Bismillah.
Minggu lepas, sepupu saya yang baru sahaja graduate, dan berkahwin, telah berkunjung ke rumah. Masih dalam sesi perkenalan dan memperkenalkan isterinya, juga seorang doktor, kepada sanak saudara sebelahnya, sepupu saya, seorang lelaki.
Alhamdulillah, berkuranglah sikit 'malu' saya bila sepupu lelaki sudah beristeri. Kalau sebelum ni agak 'malas&malu' nak 'melayan' mereka sebagai tetamu, tapi sekarang tidak lagi :) Mungkin kerana faktor usia yang lebih kurang, maka saya pun bolehlah berbual dengan isterinya.
Seperti biasa, saya diajukan lagi oleh soalan nakal dari sepupu saya. Mungkin kerana dia masih lagi dalam mood honeymoon dan 'seronoknya perkahwinan', maka soalan dan cerita yang keluar dari mulutnya juga berbaur perkahwinan semata -..-" Saya juga di-dragged kan dengan soalan yang sama.
"Kahwin ni mudah, M___ [nama manja saya panggilan ahli keluarga :P]. Jangan susahkan." katanya sambil mengangguk-angguk. Seolah-olah saya pula meminta nasihat *peluh besar*
Saya jua, turut mengangguk sahaja. Di sudut meja makan.
"Dah ada waiting list ke?" tanya dia lagi. Hadoi.
"Takde.." pendek saya menjawab. Malas nak memanjangkan bicara. Ceh.
"Kalau takde, isi-lah borang baitul muslim. Insya Allah." suggest dia.
Hmm.
First time saya mendengar orang lain dalam kalangan ahli keluarga saya menyebut perkataan tu. Yes, saya tahu dia juga antara hamba-hamba Allah yang mengikuti Bulatan Gembira, tak silap saya under pertubuhan I yang sangat femes dengan student kat wilayah Down Under.
Saya mematikan perbicaraan kat situ. Tak menyambung lagi.
Tipulah, kalau tidak pernah terlintas atau terfikir, lansung. Tapi rasanya, saya yang perlu kawal diri dan segala pertanyaan dari dalam atau luar diri saya ini. Saya akui, perbicaraan mengenai perkara ini memang 'hangat' selagi saya tak melangkah ke tangga kedua maratibul amal ini. Tapi kalau selalu sangat cakap, saya sendiri yang bakal rasa jemu, muak dan tak excited.
Saya taip untuk peringatan dan referens diri saya sendiri :)
Bila dah baca entri Muharikah ini , lagilah rasa macam nak hantukkan kepala kat dinding. *eh, melampau tak? T_T
"Susah tak nak bina individu Muslim? Susahkan? Apatah lagi sebuah baitul dakwah..."
Memang susah, untuk diri saya.
Sewajarnya saya TERASA bila baca entri tersebut.
Yes, sila terasa dan do something Anis.
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”
Dah sampai masa untuk lebih 'serius' dalam membuat keputusan. Phew.
Semester baru. Rencah baru. Azam baru. Kerja-kerja-kerja baru.
Permudahkan, ya Allah.
#keluarzonselesa