Sunday, June 23, 2013

634. Amali.


Assalamualaikum.

Subhanallah. Memang dah teramat lama tak update blog. Busy? Mungkin. Bulan lepas bertarung dengan Final Exam. Alhamdulillah, result sangat baik. Seperti biasa, perancangan Allah, unexpected happens! ^_^ Rasa macam dah bakal adding subjek 'lebih' next semester, tapi tidak. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Malah lebih baik lagi :)

Segala puji bagi Allah, seminggu telah berlalu. Minggu pertama untuk latihan industri sudah tamat dengan jayanya. Insha Allah, berbaki 9 minggu. Erk, lama kan? Agakla. Memang lama. Tapi kalau dah pejam celik insha Allah masa berlalu cepat. Hmm.

Sempat cuti selama seminggu lebih di rumah, usai Final Exam lepas. Ada slot melawat CFS IIUM PJ :) Bersama rakan se-FSCC dan Inche Presiden. Woah, last time saya bertemu dengan Inche Presiden di CFS adalah pada tahun 2010. Dah 3 tahun kot. Dan dengan STAD (Student Activities and Development Department) yang dah berubah menjadi Department of Law, tersangatlah janggal rasanya.

Kini, saya ber-latihan industri di NIOSH HQ, Bandar Baru Bangi. Ramai sahabat yang SMS, tak kurang yang bertanya di FB, macam mana perasaan berlatihan industri di tempat yang erm, entah tak pasti femes ke tak ni. Saya pula dengan kekeringan kredit kadang2, dan juga kerja yang diberikan mostly di bahagian lab menyebabkan rasa nak balas SMS terbatas. Iyelah, nak balas SMS mestilah kena bukak glove bagai kan. Haish, malas. Makanya most of the time, saya letak hp dalam beg di bahagian office. Mohon maaf kepada semua rakan yang sangat baik hati nak update kerja saya yang tak seberapa ni :)

Serius. Memang penat. Saya akui, sahabat2 yang intern di tempat lain pun mengalami nasib *ceh* yang sama. Semua banyak kerja. 1st day dah ada kerja. Sudahlah di lab kan. Memang seronok juga sebab mesin2 yang state of the art memang letak macam tu je. Kalau di UIAM memang terbatas jugaklah untuk kami ; student biasa2 ni pegang. Budak postgrad je kot yang boleh. Kot.

Alhamdulillah, minggu pertama ni memang adaptation. Mula nak mapping di mana tandas, cafe, surau, shortcut menuju ke kereta (untuk balik, heh). Yang pastinya, saya berasa seperti berada di alam lain ketika berada di tempat praktikal. Bila keluar dari bangunan, dan berjalan menuju ke kereta, baru rasa, "Oh, aku masih hidup di KL ni. Alhamdulillah." Nangis.

Alhamdulillah, saya rasa sangat berjodoh dengan UIAM kerana ada beberapa orang bekas pelajar UIAM di sini (walaupun saya tak kenal mereka, kuang kuang). Tapi takpe. Pada minggu pertama, saya dipertemukan Allah melalui wasilah Madam Humaiyah dengan seorang bekas pelajar UIAM, tapi dia course Engineering dulu di Gombak, Bro. D. Bro. D merupakan seorang MSCC (older version of FSCC) sewaktu dia di asasi CFS dahulu kala. So sembang punya sembang, dapatlah rasa attachment sikit di tempat internship. Macam "Okay, ada juga budak UIAM kat sini." Insha Allah, I'll be safe. Haa macam tu. Aduh, kenapa rasa macam ni ye? Entah, rindu UIAM mungkin :(

Perkara pertama yang saya seek from the internship place is, "Sesuai tak dengan jiwa (minat) aku sebenarnya?". Seriously, I hardly found the answer for the question. Saya tidak menyalahkan keadaan atau tempat internship, tidak. Cuma, hanya mencari dan cuba mengecam minat saya yang sebenar. Asbab NIOSH merupakan antara tempat terbaik untuk student yang amik concentration industrial health untuk menjalani praktikal. Makanya, saya cuba mengecam kembali adakah ini minat saya yang sebenar, supaya latihan praktikal saya tidak lah membazir macam tu je. Next is, saya mencari kebaikan dan hikmah berada dalam bidang industri ni. Umum mengetahui, industri sangat berkaitan dengan 'lelaki'. Pada mulanya, saya anggap sebagai statement biasa-biasa je supaya 'perempuan pilih concentration lain la industrial bagi kat lelaki la ceqq.'. Tetapi, ternyata benar. Supervisor saya merupakan seorang lelaki, mungkin berusia 30-an dan sudah berkahwin. MLT yang bertugas di lab, antara yang banyak membantu saya dan labmate lain 'membuat kerja', juga merupakan seorang lelaki bukan Islam, orang Sarawak, dan sebaya dengan saya. Hm.

Saya mungkin fikir saya boleh handle kerja walaupun bukan dengan sejantina saya kerana saya seorang yang 'put a line' in work, especially with the opposite gender. Tapi mungkin saya kena fikir zillion times after this disebabkan satu reaksi oleh the opposite gender di office saya yang menyebabkan saya 'kurang senang' untuk pejabat lagi for the next 9 weeks. 

Sob.






"Dah ada boyfriend?"

Seriously, saya tak pernah ditanya dengan soalan seperti ini. Waima di sekolah, pusat asasi, apatah lagi di Main Campus. Ok, ditanya oleh sahabat-sahabat perempuan yang gedik nak tanya itu ada, tetapi dari seorang lelaki lain, masha Allah, tak pernah.

Dan jujur, saya rasa pertanyaan ini sangat tak best, dan tak ada apa nak dibanggakan pun kalau ditanya sebegini. Rasa marah dan benci lagi ada.

Pada minggu pertama ini juga saya cuba mencari program-program tarbiyyah yang berdekatan Bangi ni, kot-kot lah ada kan. Rasa macam sangat kering. Bak kata ukhty SS, "Mutaba'ah amal berterabur." T___T mesti 'emak' marah bila tau ni. Insha Allah this upcoming week bakal okay, promise promise!

Betullah, medan nak prektis itu jauh lebih susah daripada hanya mencatit nota ketika ber-usrah atau pelatihan. Susah, memang payah. Disebabkan di tempat internship saya kebanyakkannya office-mates lelaki (6L : 4P) makanya saya terpaksa menjaga batas-batas pergaulan saya supaya hati saya sendiri terjaga. Tempat internship saya jadikan HANYA sebagai tempat untuk saya menimba ilmu luar kuliyyah, dan bukan untuk mencari kenalan baru oh tidak tidak! T_T  Mungkin saya kena lebih strict, dan tak perlu nak senyum kambing lagi pada minggu kedua hingga kesembilan! -_-"

Ya Allah, kuatkan aku.







Saya terbaca satu statement Sheikh Yawar Baig cakap, "Stress is only can be feel when our connection with Allah is weak." Kurang lebih macam tu la ayatnya. Tapi sangat menampar diri. Mungkin saya kena lebih bermuhasabah sorang-sorang dalam lab, dan ponder and react to overcome my weaknesses.

Mohon doakan saya.
Jzkk.


-Anis-
2.28 ptg
Hulu Langat dan Cheras yang jerebu teruk.

End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...