaklah besar mana tu, saya redha sekiranya Allah tidak men'jodoh'kan saya untuk bertemu beliau, 16 Julai nanti.

Allah yusahhil.




Main Auditorium UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah.

Besar kot main audi dorang. Kecik sikit je dari Main Hall CAC.

"Kekasihku Seru" by Ust.Hasanuddin

Daebak habis.






"Awak tau tak jajan tu apa?"


dengan warga UNITEN yang pelbagai bangsa, ust. hasanuddin bijak memilih langkah ketika berbicara. tersentuh+kelakar+terkesan. 2 jam yang penuh ibrah!




.......................................................................................................


Permulaan short semester yang penuh 'warna-warni'. Sarat pengajaran. Pengalaman baru. Banyak tempat yang dilawati [walaupun dalam malaysia je]. alhamdulillah. 


Kadang-kadang, saya terlupa 'realiti' sebenar di luar sana. 


Di garisan permulaan semester pendek ni, saya terlupa yang saya ada 2 tahun lagi baki pengajian di UIAM. Dan seriously, rasa sangat bersyukur menjadi pelajar UIAM. Allahu akbar! T_____T


Kenapa? 


Tunggu.

Friday, September 23, 2011

ukhuwwah :)

Assalamualaikum :)


Berukhuwwah menjadi semakin best bila kita bersahabat dengan hati, perasaan, macam "falling into" dengan mereka2 yang kita baru berkenalan.

Apatah lagi kalau in line kerana Allah Ta'ala :)

Well, masuk 2nd semester, which I'm going to be a 2nd year student by next semester insyaAllah, menggalakkan saya untuk bertemu dan berkenalan dengan ramai sahabat baru.

Seronok kan? ;)

Macam malam tadi, ada Gathering Raya UTK di Masjid Kuliyyah of Medicine.

Seriously, saya tak kenal semua juniors. Yang course saya pun tak habis kenal lagi, apatah lagi yang course lain.

Kat gathering semalam, kami pun ada jemput adik-adik yang baru masuk main campus.

Yang bestnya, kami berukhuwwah la, pa lagi kan dah nama pun UTK :)

Yang paling terharu sangat, ramai pulak junior kenal saya *ceh, ini bukan riya' dan berlagak*

Ada yang pernah duduk satu level/hisbah. "Akak dulu duduk sama hisbah dengan saya kan?" tanya junior ni dengan riangnya. Tak sampai hati nak kecilkan hati dia dengan mengatakan "Tak!" terus. "Erm, sorry kita tak perasan. Tak ingat jugak. Sorry2 mungkin ada." sambil mengakhiri dengan senyuman dan salam wida' :)

Saya rasa dia pun boleh faham situasi saya dan pelajar UIA lain yang kerap bertukar hisbah masa kat CFS dulu :)

"Akak yang duduk bilik sebelah saya time UNGS dulu kan?"

Ha sudah. Bila masa pulak aku amik UNGS kat CFS nih?-monolog sendiri.

Ohh ok. "Oh, yang bilik kita takde sempadan tu kan? Ha'ah la, patutlah muka awak macam familiar!" biarlah saya dan ex-roommate je tahu apa itu "sempadan" yang dimaksudkan :P

"Yup yup! Tu lah, saya cam akak. Tiba-tiba teringat kita berjiran". So sweet la adik nih ;)

Junior lain. "Akak pernah datang dinner PERKIM kan?".

Banyak la reaksi siswi2 muda ni. Terharu sangat. *well, setakat ni siswi la kan. saya tak kenal sangat siswa. heh*

poyo je.

Terharu sebab ada yang ingat saya, walaupun saya sekadar p program sekali sekala je :D Tapi still ingat. Saya harap sebab tu lah mereka ingat saya kan? Rasanya tak pernah rebel mana2 rules UIA lagi yang menyebabkan nama saya famous sat.

Bila berukhuwwah, kesalahan yang sepatutnya dimaafkan adalah mengingat nama setiap satunya. Baru saya sedar yang saya pun takdelah hafal nama orang. Minta maaf semua, nak hafal nama, course, year, asal semua memang boleh, tapi ambil masa kot :D masih dalam usaha nak mengingat semua nama akhawat UTK :)

Tapi bukan ukuran umur, level study yang sepatutnya menjurangkan kita. Sebolehnya, saya tak nak buat jurang, yang boleh "menjauhkan". Seboleh-boleh nak berkenalan tanpa rasa jurang itu ini. Sebab kita kan orang biasa, human being, Allah's slave, semuanya buat untuk mendapat redha Allah insyaAllah.

So, perlu ke nak rasa jurang-jurang ni kan? ;)

Jom bersahabat seikhlasnya. Bukan sebab saya kenal orang tu, rapat dengan orang ni, dapat DL or any. Saya pun tak kawan dengan awak sebab awak budak medic, awak student council, awak rapat dengan dia, dengan itu dengan itu sebab itu ini. Tapi, bersahabat kerana Allah :)

hurm. :)










Kak Dilah yang comel dan makin-susah-nak-jumpa la nih :') tu la, dah masuk clinical years, jumpa kat hospital je la ^^




Gathering Raya UTK 2011 :)





Seniors CTS yang belanja makan kat Tg. Lumpur. kenyang sangat, alhamdulillah, memang langkah kanan. Thanks Kak Mizah, Kak Jay, Kak Ili n Kak Aliaa :)

Oh, saya kenal dorang kat Pertandingan Debat UIA arituh. were roommates for 10 days :)




Mulai semester ni, tak nak excel study semata, tapi health? hampehs. Tak nak tak nak! nak excel dua2. so, last week, saya, Syahidah n Balqis dah start jogging. Uh, pusing tasik kot. Terasa muscle dah ketat T_T

Snap gambar, tiba-tiba nampak ada a group of brothers macam tengah buat "bulatan gembira". Well, as an addition to that picture tho :)

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...