
Assalamualaikum..
ternyata entri saya sejak kebelakangan ni menjerumus ke arah pemikiran yang positif dan mind-set yang betul.. saya pun tak tahu bagaimana nak explain, tapi saya memang amat2 teruji dan, saya akui, ujian itu amat mematangkan saya..
bukanlah niat saya untuk tidak bersangka baik terhadap pencipta saya sendiri, Yang Maha Mengetahui.. cuma, untuk saya terima ujian itu lalu menghadamkannya, tidaklah mengambil masa beberapa saat.. saya tidak seTABAH itu.. wallahu'alam..
saya perlukan masa, penyesuaian diri, persiapan rohani dan mental, serta jasmani, serta dorongan dan motivasi sahabat2 saya untuk meneruskan kehidupan di sini, sehinggalah saya menyahut cabaran di Kuantan, insyaAllah selepas raya nanti..
bukan mudah untuk saya menerima hakikat itu.. dan saya sangat setuju, bukan mudah juga untuk orang lain walhal sahabat saya sendiri, untuk menerima hakikat itu, kalau terkena di batang hidung sendiri.. bercakap memang mudah, tapi bahu yang memikul, lagi mengetahui..
tetapi, setelah roommate sendiri memberi motivasi, dan berkata hal itu "adalah perkara biasa, dan saya wajib mensyukuri kerana diberi nikmat peluang utk belajar,serta memperbaik pointer", I was relieved.. seriously..
di tambah pula dengan saranan serta doa lecturer2 yang dikasihi dan di hormati, *Mdm Mahiran, Mdm Faizah, Mdm Sa'yah and Madam Siti Nurjannah*, saya bertambah relieve dan yakin akan keputusan yang saya buat itu..* Thank you Allah, I found them..* tetapi, saya masih di dalam peringkat 'rejuvenasi diri' di mana keyakinan diri saya *self-confident* sangat menjunam ketika ini..
saya tidak banyak bergerak keluar dari bilik.. saya tidak banyak bercakap dengan rakan2 sekelas.. saya lebih selesa menghabiskan masa dengan roommate yang amat memahami dan di library.. mungkin, itu adalah tuntutan setelah lebih 'menghabiskan banyak masa di luar bilik' untuk 2 semester yang lalu.. :)
saya banyak berfikir tentang muhasabah.. kadang-kadang sebelum tidur pun saya akan terfikir.. saya tidak suka menggunakan perkataan 'Kalau' sekarang.. saya nak hindar dari perkataan itu..
sesungguhnya, Allah lagi Maha Mengetahui.. Allah knows best..
saya kerap menggunakan ayat ini.. ianya umpama satu reliever utk saya.. :)
kadang-kadang saya terfikir, mungkin Allah menguji saya dengan cara ini kerana melalui cara ini lah, kasih sayang terhadapNya semakin bertambah?
dan saya juga terfikir, mencari hikmah yang terselit di sebalik semua ini.. apakah?
tetapi saya amat yakin, dan telah revised sesuatu dengan seorang sahabat saya menerusi blognya..
"Kadang-kadang Allah uji kita dahulu, baru Dia beri apa yang kita mahukan.."
saya terkadang seperti mahu menangis apabila terkenang ayat ini, yang saya baca di blog nya..
kenapa? kerana Allah terlalu sayangkan hamba-hambaNya.. sampaikan sanggup memberi segalanya kepada kita.. tetapi, mungkin ada segelintir impian dan kemahuan, yang perlu Allah uji kita dahulu, supaya kita lebih mensyukuri pemberianNya.. :'(
saya semakin berpegang teguh dengan janji Allah.. dan saya bertambah2 yakin yang semuanya yang terjadi, ada dalam Percaturan Allah.. dan hanya Allah yang Maha Mengetahui..
adakah kita tahu apa yang akan terjadi esok?
adakah kita tahu yang doa kita bakal dimakbulkan atau tidak?
adakah apa yang ada pada kita sekarang merupakan yang terbaik untuk kita?
bagi saya, saya akan menjawab 'tidak' untuk semua soalan.. :)
saya tidak mahu kecewa.. saya tidak mahu GAGAL.. saya hanya mahu kejayaan dunia dan akhirat.. kalau itu yang terbaik utk saya..
Wallahu'alam..