Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Sahabat katanya.

P.S UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI. astaghfirullahal'azim.









"Kau kan rapat dengan dia, nasihatlah dia sikit."


Burp.


Ini bukan kali pertama saya di minta untuk 'menegur' sedemikian rupa. Untuk spesifik, orang yang sama. 


Bukan saya tak perasan lansung 'kekurangan' sahabat yang perlu 'ditegur' tu, tapi saya selalu TERlupa. Sebab bila bersamanya, rasa PERLU untuk berlapang dada tu melebihi segalanya. Yes, saya pun tak perfect, sebab tu lah kena mujahadah lebih sikit untuk sebuah ukhuwwah ni :)


Tapi, bila ada 'request' dari sahabat lain, mohon menegur sahabat saya yang satu ni, saya rasa macam kena lebih serius kali ni. Yup, serius.


Entah kenapa lately ni selalu dengar pasal 'meraikan perbezaan dengan orang lain'. 


Betul lah bak kata pepatah Melayu, "rambut sama hitam, hati lain-lain."


Tak usahlah di tanya siapa dan mengapa perlu ditegur, kita orang Mukmin, beriman ni memang PERLUKAN teguran dan peringatan setiap masa kan, in order to achieve better state in the future.


Saya faham, orang yang memohon saya menegur sahabat lain ini, dah 'penat' untuk berlapang dada. Tiada persetujuan dan titik tolak ansur dijumpai sepanjang bersahabat, sampaikan ada rasa hipokrit dan TERASA HATI timbul dari pihak lagi satu.


Walhal motif utama bersahabat ini pun, fillah. Bila fillah, seharusnya semuanya menjadi baik-baik belaka, iyelah, bersahabat kerana ALLAH.


Sungguh, mudah kerja kita kalau semua orang faham erti bersahabat yang sebenar. Mudah mengucapkan dan menaip, "Ukhuwwah fillah" dalam setiap forward SMS atau di wall Facebook, tapi setakat mana "ukhuwwah fillah" kita tu?


Adakah setakat nak nampak 'baik-baik' sahaja?
Sudah cukup berlapang dada kah kita?
Perfect sangatkah diri kita ni sampai tak boleh terima teguran orang lain?
Bagus sangat ke diri kita bila kita dapat marah-marah orang sesuka hati kita je?


Terlupa. Kita terlupa orang mendoakan kita bukan sekadar mengangkat tangan, lalu menyebut nama kita, and thats it. Tidak. Kalau ada sekelumit terasa hati di hati orang lain, boleh bahagia ke hidup kita?


Menyenangkan hati orang lain, dengan attitude dan tindak tanduk kita SANGAT memainkan peranan penting. At least kalau sahabat kita berasa senang dengan kita, dorang dapat doakan kita dalam hati :)


Sudahlah susah untuk menjaga hati sendiri, inikan pula hati orang. Bukan hak mutlak kita untuk judge orang lain sesuka hati.


Hofkos juga, bukan hak kita nak cakap orang lain jahat/tak alim, dan kita baik. Oh.


Jangan sekadar menghijab diri dengan tudung labuh-labuh, tapi terlupa nak hijab hati, penglihatan, dan lidah kita sekali.


Jangan rasa amik 12 subjek masa SPM dulu boleh guarantee hal-hal lain.


Kita ni HAMBA je. Dunia ni tak bawa ke mana. Janganlah hidup bermuka-muka.


Jagalah hati kita, hati orang sekeliling kita. Cari redha Allah melalui redhanya orang-orang di sekeliling kita kepada kita.


Serius.






Kepada sahabat,

"Now, when the world pushes you to ur feet, u r in the right position to pray.
so, be grateful to Him."




Yang penting bukan pandangan orang,

pandangan Allah tu yang MAHA PENTING.

Stay strong dear :)









Sunday, May 6, 2012

Turn to You.




"Alamak rindulah nak balik rumah. Rindu rindu tak kira, nak balik jugak minggu ni!"


Reaksi normal setiap student. Siapa tak rindu family, rumah, negeri dan yang seangkatan dengannya ^___^ 


Yang best, siap rindu bantal, katil kat rumah. Makanan. Haih, ok saya terasa.


Selalunya kalau anak-anak perantauan ni [ceh, Kuantan je pun], students la generally, especially perempuan, mesti rindu kat emak mereka. Oh ibu, rindunya.


Anak lelaki pun tak terkecuali, kot.


Kenapa? Sebab kita kan paling rapat dengan ibu since kecik-kecik dulu kan? Dia mengandungkan kita, mendidik kita [sekarang dah tak menggunakan ayat 'membesarkan'] etc etc. Well, skema jawapan, anda tentukan.


Bila sampai rumah dengan selamatnya [alhamdulillah], mulalah update kat FB, "Home Sweet Home" la. "Rumah Manis Rumah" la. Tak tergambar gembiranya waktu tu kan? Nak nak pula kita bakal berada kat rumah untuk tiga bulan mendatang, sebelum masuk session baru, fuhh~ Memang lupa UIAM sekejap :)


Dan sindrom rumah sakit [Baca : homesick] ni akan menyerang selalunya bila musim exam menjelang. Macam waktu sekarang ni, walhal baru balik dari rumah. Sebab apa?


Stress katanya.


So bila kita stress, tension, tertekan, tekanan, kita selalunya akan fikir dan wondering tentang rumah, means tempat asal kita. kan? ke macam mana?


"Bagusnya kalau aku kat rumah skang. Tak payah fikir program tu berjalan ke tak, tak payah buat assignment, tak payah buat exam etc etc". Fuhh, lajunya ayat2 lepas "kalau" tu kan.


Kita rasa naaaaaaaak sangat pergi to where we come from. Aite? :)


Macam tu juga dengan roh.


"Roh kita asalnya 'dekat' dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing."


Yeah, sebagai contoh macam kita, sesat kat Czech sebab stranded plane. Pergh.


".. sering gelisah dan mahu mendekati dan mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah."


Rasa gelisah yang, undescribeable. Semua serba tak kena, buat ini salah, buat ini tak kena. Emosi pun kadang2 turut serta. Tak stabil memanjang.


Mesti pernah rasa macam ni kan, kalau tak selalu, sekali dua ke? Kita kan manusia, bukannya perfect mana pun, sekadar bermujahadah mengejar kesempurnaan. Supaya mudah menjawab di hadapan yang Maha Esa nanti.


Sambung lagi.. :)


"Bukankah semasa di alam roh, Allah berbicara secara lansung dengan kita dan kita menjawabnya secara lansung dengan Dia? Semakin banyak kita berdosa, meninggalkan solat dan al-Quran, melayan nafsu, dan mengikut jejak langkah syaitan, bererti semakin jauh roh kita mengembara meninggalkan asalnya. Semakin jauh daripada Allah, semakin kehilangan bekal. Semakin rasa susah untuk menghadapi ujianNya."


Itulah yang kita rasa pun, semakin jauh kita dengan family dan rumah kan? Rasa rindu, rasa entah apa-apa, rasa macam nak balik untuk rejuvenate balik segala-galanya, untuk dengar nasihat-nasihat ibu ayah, supaya lebih kuat menghadapi cabaran dunia luar. Itulah bekal kita, umumnya.


Tapi kalau jauh daripada Allah? Bukan ke lebih teruk daripada tu? T_T


Macam mana nak hilangkan rasa gelisah ni? Nak dapatkan 'kekuatan' untuk menghadapi hari-hari yang mendatang yang kita sendiri tak tau apa kesudahannya ni? Macam mana nak rasa positif sambil tersenyum je sentiasa?




"Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati, bahawa dia ingin kembali menemui tuan asalnya. Kepada Tuhannya."






Stay strong :)












P.S Credit to the real inventor of this excerpt. May Allah bless you <3









Tuesday, May 1, 2012

Anak Soleh :)




:)


Lately ni, or to be specific, sejak akhir tahun lepas, saya ada beberapa kali terbaca ucapan seorang ibu kepada anak lelakinya for his birthday.


Whoever he is :)


Kebetulan pula, ibu saya takde account FB. Kalau tak, maka habislah segala ucapan, updates bagai bakal menghinggap wall saya :D


Ok, back to those birthday wishes. Setiap kali baca, TERbaca, saya pulak yang terharu lebih. Terharu yang boleh kepada nangis kalau dilayan. Ok, whatever Anis -_-


Hamdan lillah, penerima ucapan2 ni pula soleh wa musleh belaka :) Maka antara intisari ucapan emak2 mereka of course lah bersyukur sebab dapat anak yang soleh.


Tiba rasa cemburu di hati. Bukan senang nak menjadikan seseorang itu soleh. 


"Alhamdulillah, you have grown into a fine young man. Have a blessed 2* birthday my son. and be always in His tendercare for the rest of your life. Amin."


Sweet kan? Allah. Siap upload gambar hamba Allah ni waktu kecil lagi. Hadoi hadoi :)


Mesti emak dia bersyukur sangat dapat anak macam dia kan?


Sebenarnya, saya tak kenal hamba Allah ni pun. Ok, lepas 2010, saya kenal la :P Yang bestnya, saya kenal mak dia dulu, baru saya kenal anak dia :PP


Auntie, bersyukurlah dapat anak-anak soleh. Kalau nak dibandingkan dengan averaged young man sekarang ni. Wahaiiii. [menangis]










P.S Serius jealous. Macam manalah anak-anak saya nanti? Semoga soleh dan solehah semuanya! Ameen :)

Monday, May 17, 2010

ya Allah.. tetapkan hatiku...


in the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful..

saya sangat suka petang hari ni.. saya 'terlalu' merindui mereka, sehingga terbayang2 muka mereka.. dan saya 'terlalu' ingin jumpa mereka, akhirnya saya jumpa mereka hari ini.. :)

alhamdulillah~

saya sayang mereka.. fillah~

terlalu ingin jumpa, sampai air mata hampir menitis, kegembiraan dapat berjumpa kembali wajah yang saya rindui semenjak dua menjak ni.. jet'aime~

[terlalu banyak perkataan 'sayang' tak terungkap di sini, maaf!]

"bersabarlah, kerana mungkin pilihan kedua itu lebih baik bagi kamu.. "...Dan Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu..." [al-Baqarah, ayat 29]"

ini status saya pada hari ni. bukan minta di'like' oleh orang. tapi, itu interpretasi hati saya. dari hati.

pada mulanya, maksudnya lain. tapi setelah beberapa ketika, maksudnya menjadi lain. begitulah Tuhan yang boleh membolak-balikkan hati.

saya akui, saya teramat takut dengan permainan, tetapi merupakan sebuah percaturan oleh Allah untuk saya. Dia ingin uji ketetapan hati saya. saya amat takut dengan perihal hati.. :'(

saya sedar siapa saya, senang untuk berbolak balik, especially hati dan keputusan saya. tapi saya terlalu lemah utk kali ni.

ini bukan kali pertama, tapi mungkin yang kedua. yang terakhir?

saya di uji dengan orang yang 'sama'. kenapakah?

saya tak mahu mengkhianati. saya tak mahu dilabel pengkhianat, atau 'ada udang di sebalik mee'.. tak nak!

semoga Allah memberkati kami, dan menunjukkan kepada kami 'Jalan Yang Lurus'..

[ya Allah, berikan kekuatan kepada dirinya menghadapi permaslahatan akan datang, amin]

:'(


End of Q2 2026

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful. Harini tiba-tiba terdetik di fikiran dan hati untuk buka semula emel, beserta blo...